Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang MARA boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati...
Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua..
Minggu lepas saya menghadiri Malam Penghargaan dan Jamuan Tahunan MARA 2008. Malam ini meraikan 108 orang pesara dan 207 warga kerja yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun dengan MARA. Syabas!
Satu pesan saya kepada mereka yang bersara, curahkan pengalaman dan kepakaran kepada organisasi. Janganlah jadikan persaraan sebagai alasan untuk kita tidak menghiraukan lagi perjuangan MARA kerana sesungguhnya generasi hari ini dan akan datang memerlukan anda semua.
Pesan saya kepada mereka yang berkhidmat melebihi 25 tahun pula, janganlah jadikan kematangan ini sebagai "comfort zone" sehingga tidak boleh ditegur atau menerima sesuatu pandangan. Berusahalah untuk terus memberikan komitmen yang terbaik dalam memperjuangkan nasib bangsa.
Kepada semua, ingin saya berkongsi..kita dapat melihat sendiri pembangunan dan kemajuan yang telah dijana oleh MARA hasil komitmen seluruh warga kerja MARA. Antara kejayaan yang telah terbukti semenjak 42 tahun penubuhan MARA dalam bidang pendidikan khususnya, penubuhan UiTM (1957), IKM(1968), Yayasan Pelajaran MARA(1969), MRSM (1972), GIATMARA(1986),IKTM,GMI, BMI dan MFI. Hari ini kita sudah berjaya menambah nilai kepada mutu pendidikan MARA.
Mulai tahun ini, saya telah mengarahkan pihak MARA untuk kembali kepada objektif penubuhan MRSM iaitu memberi keutamaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang di luar bandar bagi mengisi tempat di MRSM dengan nisbah kuota sebanyak 70% pelajar luar bandar dan 30% pelajar di kawasan bandar. Ini adalah untuk memberi ruang dan peluang pendidikan yang lebih baik kepada anak-anak kita di luar bandar khususnya dari kalangan yang kurang berkemampuan.
Dari segi keusahawanan pula, tidak boleh dinafikan jasa MARA dalam melahirkan ramai golongan usahawan kecil dan sederhana dalam pelbagai bidang. Ramai usahawan yang telah mendapat manfaat dari kemudahan pembiayaan perniagaan MARA.
Jadi hari ini, jika diimbau sejarah penubuhan MARA yang mungkin saya akan kongsi dengan pembaca di lain hari nanti, yang mana peranan MARA yang dulu dikenali sebagai RIDA sebagai agen perubahan terbukti meninggalkan kesan positif melalui prinsip "Mahu Menolong Diri Sendiri" sebagaimana dilaungkan oleh Allahyarham Dato' Onn Ja'afar.
Berbalik kepada cerita asal kita di atas, saya sangat yakin, berdirinya MARA hari ini adalah hasil dari usaha dan komitmen warga kerja MARA yang terdahulu dan sekarang. Ia tidak dapat dinilai dengan kata-kata...segala jasa baik ini tidak dapat kami balas. Semoga ia mendapat ganjaran di akhirat kelak. Insya Allah.
12 comments:
Aslmkum Datuk. Berhubung dengan MRSM,anak saya mndpat 4A 1B (sek luar bandar)dan kerana pd anggapan gurunya dia harus mndpt 5A,telah sarankan supaya semakan dibuat di Lembaga Peperiksaan,namun akan ambil masa dari 2 ke 4 mnggu.Sy cuba ambil borang tpi tidak dilayan walaupun sy cuba menerangkan dan menunjukan akuan pembayaran kepada pihak LPM kepada petugas yang menjual borang MRSM. Hasrat ank sy utk menyertai MRSM mgkin terkubur, saya tdak pasti apakah itu prosedur kemasukan MRSM. Harap dpt penjelasan Datuk
Pertama sekali setinggi-tinggi tahniah kepada YB Datuk kerana mewujudkan blog ini. Sebagai menteri yang tugasnya membantu orang-orang Melayu ia adalah langkah yang paling tepat dan berani. Saya harap blog ini kerap dikemaskini supaya ia boleh menjadi sumber maklumat yang berguna kepada orang-orang Melayu.
