Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, January 21, 2009

RESPON KEPADA KOMEN ANDA

Terima kasih di atas segala pandangan saudara Anonymous. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan dan tidak ada kepincangan yang tidak boleh diperbaiki. Saya akan terus berusaha selagi diizinkan Allah SWT untuk menerajui MECD saya akan cuba memperbaiki apa jua kelemahan dan kepincangan yang berlaku dalam usaha untuk mengangkat martabat usahawan Melayu.

Mengenai komen dan andaian terhadap PNS. Ingin saya jelaskan bahawa penganjuran Seminar Francais di Port Dickson adalah antara usaha PNS untuk memberi pendedahan mengenai industri Francais kepada usahawan tempatan. Sebelum ini, Francaisor menjalankan Latihan mengikut acuan masing-masing. Kepincangan dalam menjalankan Latihan akan menyebabkan kurangnya keberkesanan sistem Francais ini. Oleh itu, PNS mengambil inisiatif untuk menubuhkan Akademi Francais agar Latihan Francais di Malaysia dapat diseragamkan dan dijalankan dengan lebih berkesan.

Dalam pencarian kepakaran, PNS telah mengenalpasti Franchise Academy UK yang berpengalaman luas dalam Latihan francais di UK. PNS telah berpeluang mempelajari formula kejayaan Franchise Academy dan mengambil kesempatan dari Seminar ini untuk membawa Franchise Academy UK ke Malaysia serta berkongsi kepakaran dengan wakil-wakil Francaisor, Perunding Francais, MECD dan kakitangan PNS sendiri. Hasil idea dan maklumbalas daripada seminar akan dibincangkan dengan MECD untuk menubuhkan Akademi Francais di Malaysia.

9 comments:

joharibrave said...

Salam dato,saya merupakan lepasan graduan.Tahun lepas saya sudah mendaftar beberapa kursus keusahawanan melalui ibu pejabat mara di jalan raja laut.Namun sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa tawaran kursus keusahawanan.Saya berharap dato dapat follow up perkara ini.
Sebelum ni saya ada follow up tapi seringkali apabila bertanya mereka mengatakan kursus tak cukup orang lagi.
Sehingga saya dah muak untuk call Mara.Saya harap Dato dapat mengurangkan karenah birokrasi dan dapat jalankan kursus2 yang telah dijanjikan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato'

Terima kasih di atas penjelasan Dato' yang telah merungkai kekeliruan & persepsi sesetengah pihak tentang Seminar tersebut.

Syabas juga buat PNS yang telah mengambil inisiatif untuk memartabatkan industri francais di Malaysia dengan menitik beratkan aspek paling penting iaitu latihan. Semoga segala usaha PNS dapat mengembalikan keyakinan bakal-bakal usahawan (Francaisi) terhadap bisnes-bisnes Francais terutamanya yang baru bernafas.

Wassalam...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Dato, saya merupakan bekas graduan dan telah menceburi bidang IT selama lebih 4 tahun.. selama itu saya telah membuat pemerhatian kepada pengusaha2 bumiputera IT berbanding pengusaha bukan bumiputera...

apa yg saya lihat, syarikat supplier terdiri daripada bukan bumiputera dan harga serta kemudahan yg diberikan kepada pengusaha bukan bumiputera berbanding pengusaha agak berbeza seperti kemudahan kredit dan harga.

jika kita lihat pusat IT seperti di lowyat atau digital semuanya dimonopoli oleh pengusaha bukan bumiputera. pengusaha2 ini pula mendapat bekalan dengan harga yang rendah disbbkan pembelian barang secara pukal yg tidak mampu dilakukan pengusaha bumiputera sendirian.

justeru, saya mencadangkan diwujudkan syarikat pembekal seperti ini yang diusahakan oleh bumiputera. saya amat berminat untuk menjadi penggerak kepada usaha ini dan saya mempunyai beberapa halangan dan cadangan mahupun idea.

halangan:-
1. modal
-sekurang-kurangnya 2 juta.
solution: wujudkan syarikat milik bersama antara mara dan pengusaha sekiranya tiada skim yg membolehkan pengusaha meminjam sebanyak itu.

-modal besar diperlukan kerana perlu membeli barang secara pukal untuk mendapat harga yg rendah.

