Semalam, Rabu, setelah seharian menerima kunjungan orang ramai di pejabat saya, di tingkat 26, Bangunan MARA bersebelahan dengan Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7 ptg, saya telah membuat lawatan mengejut ke kompleks tersebut.
Tujuan saya adalah untuk melihat suasana perniagaan khususnya perkembangan peniaga melayu di situ yang telah bertahun-tahun lamanya berniaga di ruang kedai sewaan UDA. Kompleks Pertama adalah antara kompleks membeli belah yang terkenal di ibu negara dan dirikan pada penghujung tahun 70an oleh UDA, agensi yg di amanah dan di pertanggungjawabkan untuk membangunkan Melayu bandar dengan menyediakan kemudahan perumahan dan peluang ekonomi termasuklah premis perniagaan.
Tiga kompleks UDA yang terkenal di ibu kota iaitu Pudu Raya, Plaza Bukit Bintang dan Kompleks Pertama. Kewujudan tiga kompleks ini membuka peluang kepada orang melayu untuk berniaga secara moden dan bersaing dengan peniaga bangsa lain. Bagi memastikan pemilikan ekuiti bumiputera dalam bidang hartanah tidak terhakis maka premis dan lot perniagaan ini tidak dijual dan hanya untuk sewaan sahaja. Oleh kerana kebanyakkan para peniaga di sini telah lebih 30 tahun menyewa maka ada yang menyatakan kepada saya untuk memiliki lot perniagaan ini dan desakan ke arah itu semakin kuat.
Sepanjang tinjauan saya ke Kompleks Pertama, saya dapati banyak perkara boleh diperbaiki bukan sahaja demi kepentingan peniaga bahkan imej UDA sebagai GLC. Sebagai salah sebuah kompleks terkenal dan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, memang tidak sepatutnya keadaan yang tidak sedap mata memandang seperti yang saya lihat di bahagian medan selera, di tingkat 3,4,5 yang kelihatan tidak bermaya dan di bahagian lobi bangunan kompleks itu yang sangat padat. Susunan kedai yang tidak teratur malah suasana ruang perniagaan antara peniaga melayu dan bukan melayu amat kontras sekali. Orang lain sudah berubah, kita masih ditakuk lama, bila di tanya kenapa tidak dibuat pengubahsuaian kedai supaya lebih ceria, jawapan mereka, tidak ada duit, lagipun premis itu hanyalah disewa, bukannya milik sendiri. Apakah alasan yg diberi ini boleh meningkatkan perniagaan orang Melayu..??
Oleh yang sedemikian, saya telah mencadangkan kepada UDA supaya menggalakkan penyewa-penyewa membuat pengubahsuaian premis perniagaan mengikut konsep perniagaan masing-masing dan diskaun terhadap kadar sewa akan diberikan kepada mereka yang terlibat. Dengan itu, Kompleks Pertama akan berubah kepada wajah yang lebih baik dan selesa. Secara tidak langsung, ia akan menuju ke arah penjenamaan semula aset dan imej UDA itu sendiri.
Saya yakin, dalam kes ini banyak lagi yang boleh diperbaiki oleh UDA dari segi pengurusan dan pemantauan keseluruhan isu-isu berbangkit. Tetapi harus diingat, sebaik mana pun pengurusan yang disediakan oleh pihak UDA, tanpa kerjasama dari penyewa dan semua pihak yang terlibat, pastinya ia tidak akan membuahkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Jadi kesimpulannya di sini, kita semua haruslah bersama-sama saling membantu antara satu sama lain bagi merealisasikan segala kata-kata. Saya sebagai menteri yang bertanggungjawab, akan terus membantu selagi ianya memberi kebaikan untuk semua.
6 comments:
sangat tepat komen Datuk tu. Cuma harapan saya setiap perubahan dalaman seperti maksud datuk tu, diberi kepada pihak yg betul betul boleh tolong dan buat kerja. Bukan kepada satu pihak tertentu sahaja.
Kalau datuk jengah kat sebelah tu. "sogo", tentu byk lagi datuk booleh belajar dan buat komparison.
pernah datuk tanya mana pergi owner kedai dan mengapa ada owner kedai tak berniaga cuma jadi tuan "tanah" saja?