Mengenai saranan YB Datuk kepada pesara-pesara MARA saya percaya ramai yang ingin melihat MARA lebih cemerlang dan sanggup untuk mencurahkan pengalaman dan kepakaran yang ditimba sepanjang berkhidmat dengan MARA. Walaupun hasrat YB Datuk ini adalah murni tetapi malangnya pandangan ini tidak dikongsi oleh sesetengah pegawai MARA sendiri.
Bekas Pesara
16 sept,16 oct,16 nov semua dah lepas.
hanya org gila yg percaya kata-kata org gila"
hidup bn !!!!!!
zemi
Cadangan YB Datuk memang bagus kerana pastinya ramai yang masih ingin menabur bakti kepada MARA. Tapi sudikah pengurusan MARA sekarang menerima pandangan atau nasihat daripada crang-orang yang telah bersara ini?
Jika dilihat dari luahan hati mengenai ketidakpuasan YB Datuk diatas prestasi pegawai-pegawai MARA akhir-akhir ini rasanya saranan Datuk hanya sedap untuk didengar dan dibaca sahaja...
AnakPesara
MARA masih di belakang.. ramai usahawan di bawah program anjuran MARA gagal dilaksanankan sebaik baiknya
Assalamualaikum,
MRSM begitu sinonim dengan saya. Saya merupakan bekas pelajar MRSM taiping perak. Saya amat terharu dengan penyataan oleh YB Menteri mengenai kelayakan dan peluang pelajar luar bandar untuk mendapatkan tempat diMRSM. Peluang sebeginilah yang patut ada dan diteruskan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jika inilah yang diperjuangkan sejak dahulu mungkin kita akan mendapatkan satu keputusan melalui modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Harap pak lah dan dato seri najib dapat melihat bahawa menteri sebeginilah yang patut berada didalam kabinet dan memegang kementerian ini. Bagi saya menteri yang pernah mempunyai lesen PSV untuk membawa teksi mencari duit tambahan mempunyai kelebihan yang sentiasa memahami kehendak rakyat. Menteri sebeginilah pemimpin yang mempunyai hati pemimpin untuk memimpin rakyat khasnya kaum melayu. Menteri sebeginilah patut kita ikut dan teladani dimana seorang pemimpin yang boleh makan bersama orang ramai walaupun disediakan tempat makan yang baik namum beliau tetap berbaris bersama untuk mengambil makanan. Walaupun itu dikatakan sebagai politik tetapi bagi saya ianya sudah memadai untuk menilai peribadi seorang menteri. Jika untuk mendengar masalah rakyat beliau sanggup duduk ditangga sambil berbincang permasalahan yang dihadapi. Ini bukan satu pujian namum jika ada pihak yang menentang penyataan ini, mereka perlulah mengenali dan mendekati seorang menteri ini yakni Noh Omar. Beliau amat sensitif jika terdapat perkara yang berkaitan dengan kementerian yang beliau terajui. Menteri sebeginilah yang kita perlu ada dimalaysia.
Pemerhati Hati Malaya
Assalamualaikum YB, saya sebenarnya amat tertarik dengan pendekatan & idea supaya lebih ramai anak2 luar bandar ke MRSM kerana umumnya kemudahan di luar bandar amatlah terhad & kurang lengkap..saya sendiri anak desa yg pernah merasai kekurangan ....ini mengingatkan saya tentang cerita emak saya tentang keluarga YB...dulu arwah atuk saya pernah tinggal di tanjung Karang dan mempunyai sebuah kedai runcit sebelum berhijrah ke Pahang...& saya diberitahu yg ayah YB membawa ayam utk dijual kepada penduduk kg dengan basikal...& YB ketika itu masih kecil lagi..mungkin telah mula memahami erti kesusahan...anywhere YB saya akan terus menyokong & mendoakan kejayaan YB & saya pun memang bekerja di bawah agensi MECD walaupun hanya sekadar Pegawai Rendah...
