Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, August 24, 2008

PELUANG PERLU DI CARI...


Dua hari lepas, saya ke Permatang Pauh, merasmikan Program Pembiayaan dan Peluang Perniagaan anjuran TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Lebih 1,000 orang yang terdiri daripada para peniaga, penjaja dan usahawan menghadiri majlis tersebut di Dewan Perda, Permatang Pauh.

Sebagaimana biasa selepas ucapan perasmian, saya membuka dialog untuk memberi peluang kepada hadirin untuk bertanyakan soalan. Jelas daripada soalan-soalan yang dilontarkan oleh para peserta memperlihatkan masyarakat Bumiputera kecetekan ilmu dan maklumat. Soalan-soalan yang ditanya sebenarnya sudah berkali-kali saya jawab dan tersiar di akhbar-akhbar seperti, pembiayaan peluang kedua kepada usahawan, peluang pembiayaan dan perniagaan di agensi-agensi di bawah kementerian ini dan lain-lain.

Iktibarnya, selain daripada memperbaiki sistem penyampaian kementerian dan agensi-agensi, saya berpandangan, masyarakat Bumiputera perlu berusaha mencari dan menggali segala maklumat mengenai peluang-peluang keusahawanan yang disediakan oleh bukan sahaja pihak kementerian saya bahkan juga kementerian-kementerian lain. Kita harus mencari bukan menunggu maklumat itu sampai kepada kita.

Dalam zaman IT sekarang ini, maklumat-maklumat ini boleh dicari melalui laman-laman web di semua kementerian.

14 comments:

Anonymous said...

Y.B. Dato'
Tahniah kerana berani untuk mengadakan ruangan blog dimana rakyat dapat berhubung dengan Y.B.Dato' secara terus dan dijawab dengan teliti oleh pihak Y.B. Dato'. Semoga ruangan ini dapat memberikan ruang kepada rakyat untuk menyatakan apa yang berlaku secara terus. Diharap semoga Y.B. Dato' dapat memberikan respond dengan cepat dan berkesan. Mengenai sumber maklumat yang dapat kepada rakyat buat masa ini mungkin agak cetek diwaktu ini tetapi Y.B.Dato' kena mengetahui bahawa tidak semua rakya yang bertanya itu mendapat maklumat yang tepat tetapi sekadar untuk bertanya kepada Dato' walaupun telah banyak kali dinyatakan dimana-mana. Sekarang ini kebanyakkan pegawai dari agensi yang dibawah MECD telah mula mesra pelanggan sejak Y.B. Dato' memegang tampuk kementerian disamping Y.B. Dato' begitu memberikan perhatian setiap agensi di bawah MECD. Sekarang kami dapat merasakan bahawa agensi itu benar-benar berkhidmat untuk rakyat kerana mereka mula sedar bahawa mereka sedang dinilai oleh rakyat dan rakyat mudah menyalurkan maklumat terus kepada Y.B.Dato'. Cuma diharapkan semoga blog ini dipromosi lebih baik semoga pegawai-pegawai dibawah Y.B.Dato' tidak besar kepala lagi. Kami rakyat sekarang ini benar-benar rasakan bahawa kami terbela sekarang.
Sekian Terima Kasih.

LittleMalay75

Anonymous said...

pihak yang menjadi rakan niaga patut menjadi lebeh terbuka dengan syarat-syarat mereka-sebab kebanyakan kami baru nak jadi ushawan dan tidak mempuyai pengalaman langsung dalam bidang tersebut.contohnya nak buat travel agency mesti ada 3 tahun pengalaman.orang baru menang tidak ada pengalaman.sepatutnya orang baru rakan niaga patutlah bimbing kami sampai berjaya-bukan kata tidak ada pengalaman tidak boleh buat.saya harap Datok dapat bantu dalam pekera ini.bukan saja ,saya hadapi masalah ini,ramai lagi ushawan yang baru nak cuba dan patah hati bila,jawapan macam ini dari rakan niaga.

ARMADA said...

