Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, August 14, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

1) Fuad said : Jikalau Dato Noh dpt tubuhkan satu team yg merespon dan menindak balas segala yg ditimbulkan di comment . itu amat bagus sekali ...(Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)
Kepada saudara Fuad..
Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Sebenarnya saya memang sudah tubuhkan reponse team "flying squad" untuk memantau dan menangani permasalahan usahawan lebih-labih lagi yg berkaitan dengan pembiayaan.

2) Hayusri said : Saya adalah penumpang bas ekspress mingguan yang terpaksa berulang alik dari Shah Alam ke Butterworth memandangkan isteri dan anak2 saya berada di sana.... Saya hanya mengharap pihak Dato untuk menyelesaikan masalah yang membelengu saya. Kami seperti berada di ambang maut ketika menaiki bas ekspress kerana bas dibawa terlalu laju. (Untuk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Buat saudara Hayusri..
Tindakan saya menggantung permit bas ekspress bukan sekadar menghukum tapi untuk memberi kesedaran kepada pengusaha bahawa bas ekspress bukan mesin maut. Pendekatan ini akan saya teruskan untuk memastikan pengusaha bas ekspress lebih bertanggungjawab.

3) Anonymous said : Sy nk bertanye tentang dana yg disediakan oleh pihak TEKUN..sy mendapat maklumat tentang sebuah koperasi di bwh TEKUN menyediakan pinjaman persendirian untuk bumiputra..adakah benar maklumat yg sy dapat ini???

Kepada anonymous yang bertanya mengenai dana TEKUN...Mohon berikan maklumat yang tepat untuk siasatan. Untuk makluman semua, Pinjaman TEKUN tidak ada melalui orang tengah termasuk koperasi.

4) Kepada iq2020.....terima kasih atas kekerapan saudara meninggalkan komen diblog ini..kali ini mengenai ruang niaga UDA...(Utk komen lengkap sila rujuk kolum 600 Koperasi Digerak Jayakan Bumi Hijau)

Utk makluman semua, saya telahpn mengarahkan UDA utk memantau kemelut yg berlaku di kompleks2 perniagaan milik UDA dan melaksanakan visi dan misi penubuhan UDA iaitu membela dan membangunkan masyarakat Bumiputera dibandar.Saya harap, UDA faham hasrat ini dan melakukn yg terbaik demi kepentingan usahawan2 bumiputera.Tp kita tak boleh salahkan org lain kalau UDA sebagai agensi pelaksana pembangunan bumiputera tidak peka dgn apa yg telah berlaku di dalam premis mereka...

19 comments:

Anonymous said...

Saya mencadangkan kementerian dapat membantu mereka yang berminat menceburi Internet Marketing dengan mengadakan bengkel-bengkel yang mana tutornya adalah mereka yang telah berjaya seperti Dr. Irfan Khairi.

Mungkin ramai yang berminat untuk menceburkan diri dalam Internet Marketing tetapi kos untuk mengikuti kursus/bengkel memerlukan kos yang tinggi.

Sekian cadangan saya........ARB Dagang

Anonymous said...

Assalamualaikum Y.B Dato',
Mengenai UDA, Saya berpendapat bahawa Urban Developement Agency ini kurang membantu golongan peniaga bumiputera. Setahu saya mereka ini kurang dipantau oleh pihak menteri sebelum ini. Keuntungan adalah matlamat utama UDA. Sehinggakan banyak premis mereka ini tidak mampu disewa oleh peniaga bumiputera. Saya semakin tidak faham apakah fungsi penubuhan UDA yang sebenarnya. UDA hanya agak popular setelah Y.B Dato' mengambil alih MECD. Pada pendapat saya MECD ini hanya boleh dipegang oleh seorang menteri berasal dari keluarga susah dan mengetahui ertinya kepayahan. UDA sekarang telah mula mengetahui bahawa mereka perlu berada dilandasan yang sebenarnya. Saya amat menyokong YB Dato' untuk menjenamakan semula MECD serta agensi dibawahnya.
LittleMalay75

Unknown said...

terima kasih atas jawapan tersebut .

