Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, June 5, 2008

RESPON KEPADA KOMEN ANDA...

1) Anonymous said...
Camna dato', minyak naik lagi. Kali ni meme nak sembelih punya. Terbeban hidup kami camni. X kan kerajaan nak tabur janji kosong lagi pasni.
June 5, 2008 1:00 AM

2) md zakhir said...
salam,Semlm PM telah umumkan kenaikan harga petrol dan sy yakin ini akan melarat kpd barangan hari hgga ke beberapa faktor lain.Persoalan sekarang bagai mana kita ign menjana pendptan perniagaan jika faktor luaran ini sering menikam kita..Dato,sy ign benar melihat pandangan dan pendirian dato' bersabit faktor minyak ini,sy kira ramai ushwan luar sana dlm kebinggungan...Supplier akn pasti menggunakan faktor kenaikan ini utk mengaut keuntungan segera,akhirnya yg tersepit kami,.. Ramailah nnti penerima pinjaman dr MARA,SME BANK,BANK PEMBANGGUNAN serta TEKUN akan merana..serta perit menahan sakit yg amat sgt utk membayar balik pinjaman..
June 5, 2008 7:17 AM

Komen saya :

Saya memang amat prihatin dengan masalah yang akan dihadapi oleh para usahawan kita dalam meneruskan perniagaan mereka ekoran dari kenaikan harga minyak dengan sekaligus juga akan membawa kepada kenaikan kos perkhidmatan dan barangan yang lain. Ini sudah tentunya akan membawa kesan besar kepada rakyat pada keseluruhannya dan bank negara juga telah mengunjurkan bahawa kadar inflasi akan meningkat kepada 5% menjelang akhir bulan ini. Atas kesedaran ini dengan rasa prihatin saya terhadap masalah-masalah yang akan dihadapi oleh para usahawan bumiputra maka saya telah mengarahkan kepada semua agensi pembiayaan di bawah kementerian saya seperti MARA, TEKUN, SME BANK, BANK RAKYAT dan BANK PEMBANGUNAN agar dapat memberi kemudahan penjadualan semula pembayaran pinjaman kepada para usahawan kita yang terhimpit dalam situasi ini. Saya berharap jika saudara mempunyai masalah dapatlah menghubungi pihak yang terlibat bagi menyelesaikan masalah hutang saudara.

14 comments:

Rozlan Mohamed Noor (RMN) said...

Nampaknya dengan kenaikan harga minyak... dan jangkaan barang2 keperluan lain, yang makan gaji juga kena buat2 kerja sambilan. Berniaga dan sebagainya mungkin boleh membantu. tetapi, bukankah itu menambah satu lagi beban yang tidak tergalas selama ini. Lagipun bekerja dan membuat kerja lain juga bukankah satu perkara yang salah. Kalau kakitangan kerajaan bertambah2 lah salahnya.

Tapi kalau setakat gaji Pembantu Tadbir atau PAR, camana nak idup dengan kos sara hidup yang tinggi.

Namun, hakikatnya...ramai yang berbuat demikian. Terpaksa kerana atas desakan hidup. Saya melihat kenaikan harga bahan api benar-benar memberi kesan yang sengsara. Terutama golongan perpendapatan rendah. Makanisme pemberian ganjaran tunai juga semacam kalut sahaja bunyinya. Bolehkah berjalan lancar. Bukan sedikit jumlah kenderaan dan pemiliknya.

Entahlah.. saya hanya mahu meluahkan kegusaran.

rem58 said...

salam..dato,sy baru sahaja mengikuti ucapan dato dlm buletin utama tv3 sebentar tadi.dato memberi jaminan bahawa mana2 pihak kenderaan perdagangan (bas,teksi dsb) yg menaikkan harga tiket sesuka hati akan digantung lesen atau ditarik balik lesen.untuk perhatian pihak tuan,mereka SUDAHPUN menaikkan harga tiket.

utk rekod;
pada 5-jun-2008 lalu,sy membeli tiket di kaunter tiket bas ekpress Sungai Petani,Kedah.utk perjalanan Sungai Petani-Kuala Lumpur pada sehari slepas harga minyak naik,tiket rata2 dijual pada paras RM40 ke atas.harga tiket naik mendadak HANYA SEHARI selepas harga minyak naik.yg menariknya,sbelum itu harga tiket adalah dalam lingkungan RM30 dah kebawah sahaja bagi destinasi tersebut.harga tiket transnasional dari Kuala Lumpur-Sungai Petani hanya RM23.30 sebelum minyak naik.sangat menyedihkan bagi pengguna yg ditekan oleh penyedia bas ekspress yg lain yg begitu tamak.berikut perbualan sy dan penjual tiket yg cuba memperbodohkan pelanggan:

saya:kenapa tiket begitu mahal? naik tinggi sangat..

