Respon saya : Terima kasih kepada Awang yang prihatin dalam komen di kolum BISIK BISIK, Utusan Malaysia tempohari dan saya mengalu-alukan komen-komen membina seperti ini bagi penambahbaikkan perlaksanaan kita nanti.
Kata Awang : Menurut menterinya Datuk Noh Omar, langkah itu diambil bagi ‘‘memudahkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memantau kesalahan pengusaha tersebut’’.
Awang bukan membantah keputusan itu, tapi setahu Awang, selama ini pun telah menjadi tugas LPKP memantau gelagat buruk pengusaha kenderaan awam terbabit. Apa yang digusarkan, peraturan baru itu hanya akan menebalkan birokrasi di dalam lembaga tersebut.
Respon saya : Sebagaimana yang kita tahu, sekarang ini mereka perlu 'renew' lesen perdagangan mereka setiap 5 tahun sekali. Jadi, macamana LPKP nak kawal ribuan 'public transport' yang beroperasi di seluruh negara. Ada kes yang LPKP panggil pun mereka tak mahu datang. Berdasarkan keadaan ini lah, kita buat keputusan untuk mereka 'renew' lesen tersebut setiap tahun. Pihak kementerian akan mencari jalan terbaik bagi mengelakkan birokrasi seterusnya permudahkan prosedur semakan untuk 'renewal'.
Kata Awang : Persoalannya sekarang bolehkah LPKP memberi jaminan tiada lagi bas, teksi atau lori akan melakukan kesalahan selepas ini?Bagi Awang, apa yang perlu dilakukan oleh LPKP ialah menjalin sinergi lebih strategik dengan pihak penguatkuasa (JPJ, polis dan Puspakom) bagi memastikan peraturan dan undang-undang dipatuhi dan terlaksana.
Respon saya : Tidak ada jaminan bagi memastikan sifar kesalahan di kalangan bas, taksi atau lori tetapi sekurang-kurangnya kita dapat memantau tahap perkhidmatan dan disiplin operasi dan pemandu mereka dengan lebih baik dengan cara kita pertingkatkan syarat-syarat kelulusan lesen mereka itu nanti. Ini adalah kerana kuasa yang ada pada pihak LPKP tidak sama dengan kuasa pihak Polis, JPJ dan PUSPAKOM.
Kata Awang : Selain itu, sudah sampai masa syarat layak memandu kenderaan awam diperketat dan sukatan pemanduan dimantap bagi menghasilkan bakal pemandu yang profesional dan bertanggungjawab.
Awang – Kritis tapi membina.
Respon saya : Apa yang kita hendak laksanakan ini adalah langkah awal kepada apa diperkatakan oleh saudara Awang di atas dan sokongan semua pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan 'Budaya Pemanduan Berhemah dan Selamat' ini . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan di atas komen saudara.
Awang – Kritis tapi membina.
Respon saya : Apa yang kita hendak laksanakan ini adalah langkah awal kepada apa diperkatakan oleh saudara Awang di atas dan sokongan semua pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan 'Budaya Pemanduan Berhemah dan Selamat' ini . Terima kasih sekali lagi saya ucapkan di atas komen saudara.
9 comments:
Assalamualaikum.w.b.t
Setiap insan dimuka bumi ada hak untuk bersuara.
sebagai tuntutan hak bersuara, ini luahan kami:
1. Kami di IKM, Sik bagaikan tiada hak untuk bersuara.
Sebagai pemegang saham Koperasi, Semua sudah sedia maklum, bahawa, setiap ahli saham koperasi, ada hak untuk bersuara. Jika ini terjadi kepada anda, apa akan anda lakukan? Di IKM Sik, Perkhidmatan Dobi adalah mengikut sistem KAD DOBi.
2. Alaun kami akan dipotong oleh pihak koperasi untuk disalurkan kepada perkhidmatan Dobi. Setiap kali pelatih mengambil alaun, sebanyak RM50 setiap semester akan dipotong berperingkat-peringkat. Kami rasakan, tidak berbaloi, kerana, keseluruhan mejoriti pelatih-pelatih tidak menggunakan perkhidmatan tersebut.
