Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, November 13, 2008

SEKITAR LAWATAN KE PERTAMA KOMPLEKS...







10 comments:

oja said...

akum datuk saya adalah salah seorang usahwan muda yang berniaga di bandar. Sejak dulu saya tak pernah percaya mendapatkan pinjaman kepada loan seperti MARA atau Tekun di sebabkan lambat serta karenah birokrasi yang telah di lalui oleh kawan kawan saya yg telah memohon nya.Sehingga lah saya cuba memohon 2 bulan lalu baru saya tahu sememangnya benar kata kawan kawan saya prosesnya amat lambat dan penuh dgn karenah . Bg saya jgn sesekali mana mana pihak menjanjikan pinjaman jika ia tidak di laksanakan seperti yang telah di janjikan.Prosesnya amat lambat dan penuh prosedur yg entah apa apa.Saya buka nak mengadu datuk tetapi ini lah hakikat sebenar yang datuk harus tahu.Maklumat yg datuk terima baik belaka padahak hakikat benar nya belum tentu.Datuk kini ekonomi sedang meruncing ramai usahawan melayu dalam keadaan goyah dan perlu di bantu.Usahawan bkn meminta sedekah tapi memohon pinjaman dan akan membayar kembali.saya harap datuk dapat kiranya berbuat sesuatu terhadap pekara ini. Sekian dari saya usahawan muda dari daerah kinta,ipoh perak

Anonymous said...

Assalamualaikum YB Dato'
Saya amat tertarik apa yang diperkatakan oleh penulis ini. Sehubungan itu fakta-fakta yang diutarakan oleh pihak penulis ini selaras dengan perkara ataupun agenda yang perlu diperjuangkan oleh seorang menteri yang selayaknya oleh YB Dato'. Berteraskan semangat hati malaya, saya berkeyakinan YB Dato' merupakan seorang menteri yang sentiasa prihatin dengan masalah para peniaga bumiputera. YB Dato' memang layak untuk menerajui kementerian ini kerana tidak pernah seingat saya seorang menteri yang memegang kementerian ini mampu melakukan seperti yang dilakukan oleh YB Dato'.


Perlukah contohi AS?

Oleh MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH


rakyat malaysia pelbagai kaum mesti dididik mengenai sejarah pembentukan negara supaya tidak timbul desakan hak kaum tertentu dihapuskan.
- Gambar hiasan

SETELAH mendengar dan membaca dolak-dalih Datuk Tan Lian Hoe yang menyalahkan wartawan (Utusan Malaysia terutamanya) dan orang lain kerana memutar-belitkan kenyataannya sebelum ini, saya terus terpanggil untuk terus menulis. Apatah lagi isu pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus (Dasar Ekonomi Baru) masih belum reda setelah berkali-kali ia disarankan oleh MCA, DAP dan Gerakan agar ia dihapuskan.

Terbaru, timbul pula cerita lama yang secara sengaja dibangkitkan semula oleh ketiga-tiga parti politik Cina ini. Mereka mahukan negara kita meniru atau mencontohi trend yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) yang memilih Barack Hussein Obama, seorang pemimpin berkulit hitam menjadi Presiden negara tersebut, memecah tembok perkauman antara kulit putih dan kulit hitam selama lebih 200 tahun.

MCA, DAP dan Gerakan mahukan negara kita turut memecah tembok perkauman ini dengan melantik bukan Melayu sebagai ketua negara atau ketua syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri seperti.

Apa yang saya lihat, kerajaan telah banyak membuka ruang dan peluang sebegini, cuma saya belum melihat respons syarikat-syarikat yang diterajui oleh bukan Melayu membuka ruang dan peluang kepada orang Melayu. Kalau adapun hanyalah sebagai syarat untuk mengaburi mata orang Melayu sahaja atau melariskan perniagaan mereka dalam sektor makanan dan perkhidmatan.

Lebih menyedihkan lagi ada yang tidak diberikan kesempatan masa untuk bersembahyang dan solat Jumaat.

Permainan politik ini membuatkan saya teringat kepada kata-kata bekas Presiden MCA, Tun Tan Cheng Lock yang meluahkan pandangannya terhadap seorang pemimpin Melayu seperti yang dinukilkan oleh teman seangkatannya, Thio Chan Bee. Chan Bee dalam artikel bertajuk The Foundation of Racial Harmony, merakamkan perbualan Cheng Lock dengan seorang pemimpin Melayu ketika MCA hendak ditubuhkan.