Dato Noh berminat tak melawat kelab usahawan di egypt ( KUMIM ) ? waktu Dato Noh datang baru baru ni ke alexandria merasmikan bangunan yg dibeli oleh MARA . AJK kelab usahawatan tidak dpt ikut serta ke alexandria dan ketika ramah mesra . ini dikeranakan ianya bertembung dengan exam semester kami . pagi itu kami semua ada exam .

Harapan kami , Dato Noh dan pegawai pegawai tinggi MARA dpt beramah mesra dengan kami lagi dan kami perlukan masukan ( idea dan pandangan ) dari pihak Dato .

Anonymous said...

Salam YB Dato'...

Terlalu banyak pinjaman yang disediakan untuk menggalakkan Bumiputra untuk menceburi bidang perniagaan francais yang kononnya dikatakan dijamin berdayamaju kerana telah dikenali ramai. Hakikat sebenarnya tidak semua perniagaan francais itu berdayamaju kerana jika lokasi perniagaan yang dicadangkan oleh pemberi francais tidak strategik maka wang pinjaman yang dihulurkan kerajaan akan menjadi NPL sahaja. Saya cadangkan bahagian francais MECD memainkan peranan mereka dengan memastikan setiap pemberi francais patuh kepada Akta Francais 1998 untuk mengelakkan dari pemegang francais ditipu.Jika didapati ada pemberi francais cuba melakukan penipuan pihak pendaftar francais MECD hendaklah bertindak dengan sewajarnya seperti senaraihitamkan pemberi francais tersebut. Apa komen YB Dato'?

onn said...

Assalamualaikum Y.B Dato',
minta kajian dibuat utk memberi kemudahan pinjaman rm100 ribu kepada kontraktor kelas F dgn kelulusan minima yg bersesuaian. Walaupun ada skim cagaran kerja ke bank atau MARA ianya tidak membantu modal kerja. Bagi kontraktor kerja Kelas F perlu tunai segera dari mengemukakan permohonan pinjaman setelah dapat surat tawaran kerja.(yang mengambil masa proses kelulusan 1 ke 3 bulan ) Sebab sy sendiri tertekan setiap kali mendapat projek terpaksa meminjam kawan2 yang sudah semestinya inginkan keuntungan dari pelaburan. sila buat kajian pinjaman tunai bagi kontraktor yang benar2 layak. Dengan cara ini banyak kontraktor kelas F akan melaksanakan kerja sendiri dari membuat "total sub" atau di Ali Baba kan projek.Byk skim yang dibuat oleh mecd atau sme tidak menyebelahi kepada usahawan pembinaan. Bidang kontraktor ini lah tapak pertama kebanyakan org melayu sebelum melangkah jauh kedalam bidang keusahawanan.

Anonymous said...