Assalamualaikum Dato'
Kali pertama saya melayari Blog Dato'..Tahniah..boleh memberi banyak manafaat kepada banyak orang melayu,khususnya orang2 Tg.Karang..harap2 ramailah orang kita yang celik IT..betul kata Dato' orang melayu perlu rajin cari maklumat,macam orang gian rokok kehilangan lighter thg malam..sanggup selongkar bawah bantal,bawah tilam akhirnya petik dapur gas utk pasang rokok..gigih..tapi utk mengukuhkan ekonomi ramai yang mengharapkan rezeki datang bergolek..nak cerita kat Dato' kisah orang kita nak hantar anak ke sekolah pun tak bersungguh..tempoh hari saya ada mengadu kat Dato' pasal masalah bas sekolah..selang dua hari lps tu saya jemput penjaga yang terlibat sbb nak dengar komitment penjaga..frust Dato' dari 30 penjaga 6 orang je yg datang ..ikutkan hati nak lps tangan tapi tak sampai hati..tengok budak2 balik sekolah jalan kaki 5-6 batu..tu lah sikap orang kita Dato'..sekian wassalam

Anonymous said...

Y.B. Dato'
Perkara sebegini telah lama berlaku dalam masyarakat kita terutama kaum melayu.. hanya menunggu info sampai di depan mata. Disebabkan itu, telah banyak wujud pihak ketiga yang mengambil kesempatan menjadi orang tengah dan mengambil persen untuk menolong membantu membuat loan dari tekun, mara dan sebagainya sedangkan proses permohonan loan boleh dikatakan mudah sekarang kerana segala info ada di laman web mecd dan agensi-agensi berkaitan. Baru-baru ini (26/8), Insken juga ada menganjurkan bicara usahawan bertajuk berniaga tanpa modal yang sememangnya membuka mata dan semangat untuk berniaga.Lebih-lebih lagi penceramah adalah seorang usahawan yang berpengalaman. Ramai juga yang hadir, tetapi masih belum penuh dewan..saya jangkakan tentu akan penuh kerana program tersebut diiklankan di laman web mecd. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah pada Y.B Dato' kerana dari mula Dato' memegang jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato' masih tetap dengan pendirian yang Usahawan yang jatuh perlu diberi peluang kedua.. seperti bantuan oleh Yayasan Tekun sekarang.. Ini merupakan satu langkah bijak yang benar-benar membantu golongan usahawan..terlalu banyak halangan dan rintangan yang perlu ditempuhi oleh usahawan dan tidak ramai yang berjaya kali pertama memulakan perniagaan. Tahniah sekali lagi.

Ezad said...

salam YB Dato
Tahniah Dato kerana kewujudan blog ini.

Sememangnya peluang itu perlu dicari sendiri tanpa mengharapan 'suapan' dari mana-mana pihak. Namun begitu, sikap rakyat yang senantiasa mengharapkan 'bantuan kerajaan' yang menyebabkan banyak usaha kerajaan sekarang tidak diketahui oleh mereka. Akhirnya kerajaan juga dipersalahkan, kononnya tidak prihatin dengan kehendak rakyat. Oleh itu, sewajarnya kerajaan melalui agensi-agensinya mengadakan lebih banyak road show dengan menyertai ekspo-ekspo yang bukan sahaja di bandar-bandar tetapi juga di kampung-kampung.

Namun, adakalanya maklumat yang diberitahu oleh pegawai berbeza dengan maklumat dari website dan kenyataan dalam media cetak. Ini menyebabkan dasar dan usaha kerajaan itu dikelirukan sendiri oleh kerajaan. Jadi, tidak mustahillah soalan yang sama dikemukakan oleh rakyat. Paling penting adalah, pegawai perlu memahami segala data dari pihak kementerian, website dikemaskini sepanjang masa dan menteri memberi penjelasan yang tepat kepada media.

Bukan semua rakyat dapat membaca akhbar, melayari website atau menghubungi terus pihak-pihak terbabit. Jadi untuk menyampaikan maklumat kepada golongan ini adalah dengan mengadakan pameran dan program bertemu pelanggan disetiap ceruk di negara ini. Sedangkan, di situ mungkin ada bakal-bakal usahawan bumiputera, siapa tahu, kan?

Mohd Fareez said...