"Orang Cina sudah mempunyai kuasa ekonomi manakala orang Melayu mempunyai kuasa politik. Jika orang Cina menolong orang Melayu membantu meningkatkan status ekonominya, sudah pasti orang Melayu akan berkongsi kuasa politik dengan orang Cina.

Jika orang Cina mahu memberikan kerjasama dengan orang Melayu, orang Melayu pasti mengalu-alukan kerjasama itu. Sebaliknya, jika orang Cina bertekad untuk menentang orang Melayu, sudah tentu secara spontan orang Melayu akan membalas tindakan tersebut".

Mendengar sahaja kata-kata itu, Cheng Lock berasa gembira dan mengumumkan penubuhan MCA dengan matlamat utama untuk menggalakkan dan mengekalkan hubungan harmoni antara kaum di Malaya. Asas hubungan kerjasama telah disepakati (Bulletin MCA, The Guardian. Vol 2. June 2006: 5). Dengan tertubuhnya MCA juga, semakin ramai orang Cina tidak dihantar balik ke negeri asal mereka di China.

Inilah bentuk pakatan politik yang dikatakan telah berjaya menyatukan kaum Melayu-Cina ketika itu. Orang Melayu berpegang kepada prinsip more power more say, manakala orang Cina dengan budaya more money more say. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama, amat optimis dengan formula ini dan pernah meluahkan kata-kata yang sama, let Malay handle the power, the Chinese take care of the business (Comber, 2007). Tunku juga merasakan formula ini akan membawa kejayaan kepada Tanah Melayu dan ia perlu dikekalkan.

Kenyataan ini turut diperakui oleh Comber (2007: xxii) yang memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969 yang menyebut bahawa "Orang- orang Melayu telah memperolehi kuasa politik untuk diri mereka sendiri. Orang- orang Cina dan India telah memenangi kuasa ekonomi."

Namun, keadaan berlaku sebaliknya. 'Formula' Tunku ini semakin meretakkan hubungan baik antara Cina-Melayu kerana orang Cina tidak mahu mematuhi perkara yang telah dipersetujui itu. Orang-orang Cina lebih terpengaruh dengan kempen Malaysia untuk orang Malaysia atau Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh PAP sebelum itu yakni konsep sama rasa dan sama rata. Setelah ekonomi dikuasai, PAP juga mahukan jawatan tertinggi negara turut dibuka kepada mereka, termasuk jawatan Perdana Menteri.

Kebaikan

'Formula' Tunku ini ditentang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu. Dr. Mahathir mengkritik secara terbuka terhadap Tunku Abdul Rahman dengan melabelkan Tunku sebagai Chinese lover. Penguasaan kuasa ekonomi dan kuasa politik mengikut garis kaum ini tidak akan mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak, malah akan merumitkan lagi keadaan pada masa akan datang.

Hari ini, apa yang nyata, formula ini tidak boleh diterima pakai. Keadaan sudah jauh berubah dan jauh berbeza. Menurut Lee Boon Kok (temubual, 8 Januari 2007), kata-kata biarlah orang Melayu memegang kuasa politik dan orang Cina, memegangkan kuasa ekonomi sudah tidak relevan lagi.

Orang Cina mahu lebih daripada itu. Mereka bukan hanya mahukan kuasa ekonomi, tetapi juga kuasa politik. Dengan adanya kuasa politik, barulah kegiatan ekonomi boleh berkembang dan berjalan dengan lancar.

Orang Cina tidak akan berhenti menuntut dan mendesak selagi tidak wujud konsep sama rata dan sama rasa. Melalui sistem perkongsian kuasa dengan dalam Barisan Nasional (BN), kuasa juga mereka telah perolehi, tetapi mereka terus meminta lebih kuasa.

DAP terus membangkitkan bahawa jawatan Menteri Kewangan, malah jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, perlu dibuka kepada orang Cina. Begitu juga desakan jawatan-jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sektor perkhidmatan awam.

Orang Cina terus mendesak agar jawatan-jawatan ini diberikan kepada mereka selain dibolot daripada orang Melayu. Pendek kata, apa yang dirasai oleh orang Melayu, mesti juga dirasai oleh orang Cina.

Inilah sifat kiasu atau mahu sentiasa menang yang mula bersarang pada generasi hari ini. Sifat kiasu ini adalah baik jika digunakan pada tempatnya yang betul. Tetapi dalam konteks yang berlaku masa kini, sifat ini berlaku dalam keadaan yang amat menakutkan. Sekadar mempunyai kuasa ekonomi tidak cukup, ia mesti disertai dengan kuasa politik, barulah boleh mendapat segala-galanya.