Assalamualikum Y.B. Dato'
Minta maaf jika kenyataan saya ini lari daripada tajuk yang sepatutnya. Ini berkaitan dengan projek pembangunan dibawah agensi MECD. Salah satunya ialah Pembangunan Kampus Baru GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE dibangi. Untuk pengetahuan Y.B.Dato projek pembangunan tersebut sedang berjalan lancar serta telah dicadangkan oleh sebuah syarikat bumiputera yang berjaya iaitu Global Technological Support Sdn Bhd (GTS). Pada dasarnya syarikat ini agak membantu syarikat bumiputera yang lain.Namum masalah yang timbul adalah daripada pihak penguna itu sendiri iaitu GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE. Para penguna disana tidak membantu golongan peniaga bumiputera dan peniaga bukan bumiputera dari malaysia. Mereka lebih banyak membantu peniaga daripada singapura. Pihak peniaga dari malaysia sering di perlecehkan oleh mereka-mereka ini. Dengan mengunakan alasan faktor teknologi, pihak peniaga singapura sering mendapat tempat dan diberikan keutamaan walaupun ada diantara peniaga singapura ini hanya mempunyai beberapa orang pekerja namum pihak GMI sering menganggap mereka ini terlalu bagus. Pihak GMI ada memberikan peluang kepada pihak peniaga dari malaysia tetapi didalam golongan minorti, jika adapun mereka sering mengutamakan syarikat yang mempunyai hubungan baik dengan mereka sahaja seperti Perniagaan RestuJaya sdn bhd, Senang Sepakat Enterprised (SSE merupakan syarikat bersekutu dengan RestuJaya) dan Mechanical Training Solution sdn bhd (MTS) walaupun syarikat ini telah banyak peluang tetapi jika disiasat lebih lanjut mereka ini selalu membekal peralatan kemudian mendatangkan masalah.Y.B. Dato cubalah siasat syarikat-syarikat ini untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai meraka. Ini bukan fitnah tetapi mereka sering menikam dari belakang syarikat bumiputera yang lain. Dan Y.B. Dato' boleh siasat dengan pihak GMI seperti Mohd Fauzi HOD Production Technology dan juga Tajuddin dari Production Technology juga. Mereka ini tidak langsung membantu syarikat bumiputera dan bukan bumiputera yang dari Malaysia. Y.B Dato' tolonglah siasat mereka ini demi kepentingan semua syarikat dari Malaysia. Sekarang mereka terlalu sombong kerana mereka mempunyai kuasa untuk memilih segala peralatan. Untuk pengetahuan Y.B Dato' Pengarah Urusan GMI merupakan orang yang adil serta membantu tetapi mereka-mereka inilah yang telah memberikan maklumat yang salah kepada Pengarah Urusan GMI. Y.B Dato' tolonglah siasat mereka ini supaya perkara buruk tidak berlaku kepada semua peniaga dari malaysia. Tolonglah Siasat Y.B.Dato.
Sekian Terima Kasih

Peniaga Malaya

Raudhah Design said...

Askm YB,

Saya ingin membuat aduan tentang permohonan bank yang saya mohon untuk perniagaan saya,untuk pengetahuan yb saya telah memohon pinjaman dengan Bank Rakyat pada bulan Mac 2008 tapi sampai ke hari ini dah masuk 5 bulan. Tapi untuk pengetahuan YB permohonan saya telah lulus pada awal bulan Ogos. Namun bayang cek tak juga dapat di keluarkan kerana katanya hanya di beri apabila kedai yang saya sewa itu di buka.

Masalahnya sekarang jika pengeluaran cek itu hanya boleh dikeluarkan setelah kedai siap, saya akan menghadapi masalah di mana saya tidak akan dapat untuk memulakan perniagaan saya di bulan Ramadhan nanti. Ini adalah kerana saya telah mendapat gerai di bazar Ramadhan di Taman Melawati berhadapan Giant. Untuk membolehkan saya memulakan perniagaan di bazar tersebut saya telah membuat tempahan seperti baju kurung, telekung, tudung dan sebagainya. Untuk membolehkan saya memperolehi barang-barang tersebut, saya dikehendaki membayar deposit. Bagaimana hendak saya mendahulukan deposit jika saya tiada wang untuk berbuat demikian? Di sini dilemma saya bermula kerana bank memberitahu saya bahawa cek cuma akan diberi kepada saya hanya setelah kedai saya mula beroperasi. Apa akan terjadi jika CF kedai tersebut hanya akan saya dapat setahun dari sekarang?

Untuk pengetahuan YB sebelum ini saya telah berulang kali menghubungi Bank Rakyat di mana saya juga telah meminta pertolongan daripada Timb YB Dato' Saifuddin namun masih menjumpai jalan buntu.

Dah tunggu lama masih tiada penyelesaian. Bagaimanakah peniaga kecil seperti saya hendak memulakan perniagaan jika terlalu banyak halangan yang terpaksa saya lalui. Saya harap YB dapat membantu ikan kecil seperti saya.

Sekian. Terima Kasih

Anonymous said...

