Dato' Noh Omar bertanyakan sesuatu mengenai salah satu produk usahawan bumiputera pada satu program promosi usahawan Malaysia di London, baru-baru ini.
Para usahawan Melayu perlu diperkasa bagi memastikan mereka mampu bersaing di pasaran terbuka pada masa depan. Pengerusi Pertubuhan Alumni Kelab Kelab UMNO Luar Negara, Dato'Noh Omar berkata, para usahawan Melayu masih lagi banyak kelemahan dan kekurangan jika mahu berjaya sepertimana yang dikecapi kaum lain. Menurut beliau, antara kekurangannya ialah dari segi pembudayaan dan kemahiran berniaga.
"Sebenarnya banyak sebab mengapa usahawan Melayu masih lagi lemah dalam bidang ini dan kita perlu kenal pasti kelemahan tersebut serta mencari jalan untuk memeperbaikinya agar nereka dapat diperkasakan bagi bersaing di pasaran terbuka,"katanya.
Beliau berkata, sejak di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD), beliau melihat banyak kelemahan pada usahawan Melayu. Antara yang utama ialah dari segi kekurangan modal dan pasaran. Jelas beliau, sikap usahawan Melayu sendiri yang kurang berdisiplin dan ketiadaan kemahiran komunikasi menyebabkan kegagalan mereka. Bagaimanapun, katanya, bukan semua usahawan Melayu lemah tetapi sebahagian daripadanya menghadapai masalah-masalah sedemikian.
Jesteru, usaha perlu dilakukan terutama bagi menyediakan modal yang lebih besar dan mudah diberikan selain mencipta peluang pasaran. Katanya, sebagai pihak yang bertanggungjawab mengendalikan usahawan, kementeriannya sentiasa berusaha untuk memperkasakan usahawan tersebut tetapi pada masa yang sama usahawan terbabit juga perlu berusaha mempertingkatkan diri. Terbaru katanya, MeCD telah menyediakan geran sejumlah RM5 juta tahun ini bagi membantu usahawan bumiputera untuk mempromosi produk keluaran mereka melalui media cetak dan elektronik. Geran itu disalurkan menerusi Program Pengiklanan Usahawan 2009 yang diadakan baru-baru ini. Menerusi program itu, bumiputera akan dibantu separuh daripada bayaran iklan yang akan disiarkan dalam media cetak dan elektronik.
Noh berkata sejumlah 1,000 usahawan bumiputera dijangka berpeluang mendapat tajaan itu berbanding 750 tahun lepas. "Had maksimum tajaan geran ialah sebanyak RM39,000 bagi sekali penyertaan untuk setahun,"katanya.
Sumber : Buletin Alumni Kelab UMNO sempena Perhimpunan Agung Malaysia.
35 comments:
YB Datuk,
Saya memohon ribuan pertolongan daripada YB Datuk tentang masalah kami kontraktor Kelas D,E dan F di Negeri Sabah ini.
Kami mendapat limpahan rezeki daripada Mini Bajet dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno.
Selama ini tempat kami bergantung setelah mendapat tawaran kerja (LA @ LPO ) adalah daripada MARA.Tapi YB Datuk, kelulusan telah pun saya peroleh namun pengeluaran wang pinjaman sebanyak RM160,000.00 masih tidak tahu sampai bila.Saya dimaklumkan bahawa MARA mempunyai masalah tentang peruntukan kewangan daripada Kerajaan. Projek yang saya peroleh bernilai RM200,000 sahaja YB Datuk , simpanan saya cuma sedikit sahaja dan terpaksa mengadai barang kemas isteri.
Kesihanilah kami YB Datuk, kontraktor yang tak mampu untuk berdikari lagi.Semoga Kami terus di hati YB Datuk dan Agensi Datuk.
Kontraktor Negeri Di Bawah Bayu
Assalamualaikum,
Tahniah kepada YB Dato' yang serius memartabatkan Usahawan Melayu.
Saya doakan Dato' menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO nanti.
Wassalam.
Dato
Cadangan saya agar MECD dapat mewujudkan satu jawatankuasa memantau usahawan melayu yg telah mendapat bantuan dari MECD disamping mewujudkan pusat khidmat usahawan sebagai salah satu tempat utk usahawan melayu mendapatkan khidmat nasihat..
Kedua..setiap usahawan melayu yg layak mendapat bantuan perlu menghadiri kursus yg mana dihadiri oleh usahawan melayu yg telah berjaya dari belbagai bidang..utk berkongsi pengalaman dan pengetahuan..semasa kursus dijalankan pihak MECD perlu mengadakan ujian yg boleh mempengaruhi jumlah bantuan yg akan diberi..bukan sekadar untuk mendapatkan sijil sahaja
Selamat Petang Dato'...didoakan moga menang jadi MT UMNO.