Saya tidak menafikan sumbangan orang Cina terhadap perkembangan ekonomi negara kita. Tanpa orang Cina, Malaysia tidak seperti adanya pada hari ini. Jika dicabut semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur sahaja, kita dapat lihat bagaimana hodohnya wajah Kuala Lumpur seolah-olah seperti berada pada zaman pra-merdeka.

Saya fikir semua orang mengakui bahawa orang Cina telah memberikan sumbangan yang begitu besar terhadap perkembangan dan kegiatan ekonomi negara ini.

Namun, apa yang saya persoal adalah yang melampaui batas seperti kaduk naik junjung atau seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lihatlah realiti sejarah dan keadaan sebenarnya Malaysia.

Kita perlu ingat, keadaan di AS berlainan dengan keadaan kita. Begitulah juga dengan sejarahnya. Malaysia bukan AS dan AS bukan Malaysia. Mengambil contoh AS, adalah pemikiran ultra kiasu yang bahaya dalam politik di Malaysia. Inilah akibatnya apabila masih ramai warganegara buta sejarah, seperti mana yang disebut oleh Lian Hoe.

Lian Hoe yang tampil mempertahankan diri, mengatakan bahawa mereka yang mempolitikkan ucapannya sebagai buta sejarah dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

Selaku seorang pengkaji, saya terus mencari biodata Lian Hoe untuk melihat kepakaran bidang beliau. Setelah diselidiki maka barulah saya tahu bahawa beliau memiliki ijazah pengajian Melayu daripada Universiti Malaya, pernah menjadi guru dan penolong kanan sekolah sebelum bergiat secara aktif dalam politik. Bermakna beliau bukanlah pakar bidang sejarah.

Sejarah

Seorang pakar adalah mereka yang mengkhusus dalam bidang diceburi dengan mendapat ijazah sarjana dan doktor falsafah. Apatah lagi bidang antara bahasa Melayu dan sejarah agak jauh berbeza. Trend buta sejarah atau sengaja membutakan sejarah mula berleluasa dalam masyarakat bukan Melayu hari ini. Dunia sudah terbalik. Golongan pakar bercakap sesuatu di luar kepakarannya. Manakala yang pakar tidak bercakap tentang kepakarannya. Ini yang disebutkan sebagai pakar atau profesor kangkung. Budaya merujuk pakar sudah tidak berlaku lagi.

Hari ini, semua orang mahu mendapatkan keuntungan politik dan menjadi jaguh, maka bercakaplah mereka walaupun terkeluar daripada bidang mereka. Dengan harapan, mudah-mudahan apa yang dikeluarkan itu dapat menambah undi dan terus memegang kuasa.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila ia disokong oleh sistem pendidikan perkauman yang tidak banyak membantu mencelikkan mereka yang buta sejarah.

Apa yang wujud adalah, yang buta sejarah terus menjadi buta. Manakala yang tidak buta, buat-buat buta, sehingga menjadikan kenyataan-kenyataan yang dihamburkan amat pahit untuk diterima oleh mereka yang faham sejarah. Apatah lagi dalam kes Lian Hoe (Gerakan), Low Tiong Lai (MCA) dan Lim Kit Siang (DAP), yang saya fikir sengaja membutakan sejarah.

Semua ini berlaku disebabkan kita gagal melahirkan generasi yang mempunyai semangat nasional yang tinggi. Apa yang ada hari ini ialah rakyat yang mempunyai semangat perkauman yang amat menebal. Ini disebabkan oleh sistem pendidikan perkauman yang terus- menerus dibiarkan terasing daripada arus perdana.

Secara umumnya, terdapat dua jenis kumpulan bukan Melayu di negara ini berasaskan pendidikan perkauman.

Dalam hal ini, saya hanya mengambil contoh kumpulan orang Cina sahaja yang mewakili 26 peratus keseluruhan penduduk, yakni berjumlah 6.5 juta orang, selaku majoriti kedua terbesar.

Kumpulan pertama orang Cina, mewakili 85-90 peratus, berlatar belakangkan perkauman Cina, berpegang kepada tiga rukun, menyertai pertubuhan-pertubuhan Cina, bersekolah Cina dan membaca/mendengar/menonton media Cina. Rata-rata berpendapat bahawa hanya sekolah Cina sahaja yang dapat mengekalkan kecinaan mereka.

Kumpulan ini kebanyakan tidak bergantung kepada kerajaan. Mereka banyak berdikari dengan menjalankan perniagaan persendirian.