Salam YB Dato ,
Tahniah kepada YB Dato berani mempunyai blog sendiri . Saya amat kagum dgn initiatif YB Dato .
Saya ingin bertanya kepada YB Dato , saya baru menubuhkan koperasi dikalangan keluarga & kawan2 . Kami telah identify satu perniagaan iaitu menjadi dealer kepada satu produk tetapi modal tk berapa cukup walaupun mendapat pinjamandari bank .Ada tak SKM memberi grant/bantuan kepada koperasi sebegini ?
Ws

Mohd Fakarudin Md Farok
Bendahari UMNO Bhgn Jelutong

Anonymous said...

Assalammualaikum YB Dato'

Saya merayu kepada Dato' agar dapat mempercepatkan pengumuman pertimbangan kenaikan harga tambang bas ekspres.

Ini kerana syarikat bas ekspres majoriti besar telah enggan untuk menjual tiket bulan September dengan lebih awal dan tiket hanya boleh dibeli sehari sebelum tarikh perjalanan.

Ini juga menyukarkan pengguna untuk membeli dengan lebih awal tiket bagi musim perayaan nanti.

Apa yang dilakukan oleh pengendali perkhidmatan bas ekspres seperti memberi "pengajaran" kepada kerajaan kerana tidak mengendahkan permintaan mereka yang mana sudahnya menyusahkan pengguna/penumpang.

Saya sebagai penganalisis industri bas, saya memperakui kos penyelenggaraan bas amat tinggi dan bukan sekadar kos diesel yang tinggi yang membuatkan mereka tertekan.Tambahan pula mereka menggunakan bas buatan German dan Sweeden. Sudah tentunya alat ganti bas tersebut sangat mahal.Sebagai contoh,sekeping rim cap tayar bas Scania sahaja berharga RM800 apatah lagi alat ganti enjin yang lain.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan bersama YB Dato' dan saya berharap pihak YB Dato' dapat memberikan pertimbangan sewajarnya bagi penyelesaian kemelut ini.

Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

kami berminat untuk ushakan travel agency,bila kami approach francis -Seri sutera,kata kami tak ada pengalaman-tidak boleh buat-sepatutnya kenalah beri peluang orang baru galakan dengan bimbim merka sebagai rakan niaga sampai berjaya,kalau macam ini sampai bila kami tak akan berjaya.merka perlu niat yang terbuka dan sifat ingin membantu orang yang tidak ada pengalaman,supaya kami yang kosong ini dapatmembangun dan dapat berusha dengan bimbingan mereka-mereka yang jadi mentor atau merka patut jadikan kami anak angkat dan bimbing kami sampai berjaya-saya harap YB dapat ambil perhatian pekara-pekara ini.

ahmad said...

asalammualaikum;

