Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, November 5, 2008

BASMI KEMISKINAN MELALUI KOPERASI

Hari ini saya merasa puas sekali kerana menyaksikan sendiri dan merasmikan 4 buah kapal nelayan iaitu 2 buah kapal pukat tunda dan 2 buah pukat jerut yang siap dibina hasil kerjasama Universiti Kuala Lumpur, Koperasi Pembangunan Rakyat Pahang Berhad dan Syarikat WMA Resources Sdn.Bhd bertempat di Kampus UNIKL Mimet, Lumut, Perak. Syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Projek ini merupakan Program Membasmi Kemiskinan Nelayan di bawah MECD melalui koperasi. Sebelum ini berbagai-bagai cara dan berbilion duit telah kerajaan belanjakan untuk tujuan membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum. Kali ini, pendekatannya berbeza, ia dilakukan secara bergotong-royong seperti budaya Melayu lama. Saya kira, dengan cara ini, kita akan lebih berjaya dengan syarat, golongan miskin itu sendiri hendaklah berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Saya selalu bercakap dalam program membasmi kemiskinan khususnya di parlimen saya, Tanjong Karang bahawa dalam apa jua keadaan sekalipun, pendidikan sangat penting. Ibu bapa hendaklah memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak. Dengan pendidikan,mereka beroleh pekerjaan yang bagus. Hasilnya, seorang anak memperuntukkan RM300 sebulan untuk ibubapa, kalau 5 orang, sudah mengumpul RM1500. Bagi ibubapa yang tinggal di kampung, itu merupakan jumlah yang agak besar sekaligus dapat menampung keperluan dan merubah kehidupan mereka di kampung.

Berbalik kepada cerita kapal tadi, kira-kira 550 orang nelayan sekitar Rompin, Pekan dan Kuantan akan mendapat manfaat dari program ini. Ahli-ahli Koperasi Pembangunan Rakyat Pahang Berhad akan menikmati faedah dengan wujudnya peluang pekerjaan baru dan berpendapatan purata RM1500 sebulan berbanding RM300 pada masa sekarang. Saya telah meminta para pegawai khususnya di Suruhanjaya Koperasi Malaysia agar program ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti hiliran hasil laut yang diperolehi oleh nelayan-nelayan ini nanti. Antaranya, hasil laut akan diproses menjadi keropok, cencaluk dan makanan dalam tin. Kerjasama boleh dilaksanakan dengan SIRIM dan MARDI bagi memantapkan lagi usaha ini.

Sebagai Menteri yang bertanggungjawab, saya tidak mahu melihat produk-produk ini hanya dipasarkan dalam negara sebaliknya menjadi harapan kementerian agar produk-produk ini menembusi pasaran antarabangsa seterusnya menjadikan perkerjaan sebagai nelayan ini satu profesyen yang berpendapatan lumayan. Hari ini, jika diminta anak-anak kita melakar kehidupan seorang nelayan, mereka akan melukis rumah papan yang beratapkan nipah, berbaju lusuh dan sebuah sampan di tepi pantai. Jesteru itu, apa yang diharapkan dari program ini ,suatu hari nanti ia dapat menukar imaginasi anak-anak kita apabila diminta melakar kehidupan seorang nelayan, mereka akan melukis sebuah rumah banglo, sebuah kapal yang dilengkapkan dengan sistem komputer dan tidak lagi berbaju lusuh tetapi mungkin ber ’bush jaket’ menandakan nelayan musim baru sudah mampu untuk hidup senang dan mewah. Semoga Berjaya!

4 comments:

Beyb said...

Salam DATO'

Diharap DATO' sihat dalam menjalani kerja-kerja yang diamanahkan.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman memohon pinjamana dari MARA.Seperti biasa segala kertas kerja and borang2 disikan dan di hantar pada Bahagian yang berkenaan ,Selama hampir 5 bulan jawapan yang saya dapat adalah dukacita! Saya masih ingat kata kata pegawai MARA " TIADA SIAPA YANG HENDAK PAKAI BAJU AWAK TU".Inilah sikap segelintir pegawai MARA yang ada sekarang. Akan tetapi saya teruskan juga usaha bermula mempunyai sebuah computer yang lama yang berada diatas lantai.


