Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, January 29, 2009

BUKTIKAN PEGAWAI SAYA RASUAH

Dalam satu program di Kuala Selangor semalam, saya telah ditanya oleh wartawan mengenai kesulitan usahawan untuk mendapat pinjaman dari agensi pembiaya di bawah kementerian saya dan mendakwa bahawa ada yang cepat dapat tetapi dengan memberi imbuhan kepada pegawai atau dengan kata lain, perlu merasuah pegawai yang terbabit terlebih dahulu bagi mempercepatkan kelulusan permohonan.

Saya mengakui kemungkinan perkara itu berlaku dan saya juga ada menerima aduan mengenai perkara ini termasuklah aduan-aduan di blog ini. Namun begitu, saya tidak dapat mengambil tindakan jika ianya semata-mata aduan tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Maka dengan ini, saya berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang tuduhan melulu tanpa sebarang bukti. Pengadu perlulah memberi bukti supaya tindakan segera dapat diambil. Jika takut membuat aduan, pengadu boleh memberi nama pegawai atau mana-mana pejabat yang terbabit atau mengadu terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh melindungi pengadu.

Pemohon yang bermasalah juga boleh mengadu terus kepada kementerian saya secara bersemuka melalui Jawatankuasa Rayuan yang diwujudkan khusus untuk mendengar rayuan-rayuan pemohon selepas permohonan pertama di tolak. Apa yang telah saya buat sebelum ini, apabila ada pegawai yang didakwa bermasalah, pengadu dan wakil kementerian akan dipanggil bersemuka bagi membincangkan masalah pinjaman dan cara mengatasinya. Dan nampaknya setakat ini, cara sebegitu telah berjaya menyelesaikan beberapa permasalahan yang berbangkit.

Saya berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama bagi menangani masalah ini dalam usaha membangunkan usahawan bumiputera di negara kita.

25 comments:

Harimau-Menaip said...

Tahniah Dato'. Inilah pemimpin yang ditunggu-tunggu. Cepat dan effisien.

Anonymous said...

YB Dato',

Kalau nak buktikan pegawai rasuah memang sukar dan hampir tidak mungkin sebab dalam kebanyakan kes rasuah terpaksa diberikan oleh usahawan kepada pegawai dalam keadaan yang dirancang tidak akan menjerat pegawai dan pada masa yang sama memberi tekanan kepada usahawan.

Rasuah pada kebiasaannya berlaku dalam 2 keadaan-

1. Pengarah/CEO/MD yang mempunyai kuasa mutlak menjaga bajet dan menganugerah projek yang melantik kroni untuk melaksanakan projek. Pada masa yang sama melantik kroni ke dalam organisasi untuk melaksanakan perancangan.

2. Bagi pegawai yang tahu dan terlibat dalam bajet sesebuah projek, mereka ini akan melantik pegawai lebih rendah (orang suruhan) untuk 'berbincang dari hati ke hati' dengan usahawan yang memohon.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah (jika dalam bentuk wang):

- Peratus pembayaran, bahagian yang perlu diberikan oleh usahawan hasil dari projek. Bergantung kepada nilai projek, pada kebiasaannya antara 10%-30%. Pada kebiasaannya pegawai minta tinggi dengan alasan 'nak cover orang atas'

- Kaedah pembayaran, sama ada upfront atau berperingkat mengikut jumlah bayaran projek yang disalurkan kepada usahawan. Pembayaran mesti cash supaya tidak boleh dibuktikan atau dikesan jika mereka disiasat.

- Channel pembayaran, sama ada secara tunai kepada pegawai atau melalui proxy company yang tiada menunjukkan perkaitan langsung dengan pegawai (kaedah paling popular).

Sekiranya usahawan tidak bersetuju maka permohonan usahawan akan tergantung sampai bila-bila. Usahawan akan menghadapi kesukaran dan mengeluarkan belanja untuk turun naik follow-up.

Lebih malang lagi, usahawan akan dimaklumkan permohonan tidak diluluskan sebab kementerian tak ada bajet, projek ditangguh dulu, menteri tak sign lagi, jawatankuasa dah lantik co. lain yang lebih layak, usahawan tidak memenuhi syarat (yang tidak pernah dinyatakan sebelum ini) dan pelbagai lagi alasan yang nampak 'official' dan tidak boleh di 'challenge' oleh usahawan.

Rasuah ini bukan sahaja terpaksa dilalui oleh usahawan baru tetapi juga usahawan lama, berpengalaman, mahir serta mempunyai merit. Mahu tak mahu terpaksa ikut rentak pegawai, jika tidak nama terkeluar dari senarai.

Masalah rasuah dalam agensi Dato' ini merupakan masalah yang tidak akan selesai sampai hari kiamat. Jadi kepada usahawan yang terpaksa mengeluarkan 'perbelanjaan' untuk urusan memproses permohonan, anggapkan perbelanjaan anda sebagai satu pelaburan syarikat atau 'sedekah'.

Penyelesaian?
- Tukar pegawai atasan yang bermasalah setiap 2 tahun
- Buka channel aduan secara terus di pejabat menteri. Jangan ada 'gatekeepers' yang tapis aduan yang masuk.
- Tubuh jawatankuasa siasatan dan pemantauan projek yang bebas, tiada kaitan dengan individu-individu di kementerian,cekap, berintergriti serta 'knowlegeable'
- Arahkan setiap pegawai atasan dan mengurus projek secara terus mengisytiharkan pendapatan serta aset
- Adakan satu jawatankuasa tertinggi yang melapor diri terus kepada Dato' dimana pegawai atasan perlu memberi laporan mengenai pentadbiran agensi pada masa yang sama menerima aduan terus dari kakitangan jabatan /agensi
- Dapatkan direct feedback dari kakitangan bawahan jabatan / agensi mengenai pegawai mereka dimana identiti kakitangan yang membuat appraisal adalah rahsia

Untuk tindakan yang lebih ekstrim mengurangkan masalah rasuah-
- Wajibkan semua pegawai dan kakitangan di jabatan / agensi sensitif menghadapi ceramah agama / tazkirah berkaitan tangungjawab, amanah, duit haram dan sebagainya.

