Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, January 8, 2009

MECD MEMPERKASAKAN USAHAWAN

Saya mengajak para blogger semua untuk berkongsi maklumat tentang keusahawanan dan pergerakan koperasi yang menjadi paparan utama majalah Dewan Ekonomi edisi Januari 2009. Saya kira topik-topik yang dikupas cukup menarik dan sangat bermaklumat, sesuai untuk sesiapa sahaja di luar sana yang berminat menjadikan Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan. Saya mengalu-alukan percambahan idea yang berkaitan dengan topik-topik yang yang dipaparkan itu dipanjangkan dalam perbincangan dan sembang-sembang kita di blog ini...Gunakanlah sebaik mungkin platform, ruang dan peluang yang ada ke arah kebaikan kita bersama.

Antara Topik Menarik :

RENCANA UTAMA
- TEKUN, MARA dan SME Bank,
Sumber Dana Usahawan
- Pemulihan Ekonomi Melalui Koperasi
- Strategi Baharu Membimbing Melayu
Bertaraf Dunia

WAWANCARA
- TEKUN Wadah Pembangunan
Usahawan Bumiputera

RUANGAN KHAS
- MeCD Memperkasakan Usahawan

SURAT PEMBACA
- Golongan Muda Perlu Rebut Peluang
Menjadi Usahawan

41 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum uncle.

Xde ke pinjaman khas untuk bekas pelajar-pelajar mrsm.

amez369 said...

assalamualaikum dato'!Tahniah saya ucapkan kerana dato' antara orang yang bersemangat untuk memperkasakan keusahawanan.Namun apa yang mendukacitakan saya kenapa kurang sekali program untuk usahawan bagi mereka yang tidak berpendidikan?nak dapatkan pembiayaan pun susah walaupun usahawan itu sudah bekerja keras untuk meningkatkan kemampuan diri menyebabkan ramai usahawan yang saya kenali mengambil jalan mudah dengan membuat pinjaman dengan ah long!kenapa??kerana ada di antara bank-bank tempatan yang tidak mahu memberikan kelayakkan pembiayaan perniagaan kerana mereka(usahawan itu)tidak berpelajaran tinggi dan tiada geran untuk di cagar!Apa pandangan dato' mengenai masalah ini?Di mana mereka patut mengadu tentang masalah mereka?Apa yang patut mereka lakukan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan??Saya percaya ramai Lagi di luar sana yang mengadapi masalah sama.Dan untuk pengetahuan dato',saya adalah salah seorang dari mereka,,saya telah mendaftarkan perniagaan saya pada julai 2008 namun sehingga kini saya belum berpeluang mengembangkan perniagaan saya kerana kekurangan dana pusingan.Bila saya ajukan permohonan untuk mendapatkan pembiayaan,mereka cakap saya nak kena adakan unjuran kewangan selama 6 bulan,akaun prestasi syarikat selama 6 bulan,lagi mereka kata kalau tiada sijil atau ijazah susah nak dapat kelayakkan pinjaman!padahal saya dah mulakan perniagaan ini seminggu sebelum saya daftar perniagaan!macam mane saya nak tunjukkan prestasi syarikat dan unjuran kewangan kalau saya asyik tak cukup duit nak buat pusingan modal bukan kerana saya tak tahu kewangan tapi duit yang saya perolehi banyak saya habiskan dengan menimba ilmu perniagaan samada dari buku ataupun kursus-kursus perniagaan yang mana seperti yang dato' tahu untuk setiap kursus yang mereka adakan perlulah di bayar,itu saya tak kisah,itu belum kira masuk buat modal pusing lagi..macam mane saya nak adakan macam yang mereka minta??saya pun bukanlah dari keluarga yang senang,tetapi saya belum lagi sampai tahap meminjam dengan ah long walau pun masa remaja saya dulu pernah bekerja dengan mereka(tapi itu dulu ketika hidp saya masi dalam kesamaran)sekarang saya dah sedar akan kesilapan saya dulu,namun keadaan yang saya lalui ini amat mendukacitakan saya,yela saya nak cari duit halal tapi susahnya..bagaimana kalau dato' adakan ruangan informasi pinjam mudah /program info khidmat pinjaman..secara tak lansung pelawat blog ini mendapat informasi yang berguna..sekian azmeer,segala maklum balas dari piak dato amatlah dinanti..dato boleh berhubung terus dengan saya di farzorg@yahoo.com jika ada apa-apa nasihat..terima kasih..
PERKASA USAHAWAN,NEGARA MAJU..

Anonymous said...

kepada amez369..
saya tergelak besar apabila membaca komen tuan,
inilah masalahnya orang Melayu kita,
pihak kerajaan BN telah banyak melakukan pelbagai perkara utk membantu masyarakat melayu khususnya dalam bidang keusahawanan.
sangat jelas, pihak tuan tidak menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk mengambil peluang yang disediakan oleh MECD...
disini saya ingin mencadangkan supaya GERAK USAHAWAN MECD diluarkan kepada pelbagai lapisan masyarakat. maksud saya kita laksanakan diperingkat kampung, sekolah, institut pengajian tinggi, masjid, madrasah, surau, balairaya dan tempat2 lain yang sewaktu dengnnya.
Hal ini kerana terlampau banyak komen orang diluar bandar dan dibandar2 mengatakan mereka tidak tahu mcm mana nak memohon pembiayaan di bawah MECD...
saya ingin mengucapkan tahniah kepada TEKUN Nasional kerana kini mereka begitu hampir dengan masyarakat dengan mewujudkan VAN BERGERAK...disini sy lihat TEKUN dapat menyediakan kaunter pertanyaan pembiayaan dan sesiapa sahaja terutamya masyarakat melayu seharusnya tidak segan untuk bertanya kepada VAN BERGERAK ini..
tahniah atas kejayaan YB DATO' NOH mentadbir MECD dengan jayanya...
semoga agensi lain di bawah MECD dapat berganding bahu merealisasikan harapan dan impian YB DATO' NOH..
Sekian.

amaram said...

Assalamualaikum, Dato'

Setiap peribadi yang ingin bergelar Taukey atau usahawan mesti ada kekuatan dalaman dan berusaha kearah memajukan diri sendiri.

Untuk memantapkan kekuatan tersebut, setiap usahawan perlu memperbanyakkan ilmu.

Ilmu boleh dicapai melalui pembacaan, pemerhatian, pengalaman diri sendiri dan orang lain serta sanggup berkorban masa dan wang untuk menghadiri kursus-kursus yang berkaitan.

Dato',

Saya belum beli lagi buku tersebut. Bila saya dah baca nanti, saya akan beri sedikit komen. Itupun jika saya rasa rasa saya layak berbuat demikian.

KIRKBY COLLEGE ALUMNI SOCIETY said...

YB, Malaysia merupakan destinasi pelancongan yg menarik. Malangnya pelbagai promosi pelancoangan dicacatkan oleh khidmat yg buruk. Seringkali pelancong asing menyebut 2 perkara negatif:

1. Khidmat teksi awam yg buruk
2. Tandas awam yg kotor

Tandas bukan tanggungjawan YB tetapi khidmat teksi awam yg di bawah portfolio YB hendaklah diperbetulkan.

Saya pernah melihat sendiri di Puduraya dan KLCC di mana pemandu teksi tidak mahu mengambil penumpang kerana mereka tidak setuju dengan tambang cekik darah yg mereka kenakan. Oleh kerana sikap itu Q teksi menjadi jem dan panjang.

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara:

1. Satu pasukan pemantau teksi yg terdiri daripada Polis Trafik, JPJ dan Lembaga Pelesenan ditempatkan disemua terminal bas dan pusat pelancong utama seperti KLIA, KLCC, Midvalley, dbnya. Mereka hendaklah berpakaian biasa dan berkuasa merampas permit teksi yg melakukan kesalahan.

2. Teksi yg mengenakan tambang yg mahal, tidak pakai meter, tidak mahu ambil penumpang hendaklah dibatalkan permit.

3. Sebua keperasi teksi pelancong asing hendaklah dibentuk dan pemandunya diberi kursus khas (bahasa Inggeris dan Arab umpamanya) utk membawa pelancong asing. Warna teksi pelancong ini berbeda daripada teksi yg lain supaya dapat dikenal pelancong.

Teksi2 yg 'jahat' hendaklah dicari dan dihapuskan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tugas pasukan pemantau JPJ menangkap dan menghapuskan pemandu2 teksi yg jahat yg memalukan negara kita.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',
Memang tidak dinafikan bahawa Dato' senantiasa mengemblengkan segala idea dan tenaga serta agensi untuk memperkasakan usahawan melalui MECD. Saya agak mengenali MECD setelah Dato' menerajui kementerian ini. Sekurang-kurang orang seperti saya telah mengetahui peranan yang yang sepatutnya ada di agensi seperti TEKUN. Mengapa orang seperti Dato' ini tidak menerajui kementerian MECD dari dulu lagi. Bagi saya sekarang rakyat seperti saya seolah-olah dihormati serta dihargai oleh pegawai yang bertugas di bawah MECD. Saya juga pernah berusan dengan pegawai dato' seperti Haji Shafie dan En Yassin dimana pertolongan dari mereka juga yang memberikan harapan buat perniagaan saya. Saya tidak menyangka bahawa mereka ini sebenarnya ialah pegawai khas kepada Dato' dimana dengan sikap yang begitu mesra dan merendah diri membuat saya begitu selesa untuk berurusan. Pada pandangan saya secara peribadi sikap mereka inilah yang memberi imej baik terhadap Dato'. Mereka tidak seperti pegawai sebelum ini yang tentu akan menolak permohonan bantuan saya secara sinis. Dengan bantuan merekalah juga saya dilayan baik oleh pegawai-pegawai mara di selangor. Terima Kasih.

