Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, June 9, 2008

SENYUM KAMBING...

Memang sesuai karikatur di atas namanya Senyum Kambing...bukan setakat kambing yang tersenyum..saya juga tersenyum apabila melihat dan membaca dialog karikatur di atas terbitan Mingguan Malaysia semalam..Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan..Sekarang saya dalam rangka kerja di London tapi kemajuan teknologi hari ini membolehkan saya mengakses berita-berita di Malaysia dan berinteraksi dengan anda semua tidak kira di mana kita berada..

'"Tunggu apa lagi Datuk Noh Omar!"......memang saya tak tunggu apa-apa lagi...sebelum saya ke luar negara lagi, saya telahpun mengarahkan LPKP supaya menjalankan operasi penguatkuasaan berterusan secara bersepadu bersama-sama pihak JPJ dan PDRM diterminal-terminal bas utama di seluruh negara. Apa yang saya dimaklumkan,gejala kenaikkan tambang ini dilakukan oleh ulat-ulat tiket yang berkeliaran di terminal bas.Kadang-kadang aktiviti mereka ini dilakukan tanpa pengetahuan pihak pengusaha bas.

Laporan terkini yang saya terima dari LPKP, setakat ini sudah 41 permit bas disita kerana menaikkan tambang bas tanpa kebenaran. Daripada jumlah tersebut, 30 permit bas ekspres, 3 bas pekerja, 4 bas henti-henti dan 4 bas sekolah.

Saya telah mengarahkan LPKP supaya melihat isu kenaikkan harga tiket ini secara serius dan tidak bertolak ansur kepada mana-mana pengusaha bas ekspres dan juga individu yang terlibat. Tindakan GANTUNG atau BATAL permit akan diambil sekiranya bersabit kesalahan.

Saya mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada pembaca blog berkaitan dengan isu ini.Anda boleh berhubung terus di talian 1-800-88-9600 atau SMS ke 39900 atau email aduanlpkp@mecd.gov.my ataupun fakskan kepada 03-88805621.

11 comments:

md zakhir said...

saya pun tersenyum juga bila membaca ruangan itu.pugian harus diberikan kpd YB Dato' dengan ulasan yg telah diberikan...walaupun saya tahu yg dato berada di luar negara besama2 dgn pegawai dr mara,uda dan lain2.

SYABAS DATO' NOH HJ OMAR

mfazy121 said...

Salam Datuk,
masalah pengangkutan awam sememangnya sudah berlarutan dan saya tidak nampak satu mekanisme yg betul2 dpt menghapuskan gejala "ulat". Pihak Datuk kena ubah sistem yg diamalkan operator bas, sy pernah alami dimana beli dikaunter X tp kena naik bas sykt Y, bila sy desak knp jd begini, dgn senang operator maklum ada masalah teknikal/rosak,dll...so kena naik jugak sbb kita harus ke destinasi tepat pd timing yg dirancangkan.
Isu tambang juga sama je....dr dulu satu ketelusan sistem tidak diamalkan...cth, pd tiket akan tulis RM30(mahal skt) tp kena beli juga sbb pakatan kata bas habis, bila naik tiket akan diganti oleh sorng runner sbb apa yg sy nampak operator takut jk kena operasi, maka terdpt perbezaan pelbagai aspek, cth tiket, sykt, harga, dll.
Di pihak Datuk, hendaklah ambil satu sistem spt Mara, dimana hanya pembelian dikaunter shj dibenarkan dan jumlah tiket dijual tertakluk pd bas yg ada, tetapi apa yg sy lihat dimana2 stesyen bas ekspress, kita beli kaunter A, tp berkemungkinan jualan utk kaunter D, kaunter yg jual hanya akan dpt komisyen, tp yg menjadi mangsa pengguna. Apapun sy serahkan kpd pihak Datuk, olah sistem, naik kan denda, pastikan hanya operator yg berkemampuan berkecimpung dlm bidang pengangkutan krn nyawa penumpang bergantung kpd kekuatan akarumbi pengendali. Jk operator kuat, tidak timbul byk masalah yg membelenggu senario pengangkutan yg sudah sekian lama tidak ditangani sebijak2nya. Cth teksi sapu di airport, bg sy jk denda dikenakan byk, maka org tak berani buat kerja , dan pekerja teksi berdaftar terbela tp dgn syarat teksi cukup utk tampung keperluan.
Satu kaedah yg terlalu simple sy nampak, kerahkan semua peg.jabatan Datuk naik bas/teksi, cthnya dan jgn terkejut jk hampir semua membawa balik repot tindakan sita/denda tp kenalah telus jgn pula ada yg ambil kesempatan utk "makan".
Sekian.

Anonymous said...