penjual:harga minyak naik,kos naik..diesel naik paling banyak berbanding petrol,RM1,petrol baru 78 sen naik..

saya:takkan diesel naik RM1,tiket naik RM10.orang ramai tak marah ke tiket naik mahal?

penjual:takde sapa marah pun.kami pun tepaksa naik harga, adik.tak balik modal.dulu kos minyak RM300 utk ke Kuala Lumpur,namun harini kos meningkat RM500.

...sy berlalu ke kaunter tiket lain,jawapan mereka,RM40 ke atas utk tiket ke Kuala Lumpur.nyata,kenaikan mendadak seperti disepakati.bas ekpress ada 40 kerusi,bermakna kenaikan RM10 bakal memberi peningkatan pulangan RM400 kepada pengusaha bas.namun,seperti dinyatakan penjual tadi,peningkatan kos hanyalah sekitar RM200 sahaja.seperti diramal,pengusaha mengaut keuntungan berlebihan ketika meletakkan harga tiket,kerana tiadanya kawalan harga.saya sangat sedih dengan keadaan ini.pengguna tertindas,tetapi kementerian masih tidak dapat menguatkan kuasa kan undang-undang bagi menyekat atau mendenda pengusaha bas ekpress yg dari dahulu lagi tidak mengendahkan pelanggan.terima kasih

ps;sy sangat berbesar hati sekiranya pak menteri,mahupun pihak kementerian cuba2 naik bas ekpress skali =)

yg benar,
rem

Anonymous said...

askum..dato ,memang tidak di nafikan kenaikan harga minyak adalah satu fenomena yang harus kita terima dengan kebijaksanaan dlm mengubah cara hidup.Namun saya selaku kontraktor kecil di pulau pinang amatlah TERHIMPIT &TERTEKAN dengan persekitaran sekarang.Memandangkan kerja yang diperolehi dari tender kerajaan sudah tiada,saya cuna untuk mengubah cara perniagaan dari kontraktor dibawah kerajaan kepada kontraktor pertanian.Dalam erti kata kerja dalam penyediaan ladang kepada pekebun pekeun kecil dan ladang-ladang di seluruh utara.Sebelum ini saya terpaksa mengambil MESIN/peralaran/Jentera di syarikat milikan Orang CINA.Dah berbelas Bank saya cuba utk membuat pinjaman tetapi alasan yng diberikan..bermacam-macam helah.adalah yang kata awak masih baru dlm perniagaan tak sampai 5 tahun,statement akuan bank tak cukup,tiada CAGARAN, dan bermacam-macam helah yng diberikan.semua urusan bank dgn orang berbangsa CINA.DATO sendiri faham kalau dah bangsa melayu semua nya dianggap tak elok..Oleh yang demikian saya harap ada pihak dibawah agensi Dato dapat membantu saya secepat mungkin..dalam hal minyak naik..saya tertekan Taukeh cina nie menaikan sesuka hati sehingga kan 60% dari harga biasa.Macam mana kontraktor melayu kecil macam saya nak bersiang dan hidup...saya rasa berkemampuan utk memiliki peralata lengkap sekiranya ada ajensi yang sanggup membantu saya dalam membeli perlatan/mesin/jentera dan bersaing dengan bangsa asing.saya mampu mengubah tanggkapan bahawa perniagaan JENTERA BERAT ini bukan hanya utk orang CINA sahaja kerana kebanyakan pelanggang adalah orang-orang kampunng melayu dan kontraktor melayu yang sememangnya beragama islam.Tolong lah saya Dato dlm urusan pinjaman,saya hampir lemah semangat tentang institusi kewangan yang ada di malaysia yang hanya pandai pilih bangsa CINA sahaja dan anggap Melayu Tak Tau berniaga....terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum Datuk. Saya tertarik dengan tindakan segera Datuk mengarahkan pembiaya pinjaman spt Mara memberi kemudahan menjadualkan semula pinjaman bagi meringankan beban usahawan ekoran kenaikan harga minyak.Jika beginilah sikap pemimpin, prihatin dan berusaha membela rakyat, tentu rakyat akan membalasnya kembali dengan memberi undi.Syabas Datuk! Saya berpendapat kenaikan harga minyak kini benar2 membebankan rakyat kerana terlalu tinggi dan secara mengejut walhal kita adalah negara pengeluar minyak. Minyak naik, harga barang pun naik!...dan ramai orang naik minyak!
...Kalam Budiman