saya berasa tidak puas hati terhadap piagam pelanggan Smidec. Dalam piagam pelanggan proses untuk memohon geran permulaan perniagaan mengambil masa 14hari.Tetapi pihak Smidec mengambil masa terlalu lama untuk datang lawatan ke primis perniagaan. Biasanya sehingga 2 bulan. Setelah lawatan, pihak smidec mengambil masa 1 bulan lagi untuk proses kelulusan. Setelah mendapat kelulusan proses tuntutan pula mengambil masa terlalu lama juga sedangkan piagam pelanggan SMIDEC hanya 20 hari bekerja.Proses sehingga bayaran tuntutan di buat mengambil masa melebihi 40hari bekerja. Usahawan pernah membuat temujanji dgn Dato Hafsah Bte Hashim namun malang P.A sering memberitahu yg Dato tak ada masa. Usahawan meminta agar pertemuan dgn Dato di adakan 3 bulan akan datang namun mendukacitakan PA dato Hafsah menyatakan dato sibuk!
Tapi kenapa setelah usahawan sms pada Dato dan mengatakan ke tidak puasan hati tentang perkhidmatan SMIDec dan ingin membuat sidang akhbar Dato Hafsah tiba-tiba ada masa.Malahan ingin berjumpa dengan usahawan dlm waktu yang singkat. Balas usahawan kepada Dato Hafsah: usahawan tiada mempunyai helikopter peribadi untuk sampai ke bangunan MATRADE dlm waktu yang singkat dan meminta perjumpaan di adakan 3jam kemudian. Pertanyaan kenapa kenapa beliau bole menunggu usahawan ? Tapi bila ditanya melalui PA sering mendapat jawapan Dato Sibuk!!!Perjumpaan dgn dato tidak memuaskan hati usahawan .Masa yang di beri terlalu singkat dan usahawan tidak berkesempatan bersuara!!!! Usahawan ada mengajukan beberapa soalan kepada Dato malangnya jawapan yang di beri tidak releven .Dato tidak mengakui kelemahan yang ada pada Smidec.
Ketidak puasan usahawan ini telah di suarakan di akhbar Sinar ahad 17/08/2008.
Harapan usahawan agar masalah ini perlu di tangani segera.Peranan Smidec adalah untuk membantu usawahan bukan menyusahkan usahawan. Untuk makluman pihak usahawan telah mengumpulkan tandatangan dari semua syarikat yang telah memohon geran dari Pihak Smidec tentang kelemahan Smidec dan kelewatan Smidec. Pihak usahawan kini sedang berbincang dgn pihak media TV3 untuk menyiarkan ketidak puasan hati para usahawan.

adakah patut seorang Dato bertanyakan berpakah pendapatan usahawan sebulan? sedangkan usahawan tidak pernah bertanya kepada Dato Hafsah Hashim berpakah beliau perolehi sebulan? kenapa beliau bertanya demikian?

Unknown said...

Assalamualaikum Dato',

Saya usahawan bumiputra yang terlibat dalam perniagaan mengimport dan mengedar produk-produk pertanian seperti baja, bahan-bahan kimia pertanian dan alat-alat ganti jentera. Salah satu pembekal kami dari luar negara bercadang untuk bekerjasama bagi membuka kilang dan memindahkan teknologi untuk kami jalankan pemprosesan di Malaysia. Produk tersebut seterusnya akan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan eksport. Soalan saya, adakah terdapat sebarang insentif, gran dan sebagainya yang boleh kami pohon dari kementerian Dato' untuk perniagaan seperti ini.

Terima kasih.

Nuaim

Anonymous said...

salam dato noh.. saya pelajar dr salah sebuah IPTS di bahagian Bandar Baru Bangi.. baru-baru ini saya ada membeli tiket bas untuk pulang berhari raya di kampung saya di penang..tetapi tiket bas yang dibeli oleh saya melampaui harga yang sepatutnya.. harga tiket pada kebiasannya adalah kurang daripada RM30 tetapi saya dikenakan bayaran sebanyak RM50.. oleh kerana bimbang tidak dapat memperolehi tiket bas saya terpaksa membeli tiket tersebut dengan harga yang dikehendaki iaitu RM50.. harap dato dapat mengambil tindakan terhadap syarikat tersebut yang beroperasi di hentian kajang (roadways).. sekian terima kasih..

Anonymous said...

YB Datuk,
saya adalah kontraktor kelas F yang selama ini bergantung kepada MARA untuk modal pusingan kerja.Biarpun tempoh untuk mendapatkan wang pinjaman daripada Pihak MARA agak sedikit terlewat namun masih mampu kami bergolak gadai untuk mencari modal permulaan kerja dan amat berterima kasih kepada MARA.

Di sini saya ingin untuk YB Datuk mempertimbangkan bahawa Pinjaman 200k Untuk Kontraktor Kelas F di bawah MARA tidak memerlukan penjamin.Namun masalahnya YB datuk, baru baru ini, saya mendapat projek Rm30k dan telah membuat pinjaman dengan MARA dan tiada masalah.Kemudian saya mendapat satu lagi kontrak bernilai RM150k daripada agensi kerajaan.Bila saya bertanya kepada pihak MARA, mereka memerlukan penjamin memandangkan hanya satu sahaja pinjaman kontrak yang tanpa penjamin di bawah RM200k.