Salam....
Ini kali pertama saya melayari blog Dato'....
Terima Kasih atas maklumat yang diberi....
Di sini saya ingin mengajukan soalan...
Adakah kementerian di bawah Y.B. Dato' menyediakan peluang2 perniagaan kepada pelajar IPT? Adakah kementerian mengadakan ceramah2 dan panduan kepada pelajar IPT yang berminat di dalam kerjaya usahawan ini?
Memandangkan pelajar IPT kekurangan modal, Adakah kementerian menyediakan pinjaman?
semua jawapan dari Y.B. Dato' saya dahului dgn ucapan terima kasih

Anonymous said...

Tahniah Dato' atas segala usaha yang dato' jalankan.

Anonymous said...

a`kum. dato..saya nak comment tak da la. cuma nak mintak pendapat dato , saya dah berkerja kat anak syarikat koperasi lebih 17 tahun..kementerian nasihatkan supaya anak syarikat ditutup kerana perbuatan dan kesalahan maupun kesilapan org atasan,koperasi pulak mcm lepas tangan dan tidak langsung menghargai pengorbanan perkerja yang dibuang tanpa pampasan(mjoriti org melayu)kami sedar koperasi dah memiliki jutaan ringgit berupa harta,saham dan simpanan..namun itu semua duit ahli yang berganda ganda disebabkan usaha kakitangan selama ini...disebabkan ketamakan ataupun kebodohan pihak lembaga yang dipilih oleh ahli ahli melalui undian sah..anak syarikat yang telah berjaya kerugian bejuta ringgit sehingga diarah tutup kedai di kebanyakan cawangan..kalau ada sedikit masa tu ...siasatlah perkara ni dan bela lah nasib ramai perkerja perkerja yang dibuang dan hilang punca pendapatan..ini lah yang dikatakan pengalaman berkerja disia siakan oleh pihak koperasi..la ni saya nak mintak email.add dato ada ka? saya nak terus terang. kata org biar terang lagi bersuluh bukan begitu dato?

Anonymous said...

Y.B. Dato,
Tahniah atas kewujudan ruangan blog. Betul kata Dato Peluang Perlu Di cari tapi kadang peluang saja tidak cukup untuk kita berjaya tanpa sokongan dan bantuan dari pihak berkenaan!

Bukan kami nak menjadi rakyat subsidi tapi itulah...ada peruntukan tapi kekadang susah untuk kami mendapatkan nya. Memang mudah untuk mengatakan..tapi realiti nya ada lah sebalik nya,...sekian terima kasih.

Anonymous said...

salam...

Y.B. Dato,

saya nak tarik perhatian Y.B. Dato pada satu pengumuman yg Y.B. Dato buat pada 23/7/08 di dalam Berita Harian iaitu mengenai Pinjaman Mudah Sehingga RM50,000 utk membantu kakitangan kerajaan memulakan perniagaan secara sambilan atau separuh masa. pinjaman ini akan dikawalselia oleh 5 agensi di bawah kementerian Y.B Dato'. Untuk makluman Y.B. Dato' saya adalah seorang kakitangan kerajaan dan telah pun bertanyakan tentang pinjaman tersebut dengan kelima-lima agensi terbabit. Malanngnya jawapan saya terima cukupu menyedihkan kerana ia tak semudah yang diucapkan oleh Y.B. Dato'. kesemua agensi tersebut memberikan jawapan yg sama iaitu "....kami belum terima apa-apa pekeliling mengenainya, mcm mana kami nak beri...lagi pun kalau nak beri kita kena tunggu kerajaan ubah GO (Perintah Am)yg menyatakan kakitangan kerajaan tak boleh buat kerja luar...". Diharapkan Y.B. Dato' boleh menjelaskan persoalan ini. Jika tidak makin ramailah rakyat akan terus berurusan dengan Along. Bantulah Bangsa Melayu yg berkebolehan dan berbakat di dalam perniagaan.