Azuan wan said...

akm...ds..
tempat saya kampung batu kurau perak tak ada BAS..kami guna kereta sapu untuk kepekan jauh 15 kilometer...dan ke pekan taiping sejauh 40 km...soalan saya:
1)Sekarang ni tambang kereta sapu naik terlalu tingi nak report kat menteri mana?saya amat berharap agar kerajaan ada kan suruhanjaya pemantau tambang kereta sapu pulak..kesian kami org kg...nak beli beras kat kedai kg mahal...nak pi bandar..naik kereta sapu tambang mahal...

burhan said...

Saya mohon perhatian Dato dlm isu kursus francaise Siswazah, pihak Malaysian Franchise Association mengenakan yuran bagi mengikuti Kursus asas Francais sebanyak RM600, student baru graduate mana mampu nak bayar, why not MECD membiayai semua student yg baru graduate atau penganggur kos RM600 tersebut, barulah namanya kerajaan benar-benar nak bantu rakyat susah.Graduan belum dpt kerja nak makan pun susah inikan nak bayar RM600. Kalau MFA beri bantuan, mungkin MFA pun gulung tikar jgk. Saya yakin kalau MECD sponsor yuran, sure ramai yg berminat nak jadi usahawan francaise.Sekiranya dato MECD setuju taja graduan hadir kursus, jgn lupa hebahkan dlm paper dan semua IPTA. So graduan tidak lagi mengharapkan makan gaji.

burhan said...

Saya mohon perhatian dato agar memberikan tajaan pembiayaan kursus asas perniagaan francais bagi graduan kerana sebahagian besar graduan tidak mampu nak byr yuran kursus RM600 untuk dua hari. Graduan skrg ni nak makan pun susah inikan pula nak byr duit yuran tu. Duit lebihan latihan staff MECD itu ada baiknya disedekahkan kpd graduan yg baru mula nak hidup dan dikategorikan sbg miskin. Kalau MECD nak lihat ramai usahawan dlm francais, berilah perhatian lebih kpd siswazah yg berminat . Pelbagai syarat ketat dan halangan dlm memulakan bisnes francais telah menyebabkan mereka lebih suka makan gaji. Sepatutnya PNS dan MFA memberikan tumpuan melatih siswazah secara percuma bukan mengambil keuntungan di atas latihan latihan yg disediakan . Cuba dato bayangkan MFA kenakan yuran RM600 selama dua hari, apakah graduan mampu membayarnya?So saya mohon jasabaik dato memberikan sedikit allocation setiap tahun untuk melatih siswazah/graduan dlm melahirkan lebih ramai usahawan francais. Berilah kursus asas francais kpd graduan sekurang-kurangnya 200 org setahun dan sekiranya kursus ini diberikan secara percuma, saya yakin lebih ramai graduan berminat nak jadi usahawan .Dato juga harus meneliti angka graduan yg berjaya dlm bisness francais, kalau angkanya menurun, kena review balik sebab dan puncanya.Klu polisinya susah, maka permudahkanlah.

Anonymous said...

Dato'

Kenaikan harga minyak merupakan satu tamparan hebat kepada kementerian dato'.Saya amat pasti ramai usahawan-usahawan sekarang ini mula marasai tempias kesan kepada kenaikkan harga minyak yang begitu mendadak ini.Kerajaan sepatutnya membuat perancangan yang lebih teratur dan teliti terutamanya dalam mengurangkan subsidi minyak.Peningkatan harga minyak secara berperingkat sebenarnya mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban rakyat..

Kenaikan harga secara tergesa-gesa ini seakan-akan menunjukkan kerajaan Malaysia sudah kehabisan wang..Pelik..Kami percaya sudah pasti ada sebab-sebab tertentu mengapa harga dinaikkan secara tiba-tiba selepas diumumkan bantuan kepada Sabah dan Sarawak.Adakah duit yang dapat dijimat melalui kenaikkan harga minyak ini, akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak?

Kami semua usahawan amat berharap agar dato' akan lebih tegas dalam menyuarakan kepada kepimpinan tertinggi kerajaan dalam isu ini.....

