Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009 diucapkan kepada bloggers yang tidak jemu-jemu memberi sokongan, pandangan, komen dan cadangan kepada saya di blog ini. Terima kasih saya ucapkan dan sesungguhnya peranan anda semualah yang menyuntik semangat saya setiap kali menghadapi kekangan masa untuk terus menulis di blog ini.
Sangat cepat masa berlalu...Terasa baru semalam saya meniti tahun 2008, tup tup.. rupanya hari ini sudahpun melangkah ke hari pertama tahun 2009. Banyak yang saya lalui pada tahun 2008.. berbagai-bagai orang, bermacam ragam yang saya temui.. datang dan pergi. Berpuluh, beratus mungkin juga beribu tempat yang saya lawati.. pelbagai rasa dan perasaan singgah di sanubari.. ada yang hilang dan ada yang terus kekal di dalam hati.. Semuanya memberikan saya seribu satu pengalaman, pengajaran dan ilmu yang sangat berharga, tidak dapat diungkapkan dengan perkataan dan tak mungkin saya perolehi jika tidak melalui, merasainya sendiri.. Saya yakin dan pasti para blogger di luar sana juga sudah tentu mempunyai pengalaman tersendiri.. yang mungkin boleh dikongsi atau hanya untuk diri sendiri. Apa yang penting, itu semua menjadi pedoman bagi kita melalui hari-hari yang akan datang dan memberikan hidup yang lebih matang.
Adakalanya...Kita pohon kekuatan, Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat. Kita pohon keteguhan hati, Allah beri masalah untuk kita di atasi...Kita pohon keyakinan, Allah beri ujian untuk kita pertingkatkankan iman dan jiwa. Hati saya terdetik..kadangkala kita tak dapat apa yang kita nak tapi kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan..apa yang penting, kita jangan berhenti berjalan. Berjalan lah terus ke depan atas nama kehidupan dan yakinlah ada sesuatu yang baik menunggu di hadapan.
Kepada semua, warga kerja MECD, MARA, UDA, SKM, MKM, TEKUN Nasional, PNS, Bank Rakyat, Bank SME, para Usahawan, pengusaha-pemandu bas & teksi, para blogger terutamanya yang menjadi 'follower' blog ini dan semua sekali yang tidak tersebut di sini, saya sekali lagi mengucapkan Maal Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini menjadikan kita insan yang lebih jauh baik dari semalam. Kita semua diberikan kesihatan elok agar dapat terus berusaha bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih berkualiti dan merealisasikan azam mahupun niat tahun-tahun lepas yang masih belum tercapai. Kita doakan juga agar tahun ini memberi lebih keberkatan dan kesejahteraan untuk semua.
Semoga 2009 menjadi titik tolak penghijrahan sikap, tingkahlaku, tuturkata dan apa saja yang dirasakan perlu berubah bagi mencapai kehidupan yang lebih baik. Selamat Tinggal 2008, Selamat Datang 2009. Teruskan berjalan!
12 comments:
Dato, baru baru ini ada sahabat saya tentang kemudahan yang banyak kemeterian bagi untuk membiayai pernigaan. Tentunya ucapan terima kasih dan syabas saya ucapkan.Soalan saya boleh ke sesorang yang sudah diistihar bankrap memohon kemudahan pembiayaan (pinjaman)yang ada disediakan.Harap dapat dato jelaskan.terima kaseh.
Salam YB Dato'
Izinkan saya kemukakan satu cadangan yang dapat memajukan Bumiputera dalam bidang pendidikan.
MARA merupakan diantara institusi yang terbesar dalam mengagihkan dana untuk pendidikan Bumiputera. Sejak penubuhannya, MARA telah berjaya membantu dan melahirkan kalau tidak beribu mungkin berjuta graduan Bumiputera. Ramai diantara mereka ini memiliki kualiti bertaraf global.
Namun, aspirasi Kerajaan kini lebih tinggi lagi. Merujuk kepada program MyBrain15 yang dilancarkan tahun lepas, pihak Kerajaan telah mensasarkan seramai 100,000 pekerja yang memegang ijazah kedoktoran dalam tempoh 15 tahun akan datang.
Apakah sasaran terhadap Bumiputera?
Pada pandangan saya, jika tiada inisiatif yang diambil dari sekarang, Bumiputera mungkin hanya akan menjadi angka pelengkap kepada sasaran 100,000 pemegang ijazah kedoktoran tersebut.