Manakala selebihnya mewakili kumpulan kedua, 10-15 peratus, adalah kumpulan yang mendapat pendidikan Inggeris yang tidak mendapat pendidikan Cina. Kebanyakan mereka ada yang beragama Kristian, Cina Peranakan dan menyertai kelab Lions dan Rotary. Kumpulan kedua ini banyak mensosialisasikan diri mereka dengan persekitaran Melayu, berbanding majoriti kumpulan satu hanya mensosialisasikan diri mereka dengan kelompok Cina sahaja.

Melalui kajian yang saya lakukan, kebanyakan di kalangan mereka langsung tidak mempunyai kawan berbangsa Melayu, apatah lagi untuk bergaul antara satu sama lain. Pendek kata majoriti hidup dalam kepompong dan tempurung mereka sahaja.

Proses sosialisasi itu telah berlaku sekian lama dalam kesemua bidang, ekonomi, politik, sosial, media dan sebagainya.

Akibatnya, kita hanya berjaya melahirkan rakyat yang hidup dalam kepompong perkauman, hanya meletakkan kepentingan bangsa atau etnik di hadapan, dengan mengenepikan kepentingan nasional.

Tidakkah sepatutnya dalam sebuah negara berbilang kaum, kepentingan nasional mesti diletakkan di hadapan berbanding dengan kepentingan etnik?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',
Selepas meninjau blog ini dan setelah 4 bulan saya memohon pinjaman dari SME Bank dan PUNB,saya merasa terpanggil untuk memberi komen dan pengalaman saya yang mana sehingga kehari ini masih belum pasti permohonan saya dapat diluluskan. Semua kertaskerja dan dokumen tambahan telah saya beri saperti yang diminta dan telah 4 bulan juga sewa kedai telah saya bayar tanpa beroperasi kerana kekurangan modal. Dan itulah sebabnya saya memohon pinjaman, kerana apa yang saya nak buat adalah satu bidang yang jarang diceburi oleh bumiputera walaupun pasarannya besar dan saya mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan pernah mendapat pengiktirafan dari badan antarabangsa, masih tidak dapat meyakini mereka. Apa yang saya musykilkan adalah kenapa mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan samada permohonan saya diluluskan atau ditolak. Sedangkan mereka akui potensi perniagaan ini. Sebagai ahli perniagaan masa adalah amat bernilai dan saya telah mengeluarkan sebahagian modal,tanpa beroperasi bagaimana saya hendak mendapat pulangan semula. Amat menyedihkan jika saya terpaksa berundur sedangkan inilah kepakaran saya dan dari kajian pasaran yang dibuat, bidang ini berkembang pesat sekarang sejajar dengan peningkatan tahap pemikiran masyarakat yang lebih terbuka kepada infomasi global. Untuk pengetahuan bidang ini hampir 98% dimonopoli oleh bukan melayu. Saya amat-amat berharap dapat berjumpa Dato' sendiri untuk membuktikan apa yang saya katakan ini beserta dengan semua dokumen yang berkaitan.
Tolonglah!!!
Email : astaka_mgt@yahoo.com.my

Anonymous said...

Pendapat saya bukan sahaja premis perniagaan UDA yang perlu diperbaiki tetapi juga premis perniagaan MARA. Setuju bahawa ramai usahawan yang telah menyewa premis-premis tersebut untuk jangkamasa yang terlalu lama. Sebagai peniaga mereka perlu menyediakan bajet untuk menghias premis dimana mereka berniaga agar ianya dapat menarik pelanggan untuk berkunjung. Tidak setuju kalau mereka enggan membuat perubahan dengan alasan premis disewa dan bukan dibeli. Sudah sampai masa bumiputra tidak terlalu bergantung kepada ehsan kerajaan! Bila lagi nak berubah - anjakan paradigma!!!

Mohamad Kusaini Wahab said...

Assalamualaikum YB,
Saya mohon di buka untuk kemasukan ke MRSM bagi pelajar yang mendapat 4A 1B dari luar bandar. Saya telah cuba ambil borang tetapi tidak di layan. Harap Dato' dapat laksanakan 70-30 kuota untuk pelajar 4A 1B

UMNO PARTI PENJARA said...

salam ziarah:-)









Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Blog Pilihan Generasi Muda
http://pro-faizal.blogspot.com
Aura Baru Pemuda UMNO
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Anonymous said...

salam datuk

saya takde masalah

cuma nak bagi satu peribahasa untuk datuk

16 sept,16 okt,16 nov dah berlalu

"hanya org gila yg percaya kata2 org gila"

sekian

zemi

Anonymous said...

Salam Dato'... saya bersetuju pendapat dan pandangan YB Dato'.