Hidup Dato'.....

Skullsplitter said...

A'kum Dato',

Maaf ingin bertanya beberapa soalan yang mungkin dpt diperjelaskan oleh Dato’.

1. Mengenai kenaika harga minyak, adakah kerajaan akan bermasalah sekiranya harga minyak dinaikkan secara berperingkat tidak terlalu drastik seperti sekarang. Ianya agak membebankan rakyat. Pandangan Dato?

2. Melihat pergolakan didalam UMNO itu sendiri, adakah UMNO kini tidak lagi relevan? Ini kerana perjuangan dahulu tidak lagi menjadi agenda utama, apa yang diutamakan adalah jawatan & wang. Boleh Dato’ perjelaskan.

3. Mengapa tindakan TUN keluar dari parti dilihat sebagai mengkhianati UMNO? Sedangkan apa yang dapat saya lihat disini UMNO sendiri tidak mahu mempedulikan pandangan dan nasihat TUN. Jadi beliau mengambil keputusan ini sebagai langkah untuk tidak dianggap sebagai duri dalam daging, kerana kini dia bebas bersuara. adakah ini UMNO Pak Lah tetapi bukan UMNO untuk semua?

Saya dahulukan dengan ucapan Terima Kasih sekira Dato boleh memperjelaskan beberapa soalan ini kerana Dato’ juga seorang Ahli UMNO yang sekian lama berjuang untuk UMNO. Jadi saya perlukan beberapa pandangan dari Dato’ sendiri.

*Untuk pengetahuan Dato' 3 soalan ini telah saya postkan dibeberapa blog-blog pemimpin, apa yang saya kesalkan, bukan hanya tidak mendapat respon, tapi terus didelete dari comment list. Adakah ianya terlampau sensitif? Saya sebagai anak muda yang masih sayang UMNO sebagai pejuang agama,bangsa & negara hanya bertanya. Bukan ini yang saya mahukan dari pemimpin. Harap Dato' tidak begitu.

Assalamualaikum.

Unknown said...

Dato'

Per: Status entiti sebuah koperasi

1. Ada rakan memberitahu saya bahawa sebuah koperasi yang dinamakan KOPERASI NABINCO-PROGRAM AL-INSAN, DIURUSKAN OLEH MIKRO MANAGEMENT CONSULTANT S/B iaitu anak syarikat DELTA TERAS S/B akan dilancarkan tidak lama lagi.

2. Koperasi ini bakal menawarkan pinjaman sehingga RM 70K kepada ahli2 yg layak.

Soalan saya;

1. Adakah koperasi ini wujud?

Terima kasih Dato'

mrprintscancopy said...

Assalamualaikum,

Malam tadi saya menghantar adik ipar, suami dan seorang anak mereka yang berusia 6 bulan menaiki bas di seksyen 17, Shah Alam yang dijadualkan berlepas jam 9.00 malam untuk pulang ke Machang, Kelantan menaiki bas Konsortium Mutiara (no plat WEC 55). Apa yang mendukacitakan saya, tertera di tiket mereka tempat duduk bernombor 13 dan 14 tetapi apabila naik bas, mereka kena duduk di tingkat atas dan kerusi paling belakang kerana tiada lagi kerusi kosong. Mengejutkan saya apabila mendapati bas “double decker” ini adalah gabungan trip no.9 dan no.15. Rupa-rupanya kedudukan kerusi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Adik ipar saya tidak mahu berebut menaiki bas kerana menyangkakan kerusi adalah berdasarkan nombor pada tiket dan kasihankan anak mereka yang masih kecil. Mereka cuma menaiki bas apabila orang sudah tidak berasak lagi. Sudahlah semasa membeli tiket, jurujual di kaunter mengesahkan bahawa tiket bas ini adalah untuk bas satu tingkat. Apabila tiba semalam, lain pula jadinya.

Pihak pengurusan bas sesuka hati mereka menggabungkan trip bas tanpa memikirkan kepayahan penumpang. Ada seorang penumpang memarahi pemandu bas, tetapi mungkin sudah biasa kena marah, pemandu ini buat muka seposen saja. Siapa tak sakit hati? Sekiranya warga emas mengalami nasib yg serupa bagaimana?