Dato',

Saya baru sahaja habis membaca blog Dr.M..saya tersenyum melihat gambar bas-bas rapid KL yang tersadai begitu banyak...apa tindakan pihak dato' mengenai isu ini...kenapa menghabiskan banyak wang kami untuk membeli bas-bas baru daripada syarikat keluarga pemimpin negara???

Anonymous said...

salam dato,

masaalah kenaikan harga minyak bukan penyebab utama pada kenaikan tambang.

banyak sebab sebab lain yang menjadi punca kenaikan tambang.
selalunya minyak sahaja yang kita nampak sebagai punca

punca punca lain

* alat ganti kenderaan naik 2x, bateri 3x, minyak hitam 2.5x,tayar

* tol

* gaji

pada pandangan saya pengusaha wajar menaikan tambang

iq2020 said...

Salam,

Pada hemat saya, berkenaan ulat di hentian bas di sekitar malaysia ini adalah disebabkan kegagalan pihak pengurusan stesen bas tersebut dalam menangani isu ulat2 ini. Mereka diberi terlampau kebebasan untuk membuat sesuka hati mereka di kawasan stesen bas ini. Soalan saya:
1) Adakah pihak pengurusan bas mengambil tindakan sewajarnya dengan operator bas ini dalam isu ulat. Apa jenis tindakan nya??? tutup kaunter tiket mereka? Menamatkan permit di platform? menghalang beroperasi di luar kuanter tiket?... atau apa sahaja yang boleh menghalang dari ulat bermaharajalela di kawasan stesen2 bas.

Adakah pihak pengurusan hentian bas mengambil berat atas tindakan seperti ini. Kalau nak harapkan pihak berkuasa seperti polis,jpj atau sebagainya bagaimana mereka nak bertindak kalau tiada laporan yang dibuat. Sepatutnya tindakan seperti ini boleh di lakukan oleh pihak pengurusan hentian bas tersebut. Tidak perlu lagi mengharapkan pihak berkuasa. Anda ialah pemilik rumah tersebut. Jangan terlalu bagi muka kepada penyewa rumah anda. bagi terlalu muka macam2 lah nak diminta2....

Apa yang pasti ketegasan owner of the house perlu untuk menjamin keselamatan para para pengunjung dari diratah rakus oleh raksasa bergelar ulat2 ini. Saya sudah biasa dengan keadaan di salah satu hentian bas paling popular di malaysia yang lain tak bukan hentian puduraya... ada depan polis ke jpj ke lpkp ke atau agensi keselamatan yang lain buat macam tak tau jek ulat2 ni buat kerja mereka .. kala tak caya buat satu survey di puduraya apa maklum balas dari mereka .... Kekadang tu saya dah muak tengok benda yang sama tetap berlaku ... sampai setiap kali pengunjung datang ke hentias bas ni cakap .. "ala kerajaan ni cakap kosong je nak buat itu nak buat ini .. tapi hasilnya sama gak .. kalau dah nama duit apa boleh jadi"..

Adakah perkataan ini akan melekat pada bibir rakyat sehingga 10-20 tahun akan datang... come on ini sekarang masa untuk pelan tindakan bukan lagi pelan perancangan..... rakyat dah jemu dah .. asyik cakap kosong sahaja tanpa apa2 tindakan... tapi dari maklumat yang saya dapat dari tokei2 kedai kat sana mereka selalu nampak pihak berkuasa ni rajin beno buat perjumpaan di hotel ancasa tu buat makan2 dengan tokei kaya raya bas... betui ka???

Dan juga dari mereka juga saya dimaklumkan pihak di puduraya dalam perancangan dengan pihak polis nak buat sisten cctv yang canggih di sana... siap nak link ke bukit aman .. awat tengok apa tuh gerak geri.. ulat ka??? Saya tahu mungkin datuk tak tahu apa yang terjadi dibawah sana atau terima laporan yang kurang lengkap .... tapi kalau isu ini diberi perhatian penuh dan datuk sendiri turun padang dalam diam2 check tengok apa sebenarnya yang terjadi disana.. mungkin datuk dapat memahaminya ....

yuyu said...

Dato, ini mingkin terkeluar topik sikit. Saya sebenarnya menghormati kepimpinan Dato yang tegas dan cepat bertindak. Saya ingin memperkatakan isu bas ekspress. Saya adalah penumpang mingguan kerana keluarga saya terletak di Penang. Saya berulang alik dari KL ke Penang.
Kebanyakan kemalangan berpunca dari pemandu yang membawa bas terlalu laju. JPJ da Polis seakan tidak berfungsi. Saya hanya mengharapkan kementerian Dato untuk mengawalnya.

Anonymous said...

Saya teransang dengan isu ulat hentian bas yang dibangkit oleh iq2020. Saya antara individu yang pernah menjadi ulat hentian bas, waktu saya susah dulu nak cari duit sekolah dan wang saku sewaktu belajar diinstitusi pengajian tinggi suatu ketika dahulu.