- Lantik orang berniaga yang tulen (genuine)untuk urus kementerian yang berhubung dengan usahawan. Sebab hanya orang berniaga yang faham masalah orang berniaga lain.

- Pasang spy secara berkala dalam agensi sama ada sebagai kakitangan atau usahawan

- Pada kebiasaannya apabila terjadi rasuah di kementerian kerajaan, walaupun duit sudah bertukar tangan, projek masih tidak berjalan dengan baik dan menyusahkan rakyat.

Tetapi di sektor korporat, walaupun ada amalan rasuah, projek tetap berjalan dan memudahkan rakyat - win win situation.

Oleh yang demikian, apa kata kita swastakan kementerian Dato'?
Idea persyarikatan kementerian mungkin boleh dipertimbangkan.

Dan banyak lagi kaedah-kaedah untuk mengurangkan rasuah (hapus sememangnya tidak mungkin). Soalannya adakah idea-idea rakyat yang baik serta bernas akan diterima dan dinilai atau dibakulsampahkan?

nadianadira said...

Assalamualaikum Dato'
Ribuan maaf kerana terpanggil untuk meluahkan apa yang patut diketahui dan perlu di ambil perhatian.Anak saya adalah golongan anak muda yang baru hendak menceburkan diri dalam perniagaan. Dengan berbekalkan modal dari saya , anak saya dapat membuka sebuah SPA -Pusat Kecantikan dan Rawatan Rambut di sekyen 18, Shah Alam dengan keseluruhan pekerja adalah dari kalangan keluarga kami.
Untuk menambahkan dekorasi di SPA dan menambahkan alatan , kami di syorkan membuat pinjaman dengan TEKUN. Lagipun cadangan untuk mempuyai cawangan dan akan dikendalikan oleh seorang anak saya lagi di Selayang maka saya memberanikan diri untuk membuat pinjaman ini. Anak saya membuat permohonan pada awal Disember 2008.
Apa yang mendukacitakan ialah semasa hendak mendapatkan tandatangan Ketua Bahagian Umno Shah Alam, borang anak saya telah dihilangkan.Itupun apabila kami pergi bertanya setelah tiada panggilan walaupun dijanjilkan akan dihubungi sekiranya borang telah ditandatangani Datuk. Sekali lagi kami diarahkan mengisi borang TEKUN.
Sekali ini saya dan anak mendapatkan sendiri tandatangan Datuk dan dengan bantuan PA Datuk, borang permohonan anak saya di serahkan ke TEKUN Shah Alam pada 14hb. Januari 2009. Sekali lagi kami di kecewakan bilamana , permohonan anak saya telah di salah editkan ke sistem dengan meletakkan no kad pengenalan yang salah. Saya menalipon dan pergi ke TEKUN ShahAlam berkaitan perkara terbabit, dan dijanjikan akan di buat pembetulan. tetapi sehingga 30hb Januari 09 saya sendiri membuat panggilan ke Tekun Centre dan bercakap dengan Puan Norlina dan dibuat pembetulan serta merta.

Walau pun perkara ini dilihat sebagai remeh atau kecil tapi kiranya tidak diambil tindakan akan menyebabkan anak-anak muda yang baru nak bertapak berniaga akan merasa amat tertekan kerana perkara yanag amat mudah telah menhjadi amat berat bagi setengah pihak yang mengendalikannya. Disinilah berlakunya pinjaman dengan ALong sekiranya keperluan amat terdesak. Juga berlakunya sikap dingin anak muda untuk dekat dengan agensi kerajaan kerana orang-orang yang mengendalikan agensi ini telah menyusahkan proses sesuatu permohonan.
Demi melahirkan jenerasi muda yang minat berniaga , dan berwawasan saya terpaksa meluahkan perkara diatas bukan menunjukkan salah siapa tetapi supaya di baik pulih kerana perkara yang kecil jika di biarkan akan menjadi besar dan menyusahkan orang ramai. Saya mungkin celik sikit dari segi menyuarakan masalah ini, tetapi bagaimana dengan orang lain yang minat dan berkeupayaan berniaga , tetapi disisihkan hanya kerana perkara remeh temeh seperti ini, hak diketepikan, dan mengambil masa yang lama untuk diproses permohonan dan hanya di bekalkan jawapan ' permohonan sedang di proses' apabila di buat panggilan dan sebagainya lagi. Ini tidak termasuk Talian hot-line yang lambat di angkat dan saya mengambil masa dua hari untuk dapat berurusan dengan pegawai di Tekun Centre berkaitan perkara diatas.
Tiada benda yang tidak dapat diselesaikan tetapi selesaikanlah dalam ertikata "Win Win Situation".
Letakkanlah diri ditempat orang yang menghadapi masalah itu dan bukan di zon yang amat selesa.

Sekian, terima kasih.

yang benar,
Ibu prihatin

BRO PCS ENTERPRISE said...

kenapa pendekatan mewujudkan usahawan, banyak kearah siswa dan siswazah sahaja.Contoh nya untuk mendapatkan sijil kementerIAN kewangan mesti mempunyai diploma atau ijazah..?? bagaimana dengan usahawan atau peniaga2 yang tidak mempunyai kelayakan tetapi hanya mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang2 tertentu...peluang untuk maju kehadapan kurang...