Safuan, Klang

mad said...

assaalammualaikum dato.saya mohd shazwan bin suban.saya ingin bertanyakan beberapa soalan.saya mempunyai sebuah syarikat yang belum pun beroperasi disebabkan masalah kewangan.saya telahpun mendapat surat pembekalan bahan mentah kepada 1 syarikat yang beroperasi di kl.tetapi malangnya saya tidak dapat membekalkan kerana masalah kewangana.saya telahpun mencuba pelbagai institusi kewangan tetapi tidak menadapat jwpn sehingga sekarang.surat pelantikan pembekalan kepada syarikat itu,saya telah dapat pada bln 12 thn lps.soalan saya.PIHAK KERAJAAN MENYERU GOLONGAN MUDA MENAJALANKAN PERNIAGAAN TATAPI MALANGNYA PINJAMAN SUSAH NK DAPAT.APAKAH TINDAKAN KERAJAAN KEAPADA GOLONGAN SEPERTAI INI TERMASUK SAYA.019-2613225

Anonymous said...

Assalamaulaikum Datuk,
Soalan saya,
Mengapa lesen Taxi LPKP di Sarawak
dibekukan terlalu lama?
Bantu kami untuk projek koridor
Ricoda (SCORE) diSarawak tentang
masalah pengangkutan TAXI (bukan sejenis Sedan) 4WD jenis doudle Cabin perlu di Sarawak. Harap Datuk
dapat menlulus secepat mungkin. Terima Kasih .
Saya yang benar: Noh Bolhaji
H/p 0168883077.

Wan Ibrahim said...

salam...saya amat hormat n respek dato sebagai menteri keusahawanan ni. saya tgk dato rajin turun padang memberi penerangan dan sebagainya...

saya ingin bertanya dato...

kita selalu mendengar mengenai siswazah menganggur ini. pelbagai strategi diatur utk membantu golongan ini.

saya merupakan salah seorang dari mereka. kita sedia maklum bahawa apabila mereka bergelar siswazah, mereka sudah mempunyai hutang sehingga RM30 ribu. kebanyakan mereka ingin menempuh alam pekerjaan, tetapi bagi mereka yang tidak berjaya macam2 alternatif yang dicari.

saya berminat utk memulakan perniagaan. sebagai seorang siswazah kekurangan modal adalah masalah utama. saya telah pergi ke MARA utk mendapatkan modal. mereka minta utk masuk kursus terlebih dahulu. saya sudahpun menjalani kursus SKIM USAHAWAN SISWAZAH (SUS). berdasarkan penglaman rakan2 yang pernah memohon SME BANK loan memang memenatkan. ada yang terpaksa menunggu sehingga lapan bulan. Bila nk berniaga?

saya ada melihat sedutan sidang parlimen pagi td. saya menyokong 400% soalan yang dibangkitkan oleh YB pasir mas dato ibrahim ali terhadap dato yang mengatakan "mengapa kementerian tidak memberi bantuan kepada golongan siswazah yang ingin memulakan perniagaan sebagai agen kepada syarikat yang HIDUP SEGAN MATI TAK MAHU".

utk pengetahuan dato, saya berminat utk menjadi agen kepada syarikat bumiputera yang memasarkan produk penjimatan minyak. pada saya bisnes ini amat berpotensi buat masa ini. saya telah berbincang dgn syarikat berkenaan utk menjadi agen. modal yang diperlukan sebanyak RM5 ribu. saya telahpun pergi ke HQ mara jalan raja laut.

Seperti yang disebukan oleh dato pada sidang dewan rakyat, dato mengatakan bantuan yang disediakan MARA seperti pinjaman, Geran dan sebagainya. saya telahpun berjumpa pegawai2 di MARA bertanyakan mengenai geran ini. ape yang amat mengecewakan mereka semua mengatakan mara tidak ada menyediakan geran. pinjaman yang saya ingin minta tidaklah banyak mana, hanya RM5 ribu. tetapi karenah dan layanan yang diberikan pegawai mara amat mendukacitakan.

bagaimana dato dpt menolong masalah saya ini.

Cadangan saya... Wujudkan satu skim utk siswazah yang ingin berniaga menggunakan modal yang kecil, dimana mereka hanya perlu menjalani kursus asas usahawan dan membuat presentation kepada jawatankuasa penilai mengenai potensi perniagaan mereka. jawatankuasa ini yang meluluskan samada permohonan ini layak atau tidak tanpa melalui prosedur yang terlalu ketat seperti buat RP.

harap dato boleh memberi maklumbalas kepada saya secepat mungkin.

yang benar,
019 2377892 (wiwy_182@yahoo.com)

wasalam....