2. tempat
-tempat yg dicadangkan adalah di plaza anggerik shah alam. disini boleh diwujudkan skali pusat IT sama seperti lowyat dengan diusahakan oleh peniaga bumi dengan syarat membeli barangan dari pembekal bumi. sewa pula di bagi diskaun bg membantu mereka.

3. peniaga IT
-saya mencadangkan agar diwujudkan satu skim kredit untuk peniaga IT oleh mara cth: peniaga membeli brg drg supplier bumi, pihak mara bayar dulu, kemudian peniaga bayar ansuran dgn mara dsbgnya....

saya lebih gemar duduk dan berbincang dengan dato sekiranya diberi peluang...

saya ingin melihat bangsa melayu bersama2 naik bersaing dengan bangsa lain di Malaysia ini. saya boleh dihubungi di no ini 012-221 8224 (azam).

kerjasama dan perhatian dato amatlah saya hargai...

sekian terima kasih...

Anonymous said...

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum YB Dato Menteri..

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Dato kerana kesungguhan Dato memperjuangkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Dengan inisiatif dan gerak kerja hebat dari Dato serta jabatan Dato, justeru itu saya tersangat berterimakasih dan memahami bukan mudah untuk Dato membuat anjakan paradigma pemikiran usahawan melayu ke arah pemikiran dan penghasilan baru sambil ingin memuaskan hati semua orang.

Saya mempunyai pengalaman sedikit selama 12 tahun membina usahawan dan saya faham bukan mudah perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu ke arah memperkasa ekonomi.Alhamdullilah dalam 12 tahun, kajian & praktikal(Try & Error) yang saya saya lakukan dari sudut Jihad Ekonomi Muslim kini telah sempurna yang mana saya telah memulakan langkah awal mempratikkan usaha membantu usahawan melayu muslim secara berperingkat . Usaha ini dilakukan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan ataupun badan pinjaman.

Untuk pengetahuan Dato', seminar keusahawanan yang saya anjurkan telah dirasmikan oleh bekas Menteri usahawan Dato Khalid Nordin pada tahun 2005 di pasir gudang,dan pada ketika itu saya masih dalam peringkat pembangunan & kajian.Saya berbicara dengan Dato ketika ini bukan untuk saya memohon sebarang pinjaman tetapi ingin mendedahkan kajian saya yang telah sempurna kepada Dato' agar saya dapat melengkapkan projek keusahawanan ini. Projek pembangunan usahawan di bawah syarikat saya selama ini sehingga sekarang adalah dengan menggunakan kewangan saya sendiri.

Usaha yang kami jalankan telah mendatangkan sedikit hasil kepada usahawan pada ketika ini.

Antara formula kajian kami :-

SISTEM BIJAK + MODAL INSAN = PERKASA EKONOMI

SISTEM BIJAK ini merangkumi antaranya :-

1) Menyediakan sistem punca kewangan pasif kepada usahawan agar mereka dapat menyalurkan sumber kewangan untuk berniaga secara lancar tanpa menggunakan modal Tunai atau pun modal pinjaman.(parable of pipeline)

2) Tiada masalah proses mencari pasaran & penjualan.

3) Mengurangkan usahawan dari mengharapkan pinjaman & bantuan kerajaan semata-mata.

4) Mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dan juga kegagalan pembayaran balik pinjaman.

5) Matlamat kami membentuk usahawan dengan memperkukuhkan sumber kewangan mereka.

6) Kami bukan MLM, Skim Cepat Kaya, Internet, Barangan.


Boleh dikatakan sistem pembangunan perniagaan ini adalah yang pertama di Malaysia. Untuk pengetahuan Dato' kami baru memulakan projek ini pada bulan 6 tahun 2008 selepas kajian yang lama. Didalam artikel ini saya tidak dapat berkongsi banyak maklumat dengan Dato' dan ada maklumat yang P&C. Dengan rasa rendah diri saya menjemput Dato' melayari portal kami untuk mendapatkan sedikit maklumat serta perjuangan,misi & visi kami.

www.hmeonetwork.com

Tujuan saya menulis artikel ini bertujuan memohon mendapatkan pertemuan secara peribadi dengan Dato' untuk saya membuat persembahan mengenai kaedah perlaksanaan kami, bukan untuk memohon sebarang PINJAMAN. Kami memerlukan sokongan dari pihak Kerajaan. Bukannya saya tidak mahu hantar kertas kerja tetapi saya merasakan persembahan secara peribadi adalah lebih berkesan. Sepatutnya persembahan ini telah dibuat kepada Dato Khalid Nordin tetapi beliau sudah tidak ada lagi di Kementerian Usahawan dan saya perlu panjangkan perkara ini kepada Dato' sebagai Menteri Keusahawanan.