Daripada pengalaman saya ulat ini diujudkan olh syarikat-syarikat bas ekspress sendiri dalam usaha mereka bersaing untuk mendapatkan penumpang. Selain kaunter tiket, ulat adalah medium promosi dan jurujual yang efektif bagi syarikat-syarikat bas ekspress khusus yang baru mula beroperasi.

Namun oleh kerana tiada kawalan, maka kekalutan berlaku sehingga ada ulat yang memeras penumpang dengan mengenakan caj tambang yang terlalu tinggi kepada penumpang. Ulat-ulat ini sebenarnya mendapat komisyen antara 5 hingga 10 peratus daripada harga tiket yang dijual dan pendapatannya agak lumayan. Saya dulu pernah mendapat komisyen sehingga RM200 ringgit sehari hasil daripada jualan tiket.

Tetapi kini saya lihat ulat sudah menjadi wabak kerana terlalu ramai yang melibatkan diri menjadi ulat kerana kerjanya mudah tapi pendapatannya boleh tahan.

Maka wujudlah persaingan di kalangan ulat pula, sampai ada yang bertumbuk kerana merebut penumpang dan wujud kumpulan-kumpulan samseng di kalangan ulat-ulat ini pula.

Apakah ada kawalan dan pemantauan daripada pihak berkuasa terhadap ulat ini? Jawapannya memang ada tetapi sukar untuk dibasmikan. Sebagai contoh, kalau kita nak tangkap semua ulat hentian bas, saya pasti ulat akan memenuhi penjara di Malaysia ni.

Sebenarnya tak semua ulat ni yang memeras penumpang, ada yang baik dan benar-benar hendak cari makan untuk diri dan keluarga. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang merosakkan kerjaya ulat adalah kerana ada di kalangan mereka yang terjebak dengan dadah dan berjudi maka sudah tentu golongan ini akan mengambil apa jua kesempatan untuk memeras dan menipu penumpang demi untuk cari duit yang banyak.

Bagi mengatasi masalah ini saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar membuat peraturan tertentu bagi mengawal gejala yang tidak sihat dan boleh merosakkan profesyen ulat.

Salah satu cadangan saya adalah pengawal hentian bas hendaklah mendaftarkan semua ulat-ulat yang beroperasi dihentian bas masing-masing.

Diwujudkan persatuan ulat hentian bas dan setiap ahli atau individu yang ingin jadi ulat hendaklah pakai uniform dan tanda nama. Kalau ulat di Hentian Pudu raya ada pakaian seragam dan tanda namanya senang penumpang kenal untuk elak daripada diperas atau di tipu.

Saya yakin dengan cara ini sahaja kita boleh mengawal dan memantau ulat kerana bagi saya ulat tidak boleh dihapuskan kerana rezeki mereka disitu.

Ulat Gonggok

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih hayusri di atas komen anda. Ingin saya tegaskan bahawa saya memang memandang serius terhadap kes-kes kemalangan yang membabitkan perkhidmatan bas ekspres.Sebagaimana yang saudara sedia maklum saya telahpun mengambil tindakan menggangtung selama sebulan 232 permit bas ekspres konsortium semenanjung kerana didapati kerap terbabit dalam kemalangan yang membawa maut dan kecederaan yang parah kepada penumpang.

Sepanjang tempoh seminggu ini sebagaimana yang dilaporkan media,2lagi kemalangan bas ekspres berlaku dinegara kita dan saya telah meminta pihak LPKP untuk menyiasat dan jika didapati cuai dan melanggar peraturan,kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama terhadap 2 syarikat berkenaan.Saya juga telah meminta LPKP dengan bantuan JPJ dan Polis untuk meneruskan pemantauan terhadap bas-bas ekspres dan mengesan pemandu yang memandu bas terlalu laju dari masa ke semasa.

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih iq2020 dan ulat gonggok kerana melayari blog saya dan di atas pandangan yang diberikan mengenai gejala ulat dihentian-hentian bas.Cadangan ulat gonggok akan dipertimbangkan.

Noh bin Haji Omar said...

Kepada Mohammad faudzi,untuk makluman,selain daripada respon melalui blog,email dan dialog dengan pihak yang terlibat,saya telahpun mengarahkan flying squad yang mana terdiri daripada pegawai-pegawai saya sendiri untuk menyamar sebagai penumpang bas dan teksi bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai mutu perkhidmatan awam.

Anonymous said...

syabas dan terima kasih atas tindakan yang telah diambil oleh LPKP cuma ianya hendaklah berterusan dan tidak bersifat bermusim. Kalau boleh berkala dan istiqomah barulah memberi kegerunan dan tidak diperlekehkan oleh ulat2 dan pengusaha2 kenderaan perdagangan ini dari mengambil kesempatan ke atas rakyat

terima kasih