Yeop - Klang

totek said...

Salam Dato’,

Awal bulan November,borang permohonan pinjaman di bawah skim Tekun Ternak telah sampai ke pihak ibupejabat.Hujung Disember,permohonan diluluskan.Sehingga sekarang,nak masuk penghujung Januari,cek masih belum dikeluarkan dan bila diajukan pertanyaan,jawapannya ialah cek masih belum di’print-out’,itulah dia karenah di Yayasan Tekun.
Pada Khamis,15 Jan saya telah menelefon ibupejabat Tekun,setelah 9 kali mendail no ‘hotline’ barulah ianya diangkat. Setelah itu panggilan saya disambung,setelah lama menunggu talian sambungan dijawab,ianya diputuskan.Saya mendail sekali lagi,tidak diangkat.Kemudian saya dail pula no pejabat Tekun,tidak diangkat.’Direct line’ ke bahagian pembiayaan juga tidak diangkat.Demikianlah senarionya setiap kali saya mendail no mereka.Saya tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya jika saya sendiri ke sana,jadi bola jawabnya.Sudahlah permohonan saya sebanyak rm50k,hanya rm35k sahaja yang diluluskan,dah lulus,nak tunggu cek sampai pun,tak sampai-sampai.Dah lah lambat,dapat tu pulak nanti nak cari modal tambahan lagi.Sebelum mohon,kena cari modal sendiri dulu,dah dapat,tak cukup pulak,kena cari lagi.Perkara ni bukan berlaku pada saya sahaja malahan ada rakan-rakan saya yang memohon dari bulan Oktober masih tak dapat cek.

Saya tidak nafikan usaha-usaha yang cuba dibuat oleh Dato’ namun pada fikiran saya ianya masih tidak sampai pada golongan sasaran.Mungkin birokrasi tu masih menebal.Saya juga harap laman web Tekun diperbetulkan.Proses kelulusan tu biarlah dibiarkan aje 3bulan,tidak perlu dinyatakan selama 14 hari kerana jauh panggang dari api.14 hari tu pun sebenarnya salah,yang betulnya 14 hari bekerja seperti yang dinyatakan sendiri oleh pegawai Tekun(walaupun 14 hari bekerja tu pun tak betul).Ke arah iso tu pun rasanya elok ditiadakan,nak jawab telefon pun seksa,nak iso apanya lagi.

Saya berharap dengan cerita saya ini Dato’ lebih memahami apa sebenarnya yang jadi dibawah kerana mungkin Dato’ kat atas hanya dilaporkan berita baik-baik saja oleh orang-orang keliling Dato’.Reputasi Dato’ sejak dari KDN memang saya cukup respek dan saya juga faham apa yang Dato’ cuba bawa ke MECD namun mcm saya katakan tadi mungkin birokrasi di MECD masih tebal.

Terima Kasih.

Anonymous said...

assalamualiakum..dato.saya zamri dari kg bukit kepong beranang selangor.ingin mengucapkan ribuan terimakasih kerana membantu saya menjalankan projek batik.Bantuan di terima dari tekun.saya sangat hargai memandangkan tiada langsung bantuan dari krjaan negeri dibwh PKr. sekali lg saya ucapkan terimakasih.

kadir said...

ASM DATO,

WE ARE STILL FAR LACKING AND INEFFICIENCY WHEN DISPERSING OUR LOANS TO OUR PROSPER CLIENTS. ONE OF MY GRADUATE STUDENT APPLY NEARLY SIX MONTH AGO AND WHEN I ASK HIM TODAY, HE SAID HE JUST GOT IT SIGNED ON WEDNESDAY. IT WILL TAKE ANOTHER MONTH OR SO FOR THEM TO CLEAR THE CHEQUE, OPENING A JOINT SIGNATURE ACCOUNT WITH MAYBANK. ETC.ETC
IN TERM OF DAY TO DAY OPERATION, MY EX-STUDENT NEED TO GET PUNB TO SIGN THOSE CHEQUE ISSUED. LUCKILY HE'S IN BANGI. WHAT IF HE IS IN OTHER STATES? WHEN I ASK THE PUNB OFFICER, HE SAID THE BORROWER NEED TO POST THEIR CHEQUES AND WILL TAKE APPROX A WEEK TO GET IT DONE. JUST IMAGINE THAT.. NO WONDER WE RESORT BACK TO ALONG. 2 HRS DEALING AND HERE ARE YOUR MONIES..
I KNOW PROBABLY RM50K IS A LOT OF MONEY, BUT TO GET IT TOOK MORE THAN SIX MONTH, I THINK WE NEED TO DO SOMETHING.
ON THOSE SIGNATURE THINGS, I THINK PUNB SHOULD DELEGATE DOWN TO ITS REPRESENTATIVE OR LOCAL BANKS AS A SECOND SIGNATURE. IT WILL MAKE A LOT EASIER FOR THEM RATHER THAN TO WAIT ALMOST TWO WEEKS FOR THE CHEQUES TO RETURN TO THEM.
THANK FOR READING THIS COMMENT
YOUR FRIEND,
KADIR EX-UKM

Anonymous said...

Salam Dato’

Sebelum ini saya pernah mengemukakan cadangan untuk meramaikan pemegang Ijazah Doktor Kehormat dari kalangan Bumiputera melalui Blog ini. Saya harap dengan keprihatinan Dato’, cadangan tersebut sedang diteliti oleh pegawai-pegawai Dato’.

Kali ini, biarlah saya kemukakan cadangan bagi membantu menaikkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perniagaan pula. Lebih tepat lagi cadangan saya ini menjurus kepada pemilikan equiti dalam perniagaan.

Seperti Dato’ sedia maklum, bursa-bursa saham dunia sedang mengalami kemerosotan yang amat teruk. Bursa Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias kemerosotan ini. Oleh yang demikian, harga pasaran saham syarikat-syarikat “Blue Chip” seperti Maybank, Sime Darby, IOI, YTL dan lain-lain amat menarik sekali. Sehubungan itu, tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk membeli saham (memiliki sebahagian kecil daripada syarikat-syarikat ini).

Tetapi, adakah kita semua pakar dalam saham? Cukupkah modal kita?

Memandangkan bukan semua kita pakar dalam jual beli saham, jadi cara yang selamat untuk memiliki saham adalah melalui saham amanah (Unit Trust / Mutual Fund). Lebih selamat lagi jika dilaburkan dalam saham amanah PNB (Permodalan Nasional Berhad) seperti ASB (Amanah Saham Bumiputera) kerana harga seunit saham amanah dijamin oleh PNB.

Bagi saya, ini juga merupakan salah satu usaha yang boleh Kerajaan ambil untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera. Saya yakin, pemilikan saham melalui PNB akan membantu menaikkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan ekuiti perniagaan.

Bagaimanakah Kerajaan dapat membantu?

Dana tambahan bolehlah diperuntukkan atau sebahagian dana untuk perniagaan dan IKS melalui agensi-agensi seperti PNS, MARA, Tekun, Bank Rakyat, SME Bank, SKM dan lain-lain disalurkan sebagai Pinjaman ASB kepada Bumiputera. Syarat peminjaman yang lebih longgar dan kadar faedah yang lebih rendah (i.e. 4% reducing balance) adalah lebih menarik daripada apa yang ditawarkan di pasaran dan akan menarik minat lebih ramai penyertaan Bumiputera dalam skim ini.

Sebagai “collateral” bagi pembiaya, pelaburan yang dibuat melalui skim ini dibuat dalam bentuk sijil yang disandarkan kepada Kerajaan Malaysia (seperti yang dibuat oleh Bank). Dengan cara ini dapat menjaga kepentingan pinjaman yang dihulurkan oleh Kerajaan.

Dalam masa yang sama, PNB tidak menghadkan pelaburan ASB bagi satu-satu individu.

Sebagai Contoh;

Pinjaman ASB RM100,000
Faedah 4% reducing balance daily rest (lebih rendah, lebih bagus)
Tempoh Pembayaran 240 bulan
Bayaran bulanan pinjaman kepada Kerajaan adalah kurang RM606

Jika DIviden+Bonus ASB pada akhir tahun pertama sekurang-kurangnya 8%, peminjam hanya perlu membayar RM606 selama 12 bulan sahaja dan baki pinjaman selama 228 bulan akan dibayar sendiri oleh Dividen+Bonus ASB. Pada akhir bulan ke 240, peminjam akan menikmati Pelaburan ASB berjumlah RM100,000+++ dengan hanya membayar RM7,272!

Bagi peminjam yang sudah selesa membuat pelaburan RM606 selepas 12 bulan dan ingin terus melabur, mereka boleh membuat pinjaman tambahan RM100,000 dari Kerajaan menjelang tahun ke-2. Pinjaman Pertama dibayar dengan pelaburan peribadi yang konsisten dan Pinjaman Kedua dibayar dengan Dividend+Bonus Pinjaman Pertama. Menjelang tahun ke-3 pula, Pinjaman Ketiga boleh diambil dan dibiaya dengan Dividen+Bonus Pinjaman Kedua. Begitulah selanjutnya selagi termampu. Jika pelabur mahu berhenti melabur pada bulan ke 240, nilai pelaburannya adalah lebih kurang RM1juta selepas melabur RM606 secara konsisten selama 240 bulan!