Saya terkilan sangat sebab pegawai LPKP Sabah cakap x serupa bikin. LPKP ckp koperasi diberi keutamaan tapi bila kita dah mohon...tiga2 koperasi ditolak. Kalau mcm ni macam mana nak maju....
Salam Dato' emel saya yang lama amran81@gmail.com sudah ditutup, sila emel saya ke drimba81@gmail.com. Kertas kerja mengenai mengapa yahudi bijak yang saya nak emelkan ini terdapat formula-formula yang boleh kita jadikan panduan bagaimana mereka betul berjaya di bidang pendidikan, penciptaan dan perniagaan itu sendiri. Mereka amat menekankan semenjak kecil lagi bidang-bidang tersebut dengan pendekatan amat berkesan
Pada dasarnya,saya bersetuju dengan dato mengenai para usahawan melayu masakini,melalui pengalaman saya dengan IpMa,yang menjatuhkan usaha usahawan-usahawan melayu yang baru nak bangkit,bertatih untuk berniaga nie adalah daripada pihak MARA sendiri.sbg cth,di kolej Mara.sikap tim pengarah khidmat pengurusan yang mengabaikan nilai entergriti serta PPTK yang lembab dlm urusan kewangan.
Salam Dato’
Saya menyokong 100% saranan yang dibuat oleh Sdr Akhtar melalui posting bertarikh 15.3.2009. Adalah disarankan juga agar Dato’ mewujudkan saluran yang efektif untuk sebarang komen, pandangan & cadangan agar tindakan susulan dilakukan.
Dengan cara ini ketidakpuasan hati rakyat dapat dijelaskan, kepincangan dapat diperbaiki dan cadangan2 yang bernas dapat dimanfaatkan dalam mencapai matlamat Kerajaan dan agenda Melayu.
Sekian, Wassalam.
Tahniah Dato' ... di atas kemenangan dalam pemilihan MT.
SALAM DATUK, TAHNIAH DI UCAPKAN ATAK KEMENANGAN INI.
SUDI KIRANYA DATUK DAPAT MENYERTAI KAMI DI BPN INI DENGAN MEMBERI SOKONGAN.
SALAM PERJUANGAN
GOMO
BIRO PEMUDA BPN
Datuk Noh,
Tahniah diatas kejayaan besar pd pemilihan UMNO 2009. Semoga keyakinan rakyat terhadap parti khasnya & Kerajaan amnya akan bertambah dengan adanya barisan baru dalam UMNO.
Saya adalah pengasas kpd sebuah koperasi yg baru saja ditubuhkan (Koperasi Peniaga-Peniaga Sepakat Petaling Jaya Bhd - KOPPEJAY), dan adalah menjadi harapan besar kami sekalian agar Datuk Noh sudi utk menjadi Penasihat Rasmi agar perjalanan kami pada tahun yg sulung ini selaras dgn tujuan penubuhan KOPPEJAY & objektif yg telah digariskan oleh Kementerian.
Diharap agar kita dapat bersua utk bertukar2 pendapat & berkongsi buah fikiran.
Terima Kasih. Wassalam.
Azroy Enzany (caztroyale@yahoo.com)
Salam sejahtera Datuk,
Saya terpanggil untuk meniggalkan komrn terhadap artikel yang di post oleh Datuk mengenai usahawan melayu perlu diperkasa. Ini disebabkan saya adalah seorang usahawan melayu muda yang beroperasi di Kuching Sarawak.
Tujuan saya ialah supaya Datuk dapat melihat kesediaan MARA Sarawak iaitu agensi dibawah Datuk dapat memikul amanah dantanggung jawab seperti wawasan Datuk iaitu untuk membantu usahawan.
Saya melihat dan mengalami sendiri bahawa Mara Sarawak tidak menjalankan tugas dengan baik. Ini terbukti apabila ramai usahwan di Sarawak diabaikan dan ketinggalan.
Sekian lama saya menjadi usahawan namun Mara tidak sekalipun datang untuk membantu.
Perkara ini berlaku sekian lama.
Saya melihat antara sebab perkara ini terjadi kerana
1. Kebanyakan pengarah dan timbalan pengarah Mara negeri yang ditugaskan disini hanyalah untuk menghabiskan sisa sisa perkhidmatan mereka sebelum bersara. Mereka tidak proaktif dan leka dengan urusan peribadi sendiri.