Setuju komen Datuk bahawa Kompleks Pertama perlu diperhebatkan agar ianya setaraf dengan kompleks perniagaan yang lain. Datuk juga perlu lihat Kompleks Angsana Johor, Greentown Mall Ipoh serta Ampangan Seremban. Kesemuanya perlu diperhebatkan lagi! UDA harus mengambil inisiatif untuk membuat perubahan didalam memperbaiki ruangan sewaan dikesemua kompleks mereka. Jangkaan saya para penyewa tersebut akan memberi sejuta alasan agar mereka tidak dipindahkan semasa proses "renovation" dijalankan. Sekiranya mereka membuat rayuan kepada Datuk bagaimana Datuk akan tangani situasi ini???
Yb Datuk Noh,
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk, MECD serta UDA Holdings Berhad kerana peluang untuk terlibat di dalam projek UDA. Semoga usaha yang baik ini dikekalkan. Saya juga mendoakan agar YB Datuk terus sihat sejahtera didalam usaha YB datuk mempertabatkan MECD serta uasahawan bumiputera ketahap yang lebih kompetetif.
Syabas Datuk Noh Omar!
Pembekal Kayu Melayu.
Salam YB. Datuk Noh,
Saya lihat banyak sangat org komplen pasal UDA, MARA, TEKUN dll dlm blog.
Tapi tak ramai yang komplen pasal MECD dah bantu org melayu dapat projek di UDA, loan di MARA dan TEKUN serta berbagai lagi.
Nak penuhi hasrat semua org memang payah YB Datuk. Tapi saya merasa bersyukur kerana sehingga kini dah merasa buat kerja dengan UDA(dan akan dapat lagi)serta mendapat pinjaman dari TEKUN.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini, untuk merakamkan jutaan penghargaan kepada YB Datuk, MECD, UDA & TEKUN di atas sokongan yang tak berbelah bahagi kepada org melayu.
Walaupun kami menghadapi masalah pembayaran dari Kontraktor UDA, kami menganggap ianya adalah sebahagian daripada proses untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Datuk dan mendoakan agar YB Datuk di dalam keadaan yang sihat sejahtera di dalam usaha YB Datuk membantu usahawan bumiputera terutamanya org melayu untuk berjaya di arena perniagaan.
Terima kasih.
Assalamulaikum,
Saya sebenarnya nampak apa yang Dato harapkan. Cuma kita sebenarnya kalah dari segi harga. Ramai yang menyedari perkara tersebut dan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali ada seorang pemimpin yang dikurniakan oleh Allah yang boleh mengubah dan membantu orang Melayu.
Tindakan Dato dalam mengurangkan kemalangan bas ekspress harus dipuji. Saya telah berulang-alik selama setahu setengah dari Butterworth ke Shah Alam memang nampak improvement. Cuma perlu dipertingkatkan pengawasan kelajuan bas. Bas sepatutntya tidak memecut halaju yang sepatutnya yang menyebabkan mereka gagal mengawal dan memberhentikan kereta mereka sebaik mungkin. Baru-baru ini saya menggunakan Bas Eagle pukul 5.30 petang dari Butterwoth ke Shah Alam. Bas memecut sesuka hati bermula dari jalan 3 lane di Slim River ke KL. Kelajuan boleh dikatakan 150kmj kerana bas telah memotong semua kenderaan termasuk mercedes. Nasib baik bas keluar dari perhentian dengan kelajuan perlahan dan brek hadapan jam. Memang berbau hangit tetapi pengusaha berdegil untuk mengarahkan driver untuk meneruskan perjalanan. Kalau boleh mereka akan membuat satu trip balik ke Butterworth setelah tiba di Shah Alam pukul 10 malam.
Dato', syabas. Dah lama kami tunggu seorang pemimpin bangsa yg benar2 ikhlas dalam berbuat apa saje untuk membantu meningkatkan ekonomi bangsa kita. Walaupun Dato' menyerlah dalam apa sahaj tugas (kementerian) yg diberi, MeCD adalah yg amat memerlukan seorg menteri seperti Dato'.
Harap Dato' juga membuka peluang kpd individu dan organisasi bangsa kita yg sama-sama ingin bersama Dato' dalam menjalankan tugas yg 'amat berat tetapi tidak mustahil' ini. Agar yg ingin dicapai lebih cepat dpt rasai oleh bangsa kita yg kian tersepit hari ini. Semoga Dato' tidak mengulangi kesilapan Menteri sebelum Dato'.
InsyaAllah, walau Dato' tidak mengenali siapa, ramai yg akan membantu Dato'. Semuanya kerana keikhlasan Dato' yg juga telah Dato' tanam dikalangan pegawai2 MeCD hari ini.
Salam hormat,
M B A
Post a Comment