Melalui skim ini, jika nilai ekuiti seorang Bumiputera bertambah sebanyak RM1juta, bayangkan jumlah peningkatan ekuiti Bumiputera jika hanya 1 juta Bumiputera menyertai skim ini…

Skim seperti ini menjanjikan Risiko yang lebih rendah kepada Kerajaan dan dalam masa yang sama membantu Bumiputera yang “Risk-Adverse” turut bersama-sama menyumbang dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan.

Dari apa yang saya dapat lihat, ini merupakan antara langkah-langkah kecil yang dapat dibuat untuk memberikan impak yang lebih besar di kemudian hari. Tindakan bijak hari ini dapat membantu memperkasakan Bumiputera di masa hadapan.

Sekian, Wassalam

"If you're going to be thinking, you may as well think big" - Donald Trump

Anonymous said...

Dato,

Tumpang lalu sekejap…

Sdr Amez369, anda telah melakukan kesalahan dengan menjalankan perniagaan tanpa lesen selama seminggu…ha ha ha… OK, jokes aside. Saya sanjungi semangat & kesungguhan saudara dalam menceburi bidang perniagaan ini. Saya juga setuju dengan pandangan Saudara tentang halangan yang timbul untuk mendapatkan bantuan.

Dato,

Ramai rakan2 saya yang senasib dengan Amez369. Malah, yang ada Ijazah pun kena cagar itu dan ini dan hantar rekod operasi selama beberapa ketika. Kalau keluarga berharta, boleh la jugak nak cagar apa2. Kalau keluarga pun susah, nak cagar apa? Mungkin polisi pinjaman telah mengalami penambahbaikan, namun situasi “Chicken & Egg” masih ketara.

Bagi usahawan, masalah2 seperti ini sungguh mengecewakan. Nak jalan senang, pinjam dari ah long je la. On the spot dapat, tanpa cagaran. Saya yakin, Kerajaan tak mahu ini berlaku. Biarlah statistic peminjam ah long dari kalangan Bumiputera kekal rendah.

Pendek kata, bukan setakat dasar saja penting, perlaksanaan juga harus dititik beratkan supaya niat murni Kerajaan terlaksana.

Sekian.

Anonymous said...

Dato’

Izinkan saya bicara tentang sesuatu yang di luar topic atau bidang kuasa MeCD.

Kenapa jaringan LRT yang diumumkan Kerajaan beberapa bulan lalu kebanyakannya dibina di kawasan majority penduduk bukan Melayu? Bukan niat saya untuk bersifat perkauman, tetapi banyak lagi kawasan lain yang dipenuhi petempatan perumahan kos rendah yang amat2 memerlukan penangkutan awam ini.

Bagi penduduk2 kawasan seperti Bangi, Rawang dan Nilai yang kebanyakannya Bumiputera pula terpaksa terus bergantung harap dengan perkhidmatan Komuter yang tidak boleh diharap. Nak naik teksi hari2 tak mampu sebab jauh. Teksi pula akan charge double sebab balik takde passenger.

Adakah perkara ini berlaku kerana Adun & MP bukan Melayu amat prihatin dengan penduduk di kawasan mereka dan sebaliknya bagi Adun & MP Melayu? Atau adakah ianya salah satu langkah Kerajaan yang terlalu mahu mengambil hati rakyat bukan Melayu sehingga orang Melayu sendiri kini semakin terasa dipinggirkan?

Harap Dato’ dapat mengetengahkan isu2 seperti ini kepada peringkat atasan agar hati orang Melayu juga dijaga...

Anonymous said...

Salam Dato',

UMNO KALAH lagi.

Susulan dari tragedi ini, harap Dato' dapat lebih serius menangani dan memperbaiki kepincangan dalam MECD, MARA dan PNS.

Mungkin tidak ketara pada permukaannya tetapi sikap pengarah dan pegawai Melayu di agensi-agensi ini yang sombong, bongkak dan mempunyai kepentingan diri (seperti yang telah kita baca dalam blog ini) merupakan antara punca grassroot dan rakyat hilang keyakinan serta kepercayaan kepada kerajaan hari ini.

Buktinya dalam by election K.Terengganu baru-baru ini. Rakyat sudah malas mendengar kata-kata dan janji-janji manis. Di K.Terengganu sebahagian besar dari pengundi merupakan usahawan kecil. Mereka ni juga yang pernah memohon bantuan dari agensi-agensi dibawah MECD.

Seperkara lagi, harap Dato pantau perbelanjaan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai Dato'. Jangan membazir pada perkara-perkara yang tidak perlu selain dari tujuan membangunkan usahawan.

Sebagai contoh baru-baru ini PNS mengadakan seminar berkaitan francais di Port Dickson selama 2 hari dengan mengambil speaker berpengalaman (kononnya) dari UK.
Speaker dari UK ni lebih bertujuan hendak mempromosi Franchise Academy mereka dan melobi untuk membuat kerjasama dengan PNS.

Kami antara usahawan yang hadir merasa tertipu dan diperbodohkan. Malahan hanpir separuh dari peserta juga merupakan kakitangan PNS yang 'diarah' menghadiri seminar ini.

Adakah ada individu tertentu yang membuat keuntungan dari bajet PNS mengadakan seminar ini?

Kami dapati kualiti penyampaian dan kandungan seminar kelam kabut dan caca marba. Sebagai usahawan yang baru dalam sektor francais kami menjadi bertambah tak faham dengan peranan PNS sebenarnya.

Adakah peranan PNS ini untuk buat duit untuk MD ke atau nak tolong bangunkan usahawan? Untuk makluman Dato' kami terpaksa mempabayar sebanyak RM1,800 seorang bagi seminar hampeh ini.

Pada hari penutup pula MD PNS, Syed Kamarulzaman tak hadir sebab berada di KT untuk program Gerak Usahawan. Tujuan kami nak tanya perkara-perkara berkaitan PNS terbantut.

Yang bercakap menggantikan Syed ini pula kawan beliau, Dr. Mohd Amy Azhar (Kami dimaklumkan dia juga merupakan kaki bodek dan sentiasa bertenggek dekat Syed. Malahan baru-baru Dr. ini baru dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PNS kononnya kerana beliau dianggap pakar(?) dalam bidang francais. Idea mengadakan kerjasama dengan Franchise Academy ini juga dikhuatiri datang dari Dr. Amy ini).

Dr. Amy ni cakap macamlah pandai dalam semua hal. Macam-macam idea diberinya untuk menunjukkan PNS sebuah agensi prihatin pada usahawan. Rasanya lebih ramai lagi seniors di PNS yang lebih layak bercakap dari Dr. ego ini.

Cukuplah Dato'. Kalau Dato masih memegang prinsip Dato' untuk membantu usahawan Melayu dan demi kesinambungan karier politik Dato' dikalangan orang-orang Melayu (UMNO khasnya), kami harap dapatlah Dato' untuk sekian kali melihat kedalam perkara-perkara seperti ini dan jangalah mempertahankan seorang dua individu yang Dato' 'nampak' saja buat kerja tapi dibelakang mempunyai agenda sendiri.

Harap Dato' dapat pantau (dengan lebih rapi) keputusan-keputusan perbelanjaan serta pelaburan yang dibuat oleh kakitangan Dato' di MECD dan PNS.


Janganlah sampai apa yang berlaku di by election KT berlaku pada general election nanti. Kami amat kecewa dan sakit hati dengan apa yang berlaku sekarang dalam agensi Dato'. Apakah suara rakyat tak ada nilai dihati Dato'?

faiz mazlan said...

assalamualaikum dato' noh..

melihat tajuk je dah buatkan para ushawan gembira "MECD memperkasakan ushawan"..tapi pada praktikalnya MECD dah memutuskan harapan banyak para usahawan bumiputera yg mahu memulakan perniagaan.. sy bercakap melalui pengalaman sy sendiri..dan bukan dari pembacaan seperti dato'.

sy adalah seorang usahawan siswazah yg hanya baru berumur 21tn pada 2009. sy dah pun mempunyai perniagaan sendiri yg menjalankan perniagaan melalui modal sendiri tanpa bantuan dari mana2 bank atau kerajaan. semuanya bermodalkan duit simpanan dan bantuan ibu bapa(dah byk mana gelang dan rantai emas mak sy gadai pun taktau).dan utk pengatahuan dato' sy bukanlah dari keluarga yg berada.sy membuka galeri batik di sungai petani,kedah.sekarang ni sy memberi makan pada 5 org pekerja yg bekerja dibawah sy(2 org pencanting batik,3 org pengaler batik).mereka juga terdiri darisiswazah lepasan IKN. inilah yang kerajaan harapkan sy rasa. utk mengembangkan lagi perniagaan kerana tempahan batik yg semakin meningkat sy memerlukan suntikan modal utk menambah bengkel dan bahan mentah..

