Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, November 12, 2008

KEGIATAN KOPERASI PALSU...AWAS!!!

Kelmarin, saya berkesempatan merasmikan seminar 'Perniagaan Melalui Internet Di Dalam Gerakan Koperasi' yang dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia. Seminar ini bersesuaian dengan senario semasa koperasi yang telah dikenal pasti sebagai sektor ketiga yang boleh membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara. Dewasa ini, kemahiran dalam menjalankan urusan perniagaan melalui internet dan portal adalah sangat penting.

Mengikut statistik daripada World Stats, sehingga 31 Disember 2007 terdapat 1.3 billion pengguna internet seluruh dunia. Pengguna internet di Malaysia sahaja berjumlah 14.9 juta orang bersamaan 40.2% daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Nah, betapa luasnya pasaran yang bakal diperolehi dengan menggunakan internet sebagai medium pengantaraan perniagaan.

Walaubagaimanapun, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab talah menyalahgunakan nama 'koperasi' dan medium ini. Di sini, saya ingin memaklumkan kepada bloggers di luar sana bahawa Pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah mengenalpasti empat koperasi palsu iaitu :

i)Koperasi Nabinco
ii) Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise
iii)Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan
iv)Koperasi Siswazah Islam Malaysia

Mereka telah mengelirukan orang awam sebagai koperasi yang berdaftar dengan SKM, menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman yang boleh memberi pulangan keuntungan dalam masa yang singkat, secara tetap, lumayan dan mengenakan kadar kaedah yang amat tinggi serta tempoh bayaran yang terlalu lama sehingga 15 tahun. Mereka menggunakan pelbagai cara seperti iklan dan tawaran melalaui internet, akhbar, email dan risalah-risalah serta menggunakan agen.

Saya menyeru orang ramai supaya berwaspada dengan pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau sebarang kemusykilan mengenai koperasi bolehlah menghubungi pihak SKM di talian : 03-20935098 sambungan 5805 /5828.

1 comment:

Anonymous said...

Jangankan kata koperasi palsu, koperasi yang berdaftar pun mainkan orang jugak!!!!Koperasi Usahawan Malaysia Berhad yang pegi ke Anuga Trade Fair dgn budget MECD RM90k Pun boleh mainkan orang!!! Yang best lagi, KSU boleh kata usahawan tak pandai niaga walaupun ada Purchase Order dari West & West UK!!!Purchase Order tu melibatkan 7 vendors termasuk produk dari usahawan china malaysia, and he has a copy of the purchase order as well!!! dan best lagi, dah tulis official letter kat menteri berkenaan KES KSU cakap mcm tu, menteri tak ambik pot pun!!!! Purchase order kena block gara2 Azimie dgn Halim nak makan secekak hasil dari order RM270k .tulis official letter of complain pun menteri tak ambik pot!!!sampai hari ni pun tak panggil pun round table talk with everybody invovled!!!!Agent yang bwk pegi ke anuga punya payment pun koperasi kencing!!!!Apa crita???? Pegi atas budget MECD tax payers money, dapat purchase order tapi kapal tak jalan, menghabiskan boreh kalau boreh dia tak pe ni duit tax payers duit kerajaan, ke sekadar makan angin bawak gundik jalan jalan!!!!!
Tolong jgn tapis comment ini, publish it to the public if not u dont call this a blog. and tolong jawab. One of these fine days the china man will come to your office regarding this matter.