2. Mugkin juga kewangan tidak sampai ke Sarawak dan pegawai di sini tidak terlatih.
Datuk , cuba buat kajian, berapa orang usahawan melayu dari sarawak telha berjaya dan menjadi jutawan? jawapannya ialah kosong..
Dengan ini saya berharap komen ini dapat dibaca oleh DAtuk dan mendapat perhatian segera.
Sekian terima kasih.
Ismail Khalid
Salam,
Yang berbahagia Dato'
Pertama sekali saya mengucapkan tahniah atas kemenangan Dato' dalam jawatan Majlis Tertinggi UMNO dan mendapati undi terpopular yang kedua tertinggi.
Semuanya ini atas kekuatan dan berkat usaha Dato' juga hasil dari perjuangan Dato' dalam memartabatkan Usahawan melayu.
Izinkan saya memberikan sedikit pandangan berkenaan isu " Usahawan Melayu Perlu DiPerkasa"
Memang itulah harapan kami terutama yang bergiat dalam perniagaan secara kecil mahupun sederhana.
Bagi kami sebuah syarikat yang baru bertapak dan bersaing pula dengan syarikat-syarikat yang lebih gah dan bermodal besar ditambah pula kami tidak mengharap pada projek kerajaan maka untuk memantapkan perniagaan kami ianya memerlukan dedikasi dan tumpuan 110% untuk berjaya.
Syukur alhamdulilah dari berkat kegigihan dan keberanian untuk bersaing dengan bangsa lain maka kami masih boleh hidup dan berniaga seperti bangsa asing.
Walaupun dengan modal yang teramat kecil sewaktu memulakan operasi namun ianya bukan penghalang kepada kami.
Cuma yang kami harapkan adalah ada agensi-agensi dibawah Dato' yang boleh mengambil berat masalah kami seperti kekurangan modal pusingan mahupun modal untuk membesarkan lagi perniagaan tersebut.
Kami amat berharap agensi-agensi berkenaan tak perlulah tunggu sampai usahawan melayu datang menyembah memohon harap baru mereka nak ambil tahu masalah kami.
Sebaiknya mereka perlu mencari dan membantu sedaya mungkin seperti apa yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang datang mengirim khabar percukaian yang boleh dikenakan tanpa perlu kami berdaftar dengan LHDN sendiri.
Pastinya begitu cekap LHDN mengesan pemilik perniagaan bukan.
Jadi begitulah juga kami berharap kecekapan Pegawai Pegawai agensi dibawah Dato'.
Jika ini dilakukan pasti ramai usahawan melayu yang baru bertapak merasa bangga di tanah melayunya ini. Maklum sajalah untuk memulakan sesuatu perniagaan banyak proses dijalankan dan banyak pesaing yang ada diluar sana, maka bila masalah kami diambil tahu, saya rasa walau jatuh bangun digagahi juga kuderat yang ada demi kebanggaan bangsa dan agama.
Wasalam.
Asalamualaikum Dato,
Saya ada cadangan perniagaan dan presentation yang mungkin boleh bantu secara langsung atau tidak langsung macam mana dasar subsidi itu patut dilaksanakan. Kita tahu kita ada kuasa politik, kita ada pembiayaaan, kita ada latihan dr agensi kerajaan tetapi disebabkan usahawan melayu kurang kualiti, disiplin, bijak berkomunikasi dan koodinasi, saya ingin mencadangkan 1 jenama, 1 platform, 1 idea yang boleh membantu saya seperti usahawan melayu yg malu dan lemah dari segi interpesonal skil. Kalau Dato, sudi meluangkan masa untuk mendengar bole email kepada saya : zemy2k@engineer.com. Saya rasa tidak rugi untuk berkongsi sekurang-kurangnya kalau terlaksana dapat membantu orang melayu secara tak langsung. Insyaalah.
Tahniah Dato! Kemenangan cemerlang Dato dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno memang telah diduga.Syukur alhamdulillah.
Segala usaha dan keringat Dato dalam memperkasakan usahawan Melayu telah diterjemahkan oleh para perwakilan yang mewakili masyarakat Melayu.
Teruskan khidmat terpuji demi bangsa, agama dan negara.
Hidup Noh! Hidup Umno!
Assalamualaikum Dato'
Pertama sekali tahiah kepada Dato' kerana menjadi MT Umno buat kali kedua.