apabila sy membaca pinjaman dan grant yg ditawarkan oleh kementerian di surat khabar dan di laman web ini sendiri telah memberikan sy harapann yg besar kerana niat kerajaan sendiri yg komited utk membentu ushawan IKS.mendengar pengarah MECD memberi ceramah sudah cukup menaikkan semangat para usahawan."kita nak bantu ushawan,kita sediakan bermacam macam bantuan dari segi pinjaman dan grant, tapi ushawan malas nak memohon dan masih kurang yg nak memulakan perniagaan" Tapi harapan hanya tinggal harapan. manataknya.apa yg disebut dan di perkatakan pengarah tidak la sama seperti di lapangan itu sendiri. utk memohon saja para usahawan perlu menyiapkan pelbagai dokumen dan kertas kerja(kalau la org2 tua kampung memang tak akan dapat tunaikan), belum tau nak diluluskan atau tidak lagi.dan yg paling susah utk ditunaikan adalah cagaran..dato' sy ni student..dah pun memulakan perniagaan pulak tu. mana la sy ada tanah atau apa2..dan pegawai yg diharap ingin membantu pula hanya lah ingin mematahkan semangat usahawan kerana kemalasan mereka membuat kerja.."tak boleh adik,track rekod utk ushawan batik tak elok, dulu semua ushawan batik yg buat pinjaman susah nak bayar balik, skim kilang lak penuh, adik mesti susah nak dpt". wah inila yg berlaku dilapangan..langsung tak sama dengan kata2 pak menteri. pak menteri jgn la asyik memberi harapan tetapi tidak turun kelapangan melihat sendiri apa yg dikatakan itu terlaksana atau tidak. jangan la kegagalan ushawan lain sy pula yg menanggung akibat. sy ni usahawan yg betul2 komited menjalan kan perniagaan..takkan la nak pinjam rm50ribu pun nak cagar mcm2. hal ini tak akan berlaku kalau sy dtg membewa merc dan mememohon.. ini berlaku kerana pegawai2 dato' yg sgt memandang rendah pada usahawan muda dan kampung. sgt mengecewakan.



www.faizmazlan.blogspot.com

joharibrave said...

Salam dato,saya merupakan lepasan graduan.Tahun lepas saya sudah mendaftar beberapa kursus keusahawanan melalui ibu pejabat mara di jalan raja laut.Namun sehingga kini saya masih belum menerima apa-apa tawaran kursus keusahawanan.Saya berharap dato dapat follow up perkara ini.Terima kasih.

totek said...

Salam semua,

hari ni dah hari ke 26 sejak loan saya diluluskan tapi ceknya ntah mana2.Pagi tadi dah call Tekun,cepat pulak jawab.Mgkn diorg pagi2 je ada ofis,petang tido bwh meja.
Saya dah tanyakan mengenai cek saya,jawabnya masih belum di print-out.Kalau diorg print hari ni pun,nak proses,nak ambik sign pun akan makan masa jugak,so....dia suruh saya call balik minggu depan.Betul2 rasa macam kena tipu dengan segala pembaharuan,agenda2 dan segala berita2 baik samada yg ada dlm paper,kat TV mahupun kat acara Gerak Usahawan.
Yang apply x lulus2 tu dah satu hal,yg dah lulus tapi x dapat2 pun dah jadi hal.Tekun skarang dah jadi bahan lawak,ada kawan2 yg kata,kalau nak cepat,gi apply kat Kuala Trengganu hari tu,mau x sampai sminggu dapat duit.
susah...susah...macam nak mintak sedekah.mana laa usahawan nak bergerak.
Harap Dato' minggu ni kasi la spot check skit kat HQ tekun nih,petang2 tu kalau ada masa kasi la dail skit hotline number tu,sure bikin hot aje.Dalam paper SINAR edisi Kl hari ni pun ada komplen tu.
-TEKUN giler menunggu...

Anonymous said...

YB Dato Menteri. Diakui banyak "write-up" mengenai MECD serta agensi-agensi dibawahnya yang telah kami baca dalam akhbar atau majalah. Tahniah!!

Kalau setakat mendapat liputan sahaja tanpa MECD serta agensi-agensi tersebut melaksanakan tugas mereka dengan jayanya tak guna juga. Seharusnya "MECD must walk its talk." Apa yang diutarakan mesti dipraktikan. kalau hanya menabur janji....buruk padahnya untuk jangkamasa panjang.

Kalau dianalisa komen-komen yang diberikan bukan sahaja didalam blog YB malah juga melalui interaksi saya dengan usahawan bumiputera khasnya majoriti dari mereka merasa tidak puas hati dengan layanan yang mereka dapat dari MECD maupun agensi-agensi dibawah MECD. Menteri datang dan pergi tetapi tidak nampak terdapat peningkatan didalam proses untuk mendapatkan pinjaman dari agensi-agensi MECD.

Saranan saya agar YB melihat secara holistik apa yang sedang berlaku dan apa pula langkah yang perlu dilaksanakan agar kesemua machinery MECD serta agensi beroperasi secara optimum bertujuan membantu meningkatkan jumlah usahawn bumiputera sejajar dengan matlamat RMK 9 dan 10. Saya khuatir sekiranya MECD gagal mencapai sekurangnya 80% dari sasaran yang telah ditetapkan berkemungkinan jumlah usahawan bumiputera tidak akan meningkat secara drastik.

Saya juga tidak bermaksud bahawa setiap orang yang ingin menjadi usahawan tersebut diberikan pinjaman. Ini akan menjadikan MECD serta agensi sebagai "Santa Claus." Terdapat juga bakal usahawan yang tidak mempunyai fokus mengenai jenis perniagaan yang ingin diusahakan. yang mereka tahu kalau nak berniaga jumpa MARA dan minta modal. kalau tidak dapat jumpa Menteri. Bila dah dapat tidak tahu pula kemana perginya wang tersebut. Ini pun ada juga.

YB. Mungkin juga terdapat para pegawai diMECD atau agensi yang hanya "bekerja" dan bukannya menjadikan tugasan mereka sebagai satu karier. Kalau setakat bekerja...tak kisahlah janji cukup bulan dapat gaji dan bila ada peluang untuk naik pangkat lobi sana sini. Kalau dapat Alhamdulillah. Kalau tidak dapat mulalah menjadi "frustrated" dan tidak menjalankan tugas mengikut KPI. Kadang kala mereka ini menilai diri mereka terlalu tinggi kerana ego. Terdapat juga kes "kroni" dimana Menteri atau Ketua Pengarah mahukan seseorang naik pangkat sedangkan ianya "junior." Tentu sekali pengalamannya kurang dan semestinya yang "senior" yang tertinggal tidak akan memberikan kerjasama yang sepatutnya. Siapa yang rugi didalam perkara seperti ini??

Melalui senario ini akan terdapat lebih ramai yang "frustrated" dan bermulalah satu "cycle" atau gelombang dimana mereka merasa sumbangan serta usaha mereka tidak di "recognise" dan mula punyai perasaan mengapa saya harus mesti bertungkus lumus sedangkan orang lain yang naik pangkat. Dari segi psikoloji ini akan membawa kesan negatif yang berat. Akhirnya tugasan mereka tidak dilaksanakan mengikut piawaian dan KPI. Dan yang terima akibatnya usahawan yang ingin mendapatkan pinjaman....terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan cek keatas pinjaman yang telah diluluskan atau pun kurang mendapat layanan dari pegawai MECD dan agensi dimana pegawai tersebut dianggap sombong atau tidak memberikan kerjasama.

Mungkin MECD serta agensi dah ada "SOP" atau "Standard Operating Procedure" dan yang tidak dititikberatkan ialah "People Practising Procedure" atau cara menjaga pegawai dimana berkemungkinan diadakan kaunseling untuk pegawai-pegawai yang bermasalah serta mengadakan "focus group" bagi mengenalpasti apa masalah dalaman yang perlu diperbaiki agar ianya memberi menfaat kepada pegawai serta pelanggan MECD serta agensi. Hanya satu sahaja yang saya khuatir...YB mungkin mula mengadakan program seperti ini dan apabila ada Menteri baru yang ambil aleh mungkin program ini mati begitu sahaja. Ini satu fenomena yang maseh belum dapat diatasi sehingga kini. Orang kita memang cepat lupa.....

Mungkin YB perlu mengambil langkah pertama untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada....agar ianya akan memberi menfaat kepada mereka yang berkenaan....YB harus ingat pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi dan jangan pula kerana terdapat masalah untuk mendapat pinjaman dari MECD serta agensi ianya menjadi sebab kerajaan pusat bertukar.

Seperkara lagi YB...diharap mereka yang berada disekeliling YB serta "kroni" juga jangan terlalu "gelojoh"....jangan ingat kami tak tau apa yang berlaku....bersyukur dengan apa yang ada....kalau ambil sedikit kami faham tapi kalau sampai tujuh keturunan "tak perlu kerja" amat sukar untuk diterima....ingat Allah swt melihat semuanya....

Anonymous said...

Kami lihat seperti tidak ada perubahan yang berlaku baik diperingkat MECD maupun diperingkat agensi-agensi dibawah MECD. Komplen yang diutarakan semacam memainkam rekod buruk sahaja....dari dulu hingga kini sama sahaja intonasinya. Sebagai Menteri yang dilihat berkaliber kami mengharapkan agar YB dapat menangani atau memberikan "remedy" kepada segala komplen yang telah dibuat. Besar harapan kami agar perkara ini dapat diberikan perhatian utama YB sebagai Menteri yang berkaitan demi untuk kepentingan bumiputera.