Oleh itu, saya mencadangkan agar MARA menawarkan satu grant khas pendidikan bagi pengajian peringkat lepasan ijazah (sama ada peringkat Professional, Sarjana atau Kedoktoran) kepada pelajar bekas tajaan MARA.
Buat permulaan, grant bolehlah ditawarkan kepada bekas pelajar-pelajar MARA yang mendapat keputusan cemerlang. Seperti YB Dato’ sedia maklum, mereka-mereka ini mudah dikenalpasti berdasarkan pinjaman yang telah diconvert 100% (senarai pada Unit Conversion). Pembiayaan pelajar cemerlang diharapkan dapat mengurangkan risiko kegagalan.
Sebagai permulaan inisiatif ini juga, grant bolehlah dihadkan kepada RM100,000 bagi membiayai pendidikan lepasan ijazah di mana-mana IPTA atau IPTS tempatan pilihan pelajar yang diiktiraf oleh MARA atau MQA dan tidak terhad kepada pengajian sepenuh masa.
Saya percaya ramai Graduan tajaan MARA yang di luar sana tertunggu-tunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran. Inisiatif ini mungkin merupakan hadiah Maal Hijrah buat mereka.
Hanya kita yang dapat membantu anak bangsa kita. Act now. You can make the difference.
Wassalam.
salam Dato'.Semoga Dato dan keluarga berada dalam sihat sejahtera hendaknye.Saya mendoakan Dato sekeluarga berjaya dalam apa jua yang Dato lakukan.Semoga berjaya!
Taxis in KL brings shame to Malaysia
Posted by: ml1289
Our Tourism Board have spent million of ringgit to advertise 'Truly Malaysia' globally with the objectives of attracting more tourist to come to Malaysia. However, we are saddened and ashamed by the behaviors of the Taxi Drivers in KL. They have capitalized on the influx of tourists into the city and charged exhorbitant fares without using the meter. I wonder what the authorities are doing to address this long standing problem?
I have seen others and personally experienced incidents of taking taxi at KLCC and every taxi that you approached simply shout a price and adopt an attitude of 'if you don't want to pay; then move on!' There are many of us who rely on this mode of transportation who are frustrated and upset that we Malaysians are also victims to these 'villians'. I had in fact lodged a report with KLCC Management but was told that the taxis does not operate within their compound and therefore they can't do anything ; they also said that they have also communicated to the police but nothing happened!
Why do visitors and Malaysians are inconvenienced and worst being at the mercy of the taxi-men? What are the authorities doing to clean this act up? Not only it does not project a good image to our visitors but why do we Malaysians have become 'victims' to a prolonged aggressive and non ethical behaviors of the taxi-men and become 'hostages' to this mode of transportation.
Besides the attitude of the taxi-men, may I also bring you all to the attention on the condition of most of the taxis - not only are they in bad shape in terms of phyical outlook but am concern about the safety of the taxi. Again where are the enforcement to make things right for the public.
Should there not be standards/code of ethics for Companies that run Taxi operatons to observe : From the condition/safety of the taxis ; conduct of the Taxi-men ; how they should be interacting with their passengers. AND if these are not observed, huge penalties shall be imposed. Commuting in Singapore is really hazzle-free ; why can't Malaysia be just that - after all Malaysia BOLEH!
Copyright © 1995-2008 Star Publications (M) Bhd
Assalamualaikun Dato',
Terima kasih diatas pertolongan Dato' tempoh hari.
Masa Dato' datang ke Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Kuala Terengganu, saya segan nak jumpa Dato' tapi jasa Dato' akan saya kenang sampai bila-bila.
Perjalanan ini akan diteruskan dan tidak ada sebab saya nak berhenti selain untuk berehat seketika untuk melihat jejak-jejak yang pernah ditinggalkan.
Assalamualaikum YB. Dato'
Semoga tahun baru hijrah dan tahun baru masehi ini memberikan kelebihan buat YB. Dato' dan seluruh warga MECD dalam menjalankan tugas harian yang dicabari dengan kelembapan ekonomi sekarang. Saya mendoakan agar kempimpinan YB. Dato' di MECD bertambah cekal dan lebih perihatin terutamanya yang terlibat dalam pemberian dana seperti SME, Bank Rakyat dan Tekun Nasional dalam mengagihkan dana itu kepada usahawan atau individu yang betul-betul memerlukan.