Saya mempunyai sedikit masalah berkaitan pembahagian Projek Kelas E untuk bumiputra. Saya seorang pengurus sebuah syarikat yang berdaftar dgn pkk kelas E sejak thn 2008. Saya antara kontraktor muda (23 thn) pada tahun ini dari kalangan kontraktor yang ada di negara ini yang tidak sempat untuk berdaftar sebagai kontraktor kelas F kerana kontrator lama yang diwarisi turun-temurun masih begitu ramai. Dan sebenarnya ini adalah tidak adil bagi generasi muda seperti saya untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang ini. saya agak terkilan kerana banyak kerja-kerja lebih cenderung diberikan kepada kelas f berbanding kelas e walaupun taraf perkhidmatan dan kedudukan kewangan lebih kurang sama.
Dan ianya lebih terasa apabila pakej rangsangan dari kerajaan langsung tidak mempeduli kontraktor kelas e seperti saya pada kegawatan ekonomi yang melanda dunia ketika ini. adakala kerja-kerja kelas e langsung tiada bagi bulan tersebut, dan buktinya sehingga kini saya masih belum mendapat kerja dengan menggunakan lesen kelas e bumiputra ini. apakah pihak kementerian tidak nampak perkara ini demi masa depan negara? atau adakah lesen kelas f akan kekal dibekukan dalam jangkamasa panjang? apakah nasib kontraktor kelas e bumiputra ini akhirnya gulung tikar kerana terus dan terus mengharapkan ihsan projek kelas E? Bolehkan Dato' membuat penyelesaian yang adil bagi kami orang-orang muda untuk berkembang maju dalan bidang ini.
kami wakil dari pelajar KOLEJ POLY-TECH MARA KUALA LUMPUR..COURSE ACCA-CAT..kami sebulat suara ingin menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap pihak MARA yang hanya meninggalkan janji-janji kosong terhadap kami..kami telah menghantar perjanjian sejak bulan august tahun lepas tetapi masih menunjukkan apa-apa hasil kapada kami yang amat memerlukan ini..(bersimpatilah kepada kami)..pengurusan MARA yang entah apa-apa kerana pelajar yang lebih mampu mendapat dahulu dari kami yang tidak mampu ini..(ADAKAH INI KERANA PERTOLONGAN DARI "ORANG DALAM"????)..kami terpaksa mengikat perut dan menagguhkan pembayaran yuran peperiksaan yang sepatutnya diambil pada semester ini..kami juga telah pergi ke pejabat MARA tetapi macam-macam alasan yang diberikan kepada kami..mereka memberitahu proses dijalankan selama 2minggu tetapi sudah sebulan kami menunggu BAGAI HENDAK MENUNGGU BUAH YANG TIDAK GUGUR namun tiada hasil yang kami terima???ADAKAH JANJI HANYA TINGGAL JANJI???..oleh itu kami mengharapkan kerjasama daripada pihak DATO bagi meringankan beban kami..(hulurkan tangan ringankan beban)
Saya gembira dato buat satu blog utk kami orang Melayu diluar sana yg bukan dalam lingkungan politik bersuara dan memberi cadangan. Saya dapat lihat macam mana Dato begitu aggresif hari demi hari membantu orang Melayu untuk menjadi Usahawan dan menguasai ekonomi
Saya secara peribadi percaya, utk menjadi orang melayu kita bukan sahaja perlu bijak berpolitik tp paling penting bagaimana kita boleh menguasai kek ekonomi daripada bangsa lain, lebih2 lagi di Bandar besar yang dikuasai oleh bangsa asing dan tanah2 melayu mulai hilang disebabkan kuasa $$.
Jadi untuk menjadi bangsa Melayu menjadi satu bangsa atau uasahawan Melayu berjaya saya percaya sistem dan proses perlu diperbetulkan kerana ia merupakan fundamental dan root cause kepada isu.
Oleh itu langkah pertama, saya mencadangkan kekosongan pengarah-pengarah, Setiausaha kementerian dibuka kepada eksekutif2 dan pengurus berbakat dari syarikat2 swasta yang mempunyai profit yg tinggi setiap tahun. Saya percaya mereka sudah terlatih untuk berkerja secara fleksibel, mudah dan pantas. Ini merupakan intipati utk mencapai KPI terbaik. Saya percaya sistem lapok yang menaikkan eksekutif yang senior di agensi2 kerajaan cuma akan menjadi warisan eksekutif sebelumnya, sistem dan proses akan bertambah buruk kerana tidak ada sapa yang kisah kalau beliau ada ikatan yg kuat dgn mana2 orang dikenali.
Penerimaan Dato tentang cadangan tidak cukup kerana proses untuk interview patut dimudahkan seperti pihak swasta. Saya percaya, Dato boleh melihat hasilnya dalam 1 -2 tahun, dengan syarat Dato dan MT UMNO lain juga mempunyai hati yang sama dengan saya.