Apabila kita diberikan tanggung jawab kita mesti melaksanakan dengan sekurangnya 110% komitmen. Ini tidak bermakna untuk kepentingan diri kita dulu...tetapi kepada mereka yang telah dikenalpasti untuk diberikan. Bukan juga kepada sanak saudara serta para kroni projek yang besar-besar dan selebihnya yang kecil-kecilan kepada usahawan bumiputera.

Saya timbulkan isu ini kerana ianya banyak terjadi....justeru itu ianya perlu dibendung sebelum ianya berleluasa atau mungkin juga telah berleluasa. Sebagai contoh kelmarin saya ternampak mantan Menteri memandu Porsche 911 yang terbaru....terfikir juga saya gaji serta elaun Menteri berapa....walaupun dah jadi Menteri lama untuk beli Porsche 911harga sekitar RM 1 juta....nak maintain lagi....mana datang wang tersebut....yang saya nampak Porsche 911 dan tak tau pula kereta jenis apa yang ada lagi yang beliau ada...Wallahuallam!!!

Hakikatnya masyarakat melihat semua ini....mungkin pada saya ini bukan isu yang besar kerana "I couldnt care less dengan apa yang beliau ingin show off" tetapi waktu itu ada juga bumiputera yang lain dan saya terdengar perbualan mereka...dimana ianya menampakkan kesan yang negatif....dan membantu membawa bencana kepada kerajaan pusat....lainlah kalau YB rasa dah cukup dan tak kisah kalau parti lain menang pilihanraya akan datang??? Bagaimana YB??? SETUJU??

Ini bukan merupakan satu ugutan tetapi ingin kami sampaikan rasa terkilan atau kurang senang melihat senario seperti ini yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Selain itu saya kira YB ada terbaca komen mengenai PNS dimana dikatakan "cronyism" berleluasa kini. Apa langkah yang YB ambil untuk menyiasat dan seterusnya menyediakan "remedy" yang terbaik. Sekiranya tiada komen yang YB berikan bermakna YB merestui apa yang berlaku di PNS!! Adakah ini langkah positif??? Atau YB tidak mahu melihat "reality" kerana isu kroni??

YB...sekiranya semua yang mempunyai kuasa merebut segala peluang yang ada dan berkongsi kesemua ini dengan sanak saudara dan kroni...apahal pula usahawan bumiputera yang ada dimana jumlah mereka mahu ditingkatkan melalui RMK....nampaknya yang mereka mampu dapat hanyalah sisa-sisa sahaja....ini tentunya akan menimbulkan rasa marah diantara usahawan bumiputera.....bak kata Prof Ezi Hj Ali.....renung-renungkan!!!

MOHD FUAD YAHAYA said...

Saudara TOTEK,

Saya Mohd Fuad, mewakili pihak pengurusan TEKUN Nasional, ingin memohon maaf atas kesulitan yang pihak Tuan alami sepanjang berurusan dengan pihak TEKUN Nasional.

Disini saya ingin memohon kerjasama daripada pihak Tuan agar dapat memberikan segala maklumat berkaitan permohonan pembiayaan Tuan kepada saya dengan kadar SEGERA dengan menelefon talian bimbit saya 019-5684122 @ email mohdfuadyahaya@gmail.com / fuad@tekun.gov.my

Saya akan cuba sedaya upaya menyelesaikan perkara ini dan sekali lagi saya ingin memaklumkan bahawa kepada para pengunjung blog ini yang mempunyai permasalahan berkaitan pembiayaan TEKUN Nasional sila berhubungan dengan saya terus untuk saya bantu menyelesaikan maklumat yang Tuan/Puan alami.

Sekian, terima kasih.

MOHD FUAD YAHAYA
Pegawai Khas
Kepada Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional

JALAK said...

...Hadkan jumlah pembelian tiket bas ekspres ketika musim perayaan bagi membendung kegiatan 'ulat tiket'.

assalamualaikum dato', kami mempunyai teknologi untuk membasmi ulat tiket dan sekali gus melahirkan persaingan sihat antara pengusaha bas express. dengan siapa kami patut berurusan? Dato' sendiri atau pegawai-pegawai di kementerian(pengarah-pengarah barangkali.)

Dengan kempen belilah barangan buatan malaysia kami rasa kementerian patut meneliti proposal kami.

sekian terima kasih.wassalam.

Permatang said...

A.kum dato
Masalah nya skim pinjaman ni hanya indah khabar dari rupa sahaja.Itu sebab nya banyak usahawan melayu sering gagal bila nak jadi usahawan sebab nya kekurangan modal.Kerajaan cakap pinjaman sana, pinjaman sini disediakan tapi bila pergi betul2 Bank/Mara semua nya tak boleh.
Terima kasih

Anonymous said...

Saya pelajar sarjana di ipta selangor. saya ingin membuat aduan tidak puas hati sistem permohonan MARA:

1. Saya telah mengepos borang permohonan MARA pada Julai 2008 pada awal kemasukan semester beserta alamat dan nama yg lengkap. Malangnya, MARA memberitahu borang saya hilang, sehingga bulan 11, baru mereka dapat borang saya tersebut.
-Alasan borang saya sesat dalam bangunan MARA amat menjengkelkan, logikkah surat hilang dalam sebuah bangunan selama 5 bulan!

2. Pun begitu pada bulan 12, permohonan kami diluluskan. (Saya memohon bersama rakan-rakan, cuma mereka hantar sendiri di MARA). Rakan-rakan kami terpaksa menunggu selama 6 bulan untuk disahkan permohonan kami diluluskan.

3. Namun sehingga hari ini, 20 Januari, kami masih lagi menunggu pinjaman kami, sedangkan kami mengalami krisis kewangan yang sgt teruk sehingga tidak mampu membeli nota fotostat apatah lagi buku rujukan.

Adakah kami perlu menunggu sehingga tamat pengajian. Saya meminta jasa baik Dato' meninjau dan meningkatkan taraf kerja anda seiring dgn pembangunan negara kita. Bekerjalah dgn bersungguh-sungguh sedangkan ramai lagi orang lain yang hilang tempat bekerja.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato',

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberi pandangan saya mengenai program-program keusahawanan yang dianjurkan oleh MECD dan agensi-agensi dibawah seliaannya.

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak program-program keusahawanan ini menjurus kepada menjadikan masyarakat Bumiputera menjadi usahawan yang berjaya. Skim-skim seperti Prosper (PUNB), franchise scheme (PNS), MARA dan lain-lain lagi banyak membantu meramaikan bilangan usahawan Bumiputera.
Namun begitu, apa yang dirisaukan ialah "Sustainability" dan keupayaan untuk bersaing bagi usahawan-usahawan ini. Saya tidak mempunyai statistik, tapi jika Y.B Dato' dapat mengarahkan setiap agensi mnegeluarkan data mengenai jumlah usahawan yang gagal membayar hutang ataupun yang gulung tikar....rasanya bilangannya agak membimbangkan. Kita memang mahu melihat jumlah usahawan Bumiputera yang dapat bantuan kementerian dan agensi ini ramai...tetapi pada masa yang sma kita tidak mahu usahawan-usahawan yang gulung tikar itu juga ramai. Akhirnya, ramai usahawan-usahawan terutamanya yang muda-muda (kerana menyertai program keusahawanan sebab tak ada kerja) di "black-listed" kan.
Sehubungan itu saya ada 2 cadangan:
1) Program keusahawanan utk lepasan ijazah perlu dirombak. Ini adalah kerana kebanyakan yang menyertai program ini adalah dikalangan yang menganggur dan tiada 'passion' untuk jadi usahawan. Mereka menyertai program kerana tak ada kerja. Maksud saya, bukannya kita hapuskan langsung program ini, tetapi rombak supaya peserta-peserta yang muda belia ini cukup bersedia dan faham risiko yang perlu dihadapinya andaikata gagal dalam perniagaan nanti.
2) Banyakkan program untuk mewujudkan usahawan pengedar ataupun "distributors". Pada saya, tiada gunanya kita ada banyak usahawan bumiputera runcit, jika distributors nya bukan dari kalangan Bumiputera. Akhirnya, peruncit-peruncit ini akan tetap bergantung harap kepada bekalan dari distributor bukan Bumiputera. Saya amat risau jikalau wujud mekanisma "price-discrimination" oleh distributor-distributor ini. Harapnya tiadalah, kerana jika wujud mekanisma ini, maka sudah pasti usahawan runcit Bumiputera tidak mampu untuk bersaing dengan usahawan runcit bukan bumiputera.

Itu saja pandangan saya kali ini. Insya'Allah, jika ada kesempatan lain, mungkin saya akan menulis lagi di blog YB Dato' ini. Saya bukannya seorang usahawan, tetapi mempunyai sedikit pengalaman di bidang keusahawanan.

Sekian.

ibnu marzuki al firdaus said...

ARKIB : 16/01/2009
Petugas kaunter Mara tak mesra pengguna
SAYA merupakan salah seorang daripada ramai yang beratur untuk mengambil borang Skim Pelajar Cemerlang (SPC) anjuran Mara baru-baru ini.