3. Lebih Memeranjatkan lagi, jika ditanya, adakah kami boleh menuntut semula wang kami pada semester akhir dengan memulangkan kad dobi yang tidak pernah digunakan? Jawab Pengurus koperasi IKM Sik, Yang kami gelar Encik Pian, Boleh Tuntut semula pada semester akhir, tetapi Buat masa sekarang, tengah dalam proses. Tetapi, jawapan itu adalah pembohongan semata-mata. Pelatih-pelatih yang sudah digelar alumni tidak mendapat pemulangan tuntutan tersebut. semuanya helah berlaka.
jika diajukan soalan ini kepada pihak pentadbiran atau Hal Ehwal Pelajar:
ini jawapannya:
"kami tak boleh buat apa-apa. itu kene tanya Pengurus Koperasi.
dan ianya adalah wajib, disamakan pula dengan MRSM yang mewajibkan pembayaran dobi."
kami berkongsi pendapat dengan IKM Lumut, disana, mereka menggunakan sistem dobi yang begitu sistematik," jika perlu, baru bayar."
adakah kami ada hak bersuara?
kami juga sudah menyuarakan aduan kami kepada pihak MARA, BHG PENDIDIKAN DAN LATIHAN (KEMAHIRAN), tetapi tiada tindakan susulan dibuat. Oleh itu..
sebagai rayuan:
kepada pihak-pihak MARA ,BHG AUDIT DALAM DAN PENGURUSAN, agar membuat penelitian berkenaan dengan hal ini.
Pihak koperasi IKM sik tidak pernah memberi jawapan yang tepat kepada Kami Pelatih-pelatih khususnya. Dan Pihak Pengurusan IKM Sik tdak pernah mengendahkan suara kami mengenai perkara ini.
tidak dinafikan, Perkara ini menjadi bahan bualan sepanjang tahun di IKM,Sik. tetapi, tiada tindakan diambil.
jika isu ini berlarutan, dan tidak diendahkan,
kami akan mengajukan perkara ini kepada,Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Dato' Noh Omar.
sekian, terima kasih.
YB, Kenapa komen dalam Utusan je yang ada feedback? Komen2 lain dalam blog ni pun perlu penjelasan jugak…
Dato’ harus mengimbangi perhatian Dato’ ke atas semua fungsi2 MeCD. Selain Pemandu Teksi; Pelajar, ahli Koperasi, Usahawan kecil, golongan Marhaen dll pun rakyat juga yang perlukan bantuan & pembelaan.
Assalamualaikum Dato, Saya Asri dari Kampung Banggol Asam Jawa, Baling. Memandangkan kegawatan ekonomi sekarang, banyak tenaga kerja sektor swasta diberhentikan sekarang dan juga bakal diberhentikan selepas perayaan tahun baru cina. Untuk mengatasi masalah ini selain pinjaman perniagaan sedia ada, saya cadangkan pihak Kementerian MECD mewujudkan satu insentif/geran dalam jumlah RM2000.00 atau RM3000.00 atau RM5000.00 untuk tenaga kerja ini melibatkan dalam diri dalam sektor perniagaan bersaiz mikro. Sekian dan Wasalam. myocate@yahoo.com.my. +6019-4042928
Kepada Anonymous berdua,terima kasih saya ucapkan kerana sudi melayari dan memberi komen di blog saya.
Kepada Anonymous yang pertama :
Berkenaan dengan masalah di IKM dan rayuan mereka terhadap isu yang dikemukkan, saya ambil maklum dan sudahpun mengarahkan pegawai saya untuk membuat siasatan.
Kepada Anonymous yang kedua :
Saya akan cuba sedapat mungkin untuk menjawab kesemua komen-komen yang diutarakan di blog ini pada masa akan datang. Sememangnya menjadi harapan saya dan semua pihak di kementerian dan agensi di bawah saya untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan.Sila bantu kami dalam menyalurkan maklumat yang berkenaan.Terima kasih di atas ingatan anda.
Assalamualaikum, Dato'
Saya dapat merasakan keikhlasan Dato' yang prihatin,ingin membantu dan memajukan orang-orang Melayu khasnya.
Sepanjang saya mengikuti kursus anjuran Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan MeCD, saya mendapati kursus ini sangat berkualiti dan sangat berkesan sebagai penambah ilmu dan sebagai agen perubahan.
Walaupun hasrat PMINT dan MeCD sangat murni, saya rasa kursus-kursus tersebut tak semestinya dianjurkan secara percuma.
Saya cadangkan kursus-kursus yang akan datang, sila kenakan sedikit bayaran. Ini adalah sebagai komitmen peserta kepada kursus-kursus yang berkenaan.
Dari pengalaman saya tempoh hari, ramai di antara peserta kursus, tidak tahu apa matlamat mereka datang kursus. Maklumlah, segalanya percuma. Makan sedap, tidur sedap....
Satu lagi ialah, telefon bimbit WAJIB di'off'kan. Kepada Tuan/Puan yang berkenaan: tak perlu tunjukkan kepada peserta kursus yang bisnes anda kencang dan sentiasa sibuk. Kalaulah anda telah benar-benar berjaya, Tuan/Puan mana ada masa nak datang kursus seperti itu.
Sekian.