Percayalah dengan saya, dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan telus dan agensi-agensi yang lembap dapat dipantaskan dan kita tidak perlu badan "Pemudah" utk memudahkan proses tetapi dengan kuasa yang terbatas kita boleh menjadikan proses dan sistem terbaik tidak terhad kuasa politik Orang Melayu yg seperti di hujung tanduk disebabkan saya seperti siswazah Melayu yg diinstitusi dari universiti tempatan tetapi kurangnya roh Melayu. Insyallah.
Kesan yang paling suka saya tengok, bila saya nak jadi usahawan saya cuma perlu fikirkan 1 produk dan saya mengisi 1 borang secara online, saya akan dapat pasaran tanpa had, loan, packaging, sokongan kerajaan dan jenama yang sudah dikenali. Masa itu saya percaya kita boleh bentuk beribu2 millionaire orang Melayu dalam masa singkat.
Penulis - zemy2k@engineer.com
TAHNIA DI ATAS KEJAYAAN YB DATUK MENANG MT UMNO....SEMEMANG YB DATUK BERHAK MENJADI MT KERANA KETERAMPILAN KEPIMPINAN YB DATUK SEJAK MENERAJUI MECD.hi
Assalamulaikum wbt...
Pertamanya tahniah di atas pemilihan sebagai MT UMNO.
Sebenarnya saya ada persoalan yang hendak di utarakan iaitu berkenaan dengan perniagaan francais. Sebagai kakitangan awam, bolehkah jika saya ingin menceburkan diri sebagai usahawan francais? Tetapi dalam masa yang sama saya tidak terus meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam tetapi saya ingin mengambil cuti tanpa gaji selama lebih kurang 2 tahun untuk memastikan perniagaan stabil. Kemudian jika perniagaan benar-benar telah stabil, baru saya akan buat keputusan samada berhenti terus sebagai kakitangan awam atau mencari seseorang yang dipercayai untuk bantu menguruskan perniagaan di bawah pemantauan saya. Di harap Dato' dapat membantu saya. Untuk pengetahuan Dato' saya telah menghadiri Kursus Asas Francais dan Kursus Rancangan Perniagaan Untuk Bakal Francaisi di bawah MFA dengan kerjasama MECD dan PNS. Sekian, terima kasih.
Yang keliru,
Pn Ain. Putrajaya
Tahniah Dato kerana terpilih sebagai ahli MT. Kami usahawan muda ingin memohon jika dapat Dato memberi cadangan kepada Dato Najib agar jangan mengambil perasuah(dari kalangan PEMUDA UMNO)ke dalam kabinetnya. UMNO akan hancur dan kepercayaan orang Melayu pada parti akan hilang buat selama-lamanya.
Teruskan usaha Dato untuk memperkasakan usahawan Melayu. Kami sentiasa menyokong Dato. Moga Allah membantu dan melindungi Dato dari hati-hati hitam perasuah gila kuasa yang berhasad dengki dan ego.
bintang3malaya@gmail.com
salam YB, pls do check yr letters or yr team as ive send letters on the creative manner one usahawan should promote its product n services but no action... anyway.. not supprised!
assalammualaikum... untuk pengetahuan dato saya seorang usahawan, kontraktor tempatan.. saya sangat terima kasih keran kerajaan mengambil berat terhadap rakyat dan memmartabatkan usahawan melayu.. cuma saya nak erkongsi pendapat dengan dato.. saya ada membuat bantuan pembiyaan kontrak dengan pihak mara.. proses ini sudah hampir memakan masa selama 2 BULAN.. dan sekarang saya difahamkan bahawa pihak mara negeri sedang menungu duit dari mara persekutuan.. sedangan kan sudah 3minggu perkara ini disuarakan oleh pihak mara negeri johor.. perkara tersebut sedikit sebanyak telah memerencatkan kami bagi kontraktor yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan.. harapan kami disini, dato dapat meberi sedikit perhatian terhadap masalah ini.. sekian..
Sakam Dato'. Syabas dan tahniah atas kemenangan Dato' dalam pemilihan MT UMNO.
Khabarnya MARA sekarang menghadapi masalah kewangan. Nak bayar elaun pelajar pun tak ada duit, nak beri pinjaman kepada usahawan pun tak ada duit.