Saya faham ini merupakan dasar MARA tetapi ia juga menyusahkan kami sebagai kontraktor yang sukar untuk mendapat penjamin memandangkan tidak ramai yang layak menjadi penjamin.

Saya mohon YB Datuk mudahkan Dasar MARA biarpun RM200k tanpa penjamin hanya untuk satu pinjaman dan tidak boleh lebih pinjaman pada sesuatu masa kepada boleh.


Mohon Diberikan pertimbangan


kontraktor melayu kelas F

Anonymous said...

saya nak comment tentang apa yg telah dperkatakan terhadap SMIDEC dan Dato' Hafsah. Dsebalik apa yg dperkatakan tentang Dato Hafsah n her team, saya tidak pun mempunyai apa2 masaalah dgn Dato Hafsah dan Pengurus2 beliau. Dato' Hafsah byk membantu dan saya telah pun dpt start up grant bg kilang saya sebyk 20k dan tengah memohon utk grant packaging dan halal grant.Dato' Hafsah memang betul sibuk dan saya yakin beliau menjalankan tugas beliau dgn ikhlas. Terima kasih juga kepada En. Aminuddin, En Mohamad Ibrahim, En Fauzian kerana byk membantu dan meluangkan masa utk kami.

Anonymous said...

Saya ingin komen tentang apa yg diperkatakan tentang UDA. Dato' Jaafar adalah seorang yg berjiwa melayu dan menolong orang melayu yang ingin majukan diri. Saya tiada masaalah langsung dengan uda dan Dato' Jaafar, sejak mula mengenali UDA. Terima kasih UDA.

Anonymous said...

Congratulations Dato' for having this blog. Pemimpin berjiwa rakyat, dekat dengan rakyat, tapi alangkah baiknya tak ada tapisan bg komen2 yg di beri disini baru telus, see through, barula bagus. Kalau perlu di tapis belum lg klas tak gitu???? rakyat perlu tau apa komen orang2 lain dan apa yg telah dilalui oleh org lain jadi pisang busuk tak perlu berbuah dua x. Kalau buah bagus, berbuah berkali2 pun tak pe.Tak perlu takut, tak perlu melatah, tak perlu meracau bila kena komen, keep cool, be professional, lagipun sbg qualified lawyer mana boleh melatah and emotional bila kena komen, provoke, kerna that is a gd way to muhasabah diri. mcm khir toyo, jadi mb 8tahun, 21x panjat tingkat 21 bangunan suk, tak pernah sekali dpt jumpa, sampai dah x jadi mb lagi pasal xda masa berjumpa rakyat nak share grievences.mana rakyat ada masa nak pangkah dia lagi kan gitu???kalau nak harap orang kampung saja yg pangkah. tak cukup undi la kot, org lain ada blog communicate dgn rakyat. Shabas Noh Omar.

Anonymous said...