HARIZ JAMIL said...

assalamualaikum datok,permohonan saya tidak berjaya untuk memasuki mrsm 2009,saya telah membuat surat sokongan dan telah di pos kepada dato,saya ingin meminta dato' supaya dapat menolong saya .nama:hariz jamil bin md jamil.5a dalam upsr,angka giliran:kf0101009

Anonymous said...

YB Dato'

Saya adalah salah seorang daripada bakal pelepasan penuntut di sebuah kolej di Penang. Saya ingin memulakan perniagaan milik saya sendiri di Kuching, Sarawak selepas tamat pengajian akhir tahun ini. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya YB, bagaimana saya boleh mendapat pinjaman perniagaan dari kerajaan Malaysia sedangkan saya seorang rakyat bukan bumiputera Malaysia? Adakah saya perlu membuat satu laporan kerja dan pihak manakah yang boleh dihubungi untuk keterangan lanjut? Diharapkan YB dapat membantu saya dengan membekalkan maklumat kepada saya melalui emel (prior_d_89@hotmail.com)

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

salam...
tuh bhg. penganjuran pelajaran yg plg masalah besar dlm MARA....
nk bt pinjaman kena ada 'kabel', klau x, x leh....
pelatih ikm/kktm yg smbg ke degree pn x leh dpt pnjmn ka??!!!

Anonymous said...

YB Dato,

Saya adalah pelajar lulusan PMR 2008 bernombor IC:930118146947 yang memohon untuk dimasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA sesi Tingkatan 4.Namun saya tidak berjaya apabila menyemak secara online keputusannya.Persoalannya,mengapa ada yang mendapat 5A/6A berjaya mendapat tawaran sedangkan saya mendapat 7A tetapi tidak berjaya mendapat sebarang tawarran di MRSM?

Saya harap YB Dato dapat meluangkan sedikit masa untuk mempertimbangkan perkara ini kerana saya sangatlah mengharap untuk belajar di MRSM :)
Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang cemerlang seterusnya memartabatkan agama,bangsa dan negara kita.

Anonymous said...

YB Dato,

Jika Dato sudi meluangkan masa untuk menemuduga saya atau menghubungi saya berkenaan dengan perkara tersebut sila hubungi saya di umar@live.com.my

Untuk pengetahuan tuan,biodata ringkas tentang saya:

Nama saya ialah Umar Bin Abd Aziz.Berumur 16 tahun dan tinggal di Desa Pandan.Bersekolah di SMK Seri Bintang Selatan. Merupakan anak sulung kepada Abd Aziz Bin Abdul Rahman dan Melati Binti Hassan.Ayah bekerja sebagai peguam/partner di sebuah firma guaman Ahmad Famy and Noh di Jalan Samudera,Batu Caves dan ibu merupakan suri rumah sepenuh masa.

Saya merayu kepada YB Dato supaya mempertimbangkan perkara ini kerana saya mengimpi-impikan dan berusaha untuk mendapat tempat untuk belajar di MRSM yang terbaik :)
Tetapi kuasa bukan di tangan saya untuk diterima masuk ke MRSM.

Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu mungkin datang dari diri sendiri.

Terima Kasih,

Wassalam

Anonymous said...

datuk noh omar,

sila siasat pembiayaan untuk energetic point sdn bhd bernilai rm3.8 juta untuk pembelian teknologi pertiketan

Nilai tersebut amat besar !!! Bagaimana mara boleh keluarkan pinjaman pada nilai yang amat besar sedangkan ekonomi tidak berapa mengizinkan sekarang.

Perantisan tersebut diluluskan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Datuk, sila siasat.

Saya rasa usahawan2 lain lebih memerlukan wang tersebut. Mengapa dikeluarkan nilai yg sebegitu byk untuk energetic point sdn bhd ?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Terpanggil saya untuk memberi ulasan tentang rasuah dan komen-komen yang tak sedap di dengar beberapa hari kebelakangan ini yang melibatkan agency di bawah kementerian Dato'.

Tidak dapat di nafikan agency-agency seperti Tekun,SME Bank, Bank Rakyat dll merupakan entiti kewangan dan tidak dapat lari dari anasir ini (rasuah). Tetapi jika kita lihat senarionya, mungkin ada yang terlepas pandang tentang beberapa perkara yang memungkinkan perkara ini di salah anggap oleh sesetengah pihak. Rasuah, jika di istilah dalam bahasa nya adalah pemberian untuk kelulusan sesuatu permohonan, sekiranya pemohon yang menawarkan, adakah ianya di istilahkan sebagai rasuah juga?

Mungkin yang mengadu kepada YB Dato' adalah pemohon yang kecewa setelah di janjikan kelulusan dengan segera oleh pegawai-pegawai yang berkenaan tetapi masih menunggu kelulusan yang belum kunjung tiba. Saya juga percaya kebanyakan mereka ini masih belum mengeluarkan walau sesen pun wang dari poket mereka dan atas perasaan amarah, mereka mengadu.

Rasionalnya, saya, antara beribu pemohon yang memohon pinjaman TEKUN, Alhamdulillah tidak mempunyai sebarang masaalah. Sokongan dan bantuan yang di berikan oleh pegawai khas YB Dato'(En. Khir Ramli dan En. Budi), ternyata banyak membantu dan yang paling penting walaupun permohonan saya ini juga mengambil masa lebih kurang dua bulan, saya tetap bersyukur dan dengan bantuan ini juga saya mendapat kontrak pertanian. Jadi, di sini saya juga bersetuju dengan Tajuk besar yang Dato' berikan - BUKTIKAN PEGAWAI SAYA RASUAH -.