Dalam kita meniti arus yang boleh dikatakan agak lembab dari segi ekonomi global mahupun domestik, YB. Dato' menampakkan kesungguhan membantu golongan usahawan IKS dengan menawarkan lebih banyak platfom untuk mereka memajukan lagi usaha mereka.
Insyallah, selagi YB. Dato' menerajui MECD, perubahan demi perubahan yang YB. Dato' bawa akan membuahkan hasil dan akan mengukuhkan lagi integriti MECD di mata umum.
Saya mendoakan agar YB. Dato' di beri kekuatan dari segi mental dan fizikal oleh Allah s.w.t dalam menangani isu mendatang.
Hidup YB. Dato' Noh...subur MECD.
Assalamualaikum Dato, sudah hampir setahun saya melihat perubahan yang Dato lakukan dalam kementerian Dato...tahniah...bagi saya dato telah berjaya...Teruskan usaha....
Terutama dalam melahirkan usahawan melayu dan bumiputra melalui MARA...
Dato..saya dapati sejak akhir-akhir ini MARA telah tesasar dari matlamatnya...terutama melalui pusat latihan pengajiannya....giat mara alhamdulillah sekarang sudah berjaya..tapi tidak bagi IKM...saya pohon kepada Dato...please...saya merayu....tolong tengokkan IKM...saya amat sedih dengan apa yang telah terjadi kepada IKM...untuk makluman Dato saya adalah salah seorang pelatih IKM yang telah berjaya dalam bidang saya..saya juga sekarang nie berkhidmat dengan mara sebagai pengajar di bidang teknikal di IKM...Dato.. saya amat sedih kerana ada sesetengan IKM amat daif...kemudahan latihan yang uzur...tolonglah dato....jenguklah ikm...walaupun sebelum ini ada lawatan atau naziran dari MARA tetapi..biasalah pihak ikm nak cover...memenag baik....kalau dato dapat luangkan masa dato...datanglah...intiplah...jangan sehari..datanglah 3hari...dato boleh lihat sendiri....pengajar di tekan...pengurusan yang lemah...salah guna kuasa...dan mcm-mcm lagi...saya merayu...dengan nama ALLAH saya tidak menipu...sebab saya tahu resiko di pecat atau tatatertib boleh diambil kepada saya....jika saya tak buat begini...saya takut satu hari nanti IKM tidak releven lagi sebagai tempat latihan untuk melahirkan usahawan....sekian...berani kerana benar....segalanaya kerana Allah...
Assalamualaikum Dato, sudah hampir setahun saya melihat perubahan yang Dato lakukan dalam kementerian Dato...tahniah...bagi saya dato telah berjaya...Teruskan usaha....
Terutama dalam melahirkan usahawan melayu dan bumiputra melalui MARA...
Dato..saya dapati sejak akhir-akhir ini MARA telah tesasar dari matlamatnya...terutama melalui pusat latihan pengajiannya....giat mara alhamdulillah sekarang sudah berjaya..tapi tidak bagi IKM...saya pohon kepada Dato...please...saya merayu....tolong tengokkan IKM...saya amat sedih dengan apa yang telah terjadi kepada IKM...untuk makluman Dato saya adalah salah seorang pelatih IKM yang telah berjaya dalam bidang saya..saya juga sekarang nie berkhidmat dengan mara sebagai pengajar di bidang teknikal di IKM...Dato.. saya amat sedih kerana ada sesetengan IKM amat daif...kemudahan latihan yang uzur...tolonglah dato....jenguklah ikm...walaupun sebelum ini ada lawatan atau naziran dari MARA tetapi..biasalah pihak ikm nak cover...memenag baik....kalau dato dapat luangkan masa dato...datanglah...intiplah...jangan sehari..datanglah 3hari...dato boleh lihat sendiri....pengajar di tekan...pengurusan yang lemah...salah guna kuasa...dan mcm-mcm lagi...saya merayu...dengan nama ALLAH saya tidak menipu...sebab saya tahu resiko di pecat atau tatatertib boleh diambil kepada saya....jika saya tak buat begini...saya takut satu hari nanti IKM tidak releven lagi sebagai tempat latihan untuk melahirkan usahawan....sekian...berani kerana benar....segalanaya kerana Allah...