Selamat malam,
Saya mengesyorkan YB Dato mengkaji dan merencanakan status personel pengurusan tertinggi dalam agensi di bawah MECD bagi memastikan kecemerlangan sentiasa dicapai dan dipertingkatkan setiap masa. Menukarkan status dari tetap kepada kontrak bagi pengurusan tertinggi agensi di bawah MECD adalah wajar dan menepati senario semasa yang diamalkan oleh syarikat korporat dan agensi-agensi di bawah MOF. Syabas Bank Rakyat yang diterajui oleh Ybhg Dato Kamaruzaman selaku MD kerana telah memulakan agenda ini beberapa tahun yang lepas dan memperlihat prestasi yang sangat cemerlang sehingga mampu meraih pendapatan berbilion ringgit dalam beberapa tahun kewangan yang lepas. Jika semua agensi di bawah MECD mengikut jejak Bank Rakyat, YB Dato mampu tersenyum lebar khususnya dalam melahirkan usahawan bumiputera dapat dilaksanakan mengikut agenda. Sebagai pemerhati dan penyokong setia kerajaan saya terpanggil untuk melahirkan saranan ini demi bangsa Melayu yang dicintai. Saya rasa YB Dato adalah diantara menteri yang mampu merealisasikan hasrat ini dengan kuasa dan kemudahan yang diamanahkan. YB Dato, TPM dalam berita TV3 malam ini turut menyarankan agar pemimpin tidak lagi boleh duduk didalam zon selesa kerana kekalahan di dalam pilihanraya di Trengganu memperlihatkan betapa rapuhnya benteng kerajaan dan agensi di bawahnya dalam menangani pelbagai masalah rakyat. Dalam ertikata yang lain pemimpin yang memahami erti kepimpinan adalah pemimpin yang dipilih. Jadi diharap YB Dato dapat memikirkan perlu atau tidaknya merevolusikan personel tertinggi di dalam semua agensi di bawah MECD demi rakyat dan orang melayu tercinta. Saya doakan YB Dato dirahmati Allah swt dalam melaksanakan agenda negara khusus untuk melahirkan usahawan Melayu yang mampu bersaing di peringkat global dan bukannya glokalserta menghapuskan semua redtape dalam agensi berkenaan yang banyak menyusahkan rakyat...
Assalamualaikum..
kepada pembaca2 yang saya hormati sakalian.
Terlebih dahulu, saya ingin mohon ampun maaf diatas tindakan saya yang mengaibkan pihak Pentadbiran IKM Sik.
Saya sebenarnya, tiada niat untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang dimuliakan Pengarah IKM Sik yang telah banyak menyelesaikan masalah kami, pelajar-pelajar IKM Sik Ingin saya katakan disini, sebenarnya, salah faham yang timbul adalah berpunca dari saya yang tidak peka kepada organisasi di dalam ikm Sik.
dengan ini, Tuan Pengarah ikm sik yang begitu perihatin di atas kebajikan pelajar-pelajar ikm sik, telah menyelesaikan segala masalah dan bertindak dengan begitu cekap dan berhemah.
Diharapkan, pihak-pihak yang sudah membaca isu "Mana hak bersuara kami?" melihat perkara ini sebagai suatu yang positif dan sihat.Supaya ianya tidak disalah anggap lagi. Dan segala persoalan dan permasaalahan kami Pelajar ikm Sik, sudah pun terjawab.
disini, saya selitkan juga, surat rasmi yang di hantar kepada Pihak Pentadbiran IKM, Sik.
Isa bin Kamal Mokhtar.
Institut Kemahiran MARA Sik,
Jalan Sek. Men. Agama Sik,
08200 Sik,
Kedah Darulaman
__________________________________________________________________________________
Tuan Pengarah,
Institut Kemahiran MARA Sik,
Jalan Sek. Men. Agama Sik,
08200 Sik,
Kedah Darulaman 21 Januari 2009
Mohon maaf diatas salah faham yang timbul.
Saya Isa bin Kamal Mokhtar, selaku Badan Perwakilan Pelajar (BPP), memohon ampun maaf diatas salah faham yang timbul berkenaan dengan E-mail yang dihantar kepada organisasi MARA yang terbabit. Saya sebagai penyandang jawatan BPP, adalah tergerak untuk mengemukakan aduan kepada Pihak yang berkenaan, kerana saya dipertanggungjawabkan untuk mengenengahkan suara pelajar-pelajar IKM Sik itu sendiri.
Tujuan dan matlamat saya ialah untuk meningkatkan segala mutu dan kualiti di dalam organisasi Pentadbiran dan Pengurusan IKM Sik, supaya kita sama-sama mengorak langkah untuk mempertingkatkan mutu pengurusan.