Saya juga berpendapat, mungkin ada sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh dan cuba mengambil kesempatan di atas kelembutan YB Dato' dalam menangani isu-isu nasional. Tetapi Insyallah, kami tetap berdiri menyokong pendirian YB Dato' - Tegas dan Mesra Rakyat. Kami juga mendoakan agar Dato' tabah dalam menanangi isu-isu sebegini kerana kita tidak akan sedar siapa musuh dan siapa kawan dalam politik hari ini. Pelbagai cara akan di lakukan bagi melemahkan Dato'.

Insyallah.....

Pemohon Tekun
Kuala Selangor

Anonymous said...

Salam Dato' Penyakit ini dah lama berlaku di MARA. Susah nak buktikan kerana pegawai berkenaan pandai menyembunyikan segala salahlaku terutama yang melibatkan agihan projek senggaraan dan pembekalan di pejabat MARA.Asyik orang yang sama saja yang dapat kerja walaupun syarikat berlainan. Kadang-kadang orang(kontraktor) kegemaran ini boleh keluar masuk pejabat mara macam pejabat sendiri.Bagi sesetengah kontraktor lebih baik tak dapat projek daripada bagi lepas tu tak boleh tidor malam kenangkan dosa..
Cadangan saya Dato' pegawai yang bertanggunjawab dalam agihan projek hendaklah bukan dari kalangan orang tempatan. Cthnya pegawai yang berasal dari Kedah ditugaskan di Sarawak. Dengan cara ini tak ada masalah pemberian projek kepada kawan-kawan dan saudara mara. Lepas dua tiga tahun tukarkan ke negeri lain pulak sebelum pegawai berkenaan sempat membuat hubungan "intim" dengan kontraktor/pembekal. Apapun bukan semua pegawai bersikap begini ada juga yang betul-betul ikhlas membantu Dato' Sekadar pandangan

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato'...

saya rasa bukan pasal masalah rasuah tetapi pegawai pegawai kerajaan tidak mengerti betapa peritnya hidup usahawan yang masih melalui pelbagai liku hidup...

urgency is very important to us and some how gov officers fail to understand that mindset...

Ramai usahawan usahawan yang saya kenal semasa acara latihan keusahawanan saya sudah malas dan tidak mahu mencuba lagi setelah so many times been rejected on various reasons...

on yr last remark..." Saya berharap agar semua pihak dapat memberi kerjasama bagi menangani masalah ini dalam usaha membangunkan usahawan bumiputera di negara kita."

... i have one suggestion

i suggest that any ideas or comments on MECD initiatives should be received with open arms... and NOT...'tak boleh'... its not the 'project policy, etc..'

a BIG very BIG RED Suggestion Box should be place at all MECD departments and a special task force should collect weekly....etc...its primitive but SURELY effective...

tomorrow insyallah i will be sending a letter on an idea tht i had last week and the officer say can not...tak boleh...as usual... i hope YB Dato' will look at the letter n hope to see you again soon Sir..

tq

waslam

sheikh faleigh signing off at 0056 on 4 02 09
sfaleigh@yahoo.com
012 295 6334

Anonymous said...

Salam Dato’

Pertama sekali saya ucapkan tahniah kepada UMNO & BN di atas perkembangan positif di negeri Perak hari ini. Semoga ini merupakan titik permulaan baru yang lebih baik kepada rakyat Negeri Perak umumnya dan Bumiputera khasnya.

Tujuan saya menulis kali ini bukanlah untuk mengulas tentang scenario politik Negara kita tetapi untuk mencadangkan satu cabang perniagaan yang boleh diterokai oleh usahawan Bumiputera.

Idea ini tercetus apabila saya dimaklumkan oleh seorang sahabat tentang konsep franchise “Synergy Farm”. Saya pasti nama “Synergy Farm” tidaklah asing bagi Dato’ & MeCD. Jadi, apa kata Dato’ wujudkan satu unit di dalam salah satu agensi yang berkaitan yang dapat “duplicate”kan idea system franchise dalam sector pertanian.

Buat permulaan, Unit ini bertindak mengkaji kaedah-kaedah pertanian yang boleh di”franchise”kan, contohnya seperti Menternak Cacing atau Menanam Cendawan. Kajian mestilah dijalankan secara menyeluruh sehingga mampu memasarkan product franchise tersebut. Proses pengkajian ini mestilah didokumenkan agar ia mudah untuk di”franchise”kan.

Selepas berjaya memantapkan kaedah pertanian tersebut, mendapat network pasaran yang stabil dan didokumenkan, Unit ini bolehlah mula mencari tapak yang sesuai untuk bertani. Eloklah kiranya sebidang tanah dipajakkan oleh Kerajaan Negeri untuk inisiatif ini pada nilai nominal kepada usahawan-usahawan Bumiputera untuk dijadikan “Perkampungan Cacing” sebagai contoh.

Usaha ini mirip kepada usaha Kerajaan mewujudkan perkampungan Felda. Cuma program ini dijalankan di atas perkampungan yang lebih kecil dan moden (memandangkan penduduknya adalah usahawan Franchise). Oleh kerana semua usahawan cacing bertumpu di satu kampong, pengumpulan produk untuk dipasarkan serta sokongan daripada Franchisor dan kawalan lebih mudah dijalankan.