salam, saya nak komen tentang yang dato' ckp dlm 60minit bersama menteri, 9/10 punca rezeki dtg dr berniaga. orang berniaga kalau tak berniaga shoru miss. Kalau sakit demam ke, tak de mood ke, perlu bangun dan buat kerja. Org makan gaji, boleh mc, emergency, no pay leave, keluar minum, outstation, curi tulang tau-tau cukup bulan gaji mashuuuk. lagi cepat hari berlalu lagi cepat dtg 25hb!!!sebab tu kalau urusan dgn peniaga, especially usahawan, pengeluar manufacturer, dia tak main hari, dia main saat dan minit. Time is money, tak cukup duit tak bebayar lah sewa, gaji, bahan mentah, loan mara, loan tekun, sme bank, silap2 anak2 tak makan, sesak sgt cari ah long. tpi govt servant(hamba kerajaan direct transalation) tak peka dengan keadaan ini sbb dia tau gaji dia masuk tiap2 25hb. cucuk kad atm, mesti ada duit betul tak???sebab tu surat atas meja tak berusik 21hari pun tak perasan orang ada anak bini nak bg makan. Jgn pulak dato' cepat melatah, melenting, tak professional lah especially from a qualified lawyer like you. Kalau kena hentam dgn org awam, rakyat, mungkin bunyi kurang adap, terimalah dgn hati dan minda yg terbuka, sbb org tertekan dgn keadaan boleh buat apa saja!!!nasib tak mati kena hypertension dah cukup syukur tak tanggung dosa yg mengakibatkan org boleh mati atas sebab musabab yg mendorong kpd hypertension tu. Dato' dah jadi wakil rakyat selama 15tahun, biasa dgn org kipas, ampu, kowtow, belum tentu ikhlas. yang tegur secara kurang sopan tu yg bwk impak yg kuat untuk kita muhasabah diri.kalau rasa tak tahan, byk orang lagi boleh menerajui mecd?!jgn selesa nak dengar 'ya Dato', baik Dato' saja.belakang mana tau? jgn juga mudah nak dengar cakap orang, semua nak pelepas diri saja.hari tu ada yg gusar teringatkan 16 sept takut2 anuar ibrahim take over, tamat lah khidmat mereka dgn dato'! dato habis, diorang pun habislah. sekali air bah sekali pasir berubah!!!jgn jadi mcm khir toyo, leka di buai mimpi, terantuk sekali tak sempat nak mengadah. Dah hilang kepercayaan orang. Pak lah pun sama, ada email, tak sempat nak baca.byk lagi kerja lain konon nak dbuat, dah nak jadi menteri, hamba rakyat, buat lah apa yg patut!!!sampai orang dlm sendiri suruh dia turun dr kerusi.jgn selesa dgn gelaran dan pangkat, mati esok tak bwk apa2 pun kecuali kain kapan dan iman.wallahualam. kalau dato buat kerja kerana allah, orang lain pun byk buat kerja kerana allah.dan kalau kita tlg org, biarlah tgn kanan buat kebajikan tgn kiri pun tak tau, baru berkat. tak payah hebah2 aku dah tlg byk org sesungguhnya tuhan maha melihat maha mendengar maha mengetahui apa yang ada di hati kita wallau pun sebesar biji sawi. It is within your capacity to do what you r doing right now. dont complain dont even talk about it.kita kalau kita buat kerja kita dgn ikhlas lillahitaala, semua jadi ibadat, semua pun pahala, hilang semua dosa untuk hari itu selagi kita tak buat dosa2 besar. kita akan ditempatkan depan dgn nabi diantar para syuhada dan para ambia. moga2 kita tergolong dalam golongan ini.amin yarabbalalamin. yang baikitu dr allah yang tak baik itu dari saya sendir. saya mintak maaf atas terkasar bahasa tapi pilihlah untuk melihat secara terbuka sebagai kakak tegur adik. tak ramai org kuasa tegur org lain, semua nak selamatkan diri sendiri, tapi tuhan berfirman, demi masa, sesungguhnya manusia itu dlm kerugian. kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan pesan dgn kebenaran serta berpesan pesan dgn kesabaran.sometimes whatever is not nice to hear is good 4 u.like the medicine, bitter, but it can make u well. u r already good, but u can be better. jangan marah. maaf.saya tulis ikhlas bukan nak kurang adap atau nak jatuhkan siapa2. lillahitaala.

Anonymous said...

Assalammualaikum w.w. & Salam Syawal Dato' & pelawat laman ini.

Harap semua termasuk Dato' sendiri menulis dengan baik dalam bahasa Melayu (atau Malaysia?) dan tidak berterabur dengan singkatan tak tentu hala, penggunaan huruf kecil dan besar ikut suka dan pemerengganan punah supaya lebih terpelihara bahasa kita.

Cukup memalukan untuk seorang menteri Melayu Malaysia tidak menghormati bahasa sendiri hanya kerana kalut dan nak bergelut dengan penggunaan blog sebagai wacana perhubungan dengan rakyat.