Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, July 13, 2009

Manek Urai oh Manek Urai...

Dalam seminggu dua ini..jadual kerja saya banyak bertumpu kepada membantu jentera parti berkempen di Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai,Parlimen Kuala Krai, Kelantan. Saya turut menyampaikan sumbangan kementerian yang berupa bantuan dan insentif serta beberapa buah traktor kepada Pertubuhan Peladang Kuala Krai.

Manek Urai..Satu nama yang cukup unik bagi saya membuatkan hati ini tertarik untuk meneroka ke seluruh pelusuk yang mewakili nama Manek Urai itu. Melihat majoriti penduduknya terdiri daripada Bangsa Melayu..kehijauan kampung yang masih belum tercemar..keadaan bentuk muka bumi yang sesuai untuk aktiviti pertanian..membuatkan saya terfikir bahawa..bidang pertanian boleh menjadi penjana ekonomi yang paling rancak buat Rakyat Kelantan khususnya di Menek Urai. Tidak keterlaluan jika saya katakan Negeri Kelantan boleh dibangunkan sebagai model Negeri Melayu yang termaju di negara ini.

UMNO memperjuangkan Melayu bukan semata-mata kerana Melayu tetapi kerana Melayu itu adalah Islam. Takrif Melayu adalah Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Sebagai umat Bangsa Melayu,sepatutnya kita berbangga kerana tiada satu pun bangsa di dunia ini yang benar-benar mendapat pengiktirafan oleh kerajaan masing-masing terhadap status agama sesuatu bangsa itu..kecuali di bumi bertuah kita, MALAYSIA yang berpaksikan Kerajaan Barisan Nasional. Fikir-fikirkanlah..

SELAMAT MENGUNDI KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI MANEK URAI..!!

5 comments:

zainal mohd jais said...

PAS : ANGKUH - GENTAR
UMNO : SAKIT - BANGKIT

Pas berasa dirinya masih kuat seperti sebelum PRU 12, dengan meletakkan calon dari luar Manik Urai, kerana masih yakin pengikutnya tetap setia. Walau siapapun yang dinamakan, keputusan presiden tetap dihormati.
Sedangkan UMNO yang dikatakan mempunyai ahli semasa yang kurang setia, suka berbalah berebut kerusi, calon yang dipilih presiden pun sering dipertikai, kali ini dengan rendah diri mendepani rakyat dengan calon lokal yang khabarnya begitu rapat dengan masyarakat.
Seperti beberapa pilihanraya kecil yang lepas, isu besar yang masih berlegar dalam parti itu ialah rapuhnya perpaduan, komitmen, kesetiaan kepada parti dan pemimpin, jentera yang lemah, tak terkordinasi dan tak berkesan, masih menghantui.
Kelemahan itu tentu sudah lama diketahui tapi ternyata masih gagal diatasi. Ia sudah menjadi pengetahuan umum, malah menjadi lagu iringan yang begitu mengasyikkan PAS, DAP dan PKR.

Yang paling menarik untuk diperhatikan dalam pertarungan kali ini ialah antara;
PAS yang angkuh seperti arnab tangkas, mendapat sorakan sokongan, sedang seronok bebulan madu dengan lempahan harapan rakyat, tapi dia mungkin boleh terlena.
UMNO/BN yang malu dan rendah diri seperti kura-kura yang sedar lemah tapi terus berusaha memperbaiki diri dan membina keyakinan sesama sendiri.
Untuk terus menjadi arnab yang gembira bukan mudah bagi PR, kerana sifatnya yang semakin angkuh akan menyebabkan dia tersandung jatuh. Sorakan akan semakin berkurangan, bila penyokong makin kenal arnab cuma tahu berlagak, tak tau berlumba.
Untuk BN kembali dari kura-kura menjelma semula menjadi singa, mereka mesti bersedia menghadapi proses yang menyakitkan. Kalau terus terbuai dengan zaman kehebatan yang telah berlalu, kura-kura boleh jatuh ke sungai, lepas ke laut luas tak dapat dikesan.

Anonymous said...

untuk orang sawah sempadan takde ke traktor percuma hehe..

Anonymous said...

Di Malaysia saya perhatikan bahawa ladang seperti kelapa sawit, getah, nenas dan koko ada agensi kerajaan yang mengusahakannya. Sebab itu ia maju dan boleh menampung permintaan. Tetapi saya tidak nampak adanya agensi yang fokus kepada Perladangan Lembu, Perladangan Ayam Daging atau perladangan Kambing.

Oleh itu saya cadangkan supaya kerajaan menubuhkan agensi khas untuk perladangan haiwan.

dari sungaiSireh said...

SALAM,
tahniah dato', atas kerja keras dan prihatin sebagai pemimpin akar umbi dari tanjong karang.
Apapun Dato' sebagai pemimpin no.2umno selangor perlu beri perhatian pada isu di negeri kita sekarang. Pandangan Peribadi saya, kalau masih harapkan ketua pemikir umno selangor tu je, lingkup kita.Dia la ni, dok di attaack pakatan.
Dato' perlu main peranan. Banyak isu yang kita boleh manipulasi pimpinan kerajaan selangor sekarang.
PERHATIAN BUAT DATO.
1. BLOGS G.A.P
2. BLOGS DARUL EHSAN TODAY
3. BLOGS INFO KORNER
SEKIAN WASSALAM.

Unknown said...

Salam sejahtera.

Syabas dan tahniah saya ucapakan kepada YB Dato diatas segala usaha yg telah dilaksanakan demi utk memajukan lagi sektor pertanian negara.Kerajaan telah memberi perhatian yg serius keatas sektor pertanian sehingga ramai org telah menyedari betapa cerahnya masa depan dlm bidang ini.
Disini saya ingin tahu,apakah pendirian,sokongan dan pengiktirafan yg diberikan MOA kepada industri ternakan lintah di Malaysia.Dimana pada masa ini telah bnyk sykt-sykt yg masuk ke kwsn-kwsn kampong menawarkan kursus dlm ternakan ini.
Sekian terima kasih.