Unit agensi Dato’ yang memulakan inisiatif ini mestilah bertindak sebagai Franchisor. Sokongan seperti latihan serta manual franchise yang komprehensif dan lain-lain diberikan kepada Usahawan2 ini. Unit ini juga boleh membuat untung yang munasabah dengan bertindak sebagai orang tengah untuk memasarkan product terus ke pasaran tanpa melalui lapisan-lapisan lain agar dapat melebarkan margin keuntungan Franchisor & Franchisee sebanyak mungkin. Franchisor juga boleh mengambil peranan mirip Felda dengan menyediakan benih, pengangkutan, vaksin, etc pada kadar yang berpatutan. Bagi meneruskan usaha serta “competitiveness” program franchise ini, ia kekal milik Bumiputera dan tidak dijual kepada mana2 individu.

Saya berpendapat, dengan menjalankan projek pertanian pada skala yang besar dan teratur dapat membangunkan Bumiputera sebagai Usahawan Tani (berkonsepkan Franchise). Semoga cadangan saya ini serta cadangan2 yang lepas dapat dipertimbangkan oleh Dato’ dalam menguatkan ekonomi Bumiputera.

Sekian, Wassalam.

MOHD FUAD YAHAYA said...

Salam kepada YB Dato' Menteri dan pengunjung blog Hati Malaya ini,

Kepada Ibu Prihatin, saya Mohd Fuad mewakili pihak pengurusan TEKUN Nasional, ingin memohon maaf atas kesulitan yang pihak Puan alami sepanjang berurusan dengan pihak TEKUN Nasional.

Disini saya ingin memohon kerjasama daripada pihak Tuan agar dapat memberikan segala maklumat berkaitan permohonan pembiayaan Puan kepada saya dengan kadar SEGERA dengan menelefon talian bimbit saya 019-5684122 @ email mohdfuadyahaya@gmail.com / fuad@tekun.gov.my

Saya akan cuba sedaya upaya menyelesaikan perkara ini dan sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa kepada para pengunjung blog ini yang mempunyai permasalahan berkaitan pembiayaan TEKUN Nasional sila berhubungan dengan saya terus untuk saya bantu menyelesaikan maklumat yang Tuan/Puan alami.

Sekian, terima kasih.

MOHD FUAD YAHAYA
Pegawai Khas
Kepada Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional

Anonymous said...

Asalamualaikum YB Dato'

Saya ingin berkongsi apa yang saya lalui dengan agensi dibawah Dato'. Saya mempunyai syarikat yang berkaitan dengan penternakan kambing dan kami bermula dari zero dengan duit sendiri tanpa meminjam mana2 agensi pun sehinggakan kami dikenali.

Kami ada approach MARA untuk proposal dan ianya bukan tujuan pinjaman. Tapi macam tidak diendahkan. Apa yang dikesalkan pula kami kami rasa maklumat syarikat kami telah dicerobohi dan disalahguna.

Seorang individu telah menghantar kertas kerja ke MARA dengan menggunakan kami sebagai pembekal. Tiada hitam/putih dari MARA tentang apa2 pun perkara ini tiba2 MARA telah mengeluarkan cek atas nama kami untuk kononnya membekalkan baka kepada inidividu tersebut.

Belakang cerita individu ini telah menghubungi kami untuk menunaikan cek tersebut dan meminta menyerahkan keseluruhannya cek tersebut kepada beliau tanpa membekalkan barangan tersebut...Apakah semua ini???? Kami jadi kambing hitam...Tak sakit hati ke YB Dato??

Malah apa bila saya bertanyakan lebih2 kepada individu itu kenapa dia bertindak begini ugutan pula yang saya dapat..dan nada bongkak dia mengatakan ikut sahaja apa yang dia suruh kerana dia kenal Pengarah MARA..kononnya(saya lawan balik cakap dia Aku kenal Menteri MECD terus dia senyap..heheheh padahal pun tidak...akhirnya kerana ada partner saya yang diugut...kami terpaksa release cek tu juga kepada beliau sepenunhya.

ini adalah pengajaran yang paling saya tak boleh lupakan seumur hidup berurusan dengan agensi kerajaan...

Saya berharap dato' dapat menjadi pemimpin yang baik..tak perlu kejar posisi yang lebih tinggi terlalu cepat..rajin2 berkhidmat untuk rakyat..kalau rakyat tahu dato' bagus..tetap rezeki dato' ada untuk naik ke atas...itu pandangan ikhlas saya..

Terima kasih kerana ada ruangan seperti ini..boleh juga saya lepaskan apa yang terbuku di hati.

Salam hormat..

wassalam

Anonymous said...

Assalamualaikum...
YB Dato'

Tajuk Blog yang menarik... "Buktikan Pegawai Saya Rasuah"...

Sebenarnya rasuah memang sukar dihapuskan...semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin hebat rasuah mereka....

Saya sebagai pelajar perubatan di salah sebuah universitas swasta di Jakarta, Indonesia tak menafikan hal ini terjadi...terus terang saya katakan,saya dan kawan-kawan yang lain amat kesal dengan sikap Pengarah MARA Jakarta, Indonesia yang tidak bertanggungjawab. Kami tahu kami dihantar belajar perubatan di sini melalui ejen yang MARA percayai tapi secara tidak sedar pihak Pengurusan MARA tidak tahu situasi sebenar yang telah terjadi pada Pengarah MARA JAKARTA. Kami tahu Pengarah MARA Jakarta mendapat komisen dari seorang ejen. Adakah ini tidak dinamakan rasuah???kami seolah- olah diniagakan....

Yang sangat kami kesalkan, Pengarah MARA Jakarta seolah- olah mementingkan duit dengan menghantar ramai pelajar ke universitas kami sedangkan daya tampung universitas kami sangat minimum ditambah lagi universitas kami tidak mempunyai rumah sakit pendidikan untuk kami clinical... Dan ini menjadi satu masalah yang sangat besar bagi kami,kami terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke rumah sakit bagi tujuan klinikal....sehingga tempoh perkuliahan kami terpaksa dipanjangkan menjadi 7 tahun tidak seperti yang dinyatakan sewaktu di surat tawaran dahulu...