Setelah ia diiklankan pada hari Ahad di dada-dada akhbar terkemuka negara, saya yang merupakan pelajar tahun ketiga Ijazah Kedoktoran Falsafah di sebuah Universiti terkemuka negara, pergi untuk mendapatkan borang permohonan tersebut, beserta sijil-sijil yang dikehendaki.

Apabila tiba di Bahagian Penganjuran Pelajaran Mara di Jalan Raja Laut, masih tidak ramai pemohon yang beratur untuk mendapatkan borang tersebut. Saya merupakan orang kelima pada pagi tersebut. Apabila tiba giliran saya, saya menerangkan mengenai tujuan saya, untuk memohon SPC bagi pengajian saya di peringkat PhD.

Setelah menunjukkan segala sijil yang dikehendaki (seperti yang diiklankan), amat memeranjatkan saya apabila petugas di kaunter Bahagian Penganjuran Pelajaran tersebut dengan angkuh menyatakan: "SPM tak cukup kredit ada hati nak apply PhD... memang sah Mara takkan lulus application you..."

Ingin saya nyatakan bahawa saya telah mempunyai kelayakan akademik lebih daripada SPM. Semasa memohon untuk perjawatan dalam kerajaan, kelayakan akademik yang terakhir diambil kira, bukannya SPM.

Kerajaan mahukan golongan bumiputera maju dalam akademik serta ekonomi, namun jika terdapat agensi sebegini, janganlah dipersalahkan bumiputera kerana 'tidak mengambil langkah yang betul'.

Rata-rata peminjam atau prausahawan yang ingin memohon skim Mara menghadapi masalah kerana layanan sebegini, dan ini akan menambahkan beban rakyat, yang kini berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.

Saya amat berharap agar Mara bersikap mesra pengguna. Saya juga ingin memohon penjelasan Mara serta Kementerian penaung (MeCD) berkenaan kerumitan ini dan sikap mereka yang bekerja dengan Mara, serta permohonan maaf bertulis atas kejadian yang memalukan yang terjadi kepada saya.

Harapan saya juga agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu mereka (pelajar dan prausahawan) yang ingin mengejar cita-cita untuk berjaya pada masa hadapan dengan memudahkan proses permohonan mereka.

PEGAWAI KERAJAAN
Kuala Lumpur

waris jebat said...

assalamualaikum dato'! saya adalah salah seorang peserta fidlot dari syarikat hadhari agro holding yg beribu pejabat di KL. Untuk menjadi usahawan fidlot saya telah memasukkan wang komitmen sebyk rm15k ke dlm akaun syarikat tersebut. Saya berasa yakin dan bersemangat utk menjadi usahawan fidlot disebabkan syarikat ini ada usahasama dgn MECD,TEKUN NASIONAL dan badan kerajaan yg berkaitan. Persoalan saya mengapa sehingga sekarang projek ini masih belum bermula dan bertangguh sedangkan ianya dirasmikan secara forum oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada GERAK USAHAWAN di PWTC pd bulan Ogos 2007? Untuk makluman dato' saya telah menarik diri dari projek tersebut kerana berasa mushkil dan berharap wang saya sebyk RM15k dikembalikan. Minta tolong dato' siasat perkara ini supaya tidak ramai orang melayu yg menjadi mangsa kerana syarikat ini menggunakan nama MECD sebagai badan sokongan.
terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dato,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Dato atas mengenalkan pelbagai initisiatif yang elok. Tetapi IMPLEMENTATION fail sebab pegawai agensi agensi yang fikir terlalu bagus. DATO MUST INCULCATE RESULTS DRIVEN MENTALITY.... di dalam statement UMNO KALAH LAGI saya setuju ape penulis yang ingin katakan... Saya amat terkejut dan kagum Dato' stil give Tuan Syed a chance. kalaulah Tun Mahathir culture HE IS FIRED LONG TIME AGO. Saya berpendapat Syed should be at Tekun when loans macam 50,000 bolehlah di execute tetapi di Tekun pun dia fail kalau kat PNS its more sophisticated. He doesnt have the knowledge nor the skills and too dam slow to MENGERAKKAN INDUSTRI FRANCAIS. Janganlah sampai the Big Boss tanya mengenai results PNS and in the end Dato punye air muka jatuh dahlah didalam suasana politik yang terumbang ambing. Fikirkan

SALAM

TgKarangMan said...

Assalamualaikum Dato',

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih dan bangga kepada Dato' (terutama sekampung dengan saya) serta menteri-menteri terdahulu yang menerajui MECD kerana berjaya dalam mengajak orang-orang Melayu dalam bidang keusahawanan dengan menyediakan pembiayaan melalui MARA dan Tekun. Namun begitu, setelah bergelar usahawan masalah utama yang kami hadapi adalah dari segi pembiayaan terutama yang melibatkan diri dengan kontrak projek-projek kerajaan. Saya pohon agar pihak Dato dapat mempertimbangkan perkara-perkara berikut yang menjadi masalah utama atau "duri dalam daging" kepada usahawan-usahawan Melayu:-

(1) Menyediakan kemudahan pembiayaan seperti pemfaktoran bagi kontrak projek-projek kerajaan melalui MARA, Tekun atau Koperasi.
(2) Menubuhkan syarikat pemfaktoran sendiri dibawah MECD bagi kemudahan pembiayaan kontrak usahawan-usahawan Melayu. Secara langsung ini dapat menyelesaikan masalah birokrasi syarikat-syarikat pemfaktoran dan caj-caj yang terlalu tinggi yang keterlaluan dikenakan kepada usahawan-usahawan Melayu.
(3) Meningkatkan jumlah pembiayaan kontrak kepada RM1 juta daripada RM500 ribu seperti syarikat-syarikat pemfaktoran lain.
(4) Kontrak projek kerajaan sebagai penjamin kepada pembiayaan kontrak seperti yang dilakukan oleh suarikat-syarikat pemfaktoran. Buat masakini, bagi pembiayaan RM500 ribu, MARA mensyaratkan peminjam mesti menyediakan penjamin yang berpendapat RM15,000 sebulan (penjamin individu atau penjamin terkumpul).

Saya jamin dengan kemudahan-kemudahan di atas ini, insyallah.... MECD akan dapat memperkasakan

MOHD FUAD YAHAYA said...

Salam hormat YB Menteri dan semua pembaca blog Hati Malaya.

Adalah saya dengan ini merujuk kepada pertanyaan/komen Saudara Elyas, Mengenai Syarikat Hadhari Agro yang dikatakan mempunyai usahasama dengan TEKUN Nasional,MECD.

Untuk makluman pembaca blog ini, syarikat Hadhari Agro telah dilantik sebagai Rakan Niaga TEKUN pada 1 April 2008 dan syarikat tersebut masih belum ada menerima sebarang pembiayaan dan mendapatkan usahawan di bawah Program Rakan Niaga TEKUN. Sebagai makluman, Pakej/Model perniagaan kerjasanma
Rakan Niaga TEKUN adalah pakej Hadhari Burger Bergerak dengan nilai pembiayaan sebanyak RM50,000 sahaja. Jenis perniagaan/produk di bawah program Rakan Niaga TEKUN ini
hanyalah meliputi produk makanan berbentuk burger, fishball, sate, sosej dan tidak melibatkan projek Fidlot sepertimana yang Saudara Elyas beritahu dalam maklumbalas/komen di dalam web blog ini.

Mengenai permasalahan Saudara Elyas, berkemungkinan berkaitan dengan Syarikat Hadhari Cattle yang mengusahakan penternakan secara fidlot dan tidak melibatkan syarikat Hadhari Agro di bawah Program Rakan Niaga TEKUN.

Sekiranya Saudara Elyas dan pengunjung blog ini yang mempunyai permasalahan dengan perkara berkaitan bolehlah mendapatkan maklumat atau pertanyaan lanjut dengan menghubungi En. Fazri atau saya sendiri di talian 03-90588550.

Sekian untuk makluman Saudara Elyas dan pengunjung Hati Malaya.

Sekian, terima kasih.


MOHD FUAD YAHAYA
Pegawai Khas
Kepada Pengarah Urusan dan
Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'

Ingin saya tarik perhatian Dato' terhadap cadangan Loan ASB yang dikemukakan oleh Majisseteret.

Saya sokong cadangan itu 200% kerana:
1. Risiko kepada peminjam (pelabur) dan MeCD adalah rendah.
2. Dapat meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera dalam pasaran saham.
3. Kekayaan diagihkan dengan lebih meluas lagi. Cthnya, pegangan ekuiti bukan oleh individu tertentu tetapi oleh golongan yang lebih besar lagi.
4. Masa yang sesuai memandangkan pasaran berada di tahap yang rendah.
5. Membantu Bumiputera yang takut mengambil risiko berpeluang memiliki sebahagian kecil perniagaan.
6. Membantu Bumiputera memiliki saham dengan lebih bijak berdasarkan kepakaran PNB.
7. Kurang risiko saham kerana pelaburan "diversified".
8. Peminjam dapat terus menjalankan kerja harian mereka sambil menguatkan kedudukan ekonomi melalui inisiatif ini.
...dan sebab2 lain yang dapat mengukuhkan kedudukan Bumiputera dalam ekonomi Negara.

Jika cadangan ini tidak dapat dipertimbangkan kerana kurangnya keserasian dengan hala tuju MeCD, saya harap ianya dapat dipanjangkan ke saluran yang lebih sesuai agar idea ini dapat terus subur bagi menguatkan ekonomi Bumiputera.