Assalamualaikum,
Saya dibesarkan di Tanjung Karang dan mengikut arwah bapa saya berniaga di hentian teksi depan hospital Tanjung Karang. Kedai kami merupakan antara tempat wajib ayah Datuk duduk minum masa tu.. Sekarang saya berkhidmat dengan MARA dan seperti juga Datuk saya juga berasa bangga dapat memberi khidmat bakti kepada masyarakat melayu/ bumiputera walaupun cuma peranan yang kecil. Bagi saya ..walaupun berpendapatan yang cukup makan namun kepuasan berbakti kepada bangsa sendiri melebihi segala-galanya.. Saya juga mendoakan agar Datuk akan terus menerajui kementerian ini.
Assalammualaikum Yg. Berbahagia Dato'...
Memang tidak dinafikan MARA telah banyak membantu masyarakat Bumiputera Islam dalam memajukan pendidikan negara... Penubuhan MARA yg dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri yg dikagumi oleh semua Tun Abdul Razak mmg tidak dpt dinafikan.... MARA juga telah byk memberi peluang kepada saya dan rakan2 perjuangan yg lain dalam mendalami ilmu yg kami pelajari... Sehubungan dengan itu, saya selaku wakil dari rakan2 seperjuangan dari German-Malaysian Institute, Kajang.. Dapat menyiasat beberapa isu yg tidak enak telah berlaku... Isunya lebih kurang mcm kisah IKBN.. Screwdriver yg patut harga pasaran murah tapi bila dalam tender harga melambung tinggi... Tapi kami disini, memandangkan GMI baru berpindah ke kampus tetap dan baru. Amat menyedihkan bagi kami, luaran cerita yg GMI mempunyai peralatan, mesin dan teknologi nyata meleset. kerana peralatan, mesin dan teknologi yg ada tidak ada @ sedikit bg peralatan dan mesin... Teknologi pula dah ketinggalan zaman... Tapi motto bukan main bagus, "Training For Advance Technology" pastu siap iklan dalam Radio ERA, kata belajar mcm pakai teknologi German... Sepatutnya motto itu tidak patut dipakai lg jk tidak mempunyai tanggunjawab menjaga nama Institut... Lebih kepada motto biasa sj yg tidak bersemangat...
Utk pengetahuan, Dato.. GMI ditubuhkan dari usaha Tun Abdul Razak yg telah ke Jerman dahulu. Tapi rekod tiada d Malaysia namun ada d Jerman. Kemasukannya hampir 95% Melayu... Dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pd 1993... Ketika itu era kegemilangan German masih ada dalam pentadbiran GMI... Namun, setelah tamat kontrak 10... Smua hampa...Saya mendapat sumber ini dari senior baik saya antara Batch pertama GMI 1992... Namun, sekarang mirip GMI ini dahagakan duit.. Mcm nak bgi kroni dalaman sj... Dah la pelajar susah, anak Melayu ramai plak, Pensyarah pn susah nk mengajar sebab kemudahan kurang seperti mesin dan alatan workshop. Mmg tidak dinafikan kos operasi GMI tinggi.. Tp bila perbelanjaan berhemah tidak dilakukan. Jadi mcm ni... Asyik kroni je nk untung.. Kami perlu membayar hutang tertunggak secepat mungkin sptr asrama dan lain2.. Kalau kami nk minta transkrip utk mecuba apply IPT dalam negara@luar negara atau keje dikalangan kami masih belajar ini sblm tamat diploma pn susah.. Kena bayar hutang dulu... Tap kemudahan prasarana tak mencukupi.. Nak mgadu perwakilan pun, payah.. Yg diorg lantik pn majoriti kroni pegawai hal pelajar.. Siapa baik dgn dia pn tak terpakai utk menambah baik GMI... Kami pelajar di sini faham situasi GMI yg baru pindah... Namun, terfikir kembali nama GMI.. Takkan kerajaan German tak bantu... Kata konsep "G to G" = Gorverment to Goverment.. Setiap ID Card kami tertera tulis "GMI is a joint venture project between the Goverment of Malaysia and Germany"...
Apa pn sekadar luahan kami ini harap Dato' dpt membantu bakal pewaris negara ini... GMI boleh BERDRI sendiri jika pihak PENGURUSAN TELUS, HEMAH, IKHLAS DAN AMANAH... Utk menjulang Melayu Berilmu... Terima kasih...