Hal ini telah banyak kali kami utarakan kepada pihak Pengarah MARA Jakarta agar meminimumkan pengambilan pelajar ke universitas kami, namun apa yang kami lihat dalam tempoh dua tahun beliau mentadbir, tiada perubahan yang dilaksanakan..

Apa yang saya kesalkan, dengan pengambilan pelajar yang terlalu ramai, quality pembelajaran akan terjejas...kami terpaksa berkongsi pelbagai bahan makmal seperti cadaver dan sebagainya..sedangkan jika kami bandingkan dengan pelajar perubatan di Malaysia seperti di UKM, UM dan sebagainya...quality adalah yang sangat diutamakan bukannya quantity pelajar.....

Adakah itu contoh yang baik bagi seorang Pengarah MARA???"Meniagakan" pelajar??? Bersengkokol dengan pihak ejen yang senantiasa berkempen untuk menghantar lebih ramai lagi pelajar di Jakarta.....Adakah tidak cukup gaji dan elaun yang diberikan kepada Pengarah MARA Jakarta sehingga beliau sanggup menerima komisen daripada pihak ejen?????

Sebenarnya,banayk perkara yang kami tiak puas hati dengan pentadbiran Pengarah MARA Jakarta..

1)Kami difahamkan, Pengarah MARA Jakarta menerima elaun keraian untuk majlis- majlis bagi pelajar...tapi, yang kami hairan tidak ada majlis keraian yang dibuat...ke manakah pergi bajet tersebut???

2)Setiap masalah pelajar yang kami laporkan kepada Pengarah MARA Jakarta, tindakan yang di ambil oleh beliau sangat lambat...dan yang kami kesalkan, beliau akan menjawab permasalahan kami dengan menyatakan sila rujuk kepada staff saya...Jadi, apakah fungsi sebenar Pengarah MARA jika segala masalah pelajar tidak tahu untuk diselsaikan..Akhirnya, kami lebih memilih untuk bertanya kepada staff MARA Jakarta padahal bagi kami, sebagai seorang Pengarah MARA beliau patut lebih dahulu mengetahui segala masalah kami.

3)Kami juga mengetahui bahawa pihak MARA ada menyediakan kenderaan untuk kegunaan rasmi MARA tetapi apa yang kami lihat, kami tidak pernah menggunakan perkhidmatan tersebut.Dan apa yang kami lihat, Pengarah MARA seolah- olah menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai kenderaan peribadi.

4)Kami menuntut di universitas swasta di Jakarta banyak dibebankan dengan biaya itu ini, tapi yang kami kesalkan mengapa tidak ada tindakan dari pihak Pengarah MARA Jakarta untuk berunding dan bertanya kepada pimpinan universitas,apa sebenarnya biaya yang dimaksud kan tersebut????Janganlah pihak MARA terlalu akur dengan kehendak universitas padahal pihak universitas hanya inginkan keuntungan dan memanfaatkan kami semua.Akibatnya,kami juga yang akan menanggung pinjaman yang terlalu banyak...

Saya berharap, YB Dato' dapat menimbang dan memerhatikan setiap pegawai yang ditugaskan...Kami seolah-olah tidak nampak kesan positif dari wujudnya Pejabat MARA Indonesia.Kami merasakan semakin banyak amsalah yang dihadapi sebelum wujudnya Pejabat MARA Luar Negeri ini...Kami berharap Pengarah MARA Jakarta yang ditempatkan di sini akan lebih bertanggungjawab dan tidak memanfaatkan kami dengan "meniagakan" kami kepada ejen yang ada...Kita bang yang keruh,ambil yang jernih...

Semoga hal ini berada dalam perhatian YB Dato'...

Sekian,Terima kasih...

Wassalam,
Pelajar Kecewa....
Program Perubatan,
Jakarta,Indonesia.

Anonymous said...

YB Dato',

Saya amat berbangga dengan apa yang Dato dan kementerian Dato lakukan untuk menaikkan taraf bumiputra dan rakyat tempatan di Malaysia ini. Ada beberapa isu yang ingin saya kemukakan kepada Dato dan berharap Dato boleh membantu saya yang sudah ketandusan cara untuk memajukan firma saya.Untuk pengetahuan YB Dato, saya adalah seorang peguam bumiputra yang ingin meningkatkan diri saya dan bersaing dengan kaum2 yang lain.

1. Adakah dato menganggap peguam itu sebagai usahawan atau professional? Saya menganggap diri saya sebagai seorang profesional dan juga usahawan kerana profesional disebabkan saya seorang peguam dan usahawan kerana saya mesti mencari duit untuk membayar gaji, overhead dan untuk diri saya.

2. Bolehkah pihak Dato membantu saya untuk mendekati usahawan2 di MeCD? kerana saya rasa saya dapat membantu mereka dalam membuat kontrak dan drafting international agreement atau memberi nasihat dari segi undang2.Saya berharap pihak Dato dapat membantu saya dalam hal ini.

3. Tujuan saya meminta pihak Dato membantu saya bukan kerana saya tidak berusaha.Saya telahpun berusaha untuk memajukan diri saya dan firma saya tetapi sejak kebelakangan ini amat susah untuk firma melayu memajukan firma mereka di Pulau Pinang sekiranya mereka tidak mengenali banker, pemaju, ahli politik atau ahli korporat secara rapat. Saya memohon kepada Dato sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang usahawan yang ingin meningkatkan diri saya di malaysia dan di luar malaysia.

Saya berharap agar Dato boleh guide saya untuk saya berjumpa dengan pegawai yang dapat membantu saya.

Sekian terima kasih.

