Saya perlukan reaksi anda terhadap cadangan ini...
Kerajaan bercadang untuk mengehadkan jumlah pembelian tiket bas ekspres ketika orang ramai mahu balik ke kampung halaman masing-masing untuk beraya. Ia bagi membendung kegiatan “ulat tiket” yang membeli tiket dengan jumlah yang banyak untuk dijual semula dengan harga berganda kepada orang ramai yang terdesak untuk mendapatkan tiket bas pada musim perayaan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata pihaknya kini sedang mengkaji berhubung keperluan mengehadkan pembelian tiket bas ekspres.
“Bila kita hadkan (pembelian tiket), tentu ada orang marah dan kalau tidak dihadkan, mungkin ada orang membeli sehingga 30 dan 40 tiket. Kalau seseorang itu telah membolot begitu banyak, inilah yang menyebabkan wujudnya ulat tiket.
“Pada masa ini, kita sedang lihat sama ada perlu atau tidak langkah mengehadkan jumlah pembelian tiket ini. Jika hasilnya menunjukkan ia merupakan cara terbaik, ia akan dilaksanakan pada musim perayaan ini (Hari Raya Aidilfitri),” katanya di sini hari ini.
Noh berkata pihaknya menjangkakan bahawa dengan melaksanakan tindakan mengehadkan jumlah pembelian tiket, ia akan memberikan pelbagai reaksi daripada orang ramai. “Bagaimanapun, kerajaan akan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah kegiatan ulat tiket ini,” katanya.
Beliau berkata Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan bersama agensi penguatkuasa lain telah mula menjalankan operasi membanteras kegiatan ulat tiket bas menjelang sambutan Aidilfitri ini.
“Operasi membanteras ulat tiket yang dilaksanakan di stesen bas Puduraya (Kuala Lumpur) dua hari lepas, berjaya menahan 40 orang termasuk dua warga asing yang menjadi ulat tiket bas ekspres,” katanya.
— sumber BERNAMA
— sumber BERNAMA
5 comments:
salam,
Cadangan besabit tentang cadang ini bagi saya agak mengelikan hati...teringat saya pada pepatah melayu'' marahkan nyamuk kelambu dibakar''
Dato' cadangan saya tidak boleh ke pendekatan sistem mykad di gunakan...macam kita beli tiket kapal terbang...kita dafterkan semua nama penunpang secara online...takde lagi saya pendekatan ini dilakukan...jadi orang ramai tidak perlu beratur dan membeli tiket bas dari ''ulat tiket'' ini... Yg nak balik kampung pun boleh merancang cuti mereka dgn baik...system berkomputer ini tidak mustahil utk dilakukan..ramai diluar sana yg bijak I.T yg saya yakin dpt membantu kerajaan khususnya LPKP...
Sekian,
P/s:hentian puduraya perlu di tukar kepada hentian yg lebih baik...dan gunakan hetian puduraya ini utk kegunaan domestik shj..
Assalamualaikum Y.B.Dato'
Pada pandangan saya perkara ini adalah satu cadangan yang baik. Cuma saya takut bila pemantauan tidak dilakukan. Saya rasa pihak yang berkenaan seperti LPKP perlu melakukan pemantauan yang kerap dan janganlah menjalankan tugas seperti "melepaskan batuk ditangga". Saya tahu Y.B Dato' telah melakukan perkara yang terbaik untuk semua penguna pengangkutan awam cuma yang ditakuti adalah mereka yang menjalankan tugas tersebut. Pengalaman saya dimana setengah pihak telah mempunyai teman rapat didalam kelompok ulat-ulat ini, dan ini juga punca masalah yang menjadikan masalah ulat tiket ini berterusan. Saya amat yakin bahawa Y.B.Dato' akan terus memantau perkara secara berterusan walaupun dari jauh.
Sekian Terima Kasih.