Diharap pihak kami dapat diberikan ruang dan peluang untuk membuat persembahan ini.

Ke arah memperkasa Ekonomi Bumiputra Muslim.

Terimakasih, Wassalam
Irwan Alias
Pengasas HMEO Network
016-2055997

Anonymous said...

assalamualaikum Dato',
pertama sekali terima ksih kpd dato' kerana sudi baca luahan saya...
saya azuri dari jerantut, pahang ingin meminta bantuan daripada dato'..utk. pengetahuan dato'saya menyertai satu skim dibawah KOPEDIK, koperasi dinamik malaysia berhad iaitu skim PUT yang menjanjikan pulangan 10-12% sebulan oleh pihak kopedik,saya menyertai skim ini sejak may 2008 dan sehingga kini masih tiada apa2 bayaran diterima kecuali satu set surat perjanjian sahaja.saya amat gembira jika dato' dapat menggesa pihak ini agar membuat pembayaran dengan segera sejajar dengan perjanjian yang telah dimeterai.Terima ksih atas jasa dato' dan amat berbesar hati jika dato' mengambil perhatian akan hal ini.Koperasi untuk orang melayu ini harus di bela dan begitu juga dengan pelabur mereka..terima kasih

Anonymous said...

Salam Dato'...

Saya amat terkilan n tertekan n tak tau bagaimana nak berurusan dengan sesiapa lagi selepas masaalah saya ini seperti tiada penyudahnya..(Macam Dah
Lepas Tangan)
Masaalahnya,saya ditawarkan untuk melakukan kerja2 tambahan di Bangunan Asrama Putera MRSM Pengkalan Hulu Perak pada bulan Discember 2008.
Tawaran diterima atas keperihatinan saya demi keselamatan pelajar2 yang bakal mendiami asrama pada sessi 4 jan 2009.
Hasil perbincangan dengan pihak pengurusan MRSM Pengkalan Hulu,Pihak Consultant TechArt,seperti tiada masaalah akan berbangkit tentang pembayaran selepas kerja2 disiapkan.
Tanpa sebarang keraguan dan atas keperihatinan saya terus melakukan kerja2 tersebut dan menyiapkan seperti yang dikehendaki.
Kini,apabila tiba masa tuntutan pembayaran,perbagai rintangan yang terpaksa saya lalui n berbagai ragam n prosuder harus di tempuhi...
Tiada lagi kata2 n janji2 akan bagaimana mudahnya seperti sebelumnya kerja2 dibuat.
Akibat dari modal yang saya laburkan untuk kerja2 tersebut,kini perbagai masaalah terpaksa saya lalui n berhadapan dengan pihak supplyers n pekerja2 yang amat memerlukan wang...
Hanya pada Dato' kini saya bergantung harap agar masaalah saya ini dapat diselesaikan dengan segera.

Terima Kasih.

Serian AgroTech Sdn Bhd said...

salam dato, saya suhaimi salleh penternak kambing secara komersial. Saya adlah graduan lepasan utm skudai lulusan mekanikal engneering,tetapi sy sangat2 berminat umtuk menjalankan perniagaan berasaskan pertanian. Tetapi ape yang menyedihkan sy, sy memohon biaswa daripada mara, agro bank tetapi smua tiada respon. saya sangat berharapa dato dapat membantu usahwan muda mcm saya demi kemajuan org melayu di malaysia.

M.Razali said...

Assalamualaikum Dato'

BANKRAPSI oleh pihak MARA. Saya bekerja di satu syarikat penerbangan di negara bertuah kita ini. Pada 31 Jan 2008 saya telah di BANKRAPKAN oleh pihak MARA atas sebab yang saya tidak membayar balik hutang pinjaman. Bukan saya tak bayar tapi saya kurang bayar.Jumlah yang mereka mahu ialah 6000 tetapi saya hanya mampu membayar pada ketika itu 4500 sahaja.Kemudian mereka terus memfail BANKRAP saya pada 31 JAN 2008 akan tetapi masih mengambil wang saya pada 29 feb 2008.