Anonymous said...

assalamualaikum YB Dato,tahniah diatas kewujudan blog ini. saya amat kagum dgn segala yg dato' lalui selama ini, dari menjual ais krim, ke kerja kontrak, kerja kilang, jadi guru,menjadi pemandu teksa hingga ke menara gading hingga menjadi seorang peguam, pegawai undang2 MARA dan finally menjadi menteri yg mengawasi MARA. Syabas. Dato' pasti dpt menyelami hati usahawan yg gigih yg selalunya menempuh byk halangan sebelum berjaya dan saya yakin ini datang dari Allah swt yg menduga manusia selagi dia boleh menerima dugaan itu utk menjadi lebih kental dlm hidup dan menerima dugaan tuhan.
Saya setuju sgt dgn Dato' bahwa peluang perlu dicari bukan setakat peluang pembiayaan, jika ada usahawan yg pandai cari peluang perniagaan dimana sudah dikenalpasti dimana lubuk ikan, pasti mencerminkan betapa cerah masa depan usahawan itu kerana mencari peluang perniagaan bukan mudah, jika dah dpt dan mengalami sedikit rintangan perlu diberi bantuan sedaya mungkin sebab untuk mendapat satu2 peluang bukan nya mudah, ianya dtg dr ALLAH, sebab segala rezeki dtg dr ALLAH dan spt Dato' bicara di dalam program 60minit bersama menteri Dato telah menambah kepada motto MECD iaitu Keusahawanan Kerjaya pilihan, hadith nabi 9/10 punca rezeki adalah dr perniagaan dan cuma 1/10 adalah dr makan gaji.
Saya adalah bekas pegawai bank dari tahun 1984-1990, dan memilih untuk menyusukan kelima-lima anak saya dgn susu badan selepas
itu.Setelah selesai tanggungjawab saya itu saya telah pun membuat direct selling selama 10tahun sambil saya membesarkan anak. Saya telah mengambil jurusan keusahawanan sbg pengeluar produk makanan dan telah menjalankan perniagaan ini selama lapan tahun. Memang betul bahawa bukan mudah untuk melahirkan generasi dlm bidang keusahawanan dan saperti Dato' kata belum lagi smpai ke tahap yg memuaskan dan boleh dibanggakan dan saya sekali lg bersetuju dgn Dato bahawa usahawan yg cemerlang perlu djulang hingga menjadi gemilang lg terbilang.
saya tertarik juga dgn kenyataan Dato' yg telah mengadakan Flying Squad untuk memntau permasaalahan usahawan tetapi malangnya surat yg dihantar kemeja Dato' pd 3hb September belum lg mendpt jawapan hingga kehari ini.sedangkan usahawan takada gaji, kalau x berniaga, shoru miss!!!
jikalau usahawan telah ambil inisiatif untuk menjadi cemerlang perlu dijulang hingga menjadi gemilang lg terbilang, spt kataDato', tapi kalau 20hari terlepas peluang, yg gemilang pun hilang punca pencarian dan boleh hilang sabar menanti Flying Squad. Bila usahawan sangkut cash flow, mcm mana nak byr hutang tekun mara sme bank sewa kedai, gaji pekerja ??? terlepas lg peluang nak dpt rebate dr pinjaman, terlepas lg peluang2 yg besar.
Koperasi sewjrnya mencari peluang perniagaan yg boleh menguntungkan ahli. Tp apa jadi bila koperasi dpt peluang menambahkan keuntungan ahli, ttp akibat tamakkan percent untuk kepentingan ahli2 lembaga pengarah, peluang jualan export rm270,000 pun tinggal hampeh????
Saya berharap Dato' menteri dpt renungkan comment2 dr saya yg lebih tua dr Dato' menteri yg sudah lama makan garam, yg lebih lama berkecimpung dlm perniagaan, dimana telah dikatakan jika seseorang telah menjalankan perniagaan direct selling lebih dr 20tahun, seolah2 telah mencapai tahap PHD dlm business. Saya harap comment saya ini dpt menafaat kepada ramai yg melayari blog ini utk kita muhasabah diri dan menafaat bersama.
saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa yg kdg2 tak di sengajakan yg menyinggung perasaan menteri, sbb menteri juga manusia biasa. Ttp kita perlu jgn cepat melatah bila mendpt teguran pndgn yg lain dr pndgn kita.wallahualam.

Mohd Nizam Bin Mohd Zahari said...

Assalamualaikum...