Salam,
Saya mencadangkan agar Dato' mewajibkan kesemua pegawai2 kanan MeCD dan ketua2 agensi di bawah MeCD supaya selalu membaca blog ini (sekurang-kurangnya seminggu sekali). Dengan cara itu, cadangan2 yang baik boleh dipertimbangkan dan komen2 dapat diambil iktibar & penambahbaikan. Diharap pegawai2 ini dapat meluangkan masa memberi penjelasan terhadap cadangan2 & komen2 di dalam blog ini supaya rakyat lebih jelas lagi dengan permasalahan mereka serta pendirian Kementerian. Ini dapat membantu memberikan gambaran yang lebih jelas & telus kepada rakyat sambil memperbaiki imej Kerajaan di mata rakyat.
Salam Hormat.
Saranan Chairman Mao saya sangat setuju kerana terdapat banyak persoalan yang telah ditimbulkan dan melalui kaedah ini MECD atau agensi yang terbabit akan dapat mengambil langkah positif. Ini juga akan menjadikan Blog ini lebih interaktif.
Malangnya bukan semua yang dikirim ke Blog ini disiarkan. Saya serta beberapa teman telah menghantar banyak komen serta cadangan....tetapi ianya tidak disiarkan pun. Yah...mungkin YB Menteri kurang senang dengan apa yang kami kirimkan....
Malaysia Boleh....tetapi ada sekatannya dan tapisan....yang dikenakan....camtu je le....
salam Dato'.Semoga Dato dan keluarga berada dalam sihat sejahtera hendaknye. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan terima kasih kerana Dato amat hebat menerajui kementerian ini. Tahniah Dato'.
Saya ingin minta jasa baik Dato' untuk campurtangan dalam kes PENIPUAN KOPERASI USAHAWAN MALAYSIA BHD DENGAN SYARIKAT EASTANA FARM IND SDN BHD. Ramai orang Melayu telah terpedaya dalam skim yang kononnya telah mendapat restu oleh SKM. Minta tolong pihak KUMB bayar balik wang pelabur-pelabur MELAYU yang telah DITIPU OLEH MEREKA. Saya terpaksa menangung hutang dan bebanan lain yang terpaksa ditanggung kerana penipuan ini. TOLONG LA DATO'. JASA Dato' akan kami hargai sampai bila2. Sekian wasalam
Y.B. Dato'
PENDAMAI Malaysia ( Persatuan Alumni AADK Malaysia ) yang telah di rasmikan oleh Dato' sewaktu menjawat Timb. Menteri KKDN, telah menubuhkan sebuah Koperasi yang dinamakan KOPERASI PENDAMAI MALAYSIA BERHAD, pada 1 November 2008.
Saya merayu kepada Dato' agar berikan kami peluang serta bantuan yang sewajarnya sebagaimana Kementerian Dato' telah berikan kepada mana-mana individu mahu pun Koperasi atau Syarikat sebelum ini.
Saya mewakili seluruh keahlian seramai 15,000 orang dari seluruh Negara sangat-sangat berharap agar Kementerian Dato' boleh berikan segala bantuan sewajarnya untuk kami berdikari dan berjaya sebagai usahawan.
Secara peribadi, bagi saya keahalian seramai 15,000 orang ini ( akan bertambah ) adalah suatu asset kepada Negara walau pun kami pernah buat kesilapan dulu. 50% adalah dari golongan belia sebagai ahli. ( 99% bumiputra )
Saya selaku pengerusi ALK bejanji kepada Dato' akan berusaha bersungguh-sungguh supaya Koperasi ini berjaya dan boleh membantu rakan-rakan kami yang lain kearah mengujudkan usahawan yang berjaya dikalangan bekas-bekas pengguna dadah, ahli PENDAMAI Malaysia.
Kami telah pun memulakan usaha dengan menandatangani memorandum & perjanjian hak dengan pihak Rakan Niaga TM ( Gold Partner ) untuk mendapatkan hak rasmi sebagai TM Reseller bagi 270 produk TM. Pihak Celcom juga menawarkan hak usaha sama dengan kami dengan melantik Koperasi Kami sebagai Vendor Pengedaran di seluruh Negara. Begitu juga sebagai dengan ASTRO diamana kami akan diberikan kursus serta dilantik sebagai pengedar serta pemasang ( installer ).
Kami berhasrat mencuba bidang ini kerana ingin memecahkan monopoli bangsa lain ( 95% cina ) dalam bidang pemasaran ini dimana kami dilihat mampu atas sebab mempunyai asset modal insan diseluruh negara.
Kami ada ahli yang telah berjaya menjalan perniagaan tersebut yang dijadika Role Model di Temerloh Pahang.
Sekian. Terima kasih
Wasssalam.
Ikhlas
rahim
Kami menjadikan
Post a Comment