Reeza

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Saya telah membuat pinjaman tekum pada oktober 2008 dan telah mendapat cek pada bulan berikutnya. terima kasih Tekun Nasional yang telah bekerja dgn cekap. Saya X bagi apa-apa pun pada pegawai lulus cepat pun.... macamana mereka d luar sana kata pegawai rasuah?

apapun yang membuatkan saya x puas hati adalah sikap kontraktor atau agensi yang di lantik untuk menguruskan gerai dan lesen untuk usahawah MPUD daerah kajang.
Sehingga hari ini saya belum menerima lesen perniagaan yang telah di luluskan oleh MPKJ dan di simpan oleh SGLong. Gerai pun belum di pasang lagi. macammana nak niaga.Saya telah membayar sebanyak RM 6000.00 untuk urusan gerai dan lesen. bila dihubungi cik Dora kata "nanti kami bertau"

Bayaran tekun dah 2 bulan saya bayar guna duit poket.
Saya bukan orang senang, minta gerai untuk niaga tapi sampai sekarang saya berhutang nak bayar pinjaman.

saya rasa kontraktor terbabit perlu diambil tindakan. syarikat begini yang merosakan nama kerajaaan. orang yang tak tahu kata ini kerja kerajaan BN padahal sy ini yang merosakan imej. terima kasih dato'

Wiraniaga

ADI JAGAT PUTRA said...

ASSALAMUALAIKUM///
Y.B DATO
SALAM PERJUANGAN BUAT DATO

Anonymous said...

YB Dato',

Assalamualaikum Wmt.Wbt

Saya merasa hairan kerana no hotline MARA tak pernah berangkat.YB Dato perlu mengarahkan pegawai berkaitan untuk lebih perihatin terhadap layanan pengguna.Bila kita panggil, kita jadi macam bola ping pong. Dahlah susah nak berangkat, kena tunggu sampai putus line dan kena panggil balik yang begitu sukar kerana saya menggunakan hp untuk memanggil. Keprihatinan YB Dato amat dihargai.

Suka Pantas dan Tepat

16/02/2009

FaRah said...

YB Dato',

Assalamualaikum Wmt.Wbt

Saya merasa hairan kerana no hotline MARA tak pernah berangkat.YB Dato perlu mengarahkan pegawai berkaitan untuk lebih perihatin terhadap layanan pengguna.Bila kita panggil, kita jadi macam bola ping pong. Dahlah susah nak berangkat, kena tunggu sampai putus line dan kena panggil balik yang begitu sukar kerana saya menggunakan hp untuk memanggil. Keprihatinan YB Dato amat dihargai.

Pantas dan Tepat

Anonymous said...

Salam YB Dato'

Saya amat berterima kasih di atas segala usaha Dato' khususnya MECD dalam memberi bantuan kepada usahawan bumiputra seperti saya agar lebih berdaya saing.

Namun begitu, saya ini menyampaikan rasa duka cita di atas perkara yg perlu pihak YB Dato' ambil perhatian.

Utk pengetahuan YB Dato' saya antara bumiputra yg telah pun lulus permohonan utk mendapatkan bantuan perniagaan MARA tahun ini. Sebagai seorg usahawan muda, saya amat gembira bila tahu yg permohonan saya telah lulus. Namun begitu, setelah semua arahan MARA saya turuti iaini berkaitan dgn dokumen agreement dan stem hasil, saya masih gagal menerima cek yg sepatutnya. Apa yg menyedihkan bila saya bertanya, pihak MARA sibuk menerangkan mengenai majlis penyerahan cek, walhal, saya amat memerlukan bantuan tersebut utk mendapatkan mesin utk berniaga seterusnya membayar sewa kedai utk bulan ini. Saya hairan, mengapa pihak MARA lebih pentingkan reputasi daripada objektif awal iaini membantu usahawan muda seperti saya? Tak bolehkah, majlis itu di jalankan dgn menggunakan mock up cek atau sampul kosong?

Sekarang yg tertekan adalah usahawan seperti saya. Sudahlah nak buat pinjaman MARA perlu sewa kedai dan dapatkan lesen perniagaan (semuanya duit). Kata pihak MARA 14 hari berkerja proses pinjaman, tetapi cecah sebulan juga utk dapatkan kelulusan. Itu baru kelulusan. Cek pula ambil masa lagi 3 ke 4 minggu. Akhirnya, usahawan muda dan kecil seperti saya lebih sanggup gunakan Ah Long sementara menunggu buah yg tak gugur2 ini.

Saya berpendapat pihak YB perlu menjelaskan kepada pihak2 yg memberi bantuan seperti MARA khususnya supaya bertindak pantas dalam menyelesaikan masalah usahawan sepantas mungkin kerna kami juga antara penyumbang dan pemangkin ekonomi negara. Saya sendiri buntu ke mana dan di mana perlu saya ajukan soalan mengenai hal bantuan MARA ini sampai hari ini.

Saya pohon tolonglah... tolonglah bukan demi saya sahaja juga demi usahawan2 lain yg sedang dan bakal meminta bantuan kerajaan.

Sekian, terima kasih.
clorets_candy74@yahoo.com

Fadzli Panut @ Sepa`at said...

YB Dato`

Tahniah atas usaha proaktif dato` menerajui kementerian..

saya cuma nak minta dato` siasat Green Vision Sdn Bhd di Taman Agroteknologi Pertanian Bestari Jaya. Kononnya mereka pakar dalam bidang akuakultur.
Sykt telah mendapat dana Tekun beratus ribu dengan menggunakan nama pelajar-pelajarnya, 35k setiap seorang. kalu kali 50 orang....??? Mengikut perjanjian syarikat akan membimbing pelajarnya selama 3 tahun. Apa yang berlaku pelajar hanya belajar asas seminggu sahaja.. selebihnya seolah-olah sykt pula yang belajar dengan peserta. Ada banyak masalah yang berlaku di situ..

