Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Saturday, April 18, 2009

JKKK di Negeri Pembangkang Tidak Dilayan

KUALA SELANGOR 16 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu selaras dengan surat pekeliling yang diputuskan oleh Kabinet bagi mengelak bantuan berkenaan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau menjelaskan, pertimbangan untuk meluluskan bantuan atau insentif menerusi kementerian tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya, JKKKP merupakan satu saluran yang disediakan khas bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan secara terus daripada Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian.

“Pengesahan ini penting bagi membolehkan rakyat tahu bahawa bantuan untuk sektor pertanian adalah daripada Kerajaan Pusat selain menggelak perkara ini dipolitikkan pihak tertentu terutamanya pihak pembangkang.

“Malah saya difahamkan di Selangor, kerajaan negeri mempunyai peruntukan sebanyak RM15 juta untuk pembangunan pertanian.

“Maka, adalah lebih baik kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang memberi bantuan itu kepada rakyat seperti yang dijanjikan mereka pada pilihan raya umum lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Bertemu Pelanggan sempena Bulan Tanaman kementeriannya di Pusat Pengeluaran Benih Padi Jabatan Pertanian Sungai Burong di sini hari ini.

Tambah Noh, arahan sedemikian tidak bermakna Kerajaan Pusat membeza-bezakan rakyat dalam soal pemberian bantuan, sebaliknya, ia dibuat bagi memastikan seluruh rakyat yang layak menerima bantuan tersebut secara terus tanpa berlakunya masalah keciciran.

Katanya, perkara itu berbeza dengan kerajaan pimpinan pakatan pembangkang seperti di Selangor apabila mereka meletakan syarat permohonan untuk kontraktor kelas F hanya boleh diluluskan sekiranya mendapat sokongan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sumber:Utusan Malaysia

8 comments:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Tahniah Datuk Noh yang dilantik sebagai Timbalan pengerusi UMNO Selangor ..semoga dengan gandingan Datuk dengan PM DS Najib,rakyat akan kembali memilih BN pada PRU 13

totek said...

huh..yg ni..150% setuju....kata negeri berkebajikan..nak majukan negeri bantai mintak duit krajaan pusat jugak...duit negeri bagi kat rakyat...negeri xde duit..mintak kat pusat...last2 rakyat negeri jugak kantoi....yg salah..BN jugak..nasib baik karpal jatuh krusi smalam dia x kata najib yg tolak..itupun court jugak yg kena komplen...

Little Malays 75 said...

Alahai.. BODOH SEORANG PR
4/17/2009 09:06:00 PM | melayu, PR

Aku sharil piang,
Tiap kali pilihanraya aku sokong PR,tak kisah la PAS,PKR atau pun DAP, yang penting aku tak pangkah BN.

BN atau UMNO tak mampu membawa wadah perjuangan aku, yang penting anwar ibrahim suatu hari nanti bakal menjadi PM.

Hak sama rata rakyat harus di perjuangkan,pegi mampos dengan DEB.pegi mampos dengan projek rakyat,semua tu tak penting, tarak DEB pun boleh hidup la.

apa yang BN mampu buat? aku dan kawan kawan akan terus perjuangkan menentang kerajaan yang kejam & zalim.

ada kah patut nama allah agama kristian tak boleh pakai, salah ker? biar la .. nama allah bukan hak orang islam jer , biar la orang kristian atau agama lain nak pakai.itu pun nak menjadi isu besar.

apa salah nya kalau nizar nak beri tanah 999 tahun pada penduduk kg baru,itu pun nak menjadi soal politik,dah byk kali penerangan di buat,masih di tentang. orang melayu tak sedar diri.dorang tu cuma di kg baru,salah ker bekas komunis nak tanah?

perjuangan aku menentang kekufuran umno membuat aku lebih bersemangat, Yb Nga menjadi idola aku, tidak ada ayat quran yang pernah di sebut oleh mana2 pemimpin kompenan BN sebelum ini, ini la pendekatan yang baik, mana tau satu hari nanti dia peluk islam.

umno bakal musnah,satu hari nanti bn bakal menjadi pembangkang, nah.. senang la anwar nak bertindak menentang umnoputra.

awal tahun lega sikit pasal yuran sekolah anak anak di mansuhkan,lepas la aku nak tukar sport rim kereta,baki duit tu boleh la simpan untuk derma mana mana ceramah PR nanti.