Y.B Dato',

Nama saya Mohd Nizam Bin Mohd Zahari dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Pada pandangan saya maklumat yang diberikan berkenaan pembiayaan adalah jelas tetapi masalah yang saya sering temui adalah kesedaran menjalankan perniagaan dari awal. Mereka hanya tahu untuk berniaga tapi bimbingan khusus bagaimana mengawal perniagaan dan membesarkan pasaran "target market" yang mereka kurang. Tambahan lagi mereka kurang berpengetahuan tentang cara pemasaran melalui internet yang semakin lama semakin luas.
Saya ada bertemu dengan beberapa orang yang berpotensi memajukan diri dalam perniagaan dan ada yang mempunyai produk yang boleh di komersialkan tetapi malangnya mereka kekurangan bimbingan dari segi kewangan dan juga dari segi " marketing idea". Saya juga ada membuat satu sesi "brainstorming" dengan pemilik syarikat itu tentang betapa luasnya sesebuah produk itu boleh dipasarkan menggunakan kaedah yang terkini. Orang melayu kita masih lagi ketinggalan dalam selok belok perniagaan.

Saya juga ingin menyampaikan hasrat untuk menjadi salah satu dari sumber MECD untuk membantu anak melayu lain untuk mencipta kejayaan.

Saya yakin dengan cara ini kita dapat melihat anak melayu kita akan lebih berjaya masa akan datang.

Amin...

any feedback plz do call me:-
Mohd Nizam Bin Mohd Zahari
0197756763
mnizamm_79@yahoo.com.my

Anonymous said...

a`kum. dato..saya nak comment tak da la. cuma nak mintak pendapat dato , saya dah berkerja kat anak syarikat koperasi lebih 17 tahun..kementerian nasihatkan supaya anak syarikat ditutup kerana perbuatan dan kesalahan maupun kesilapan org atasan,koperasi pulak mcm lepas tangan dan tidak langsung menghargai pengorbanan perkerja yang dibuang tanpa pampasan(mjoriti org melayu)kami sedar koperasi dah memiliki jutaan ringgit berupa harta,saham dan simpanan..namun itu semua duit ahli yang berganda ganda disebabkan usaha kakitangan selama ini...disebabkan ketamakan ataupun kebodohan pihak lembaga yang dipilih oleh ahli ahli melalui undian sah..anak syarikat yang telah berjaya kerugian bejuta ringgit sehingga diarah tutup kedai di kebanyakan cawangan..kalau ada sedikit masa tu ...siasatlah perkara ni dan bela lah nasib ramai perkerja perkerja yang dibuang dan hilang punca pendapatan..ini lah yang dikatakan pengalaman berkerja disia siakan oleh pihak koperasi..
anak syarikat yang dimaksudkan ialah BUMIKO SDN BHD (anak syarikat koperasi koperkasa berhad) la ni semakin hari semakin ramai ahli keluar atau berhenti menjadi anggota...daripada lebih 40 ribu keanggotaan tinggal 20 ribu lebih...maseh ramai lagi yang menunggu pijaman selesai dan berniat tidak meneruskan keahlian...saya akhiri dengan sepatah pantun...TANGKAP IKAN HARUAN DAPAT SI IKAN KELI...KALAU SALAH HALUAN CARIK TOK GURU(DATOK NOH)BELAJA LAH LAGI

reen said...

askum dato'.....

bersyukur saya dato' sudi menyediakan satu ruang yang sebegini supaya dapat bimbingan serta suara terus.

saya bersua 40tahun . saya cuba untuk memajukan perniagaan kecil -kecilan saya tapi tak pernah berjaya. berbagai perniagaan saya uruskan , hampir berjaya tapi bila ingin membuat pinjaman akhir ye kecundang. perniagaan terumbang ambing. minat dalam perniagaan amat besar..serta mempunyai idea serta kretiviti yang agak banyak ..tapi tak dapat di kembangkan oleh kerana tidak mempunyai bantuan kewangan dari mana-mana agensi atas sebab saya telah di black listkan. sedangkan bantuan amat saya perlu bagi menjalankan perniagaan kerna bagi saya selagi saya masih berdaya saya ingin menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya.

di sini saya ingin dapatkan sedikit sebanyak kata perangsang dari dato sendiri.

terima kasih