Harap Dato' bertindak cepat. Jangan biarkan usahawan bumiputera kelemasan.
saya bekas ketua penerangan kelab umno tahun 2003/04 dibawah dato` shafie abdal dan dato`. sijil ditandatangani oleh perdana menteri lagi tapi pemohonan tekun ditolak.. nak perkasa apa. jenuh merayu berulangkali natijahnya tetap ditolak.. memang mengecewakan. MARA sekarang ni pulak pinjaman dibekukan. Pendapatan sebulan 10k, mahasisiwa luar negara lagi, ijazah lagi wakil usahawan perak lagi tapi sekali lagi rayuan tekun kena tolak. tatau la nak minta sedekah kat mana lagi. mintak tekun ni PEKA SIKIT LAA. saya taknak sebut dan tak pernah sekali2 menggunakan chanel tingkat 5 ni. nak merayu kali ketiga...sory.
urusan dengan tekun macam main2. ketara sangat org yang meminta dengan memberi ni.
en.Fuad tekun, terima kasihlah banyak2.....
ruj. 012-5167550
salam,
usahawan bumipura sentiasa ada macam-macam masalah....tidak dibantu susah dah dibantu berlemak pula..saya setuju dgn dato' bumiputra sendiri kene bantu diri mereka..kalau nak harapkan kejaraan je...mati hidup balik pun takan maju..apa yang saya dapati ada juga yang berniaga tampa ilmu...main bedal je..bila ada masalah tak dapat selesai cabut lari....bila nak sudahnya..tidak di nafikan ada juga yang dah berjaya..tapi yang dah berjaya ini pula mudah lupa asal usul...sedih-sedih...bilalah orang kita ni nak sedar-sedar
mohdzakhir.blogspot.com
Kelemehan paling ketara kerana pinjaman yang dibagi ada pertambahan jumlah bila membuat pembayaran. Saya cadangkan seluruh jabatan keawangan bawah kementerian pambangunan usahawan dan koperasi juga agensi-agensinya mesti diletak sebuah jabatan syariah di atasnya bagi memantau supaya tiada amalan riba dan seangkatannya yang bercanggah dengan Islam itu sendiri. Di sini saya sendiri membaca kertas kerja mengapa yahudi bijak dan di dalamnya ada tertulis mereka amat menekankan perniagaan/penciptaan semenjak di peringkat awal lagi pendidikan. Di universiti pelajar mereka amatlah digalakkan dan dibantu seluruhnya oleh pertubuhan yahudi itu sendiri menjadi usahawan berjaya menakluk dunia seperti kebanyakan barang-barang berjenama yang ada di pasaran dengan memberi bantuan modal tanpa sebarang faedah/riba/perkhidmatan.
Bagaimana hendak memperkasakan melayu?? sedangkan melayu yang sedang menuntut ilmu di UniKL MIMET( di bawah MARA) sudah 2 semester tidak menerima elaun bulanan pinjaman pelajaran MARA semenjak memohon pinjaman pada julai 2008...bagaimana kami nak belajar tanpa bantuan kewanganan yang sepatutnya kami sudah dapat sekian lama??? minta Y.B lawat sendiri kami di Lumut...ada di antara kami yang mempunyai keputusan spm 10A dan 9A dan mungkin kami tidak secemerlang nik nur madihah.Patutkah kami mempunyai batasan kewangan ???dari kami yang bakal menjadi usahawan
Assalammualaikum Dato'.
Saya bersetuju sangat dengan saranan Dato untuk memperkasa Melayu. Namun ucapan yang dikeluarkan hendaklah dibuktikan dengan kesungguhan kita untuk memperkasa Melayu itu sendiri.
Saya harap, Dato' tengok-tengokjlah agensi di bawah MECD yg nampaknya tidak bersungguh-sungguh membantu usahawan Melayu... tidak keterlaluan saya katakan ada antara orang kita yang mengeluh apabila berurusan di agensi di bawah MECD, khususnya TEKUN.
Malah saya sendiri merupakan pemohon TEKUN yang mana saya sendiri tidak mengetahui nasib permohonan saya.
takpelah, sekurang-kurangnya saya dah mencuba. Kalau pinjaman saya diluluskan, Alhamdulillah. Bolehlah saya nak upgrade apa yang patut.
Kalau tidak... ermmm.
tahniah atas kejayaan Dato yang menang jawatan kedua dalam MT UMNO, buktikanlah bahawa perjuangan Dato benar-benar ikhlas untuk membantu orang Melayu khususnya usahawan Melayu.
Saya yakin, gabungan erat dan persefahaman yg baik antara Dato dengan timbalan Dato yang juga ahli MKT UMNO benar-benar mantap dalam memperkasa orang Melayu khususnya usahawan kita.
Insya-Allah, saya akan terus menyokong perjuangan Dato'.
www.juara-agro.blogspot.com
www.sahabatgunung9506.blogspot.com
Asalamualikum dato,
Seperti komen saya sebelum nie...1 jenama 1 platform = pasaran tanpa had untuk orang Melayu berupa idea yang saya perjuangkan untuk Orang dan Usahawan Melayu.