Terlabih dahulu sebelum itu saya cuba meminta pengurangan jumlah pinjaman atas sebab saya lulus cemerlang tetapi di tolak pihak MARA. Yang saya agak hairan ialah ada antara rakan saya yang mendapat pengurangan malah ada yang lupus walaupun ada yang tak habis belajar. Akan tetapi saya tak mahu mempertikai hak MARA mahu memberi saya pengurangan atau tidak.
Pada satu ketika gaji saya di tahan oleh MAYBANK lebih dua bulan dengan sebab menurut MAYBANK ianya adalah arahan MARA. Tetapi MARA berkata tidak pernah menyuruh demikian. Selepas itu saya di minta menulis surat yang saya bersetuju untuk membayar balik MARA RM1000 sebulan walaupun saya cuba menyatakan pada mereka saya tidak mampu membayar sebanyak itu masa itu. Akan tetapi disebabkan tanggungjawab menyara ibu(serta pembantu),abang yang tak mampu bekerja bersama 6 orang anak dan isterinya serta adik perempuan saya yang masih belajar masa itu, saya akur dengan kehendak MARA tersebut kerana mahu mereka memberikan saya satu surat yang boleh saya beri kepada MAYBANK untuk melepaskan bekuan akaun saya supaya saya boleh membantu keluarga.

Dato' yang dihormati, beberapa hari yang lepas saya diberitahu pihak imigresen yang saya tidak boleh menggunakan passport saya kerana masaalah tersebut. Ini bermakna saya tak boleh terbang dan lambat laun akan meranapkan kerjaya dan keluarga saya.
Saya teramat tertekan. Saya sangat sangat sedih kenapa saya dikenakan double standard. Kenapa saya tidak dibenarkan membayar balik pinjaman bermula dengan yang saya mampu seperti yang pernah dinyatakan perdana menteri satu ketika dulu di muka depan surat khabar yang KALAU NAK MULA BAYAR dengan RM 20 pun takpa. Saya tak pernah cuai membayar cukai pendapatan yang dah melebihi seratus ribu. Kenapa anak orang lain bayar kurang bertahun lama tetapi tak dikenakan tindakan. Sampai banyak pegawai MARA yang saya jumpa hairan kenapa saya tidak dapat pengurangan.Ada juga yang berkata saya ni bukan saudara-mara mereka pasal tu tak dapat agaknya. Saya sedar saya bayar hanya selepas di panggil untuk bayar balik kerana saya menyangkakan dengan lulus cemerlang saya tak perlu bayar balik secara otomatik.Saya silap.
Tetapi saya cuba berunding dengan kemampuan saya tetapi di halau dan dipaksa membayar mengikut kehendak mereka walaupun saya cuba membuktikan yang saya sehingga masa itu tidak ada wang sedemikian.
Saya amat berterima kasih untuk apa yang MARA dan kerajaan telah berikan selama ini dan saya telahpun berjasa dalam banyak bentuk termasuk membayar cukai pendapatan jauh melebihi dari apa yang saya pinjam dulu dan juga menyokong kerajaan yang ada sekarang tetapi harap maaf Dato' saya rasa seperti saya seorang rakyat yang tak berguna pada negara bila di perlakukan sebegini.

Akhir sekali saya SANGAT SANGAT BERHARAP Dato' dapat membantu saya meminta pihak MARA menarik balik BANKRAPSI ke atas saya dan ketika ini saya mampu membayar balik sebanyak RM1200 sebulan disebabkan kenaikan gaji yang lepas.Seperti sebelum ini saya paham kalau pihak MARA tidak mahu memberi apa-apa pengurangan. Akan tetapi jika saya tak boleh bekerja maka saya selepas ini tidak akan termampu membayar balik sebarang pinjaman yang ada dan juga tak mampu menolong keluarga.Terima Kasih Dato' kerana meluangkan sedikit masa. Assalamualaikum.

M.R(eva2979@hotmail.com)016-2090111.(MARA 330404553988)

HARIZ JAMIL said...

salam dato,saya telah membuat permohonan mrsm t 1 2009 tetapi tidak berjaya. Sebelum ini ,ayah saya telah menghantar surat sokongan kepada dato.Saya harap dato dapat memberi sokongan terhadap saya.Saya ingin memasuki mrsm kerana ingin mengejar cita-cita .