Terima Kasih.

Anonymous said...

Good day,
First and foremost I would like to congratulate Dato' on your effort to improve the performance of MECD and its agencies. But sad to say that despite your commitment, there are still alients who felt unhappy with your selection of professionals to lead the agencies such as Bank Rakyat, Tekun, Mara, PNS etc. I do not know what this culprits are trying to tell you and the rest of the audience whether what you have done successful of not. I would appreciate if you could offer those who always contribute "brilliant and nasty ideas" to be offered number one position in either Mara, Tekun, Bank Raykat or PNS. At least call them to come to the front and not just writing negatively in your Blog. I presume that they are culprits and those who do not want to see changes you have done in the ministry and agencies under your prerogative. As far as I have heard from reliable resources, all agencies under you were trying their level best to perform but certain areas need to be improved and changes in some structures must be made drastically. But these culprits knew nuts about them either. They just write and write in your blog to create sentiments so that you will feel uneasy and their expectation are just to disturb your peace of mind. You should be able to identify why these culprits disturbed agencies under MECD and their personal attack to some of the MDs or CEOs. If you don't stop this kind of rubbish, you will feel the impact especially during next UMNO election in March 2009. YB Dato', we need you to lead MECD but we do not want you to be influenced by the culprits.

Anonymous said...

Asalamualaikim YB.

Nyata artikel ini mendapat banyak komen. Ternyata banyak kelemahan yang perlu diperbaiki dimana MECD serta agensi-agensi perlu meningkatkan strateji dan implement program yang akan terus membantu "memperkasa" usahawan bumiputera.

Disini saya ingin nyatakan bahawa saya rasa YB telah "anak tirikan" Bangunan Cahaya Suria. Bukankah bangunan ini juga milik UDA?? YB hanya mahu ke BB Plaza dan Pertama Kompleks sahaja. Kenapa tiada lawatan ke Bangunan Cahaya Suria?? Adakah YB malu untuk kesana atau YB tidak tahu bahawa bangunan tersebut milik UDA?? Mustahil!!

Keadaan Bangunan Cahaya Suria amat menyedihkan....sudah uzur dan perlu diberikan nafas baru agar ianya dapat membuka peluang kepada usahawan bumiputera untuk berniaga disana. Saya tak tahu bila kali terakhir YB kesana?? Sayang....UDA punyai aset ynag terletak dikawasan segi tiga emas tetapi ianya tidak dijaga serta diselenggara dengan sempurna. Apa pemikiran dan peranan pengurusan UDA didalam hal ini atau mereka terlalu ghairah untuk kepentingan mereka sendiri?? Sekiranya pengurusan UDA yang ada tidak dapat memenuhi tanggung jawab yang telah diberikan TUKAR sahaja mereka. Sudah sampai masanya KPI menjadi ukuran prestasi bukan sahaja warga kerja malahan pengurusan UDA dari Pengarah Urusan hingga kumpulan pengurusan.

Banyak ruangan kosong diBangunan Cahaya Suria dan ini telah berlanjutan untuk beberapa lama. Kalau tidak disewakan bermakna "opportunity lost" untuk UDA kerana tiada bayaran sewaan diterima. Kalau UDA tidak hiraukan perkara ini....apa maknanya YB?? Tak perlu saya berikan berapa banyak "revenue" lost kepada UDA. Kalau beginilah caranya agensi kerajaan menjalankan tugas mereka...Masha Allah!! Saya kira kalau bangunan tersebut hak orang Cina ianya telah menjadi satu "landmark" yang boleh dibanggakan.

Kini sudah tahun 2009 dan sekiranya tiada juga perubahan yang dilakukan saya rasa Bangunan Cahaya Suria akan menjadi lebih teruk lagi....malahan bakal menjadi "eye sore." Sebagai Menteri yang bertanggung jawab dapatkah YB tidur lena setiap malam sedangkan tugas dan tanggung jawab YB tidak dilaksanakan sepenuhnya. Mungkin YB tidak akan siarkan komen ini....terpulang kepada kebijaksanaan YB.

Wassalam.

Anonymous said...

Asalamualaikum YB.

Saya tertarik dengan komen dari Anonymous bertarikh 25 Jan 2009. Beliau patut dipuji kerana berani menggunakan Bahasa Inggeris walaupun terdapat beberapa kesilapan didalam ejaan. Itu tidak menjadi masalah.

Saya heran, beliau mengatakan terdapat "culprits" yang berani mempertikaikan segala usaha YB didalam mempertingkatkan MECD serta agensi-agensi seliaan MECD. Sekiranya Anonymous ini seorang yang jujur sudah tentu beliau berani gunakan nama sendiri. Lainlah kiranya sejak lahir nama beliau telah didaftarkan sebagai Anonymous!!

Bak kata pepatah Melayu "Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang." Pada saya tuduh menuduh ini sudah menjadi kebiasaan. Kita tidak dapat lari dari semua ini. Apa yang harus kita lakukan ialah mencari kebenaran. Saya akui ini mengambil proses dan jangkamasa yang lama yang tentunya membuang waktu. Tetapi sekiranya kebenaran yang dicari, kita harus melalui proses ini samada kita suka atau tidak.

Setelah saya teliti tulisan Anonymous ini nyata sekali beliau seorang yang cuba "menghangatkan" keadaan. Mungkin beliau atau boss beliau dah "terasa" kepedasan cili. Bak kata pepatah Melayu "Siapa makan cili dia terasa pedas." Mungkin jugalah ada kebenarannya. Bersemangat sungguh beliau didalam membuat hujah-hujah beliau. Sekiranya semangat yang berkobar-kobar ini dapat digunakan didalam menjalankan tugas beliau dengan memenuhi KPI yang telah ditetapkan atau menjalankan perniagaan dengan gigih kerana Allah SWT maka Alhamdulillah. Tetapi kalau hanya setakat untuk "menegakkan benang yang basah" saya rasa baiklah bertaubat!!

Kepada Tuan atau Puan Anonymous janganlah terlalu "emotional" amat ketara sekali didalam penulisan tersebut. Sekiranya anda "terbabit" samada secara langsung atau "indirectly" didalam apa yang anda luahkan saya cadangkan anda "bermuhasabah diri" minta petunjuk dari Allah SWT. Jangan lupa solat serta kesemua ibadah yang diwajibkan. Insya Allah anda akan mendapat petunjuk dan berkah dari Allah SWT!!

Wassalam

Anonymous said...

ASM DATO,

YES Dato is doing a superb job in leading MECD and its just some of the CEO's are unable to catch up to Dato'. Those bloggers who complaint , gave brilliant and nasty ideas has longed for call to action. YOu would have to understand what the present entrepreneurs and would be entrepreneurs going thru and try to get some results. They have the rights to give the ideas for change or you be CHANGED.

Do understand deeply and the objectives of why the entrepreneurs are channeling their displeased about certain CEO's and MD.

HOw do you cleverly defined that this constructive complaints will lead to a negative impact at the UMNO ELECTIONS. Have you asked yourself before you write that the changes that wanted by majority of entrepreneurs that will lead to positive impact. I WOULD SAY TO YOU THAT WHAT RUBBISH ARE YOU TRYING TO CREATE?

I AGREE THAT YB DATO NOH MUST LEAD THE AGENCY AND LISTEN TO ALL COMPLAINTS BE IT NEGATIVE OR POSITIVE. CHANGE OR BE CHANGED


THE SUBSTANCE OF IT AND TO THOSE WHO COMPLAINT they are just sending a message to YB Dato Noh that the MD's and CEO's of MECD agencies must THINK and ACT like an entrepreneur but the reality of it and worse still many of them have forgotten how the entrepreneurs feel, work and the neeeds for some urgent response to their request.

SO CULPRIT WHO WROTE, DATO IS DOING A GOOD JOB AND WILL LEAD MECD TO GREATER HEIGHTS.

Unknown said...

Assalamulaikum,
Tahniah kerana beria-ria untuk memperkasakan usahawan.Tetapi jangan dato seorang saja beria,tetapi semua jabatan buat ikut kepala sendiri.Dana banyak dilancarkan tetapi nak dapat jangan harap.peraturan yang bukan bukan.Kita nak buat pinjaman sebab tak ada duit,tetapi syarat utama mesti berduit.Tak ada duit tak boleh pinjam.

Anonymous said...

Asalamualaikom

Kami sedang dalam perancangan mengujudkan satu rangkaian Internasional bagi wholesaling dan Retailing pelbagai barangan bagi seluruh Malaysia sebagai PLATFORM
secara langsung membuka peluang bagi pencapaian dan penguasaan Ekonomi secara komprehensif sebagai perintis untuk kebaikan Sosio-Ekonomi dan Politik Melayu/UMNO

sekali gus dapat MEMBUDAYAKAN MELAYU SEBAGAI MASYARAKAT USAHAWAN
khususnya Kuasa Membeli Melayu
dan mengurangkan kebergantungan orang melayu kepada penguasaan ekonomi monopoli satu kaum

Apakah KPU dan Dato sendiri dapat memberi kerjasama secara bersepadu
bagi menjayakan PLATFORM ini
khusus bagi Usahawan Muda Melayu yang masih belum ada satu platform
Alternatif

Anonymous said...