tusyen anak anak pun free di sekolah, selamat lagi duit aku,tak payah nak bayar,boleh la ambik full package astro boleh layan bola tak pun tengok mtv.
dulu duit poket sekolah anak anak seorang rm 2,la ni lega anak anak aku dah dapat pprt,kat kantin sekolah makan free, buku pun dah free.

nampak gaya tahun ni sakan la,habuan nak tukar sound sistem dalam kereta dengan ekzos paip baru

minyak dah murah sekarang ni,lega duit poket aku senang lah aku isi full tank 3 hari sekali, bulan lepas dah jimat duit insurance habuan claim subsidi di pjbt pos.

sejak tahun lepas aku tengok kawan kawan cina aku lain macam jer di offis, pantang umno sebut pasal hak orang melayu mesti dorang kutuk habis haha, padan muka,dah tu sultan pun kena haha, apa boleh buat tu la sapa suruh tak mau dengar cakap PR kan dah susah.

tapi tak apa lah boss aku simon chang ni baik orang nya dah bertahun aku kerja tak pernah dia marah, baru baru ni alex siow naik pangkat baru 2 tahun kerja,bagus la macam tu rezeki dia, prakash pun dah naik pangkat jugak ,mamat ni baru kerja 6 bulan, heran jugak kenapa aku tak naik pangkat,gaji pun dah 3 tahun tak naik naik. ntah la mungkin boss aku nak bagi jawatan head dept kot,pasal tu dia asyik tegur itu ini pada aku ,walhal kecik punya isu jer.

ramai jugak la kawan aku kat office ni, cuma aku sorang jer melayu , production operator semua melayu, payroll & hr semua cina, bagus lah semua cina jaga admin.

baru baru ni aku aku melawat ibu aku di hospital, hebat jugak sekarang ni , semua baru,nurse pun lawa lawa, lega la cuma kena bayar rm1 jer, tak sangka ramai nya orang cina kat hospital kerajaan, ingatkan dorang ni semua suka pi hospital swasta. selidik punya selidik ,rupa rupanya hospital kerajaan sekarang ni sama hebat berbanding swasta. masa aku pergi ambil ubat ,wah bukan main banyak ubat ,satu beg plastik penuh siap ada yg berkotak, RM1 jer, berbaloi la mcm ni.

tak sangka baru baru ni aku mohon perumahan PPRT berjaya haha, sebulan RM120 jer untuk rumah sewa beli, untung dapat rumah ala apartment ni, habuan aku la mcm ni.bagi sewa paling kurang rm300 untung lagi. lega.. boleh la aku suruh semua saudara mara aku mohon,biar semua keluarga aku dok kawasan tu.

baru ni aku lalu Sg Nyior,isk.. kenapa tol ni kena bayar 50sen, Guan Eng dah janji nak mansuh,takpa lah nanti nanti la kot dia mansuh.

pagi ahad selalu aku pergi pasar dengan wife, macam macam ada, ramai orang jugak, harga barang boleh tahan mahal la, apa la dorang ni, ikan pun mahal lagi ker? dah lah minyak bot pun dapat subsidi,duit poket subsidi tapi mahal jugak ikan tu, ni mesti kerja umno nih perabih duit.

sayur pun mahal,daging pun mahal,telur pun mahal, ni semua mesti kerja umno , pendek kata semua mahal lah. apa dorang ni buat? takde ker kerajaan control ? takkan nak biar peniaga & pemborong cina jer control harga, dah bagi subsidi & bantuan pun mahal jugak ker?
minyak dah turun pun barang mahal jugak ker? ni mesti kerja pemborong cina yang main harga.

tapi apa apa pun aku tetap sokong PR.

sharil piang.

KALAU HATI DAH JUMUD,DAH HITAM,DAH TOTOK,DALAM TAK SEDAR ORANG YANG MACAM SHARIL PIANG NI MEMANG BANYAK DI KALANGAN MARHAIN.
DALAM TAK SEDAR MEREKA BEGITU TAKSUB MENONGKAH ARUS,MENJADI REBEL DALAM PERJUANGAN,MEGAH DENGAN PERJUANGAN,NAMUN LONGLAI SECARA HALUS.
MASING MASING HEBAT DENGAN HUJAH HUJAH HASIL HALWA TELINGA SEMASA CERAMAH, IA BAGAI KAN SIARAN ULANGAN TETAPI BERPINDAH DARI MULUT KE MULUT, TAK KIRA FITNAH ATAU PUN PERSEPSI, SEMUA NYA DI TERIMA BAGAI KAN WAHYU YANG TIDAK BOLEH DI SANGKAL.