Persoalan saya perlukah YB Dato' memalukan UDA pada pengetahuan umum ataupun selepas ini UDA senasib dengan MARA yang diselar menteri sendiri?

Saya tidak faham mengapa YB Dato' sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap semua agensi di bawah MECD mengeluarkan kenyataan yang sedikit sebanyak memberi imej dan gambaran buruk terhadap agensi-agensi MECD. Sebelum ini MARA diselar dan kini UDA selepas ini mana lagi agensi yang menjadi mangsa....

Tidak pernah seorang menteri menyelar dan memalukan agensi di bawah tanggungjawab sendiri. Rasanya tindakan Dato' menyelar dan memalukan agensi sebenarnya "membuka pekung di dada" Dato' sendiri.

Berapa banyak peranan atau buah fikiran Dato' yang boleh dibanggakan semasa di kementerian dahulu atau agensi? atau merasakan telah memberi sumbangan yang besar sewaktu berkhidmat dahulu dengan agensi yang kini diselar...?

Mungkin juga Dato' merasakan yang Dato'seorang bijak pandai dan pahlawan UMNO dengan memalukan institusi bangsa sendiri seolah-olah, Menteri terdahulu memang tidak pandai buat kerja. Betul ke Dato' K dan Dato' N tidak membawa perubahan agensi bawahnya dahulu....

Wallahualam.... atau sekadar nak meraih populariti....Janganlah malu sendiri sudah...

Usahawan MLM

Anonymous said...

Setuju dengan Anon November 18, 2008 3:13 AM. Datuk perlu bantu untuk ubah sikap dan mentaliti usahawan-usahawan Melayu supaya lebih banyak berdikari dan tidak banyak bergantung kepada kerajaan sahaja.

Polisi mengeluarkan penyewa yang telah lama menduduki premis perniagaan MARA untuk memberi peluang kepada usahawan lain perlu dilaksanakan dengan tegas.

Ahmad Osman

Anonymous said...

Saya sangat tertarik denagn komen Usahawan MLM!! Seharusnya apa saja kelemahan agensi dibawah MECD perlu "diubati" secara dalaman. Saya akui mungkin terdapat diantara pegawai MARA yang tidak "mesra pelanggan" atau tidak "proaktif" dengan sifat sambil lewa. Tetapi jangan kerana "nila setitik" kesemua pegawai dan kakitangan MARA disamakan!!

Kalau betul pegawai MARA tidak menjalankan tugas dengan betul, penuh birokerasi bagaimana pula terdapat banyak program yang dilaksanakan dimana YB melancarkannya?? Kalau dilihat telah ramai bumiputera yang memasuki institusi-institusi dibawah kelolaan MARA malah ramai juga telah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran keluar negara.

YB, GiatMARA dah diberikan pengiktirafan antarabangsa!! Apa pula komen YB??

Saya juga dapat tahu setiap tahun MARA akan dihujani permohonan untuk memasuki MRSM dimana pelajar yang memenuhi syarat akan dipilih. yang tak dapat akan merayu hingga ke pejabat Menteri. Sebenarnya berapa banyak MRSM yang ada dan berapa ramai pula pelajar yang layak?? Jadinya yang gagal masuk MRSM akan membuat cemohan. Persoalannya - Adakah kerana mahu menjadi "hero" maka pelajar yang tidak memenuhi syarat juga diterima masuk?? Bagaimana kalau kumpulan ini tidak dapat "cope" dengan cara pembelajaran serta subjek-subjek yang diambil?? Bukankah ini mungkin memberikan tekanan kepada kumpulan tersebut?? Mungkinkah beberapa kes "buli" yang berlaku disetengah MRSM berpunca dari perasaan tertekan para pelajar?? Hanya YB sahaja yang dapat memberikan jawapan!!

Sebagai bekas pegawai MARA seharusnya YB lebih memahami bahawa orang kita memang suka membuat andaian sendiri. dari cerita yang kecil akan menjadi besar!! Itulah lumrahnya!!

Didalam YB selar MARA dan UDA bagaimana pula dengan pegawai-pegawai MECD?? Tidak ada komen untuk mereka?? Adakah YB melibatkan mereka didalam program-progarm yang dilaksanakan MARA?? Atau YB hanya menggunakan pletform MARA sahaja?? Mungkin mereka juga kurang setuju dengan cara YB menyelar MARA dan UDA!! Mungkin mereka lebih mengetahui tugas serta tanggung jawab MARA dan apa yang telah dilaksanakan sehingga kini.

Mungkin YB punyai agenda tersendiri didalam hal ini!!