Saya juga pernah mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh MARA,tetapi pada pendapat saya ia cuma melepaskan batuk ditangga. Module-module yang digunakan adalah module yang terlalu lama, dan tiada quality .Saya pernah menyuarakan pendapat ini ,tetapi di balas dgn keras" ORANG YANG DATANG PADA MARA SEMUA ORANG KAMPUNG ,YANG TAK TAHU APA-APA,BUAT APA SUSAH-SUSAH DAN BUANG DUIT UNTUK BUAT MODULE BARU" Ini lah sikap pegawai-pegawai MARA yang ada, low mentality,sukar menerima pendapat dan kritikan.Pernah sekali saya memohon untuk berjumpa pegawai atasan tetapi amat mengecewakan,jawapan yang selalu diterima adalah ..BOSS BUSY! Walhal BOSS ada masa untuk minum teh tarik diluar pada waktu pejabat. Ia amat mengecewakan bila kita melihat bangsa sendiri bersikap sedemikian.Sikap ini juga yang menyebabkan jurang yang begitu jauh diantara ahli korporat dan orang yang mahu mula berniaga,Sepatutnye kita harus melihat contoh bagaimana bangsa-bangsa asing yang membantu bangsa mereka yang mahu mula berniaga.
Saya pernah berjumpa dengan salah seorang presiden negara luar,dimana saya dilayan dengan begitu hormat dan 'WELCOME' sikap ini yang tidak ada pada ahli2 kprporat kita, Sepatutnya ahli-ahli perniagaan yang telah berjaya harus membantu orang yang mahu mula berniaga!

Disebabkan perkara ini, saya berusaha dengan kuat ,berkerja 18-20 jam sehari tanpa mengira penat.Setelah hampir 7 tahun,Alhamdullilah saya boleh dikatakan berjaya tanpa bantuan MARA.Bila difikirkan semua berpunca dari sikap,cara pemikiran,pergaulan,banyak membaca dan menimba ilmu , disiplin dan cara kita bekerja.Alhamdullilah sekarang saya mempunyai perniagaan di luar negara dengan bantuan bangsa luar ,Dari pengalaman saya DATO, bangsa luar lebih menghormati kita dari bangsa kita sendiri.
INILAH SIKAP DAN MENTALITY BANGSA KITA .

Dimasa sekarang saya dan rakan perniagaan saya yang adalah bangsa AUSTRALIAN ,kami menubuhkan ' FUND' dari hasil perniagaan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengambil satu sen daripada mereka yang mula berniaga.Pada saya dengan cara ini sahaja saya berkongsi apa yang telah saya hadapi and so called 'BUMIPUTERA"
tetapi tiada apa2 kelebihan.


UBAH CARA PEMIKIRAN,BANYAKKAN MEMBACA,DISIPLIN INSYAALLAH AKAN BERJAYA!

WASALAM

amaram said...
This comment has been removed by the author.
amaram said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Memang benar Koperasi boleh menjadi wahana untuk membasmi kemiskinan asalkan pihak SKM dan agensi kerajaan yang lain benar-benar serius dlm membantu koperasi khasnya dalam urusan permohonan lesen, permit dan pembiayaan/bantuan kewangan dari SKM. Pada masa yg lalu ramai koperasi yg merungut disebabkan susah sangat nak mohon lesen/permit dan pinjaman dari SKM (TMP) yang menmakan masa bertahun-tahun. Pengalaman saya mohon lesen kontraktor kelas F dari POKUNSA dan permit teksi lapangan terbang untuk koperasi cukup mendukacitakan. Harap YB dato' berterusan memantau dan bnertindak tegas kerana kami percaya YB dato' mempunyai niat yang murni untuk membantu koperasi sebagai agen membasmi kemiskinan di kalangan rakyat. Syabas dan tahniah dengan beberapa usaha murni YB Dato' sesungguhnya kami bersama YB Dato'