Alhamdullillah dato menang tetapi saya seperti orang lain tidak mempunyai jawatan dan kuasa untuk mengeluarkan arahan, masa terlalu singkat...byk benda hendak dibuat tetapi yang mana satu merupakan idea yang tepat dan boleh memberikan impaks kepada semua. Saya percaya Dato ada kesedaran itu tetapi tidak kepada orang yang menjadi pelaksana.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan sekali lagi untuk pertadbiran lebib baik:
1. Mudah, fleksibel dan Pantas patut dijadikan perjuangan kementerian dato >>> utk menukar minda perlaksana
2. Sistem manual dan borang diganti sepenuhnya dengan sistem online. >>> terlalu banyak borang, menajdikan proses leceh
3. Pengarah2 diganti dengan pekerja bumiputra yang KPI oriented daripada swasta supaya cara berkerja selari dengan pemikiran dato >>> pekerja2 masih berfikiran lapok kerana boss mpunyai pemikiran malas
4. Sistem Pasaran Online terbesar dan terbaik untuk Usahawan >>> menjimatkan geran pengiklan dato
5. Bank idea - daripada komen dan cadangan mungkin boleh menjadi alat pelaksana yang berkesan >>> idea yang terbaik
6. KPI oriented.
Akhir sekali, saya tahu sukar untuk dilaksanakan semua tetapi lagi terlewat ia dilaksanakan lagi malang keseleruhan orang Melayu dan usahawan Melayu.
Jahanamla orang Melayu yang menjahanamkan orang Melayu sendiri.
Jiwa Melayu hanya dengan Kesatuan
Zemy2k@
Salam Dato'.
Terlambat pulak nak ucapkan tahniah di atas kemenangan Dato' dalam MT UMNO. Dapat no 2, Alhamdulillah..Dato' memang sepatutnya menang.
Tajuk yang Dato' beri memang patut lama dah di ketengahkan kerana Usahawan Melayu ni terlalu manja sejak azali lagi. Tapi, itu lah lumrah...Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia, yang membuatkan kita berasa selesa dan kalau tak puas hati kita komplen, sampai benda yang remeh pun kita boleh hantar surat kat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau kepada Menteri sendiri.
Penyudahnya kalau sokongan tu di terima dan di luluskan oleh agensi bertindak, takde pulak nak ucap terima kasih, kalau tak lulus, tuduh lah yg bukan-bukan kat pegawai tu, makan duit laa, makan rasuah la, makan nasi lauk ayam belanda laa. Inilah bangsa ku, MELAYU.
Tapi cuba fikir kalau kita kaum minoriti, mungkin kita tau macam mana nak usahakan tulang empat kerat ni agar dapat bersaing dengan kaum majoriti. Semangat nak bersaing tu terlalu longlai.Macam-macam bahan dah di acu, macam-macam program dah kerajaan buat, motivasi, jati diri dan entah apa lagi laaa, tapi..apa kesudahannya? Melayu tetap macam tu. Ada perubahan tapi boleh di bilang dengan jari..
Mungkin saya terkeluar dari tajuk tapi itulah kenyataannya.. Saya sayangkan bangsa saya sendiri dan saya ni pun bukanlah pandai sangat dalam hal ehwal usahawan ni.
Dalam satu tinjauan, bangsa Melayu yang baru bertatih menjadi usahawan cuma boleh bertahan untuk lima tahun sahaja..kenapa? Pasal kita ni tak perkasa, tak kental , tak tahan dugaan dan manja. kalau kita berhutang, dalam kepala kita ni nak meniaga tu untuk setelkan hutang. Dah setel hutang, mula laaa terfikir nak bermewah-mewah. Betul tak? Siapa tak nak pakai kereta besar? Jam Tag Hauer? Makan angin kat luar negara? Saya pun mau..tapi, natijahnya..meniaga ke mana, usaha yang mulanya baru nak berkembang, jadi kuncup pasal mentaliti kita sendiri dah macam tu.
MECD sendiri melalui agensi-agensinya, berapa banyak kursus dan produk-produk yang di tawarkan kepada Usahawan baru dan lama ni dan cuba tinjau berapa ramai anak didik MECD ni yang berjaya dalam bidang keusahawanan ni.
Selagi mentaliti orang KITA ni macam tu, sampai ke sudah akan begitu.
Justeru, memang tepatlah tajuk dalam blog Dato kali ni, cuma saya yang terlambat membacanya. Dan, saya percaya antara sebab kenapa usahawan melayu ni lemah, salah satunya adalah kerana MANJA dan memerlukan BELAIAN dari kerajaan.