Kepada mana-mana pihak yang tersinggung atau terkena tempias tersebut, saya dahulukan dengan ucapan jutaan kemaafan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG”
(Surat Berkomputer, surat sebenar sudah ditandatangani)
ISA BIN KAMAL MOKHTAR
BADAN PERWAKILAN PELAJAR,
INSTITUT KEMAHIRAN MARA SIK,
KEDAH DARULAMAN.
“MARA terus mara”
“Keusahawanan Kerjaya Pilihan”
Sekian..
Assalamualaikum
untuk makluman Dato' saya adalah salah seorang peserta yg menyertai fitlot (ternakan lembu) dengan syarikat Hadhari Cattle disokong oleh MECD.Syarikat ini mempunyai beberapa projek antaranya fitlot, iks,pembekal daging,meat shop dan sebagainya.untuk fitlot saya telah membuat bayaran wang komitmen RM15,000 kerana yakin projek ini akan berjalan memandangkan YAB. Dato' Sri Perdana Menteri Malaysia dan Timbalannya pernah merasmikan beberapa projek syarikat terbabit.malah Tim. Menteri MECD sendiri pernah merasmikan MeatShop Hadhari di Kuantan namun hingga sekarang tiada tanda-tanda projek ternakan ini akan dilaksanakan dan setelah saya menarik diri syarikat berjanji pulangkan wang saya tetapi janji hanya tinggal janji.untuk pengetahuan Dato' Syarikat Hadhari Agro Holding dan Hadhari Cattle adalah sama. mohon Dato'memandang serius dlm perkara ini krn Tim.Presiden Kanan (syarikat Hadhari Cattle)iaitu Dr. Abdul Rashid Tang Abdullah sewenangnya menjual nama MECD dan bila saya merujuk dengan pegawai MECD iaitu Encik Fauzi, beliau seolah-olah lepas tangan.dimana undang-undang Malaysia? kenapa kerajaan sendiri tiada kuasa?apa guna saya memangkah BN sedangkan kerajaan yg saya pilih tiada kuasa?saya nak duit saya dikembalikan.
Assalamualaikum Dato'
Terima Kasih kerana sudi membaca luahan hati saya. Saya adalah siswazah dalam bidang teknologi makanan. Setelah tamat pengajian saya di peringkat master, saya bekerja di salah sbuah kilang makanan terbesar di Malaysia sebagai food technologist. Disebabkan pengalaman yang saya kutip dikilang tersebut, saya menyahut seruan kerajaan untuk menjadi salah seorang usahawan siswazah dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya telah menghadiri pelbagai program yang mecd anjurkan termasuklah kursus usahawan siswazah. Dengan kata lain sya telah terlibat dalam bidang keusahawanan ini baru saja dalam 3 bulan. Dalam masa itu, saya menggunakan pengalaman yang ada untuk berniaga. Saya membuat keputusan utk membuat serunding asli kelantan yang mana saya membuat serunding itu secara asli. Maksud yang asli adalah kilang sya menghasilkan serunding yang dimasak menggunakan kayu api, bukannya gas utk menghasilkan bau yang harum dan salah satu kaedah pengawetan tradisional. Disamping itu juga, serunding yang dihasilkan tanpa menggunakan sebarang machine, dagingnya diracik menggunakan tangan dan rempah ratusnya digiling utk mengekalkan keasliannya. Maksudnya, saya boleh menyatakan disini bahawa syraikat kami adalah salah-satunya syarikat yang menghasilkan serunding asli bukannya serunding biasa yang berada dipasaraya. Sepanjang promosi selama 3 bulan ini, ianya mendapat sambutan yang hangat dan luar biasa...untuk 3 hari ekspo/karnival, serunding asli tersebut boleh terjual hingga ke 200kg...Apa yang menjadi persoalan disini, saya sedih dan hairan kenapa kerajaan membiarkan saya keseorangan. Produk yang saya hasilkan sekarang ini saya menggunakan wang simpanan saya sebagai modal sendiri. Setakat ini saya telah menggunakan wang simpanan saya lebih kurang 80k. Saya berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Saya pergi ke mecd, tekun berulang alik. Apa borang yang saya tak isi semua saya isi. persatuan usahawan pun saya join. 2 bulan lepas saya mohon untuk gerak usahawan nasional. kesudahnnya saya tak dapat..sebabnya saya usahawan baru...tak ada proper packaging katanya..jadinya, macammana usahwan baru macam kami nak bertapak dan menjalankan perniagaannya kalau setiap tapak diberikan kepada usahawan yang dah establish...saya keliru dan sedih..saya baru nak menapak...padahnya, saya terpaksa mengikuti ekspo swasta yang mana terpaksa membayar tapak yang mahal utk mempromosikan produk saya...
terima kasih kerana mendengar luahan hati saya.
assalamualaikum
Post a Comment