WATAK SHARIL PIANG ADA DI MANA MANA,MUNGKIN YANG TENGAH MEMBACA INI SAMA SEPERTI SHARIL PIANG.

DALAM TAK SEDAR DIRI SENDIRI YANG MENGALIR DARAH MELAYU & ANUTAN ISLAM MENELAN BULAT BULAT FAHAMAN SONGSANG,WALAU PUN DIRI SECARA TOTAL TERTINDAS,NAMUN TERTUTUP OLEH MINDSET YANG MENYANGAH KEBENARAN, YANG BENAR MENJADI SALAH,YANG SALAH MENJADI BENAR.

YANG BOLEH DI PERBAIKI NAMUN MENJADI ROSAK SECARA TOTAL HASIL NUKILAN MENGHALALKAN CARA.PRODUK PRODUK PR BAKAL MEMUSNAHKAN JATI BANGSA & AGAMA APABILA SEMUA NYA DI GADAIKAN ASALKAN MATLAMAT BERJAYA DI CAPAI.

Anonymous said...

kalu Datuk Noh ada video dalam blog selain ambil dari stesen tv lagi nampak menarik dan berkesan..sekurang nya kalu ada video ini baru puas hati nak jawab komen

totek said...

anak sapa la budak piang ni...mungkin masa kecik bapak dia lempang serong..tu yang piang sampai besar tu.memang ramai spesies mcm ni.
suka betul aku dgn criter ni...En.Zakaria,izinkan aku cilok criter ni untuk dipastekan ke mana2 tempat yg aku rasa sesuai.what a marvellous story.

NIZAM_9090 said...

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato Noh. Saya harap Dato terus lantang di negeri selangor dan kementerian untuk menolak orang yang belum faham tentang perjungan. di mana kedudukan orang melayu dari segi ekonomi...... tertinggal..... orang yang lum faham dan tak tau akan merana sebagaimana kisah silam yang minta jepun datang ke tanah melayu untuk "menghalau" inggeris... bila jepun datang... lain pula jadinya..... melayu dan rakyat tanah melayu jadi hamba dan semakin susah hidup...

LUUU........... FIKIR LA SENDIRI.

ha ha said...

Dato..

Lantakler JKKK ke JKKP ke...yang penting Rakyat tak susah...kalau susah nanti ..PRU 13 pandailah mereka nak pangkah...so watch out..your KPI is not Najib KPI..but Rakyat KPI.

Ingat Najib juga ada KPI dan yang menentukan KPI beliau berjaya atau tak ialah RAKYAT dan PRU13 ialah tempat untuk menilai KPI Najib..bukan Pilihan Raya Kecil..

Ingat Berapa Peratus Rakyat Yang Tidak Menjadi Ahli Mana mana Parti??? Inilah golongan yang patut Anda Ambil tahu dan Bukanya Mereka Dalam BN atau PR....kerana mereka ini sudah membuat keputusan sebelum PRU. Golongan inilah yang akan menilai KPI pemimpin masing- masing tidak kita BN atau PR.

Wassalammmmm...

Little Malays 75 said...

Salam buat saudara totek dan juga semua blogger.. Sebenarnya cerita "Sharil Piang" ini bukanlah ciptaan saya namum cerita ini sebenarnya telah membuat saya terfikir bahawa inilah perkara yang sebenarnya perlu diketengahkan kepada masyarakat malaysia. Walaupun agak melucukan namum pengertian cerita ini telah mengambarkan gelodak dihati saya selama ini. Tiada cara yang harus diperkatakan tentang agenda Pakatan Rakyat terhadap orang melayu dan rakyat malaysia. Sebelum bangsa melayu diperkotak-katikkan lebih baik kita terus berjuang bersama. Buat penulis asal cerita ini, terima kasih tak terhingga buat anda. Hanya perjuangan bangsa melayu/islam kita perjuangkan. Bersamalah kita perjuangkan demi agama, bangsa dan negara.