1. Semua peserta setiap sesi pengambilan terpaksa menarik diri untuk meneruskan hidup.. atas 'paper work' dijanjikan pendapatan -+2k setiap bulan drpd hasil ikan keli. Hakikatnya nak dapat rm 200 pun susah.. peserta yg ada tanggungan x dpt bertahan.

2. Setiap peserta meminjam 35k drpd TEKUN. tapi duit pinjaman, surat perjanjian dll semua sykt simpan, peserta cuma dapat tengok banglow boss yang naik, kolam hancur..

3. Semua peserta tak dapat bertahan lagi dan menarik diri.. duit baki modal sykt tak mahu bagi.. peserta-peserta telah berhenti kerja untuk ikut Green Vision.. Sekarang terpaksa balik kampung. Ada tanah nak diusahakan TAPI.. Nak Pinjam balik TEKUN, rekod dah ada pinjaman TEKUN dengan rekod buruk..

Kepada pihak TEKUN negeri Selangor yang membaca petikan ini tolonglah bertindak.. saya kesian tengok mereka.. setidak-tidaknya minta arahkan Green Vision pulangkan balik duit baki kepada peserta atau pun beri peluang meminjam yang baru, pinjaman yang lama pindahkan atas nama green vision..

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato’

Saya merupakan pelajar perubatan di bawah tajaan MARA di Indonesia.Saya mewakili kawan- kawan yang lain ingin mengadu beberapa hal tentang masalah kami menuntut di Indonesia. Sebenarnya, pada mulanya kami ingin bersikap biasa sahaja tapi bila memikirkan tentang nasib kami dan juga adik – adik kami di masa hadapan, kami terpaksa berterus terang kepada Dato'. Kami tidak tahu kepada siapa ingin mengadu.

Dato', di sini saya ingin mengungkapkan beberapa perasaan tidak puas hati kami terhadap pentadbiran Pengarah MARA Jakarta. Pejabat MARA Jakarta hampir 2 tahun ditubuhkan di sini tapi sepertinya Pengarah MARA Jakarta kurang memerhatikan kebajikan para pelajarnya.

Kami di sini boleh dikatakan sebagai pelajar senior. Dan untuk pengetahuan Dato', semua universitas swasta di Jakarta khasnya tidak memiliki rumah sakit pendidikan sendiri dan akibatnya kami terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke clinical year akibat masalah tersebut. Ini menyebabkan kami terpaksa memperpanjangkan tempoh perkuliahan di sini sekaligus memperpanjangkan pinjaman kami. Kami merasa tempoh menunggu giliran tersebut amat membuang waktu.Kami telah mengusulkan hal ini kepada Pengarah MARA Jakarta supaya meminimumkan pengambilan pelajar ke univ swasta dan menambahkannya ke univ negeri(Goverment Univ). Tapi apa yang kami lihat, beliau tidak mengindahkan usulan kami kerana apa yang kami tahu, biaya permulaan semasa kami mendaftar di sini sudah termasuk caj ejen.dan pihak ejen memberi komisen kepada beliau.

Pengarah MARA Jakarta juga bersikap tidak adil terhadap para pelajar. Ada satu pergaduhan kecil antara para pelajar lelaki dan beliau hanya mendengar penjelasan dari sebelah pihak kerana pelajar tersebut rapat dengan beliau. Pada kami, sewajarnya beliau mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak, bukannya kami ingin menyokong mana- mana pihak, tapi sebagai kawan sepatutnya beliau bersikap adil.

Pengarah MARA Jakarta juga lambat dalam mengambil tindakan terhadap segala hal. Baru – baru ini, pihak MMC ada membuat lawatan ke Jakarta dan pada malam 11 Feb 2009, MMC berkumpul dengan wakil pelajar setiap univ untuk membincangkan tujuan lawatan mereka ke sini. Dan apa yang kami lihat, TYT Dato’ Duta boleh hadir bersama- sama kami tetapi kenapa Pengarah MARA Jakarta tidak hadir ke majlis tersebut pada hal pada kami isu yang dibincangkan adalah penting untuk masa depan kami dan adik- adik kami di sini. Dan apa yang kami lihat, Pegawai JPA yang ditempatkan di sini lebih aktif daripada Pengarah MARA Jakarta walaupun pegawai JPA tersebut baru beberapa bulan bertugas di sini. Segala informasi banyak kami dapatkan melalui teman –teman di bawah tajaan JPA kerana Pegawai JPA di sini aktif bertindak.

Pengarah MARA Jakarta juga selalu mementingkan diri dengan acara – acara di luar pejabat yang tidak penting. Akibatnya, setiap kali kami menghubungi beliau, beliau akan menyatakan saya di luar kota(saya di Medan, saya di Bandung etc) dan sila rujuk kepada pegawai – pegawai saya. Akibatnya, kami rasa lebih senang berurusan dengan pegawai – pegawai MARA yang lain dibandingkan dengan beliau. Beliau tidak boleh menyalahkan kami jika segala hal kami lebih prefer mengadu kepada pegawai – pegawai yang lain dan akibatnya beliau selalu terlambat mendapat informasi tentang para pelajar.

Kami harap Dato' dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhapap pegawai Dato'. Pada kami, cukuplah 2 tahun pentadbiran beliau di sini dan kami mengharapkan pengganti beliau akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah. Kita semua memegang amanah rakyat.Kami juga belajar di sini memikul amanah rakyat.

Sekian, terima kasih.