Menerusi program ini, kita akan bantu usahawan bumiputera untuk membayar separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik. Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun dan setiap usahawan dibenarkan untuk 3 kali penyertaan sahaja. Setakat ini, sejumlah 1,000 usahawan bumiputera yang layak dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas.
Antara syarat layak ialah mestilah sepenuhnya milikan bumiputera, mempunyai modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta, operasi syarikat tidak melebihi 20 tahun, tidak mempunyai pekerja melebihi 50 orang dan jualan tahunan syarikat itu juga mestilah tidak melebihi RM25 juta setahun serta mempunyai produk dan perkhidmatan yang berpotensi untuk dipromosikan.
Kita mendapat maklum balas daripada syarikat yang pernah menyertai program ini, sasaran jualan syarikat meningkat sebanyak 30 peratus setahun. Semoga ushawan di luar sana tidak terlepas dari peluang ini tempohari..