Harapan saya, semoga Dato' kekal menerajui MECD ini dan akan terus merubah persepsi dan tanggapan negatif pihak tertentu dalam isu pembangunan Usahawan Melayu ini.
Insyallah.
BaLs
Cheras
Assalamualaikum YB Datuk..
saya mohd irwanshah dari langkawi.. saya orang baru yang hendak menceburi perniagaan dan saya dah labur untuk ubah suai kedai sebanyak 50ribu. saya berusia 23 tahun dan saya bersemangat dan komited untuk meneruskan perniagaan DAN BETAMBAH SEMANGAT DENGAN BEBERAPA SARANAN KERAJAAN YANG SAYA BACA MELALUI SURAT KHABAR, TENGOK DAN DENGAR DEKAT BERITA DI TV. apa yang saya cuba beritahu dekat sini.. pinjaman saya ditolak oleh mara.. saya sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi, kedai saya sudah siap 100%. cuma duit pinjaman yang saya minta untuk membeli barang yang hendak dijual. sekarang pemilik kawasan tersebut menekan saya dengan pertanyaan "BILA NAK BUKA KEDAI??"
dan baru-baru ini saya ada buat rayuan dan jumpa terus pengarah mara kedah,satu sikap pengarah yang saya puji sebab dia sanggup dengar dan bagi masa untuk saya bercakap dan tindakan segera tuan pengarah ambil dan masukkan rayuan saya dalam meeting petang tu juga.terima kasih tuan pengarah kedah.. TAPI...
saya sekarang keliru keadaan pinjaman saya sekarang.."lulus atau tidak??" bila saya talifon pihak pegawai, mereka selalu cakap dalam proses dan dapat ka tidak mereka tak bagi tahu..
YB DATUK, hari ini saya merayu kepada datuk..merayu bantulah saya, saya teramat-amat memerlukan pinjaman mara untuk memulakan perniagaan... kalau perlu datuk nilai saya ni layak atau tidak untuk dapat pinjaman rm50ribu.. datanglah ke langkawi dan lihat apa hasil rupa kedai saya dan datuk nilailah... ni alamat kedai saya lot 2616,no. 013landcons square, pantai cenang, langkawi kedah.
dan tahniah saya nak ucapkan kepada datuk kerana mendapat menjadi MT dan tempat kedua tertinggi.tu menunjukkkan orang memang nampak datuk buat kerja.. tahniah assalammualaikum.
saya mohammed arshad bin a. habeebullah, ketua pemuda umno cawanga taman teratai, pokok sena, alor star, kedah. saya merupakan pengusaha kecil dan sederhana yang memproses, membekal dan mengedar makanan ringan (muruku & pagoda) dan telah hampir 4 tahun berkecimpung dalam industri ini.
saya menghadapi masalah dalam suntikan modal, atas sebab itu saya ingin memohon pinjaman daripada AGRO BANK untuk menyelesaikan masalah ini. Saya memerlukan surat sokongan daripada pihak datuk untuk memudahkan pinjaman saya.
saya juga mempunyai masalah dalam memasarkan barangan saya dan saya baru sahaja membaca web petronas yang pengusaha seperti saya boleh memohon untuk memasarkan barangan saya di sana. saya juga memerlukan surat sokongan untuk memudahkan saya memohon untuk memasarkan barangan saya di semua kedai mesra milik petronas.
saya amat berharap datuk sudi memberikan surat sokongan untuk saya memudahkan kerja saya. kerjasama dari pihak datuk amat saya harapkan.
ARS GEMILANG ENTERPRISE
012-5352229
821025-02-6177
no 32 jalan indera satu,
taman teratai,
06500 alor star .
kedah darul aman.
arsgemilang@yahoo.com
azuin_naleen@yahoo.com
YB Datuk
Bantulah kami perniaga-perniaga yang memerlukan modal dari MARA.
Keluluskan telah dikeluarkan tapi duit entah dimana.
YB Dato
Suatu perkara yang saya ingin memaklumkan kepada YB Dato ialah mengenai syarikat dan koperasi yang menipu pengguna. Para pengusaha projek Ikan keli telah ditu oleh Rakan niaga tekun iaitu syarikat Green Vision ....saya harap dato siasat sehingga ke akar umbi. Saya mendapat maklumat bahawa syarikat ini mempunyai beberapa syarikat lain di bawahnya untuk mengelirukan pengusaha..... tolong dato siasat.
Antara koperasi juga yang saya dapat maklumat menipu ahli koperasi adalah KOPEDIK .....juga mohon dato siasat
ttrax90@hotmail.com
kalau sudah ada peluang tak perlu di
persiakan
malaysia seo
Post a Comment