LittleMalays75
Salam YB Dato'
Pemantauan harus dibuat terhadap perniagaan sistem francais dan bahagian francais MECD harus menyiasat aduan yang dikemukakan dan bertindak mengikut Akta Francais 1998 jika terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak francaisor. Apa pendapat YB Dato'?
Asalmualaikum Dato’
Setiap cadangan untuk mengelakkan ‘ulat’ membolot tiket-tiket bas dan menjualkannya kembali memang saya sokong.
Cuma saya mempersoalkan kaedah menghadkan bilangan tiket yang boleh dibeli oleh pelanggan. Pertama Dato’ kaedah ini akan menyusahkan pembeli tiket yang genuine yang membeli tiket dengan bilangan yang besar. Contohnya belian untuk ahli keluarga yang ramai ataupun student yang beli untuk rakan-rakan di kampus.
Kedua kaedah ini juga boleh dimanipulasi oleh si ‘ulat’ tiket, di mana dia akan minta kawan-kawan pakat tolong belikan tiket untuk dia. Akhirnya tiket dapat dibolot oleh ’ulat’ ini juga.
Kaedah yang terbaik adalah jualan terus kepada pelanggan secara online seperti yang dato cadang dalam akhbar hari ini. Syarikat maraliner dan sani ekspres dah buat jualan online ini. Tanya mereka bagaimana jualan melalui portal tiket ini dapat membantu mereka.
Wajibkan juga pengusaha-pengusaha bas ini guna sistem E-Ticketing. Jadi takkan ada jualan tiket di luar kaunter.
Satu lagi penumpang/pelanggan pun perlu bijak. LPKP dah lama kempen jangan beli tiket dengan ’ulat’. Kalau boleh agensi dato’ giatkan penguatkuasaan di kaunter. Biar ’ulat’ takut sikit. Mereka ini ulat bermusim yang hanya wujud di musim perayaan yang porak perandakan industri bas kita.
Saya yakin industri bas ekspres di negara kita boleh dipertingkan dari masa ke semasa. Sebagai penumpang saya nak tengok puduraya jadi macam KLIA. Bersih, selesa sistematik dan takde ’ulat tiket’. Boleh dato?
askum..
Setelah saya membaca semua cadangan tersebut, saya berpendapat bahawa langkah tersebut baik tetapi sedikit rumit untuk dilaksanakan. Untuk memgunakan sistem mykad, kos untuk menggunakannya adalah tinggi. Dan cadangan untuk menghadkan jumlah jualan tiket ialah akan menyusahkan pengguna kerana terdapat ramai student yang membeli tiket dalam jumlah yang banyak hasil kiriman dari kawan-kawan.
Bagi saya, untuk masa yang terdekat ialah penjual tiket hendaklah mengambil nama dan no ic pembeli. Dalam erti kata yang lain, mengambil rekod pembeli tiket.
Perkara ini pernah dilakukan oleh pengumpul besi buruk di kawasan saya ketika kecurian besi berleluasa.
Hasil daripada pendekatan itu, alhamdulillah, budak-budak jahat tidak lagi berani menjual besi buruk yang di curi kepada pengumpul besi buruk itu.
Malangnya pendekatan itu tidak mampu mengurang dengan banyak kes-kes kecurian kerana tidak semua pihak pengumpul besi melakukan hal tersebut.
Oleh itu, saya mencadangkan agar pihak kementerian mewujudkan satu undang-undang agar pihak penjual mempunyai buku khas senarai nama pembeli tiket. Kemudian, senarai pembeli hendaklah dimasukkan ke dalam pengkalan data yang boleh dihubungkan dengan semua pengusaha tiket agar dapat mengesan berapa jumlah tiket yang dibeli.
Jika wujudnya kecurigaan terhadap pembeli tiket, maka tindakan mudah dilakukan. Contohnya ialah, pembeli yang sama membeli tiket dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Saya berpendapat, langkah ini lebih praktikal,ekonomik dan mudah bukan sahaja kepada kerajaan malah kepada pengguna dan penjual.
Sekian terima kasih.
Post a Comment