Tahniah saya ucapkan kepada 68 orang kakitangan Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi dari pelbagai gred jawatan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007. Semoga anugerah ini akan menjadi motivasi kepada semua anggota kementerian untuk meningkatkan produktiviti dan terus berganding bahu bagi menjadikan kita sebuah organisasi yang terbilang...
Sewaktu sidang akhbar, sejurus selesai majlis penganugerahan ini, saya telah menyentuh isu berkaitan dengan memorandum yang dihantar oleh Persatuan Pengusaha Bas kepada saya baru-baru ini, yang mana mereka telah meminta untuk menaikkan harga tambang bas sebanyak 100%. Saya telah membawa isu ini ke mesyuarat kabinet dan Mesyuarat Jawatankuasa Inflasi Negara dimana dalam mesyuarat berkenaan, pihak Persatuan Pengusaha Bas ini telah diberi peluang untuk membentangkan tuntutan mereka. Keputusan mengenai kenaikan tambang belum dapat diputuskan lagi namun begitu kerajaan bercadang untuk membenarkan para pengusaha bas mengenakan surcaj kepada para penumpang sempena Sambutan Hari Raya tahun ini. Cadangan untuk membenarkan surcaj berkenaan akan dibawa dalam mesyuarat kabinet akan datang.
Saya juga telah mengarahkan pihak kementerian bagi memberi permit kepada sesiapa yang berminat untuk mengusahakan perkhidmatan Bas Mini Desa. Perkhidmatan Bas Mini Desa ini akan beroperasi menggunakan van dan memberi perkhidmatan kepada orang ramai di kawasan pedalaman dan taman-taman perumahan yang selama ini tiada khidmat pengangkutan awam kerana dianggap tidak menguntungkan.
Pendek kata, kerajaan sentiasa melakukan yang terbaik untuk semua kerana kerajaan Barisan Nasional hari ini sangat prihatin terhadap kehendak rakyat. Saya juga tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kesempitan rakyat...
7 comments:
ini adalah satu gerak kerja yg bagus . congrate to you Dato Noh .
cuma mungkin kita boleh pertimbangkan permintaan persatuan bas tersebut kerana desakan hidup dengan harga minyak dan lain lain yg naik , sedangkan mereka ditekan untuk tidak menaikkan harga tambang bas .
dalam masa kita menjaga hati sesetengah pihak seperti kerajaan menjaga hati rakyat dengan cuba pertahankan harga tambang bas supaya tidak naik . kerajaan juga harus melihat dari sisi yg lain , bagaimana pemilik pemilik bas tersebut terus berusaha untuk hidup dengan kos yg semakin tinggi sekarnag .
kita tidak boleh menzalimi sesuatu pihak demi menjaga kepentingan pihak yg lain . konsep adil sgt luas maknanya .
terima kasih Dato Noh atas artikel tersebut .
Dato', satu yg ingin saya tanyekan . artikel di dalam blog ini Dato sendiri yg tulis atau Dato minta tolong dari SU atau PA dato yg updatekan atas maklumat dari Dato sendiri . kerana kalau saya lihat aktiviti Dato je dah padat . masa bila Dato dpt sempatkan waktu untuk menulis kegiatan dato di blog ini . hopefully usaha ini berpanjangan dan kami dpt menerima manfaat daripadanya .
tahniah kepada 68 pegawai yg berjaya,semoga dgn anugerah ini menjadi pemangkin...kearah kemajuan bangsa...
Besabit dgn tuntutan pengusaha bas yg dinyatakan oleh Yb Dato,saya berpendapat ada kewajaranya jika diambil kira penambahan bilangan penguna kerana sejak kenaikan harga petrol baru-baru ini penggunaan bas awam telah meningkat dgn mendadak...jadi tuntutan 100% ini bagi saya agak melampau...jika ada pertimbangan jemaah menteri utk menaikan tambang tidak harus melebihi 15%...lagi pun harga minyak dunia mula menunjukkan penurunan..
P/s:sedih didapati tidak ramai usahawan bumiputra yg ambil peluang melawat franchise international malaysia 2008 di pwtc yg ramai hanyalah bangsa lain..
Dato'
I have a proposal about long distance public transport using automated system that will makes ministry, bus operators, travellers happy. check it out
here.
Salam,
Soalan #1.
Benarkah laporan ini?
Harga siling tambang bas. Klik utk baca.
Boleh hantarkan maklumat rasmi berkenaan harga siling tambang bas?
Soalan #2.
Sebagai pengguna saya terpaksa terima dan TIDAK mampu buat apa2?
Tambang beza harga. Klik utk baca.
Saya tunggu balasan komen ini.
Terima kasih.
Terima kasih Syed Fuad...
Sebagaimana yg saudara maklum, masalah tambang bas ini masih lagi di bawah pertimbangan krajaan. Bagaimanapun ingin saya tegaskan bahawa dalam sebarang keputusan yg akan dibuat mengambil kira kepentingan dan manfaat semua pihak,yakni pengusaha dan pengguna.
Kepada Md Zakhir..