Assalamualaikum..
saya sebagai pelajar german malaysian institute amat berterima kasih kepada pihak berkenaan yg menyokong kami untuk tidak perlu bernaung di bawah universiti kuala lumpur.
kepada muhd jamal dan rakan2...
saya adalah pelajar semester 6 yang bakal menghabiskan pengajian pada hujung tahun 2008 ini. saya telah merasa bagaimana kehidupan di GMI lama iaitu di shamelin dan juga di bangi.
mungkin kualiti gmi tidak sama seperti pada tahun 1992.tetapi rasenye utm sendiri sekarang masih tidak mampu menandingi prestij GMI.
buktinya, pelajar GMi sangat dipandang industri apabila sudah tamat pengajian.
kalau dipandang dari segi prasarana, saya amat bersyukur sekali berada di GMi bangi kalau dibandingkan dengan GMI shamelin dulu.
perkara baru perlukan masa untuk develop.bersabar la.saya pernah dilantik menjadi perwakilan untuk satu semester.saya tahu macam mana sukarnya untuk mendapat tempat dan kemudahan untuk melaksanakan event untuk pelajar2.jangan hanya tahu komplen. perwakilan dipilih melalui undi.saya bukan kroni pegawai hal pelajar.
kalaupun kroni yang dipilih, saya pernah bekerja dengan mereka untuk melaksanakan event pelajar, dan mereka memberi komitmen yg sgt bagus.kita tidak mengenali kita sudah menilai.itulah masalah pelajar gmi.hanya kerana waktu orientasi, di simpan hingga habis gmi.
saya amat kecewa dengan sikap2 junior yang tidak muafakat dan kurang respect senior. bukan seperti batch2 saya sebelum ini.
jadi kenapa nak salahkan pentadbiran kalau diri sendiri pun tak betul?
saya tidak menyokong mana2 pihak namun tidak wajar perwakilan dipersalahkan. kami juga pelajar yang kepada pelajar gmi sendiri tahu betapa padatnya jadual yang kita sama2 lalui di gmi.
kami juga perlu ada mase untuk belajar.
rasenye kalau anda yang lain disuruh untuk jadi badan perwakilan belum tentu anda mampu.
datang kelas on time pun belum tentu mampu.fikirla sendiri.
sama2 la kita kembalikan kegemilangan gmi semula.buangla semua yang tak puas hati.
Dato' berkenaan Mara Dato' pernah tegur MARA lambat luluskan pinjaman atau beritahu keputusan.Tapi cuba Dato' check balik MECD sendiri pun lambat jugak perkhidmatannya.
Sebab apa saya berani cakap?
kerana saya adalah salah satu usahawan yang sertai program iklan MECD februari 2008,di mana kami diberi separuh harga.
Disebabkan tiada budget saya baru minggu lepas submit dan bayar pada NSTP.Tapi tidak diluluskan MECD dan officer Nurmazaiah suruh buat surat terangkan produk dan iklan,kerana pen pengarah cuti seminggu 9hb baru ada kata nurmazaiah.So saya pun fax kat dia,lepas sehari saya telefon dia pulak cuti,tanya kerani dia cakap Nurul dgn Nurmazaiah 9hb dec baru ada.Jadi saya pun tel tadi tapi Nurul cuti lg x tau bila naik,Nurmazaiah pun Khamis ni baru ada.Tiada orang lain yang boleh setelkan kata kerani,cuma 2 orang ni aji,
Nak dijadikan cerita iklan kena keluar last 10hb kata Haslan dari NSTP,So Dato' tengok sendirilah apa jadi pada saya?iklan takkan keluar di Metro dan NSTP kata nak pulangkan Duit saya.Macamnikah situasi kat MECD cuti selalu sangat sama je lambat macam MARA,sebelum cakap orang better Dato'tengok tempat sendiri dulu.Kat bawah MECD berlambak-lambak agensi Pinjaman tapi MECD sendiri mcm ni?Hayqal 0177552114
zaman dato jadi menteri MARA, budak-budak Tg Karang yang memohon masuk ke MRSM dapat borang free, budak-budak dari luar tg. karang kena bayar RM5, betul ker? dah tu yg dpt borang free senang lak dpt tempt, yg bayar tak dpt tempat. kalau betul la mcm tuh, tu namanya salah guna kuasa. tak baik tu, harap dato ubah sikap ya!
Post a Comment