Assalamualaikum Dato'. Saya dengan rasa berbangga kerana peranan Dato' yang begitu prihatin dalam memperkayakan keusahawanan bumiputera. Disini saya ingin memohon jasa baik pihak Dato' berkenaan projek kolam udang saya di Batu Kurau, Perak. Memandangkan saya salah seorang dari pemimjam Tekun, saya berterima kasih kepada pihak Dato' yang meluluskan pinjaman kewangan saya. Walaubagaimanapun terdapat masalah pembekalan air ke kolam tersebut. Jadi saya berharap agar pihak Dato' dapat membuka jalan penyelasaian terhadap permasalahan ini.Jasa baik Dato' amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Good day,
Thank you for your respond to my email on 25 January 2009. Please do not be too defensive since you have started to address all the issues pertaining MDs and CEOs of MECD's agencies. If you are genuine entrepreneur, you should have very positive thought towards your goals and not just pin pointing at other people's territories. Focus on your business until you can become the best example of successful malay entrepreneur. Thank you for quoting," siapa makan cili dia akan merasa pedasnya..." Thanking you in advance for your comments. YB Dato,
We appreciate your work and we always pray for your success.Keep it up and please do not entertain unnecessary rubbish from those who keep on pointing fingers at your agencies. I met you in London a couple of months back.

Regards from "anonymous"
(Pangeran Ali Hishamuddin Al Haj)
Seri Begawan
Brunei Darussalam

Anonymous said...

Bismillahirahmannirahim..

Assalamualaikum YB Dato Menteri..

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah kepada Dato kerana kesungguhan Dato memperjuangkan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Dengan inisiatif dan gerak kerja hebat dari Dato serta jabatan Dato, justeru itu saya tersangat berterima kasih dan memahami bukan mudah untuk Dato membuat anjakan paradigma pemikiran usahawan melayu ke arah pemikiran dan penghasilan baru sambil ingin memuaskan hati semua orang.

Saya mempunyai pengalaman sedikit selama 12 tahun membina usahawan dan saya faham bukan mudah perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu ke arah memperkasa ekonomi.Alhamdullilah dalam 12 tahun, kajian & praktikal(Try & Error) yang saya saya lakukan dari sudut Jihad Ekonomi Muslim kini telah sempurna yang mana saya telah memulakan langkah awal mempratikkan usaha membantu usahawan melayu muslim secara berperingkat . Usaha ini dilakukan tanpa bantuan kewangan dari pihak kerajaan ataupun badan pinjaman.

Untuk pengetahuan Dato', seminar keusahawanan yang saya anjurkan telah dirasmikan oleh bekas Menteri usahawan Dato Khalid Nordin pada tahun 2005 di pasir gudang,dan pada ketika itu saya masih dalam peringkat pembangunan & kajian.Saya berbicara dengan Dato ketika ini bukan untuk saya memohon sebarang pinjaman tetapi ingin mendedahkan kajian saya yang telah sempurna kepada Dato' agar saya dapat melengkapkan projek keusahawanan ini. Projek pembangunan usahawan di bawah syarikat saya selama ini sehingga sekarang adalah dengan menggunakan kewangan saya sendiri.

Usaha yang kami jalankan telah mendatangkan sedikit hasil kepada usahawan pada ketika ini.

Antara formula kajian kami :-

SISTEM BIJAK + MODAL INSAN = PERKASA EKONOMI

SISTEM BIJAK ini merangkumi antaranya :-

1) Menyediakan sistem punca kewangan pasif kepada usahawan agar mereka dapat menyalurkan sumber kewangan untuk berniaga secara lancar tanpa menggunakan modal Tunai atau pun modal pinjaman.(parable of pipeline)

2) Tiada masalah proses mencari pasaran & penjualan.

3) Mengurangkan usahawan dari mengharapkan pinjaman & bantuan kerajaan semata-mata.

4) Mengurangkan risiko kegagalan perniagaan dan juga kegagalan pembayaran balik pinjaman.

5) Matlamat kami membentuk usahawan dengan memperkukuhkan sumber kewangan mereka.

6) Kami bukan MLM, Skim Cepat Kaya, Internet, Barangan.


Boleh dikatakan sistem pembangunan perniagaan ini adalah yang pertama di Malaysia. Untuk pengetahuan Dato' kami baru memulakan projek ini pada bulan 6 tahun 2008 selepas kajian yang lama. Didalam artikel ini saya tidak dapat berkongsi banyak maklumat dengan Dato' dan ada maklumat yang P&C. Dengan rasa rendah diri saya menjemput Dato' melayari portal kami untuk mendapatkan sedikit maklumat serta perjuangan,misi & visi kami.

www.hmeonetwork.com

Tujuan saya menulis artikel ini bertujuan memohon mendapatkan pertemuan secara peribadi dengan Dato' untuk saya membuat persembahan mengenai kaedah perlaksanaan kami, bukan untuk memohon sebarang PINJAMAN. Kami memerlukan sokongan dari pihak Kerajaan. Bukannya saya tidak mahu hantar kertas kerja tetapi saya merasakan persembahan secara peribadi adalah lebih berkesan. Sepatutnya persembahan ini telah dibuat kepada Dato Khalid Nordin tetapi beliau sudah tidak ada lagi di Kementerian Usahawan dan saya perlu panjangkan perkara ini kepada Dato' sebagai Menteri Keusahawanan.

Diharap pihak kami dapat diberikan ruang dan peluang untuk membuat persembahan ini.

Ke arah memperkasa Ekonomi Bumiputra Muslim.

Terimakasih, Wassalam
Irwan Alias
Pengasas HMEO Network
016-2055997

totek said...

Salam,

saya ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih atas kesudian En.Mohd Fuad Yahaya (pegawai khas kepada Pengarah Urusan dan CEO TEkUN) kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah pinjaman saya pada bulan JAN 09 dan sekarang semuanya telah selesai.apa yang diharapkan dari pihak agensi ialah semoga perkara ini tidak berulang di masa hadapan.

Terima Kasih.

ORHAN said...

boleh lah di beri tajuk PERTANIAN YANG DIPINGGIRKAN...

salam buat YB Dato...

1. Cerita malang ini bermula dengan pinjaman mara dibawah MECD untuk pertanian dibekukan(ntah sampai bila nak cair).

2. Saya adalah usahawan tanimoden dan seorang lepasan ijazah yang lahir diera pimpinan perdana Menteri Abdullah Badawi dan dibawah payung dato juga. (saya amat menghargai). Alhamdulillah pendapatan bulanan saya mencecah 15k sebulan.

3. Bermula dgn 200K pinjaman AgroBank dan Aset ini berkembang hampir 1 juta dalam 3 tahun ini. Tapi dukacitanya pinjaman untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini untuk modal pusingan terbantut sedikit dengan PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN DITOLAK. gara-gara pinjaman agrobank masih berbaki.

4. Apa yg saya harapkan dan perlu diperjuangkan dan apa yang saya takutkan nasib org melayu yg bertani tolonglah diberi lebih banyak perhatian dan sokongan. Bercucuk tanam, menternak, nelayan kebanyakkan org melayu. MARA perlu lebih teliti, baik pulih dan canggih. Bukan membekukan pertolongan.

5. kalau bolehlah, (kalau) Dengan rasa rendah diri bolehkah Dato memberi sedikit sokongan yg berbentuk motivt supaya saya menjadi seorang yang tabah seperti Dato yang bermula dari bawah. ( yg saya baca sejarah Dato).

6. kesimpulannya bolehkah saya mendapat surat sokongan dari Dato. Saya akan sediakan dokumen syarikat yg lengkap.

Sokongan dan perhatian Dato saya amat berterima kasih.

ORHAN said...

boleh lah di beri tajuk PERTANIAN YANG DIPINGGIRKAN...

salam buat YB Dato...

1. Cerita malang ini bermula dengan pinjaman mara dibawah MECD untuk pertanian dibekukan(ntah sampai bila nak cair).

2. Saya adalah usahawan tanimoden dan seorang lepasan ijazah yang lahir diera pimpinan perdana Menteri Abdullah Badawi dan dibawah payung dato juga. (saya amat menghargai). Alhamdulillah pendapatan bulanan saya mencecah 15k sebulan.

3. Bermula dgn 200K pinjaman AgroBank dan Aset ini berkembang hampir 1 juta dalam 3 tahun ini. Tapi dukacitanya pinjaman untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini untuk modal pusingan terbantut sedikit dengan PERMOHONAN PINJAMAN TEKUN DITOLAK. gara-gara pinjaman agrobank masih berbaki.

4. Apa yg saya harapkan dan perlu diperjuangkan dan apa yang saya takutkan nasib org melayu yg bertani tolonglah diberi lebih banyak perhatian dan sokongan. Bercucuk tanam, menternak, nelayan kebanyakkan org melayu. MARA perlu lebih teliti, baik pulih dan canggih. Bukan membekukan pertolongan.

5. kalau bolehlah, (kalau) Dengan rasa rendah diri bolehkah Dato memberi sedikit sokongan yg berbentuk motivt supaya saya menjadi seorang yang tabah seperti Dato yang bermula dari bawah. ( yg saya baca sejarah Dato).

6. kesimpulannya bolehkah saya mendapat surat sokongan dari Dato. Saya akan sediakan dokumen syarikat yg lengkap.

Sokongan dan perhatian Dato saya amat berterima kasih.