Glad 2 hear u again..tu lah...telah saya tegaskan tuntutan 100% adalah keterlaluan oleh PMBOA. Kerajaan akan kaji perkara ini dan yg pentingnya setiap pengusaha bas perlu menambah baik perkhidmatan termasuklah soal keselamatan dan keselesaan penumpang.
To Kazmie...thanks for the proposals.I've directed LPKP to look into it.By the way, at the moment,the ministry had adviced all the bus operators(express)to use E-ticketing developed by EZ-Bus.
Buat mystrique..
Aduan anda dalam siasatan..terima kasih atas keprihatinan saudara.
asl'kum
Dato YB
saya ingin bertanya adakah sebagai seorang timbalan pengarah melayakan kita selalu keluar minum pagi kerap dan boleh melepaskan segala tanggungjawab kepada pegawai bawahan walaupun dimasa tersebut dia tidak mempunyai kesibukan kerja dan boleh bersembang2 sahaja dimanakah intergeriti yang disebut2 oleh YB Dato dan sampai masanya akan menerima anugerah khidmat cemerlang adakah layak sebagai pegawai peringkat tertinggi memberikan contoh sedemikian sebagai contoh timbalan pengarah mara negeri perlis kerap keluar minum/makan dan melepaskan tanggungjawab bila perlu menghadiri sesuatu majlis rasmi negeri dan mewakilkan kepada pegawai yang tidak layak didalam majlis tersebut bukankah itu satu penganyaan kepada pegawai yang pergi kerana sesuatu majlis perlukan keputusan secara langsung saya memohon YB Dato mengambil tidakan perkara ini dan timbalan tersebut kerana terlalu suka menganyania staf bawahan dia
saya hendak memohon permit teksi sendiri untuk laluan serta berpengkalan di lapangan terbang antara bangsa klia atau lcct. sebelum ini saya pernah menjadi jurupandu airport limo klia..namun malangnya saya terlibat dalam kemalangan disebabkan tindakan memberek secara tiba tiba oleh kenderaan dihadapan kenderaan limo saya di ldp seri kembangan..walau pun dijamjikan pinjaman untuk baikpulih kenderaan tersebut namun hingga sekarang tidak menerima panggilan seperti yang dijanjikan oleh airportlimo sdn bhd...saya mengambil keputusan hendak memohon sendiri permit tersebut dan dengan bantuan adik beradik insyallah pinjaman untuk membeli kenderaan sendiri dapat dilakukan...dengan kenderaan sendiri dapatlah saya mengadakan skim insurance 1st party utk teksi tersebut tidak seperti yang dilakukan oleh pihak syarikat yang rata rata mengunakan 3rd party insurance...ramai jurupandu tidak mampu menanggung charge baikpulih yang dikenakan oleh panel workshop airportlimo..charge yang terlalu tinggi amat membebankan jurupandu usahawan termasuklah kadar bayaran balik kenderaan yang tidak munasabah...waja pada kadar rm145.sehari (untuk 5tahun) . saya akan terus berjuang untuk semua jurupandu teksi airportlimo sehingga keadilan dapat dipertimbangkan oleh pihak atasan dan dipihak kementerian...kerajaan BN adil dalam pemerintahan...dan itulah saya nak buktikan pada rakyat seluruh dunia...soalan saya..kenapa jurupandu limo klia tidak diberi peluang untuk mendapat permit sendiri dan mengusahakan limo sendiri?pemeriksaan dan penguatkuasaan.. sudah menjadi tugas puspakom dan jpj...sekiranya airportlimo sdn bhd diberi permit disebabkan pengurusan yang kononnya bermutu...saya beranggapan ianya tidak langsung bermutu...kekecewaan jurupandu yang sering kehilangan deposit seperti saya sungguh ramai...penyerahan balik kenderaan limo agak tinggi jumlahnya...ramai yang tak sangguh meneruskan kerjaya ini dan terus memohon limo lcct...masaalah teksi lcct pulak deposit dari syarikat konsessi lain...deposit tinggi waja rm 6k. harian pulak rm 60.rendah dari klia limo...ramai jurupandu menjadi serba salah dan terus kecewa dengan syarikat syarikat konsessi yang diberi permit...bila ditanya kenapa tak dapat mohon permit individu? jawapan mereka syarat syarat yang terlalu ketat mendatangkan kesulitan untuk mendapat kelulusan...maka skrg saya pulak yang nak memohon dan soalan saya betul atau tidak luwahan jurupandu airport limo lcct dan klia semua? soalan saya sekiranya jurupandu limo mampu membuat bayaran balit setiap hari sewabeli yang dikenakan kepada mereka...kenapa tidak mampu untuk membayar balit kenderaan yang mengunakan permit sendiri atau individu? saya rasa lebih murah dan jauh lebih murah dari bayaran sewa beli dari syarikat konsessi...kementerian usahawan mempunyai peruntukan untuk membantu semua usahawan...maka bantu lah semua jurupandu airportlimo klia dan lcct untuk berdiri dikaki sendiri tanpa org tengah...maka kemajuan dan kekayaan bukan terletak pada syarikat syarikat sahaja individu pun nak merasa kejayaan serta kekayaan atas usaha mereka...sekian dari saya.
myyjourney@gmail.com
Post a Comment