Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Tuesday, June 10, 2008

KHABAR DARI MESIR...

Alexandriah, Mesir, 7 Jun 2008 – Saya telah mengetuai delegasi lawatan kerja, ke Iskandariah (Alexandriah) dan Kaherah (Cairo), Mesir dalam rangka kerja untuk merasmikan bangunan asrama pelajar MARA di Iskandariah, Mesir dan bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. Di samping itu, lawatan kerja ini juga adalah untuk mencari peluang-peluang perniagaan di Timur Tengah di samping mencari produk-produk francais di Mesir untuk dipasarkan di Malaysia.

Ketika berjumpa dengan pelajar-pelajar MARA di Iskandariah, Mesir saya telah mengumumkan kenaikan elaun-elaun pelajar tajaan MARA, berkuatkuasa 1 April 2008. Seramai lebih daripada 100 orang pelajar perubatan yang hadir. Kenaikan elaun sara hidup (ESH) pelajar daripada USD$224.00 kepada USD$420.00 sebulan iaitu kenaikan sebanyak USD$196.00. Selain itu, elaun buku (DLBP), elaun alat perkakas (DLPL), elaun penempatan (DLEP), elaun pengajian akhir (DLBL) dan elaun pakaian juga telah dinaikkan antara 80 – 95 %.

Kenaikan elaun-elaun ini akan memberi manfaat kepada seramai 436 orang pelajar tajaan MARA di seluruh negeri Mesir, yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di universiti-universiti terkemuka di sana. Besarlah harapan saya agar pelajar-pelajar kita di sana bijak mencatur masa depan dengan memberi tumpuan kepada pengajian masing-masing. Hargai dan syukurilah nikmat pembangunan hasil kebijaksanaan pemimpin- pemimpin mentadbir negara.Kalau tidak mahu membalas budi...biarlah tahu mengenang budi !!

Saya juga telah dijemput untuk merasmikan Bangunan MARA di No. 17, Sesostrice Street, Ramel Station, Iskandariah, Mesir yang bernilai USD$4.4 juta. Bangunan 11 tingkat yang dijangka siap pada Julai 2008, adalah bangunan asrama yang boleh menempatkan seramai 112 orang pelajar-pelajar MARA serta mempunyai ruang-ruang pejabat, dewan, kafetaria, bilik mesyuarat dan ruang pameran produk Malaysia. Saya juga berkesempatan melawat tapak bangunan yang dicadangkan untuk dibeli oleh MARA berharga USD$2.7 juta bagi menampung pertambahan 200 pelajar lagi yang akan datang pada September 2008.

Sebelah petangnya pula, satu sesi forum perniagaan dan pemadanan perniagaan telah dilaksanakan dimana seramai 50 orang peniaga dari Mesir menyertainya. Dalam usaha mempromosikan usahawan dan industri francais negara ke peringkat antarabangsa MECD telah menyertai ‘6th Middle East and North Africa International Franchising and Licensing Exhibition 2008 (MENA 2008)’. Pameran ini yang menjadi tumpuan kepada usahawan-usahawan dan pelabur-pelabur antarabangsa, terutamanya dari Timur Tengah diharapkan dapat menjadi platform kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran global. Seramai 12,000 orang telah mengunjungi ekspo tersebut di mana penyertaan 80 jenama daripada 16 buah negara dengan jumlah transaksi perniagaan sebanyak USD$500,700 juta telah berjaya diperolehi sepanjang ekspo berkenaan.

Pavillion Malaysia telah disertai oleh 5 syarikat francaisor tempatan iaitu Secret Recipe, ZoukSpa, MyFranchise, Nineteen O One dan Sutra Franchise dengan jumlah transaksi bernilai USD$1 juta di mana sebanyak 89 pertanyaan peluang perniagaan telah berjaya diperolehi dan 19 daripadanya adalah berpotensi untuk mengambil hak perniagaan francais dari Malaysia.

Usaha yang berterusan hendaklah dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan cita-cita dan hasrat kita untuk melahirkan masyarakat perdagangan menjadi kenyataan.


31 comments:

md zakhir said...

salam dato,
Perkhabaran ini membawa gambaran besar kpd usahawan bumiputra tanahair dimana usaha2 yg telah diambil sebelum ini sudah menampakan arahnya...cuma agak terkilan dari segi peluang niaga utk usahawan pembuatan perabot khususnya semacam tiada pelung utk di ketengahkan..sebagai contoh usahawan2 yg bernaung dan dibangunkan dibawah fitec product2 mereka ini pada hemat saya amat baik jika boleh di ketengahkan dato.

Saya tertanya2 adakah usaha utk membawa produk2 ini keluar..difahamkan urus-niaga perabot ini menhasilkan bebillion USD setahun...dato,saya begitu senang mendengar kejayaan sektor makanan ini telah keluar dari suasana pasaran negara..tapi mula merenung nasib usahawan perkhidmatan dan pembuatan perabot nampak semacam tidak berkembang..saya yakin potensinya besar utk dibangunkan...

Unknown said...

salam dato'

terima kasih di atas kunjungan ke iskandariah dan perasmian bangunan alexandria mara hostel dan pengumuman kenaikan elaun kami khususnya pelajar mara di iskandariah dan kaherah.

di harap apa yang kami utarakan ketika sesi Q & A dengan dato' mendapat perhatian dan pertimbangan serius dan sewajarnya agar berlaku 'check and balance' dan ke arah melahirkan 'future doctor' yang kompeten dari segenap aspek,
insha allah.

Anonymous said...

saya mngucapkan jutaan terima kasih kepada datuk dan kerajaan Malaysia kerana telah menaikkan elaun pelajar tajaan Mara dan Jpa (klu saya xsilap) di mesir. sememangnya kerajaan prihatin terhadap permasalah kami d perantauan. terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum datuk. Teringat saya kisah 40 tahun dulu semasa saya disekolah rendah, guru saya mengatakan orang2 Cina mengajar anak mereka berniaga jika mereka tidak pandai bersekolah. Dari kecil lagi mereka telah diajar berniaga, jadi bila sudah besar mereka sangat mahir didalam selok belok perniagaan.
Kini, orang Melayu telah ramai berniaga, dari perniagaan kecil2an hinggalah keperingkat global.Yang pasti, menjadi usahawan bukanlah perkara asing bagi orang Melayu sekarang. Malah para usahawan boleh mendapat bimbingan dan kemudahan pinjaman dari agensi2 dibawah kementerian datuk.Yang penting, mesti berilmu, pandai mencari peluang, servis/product yang baik dan harga yang berpatutan. Setuju datuk?
...Kalam Budiman

Noh bin Haji Omar said...

Terima kasih kepada semua yang sudi melayari blog saya..

Kepada Ahmad dan Helwa..terima kasih atas sokongan anda..harapan agar saudara saudari dpt belajar dgn bersungguh-sungguh dan jadilah orang yang bukan shj mengenang budi tapi tahu membalas budi.

saya amat bersetuju dgn pandangan saudara kalam budiman mengenai masa depan usahawan bumiputera khususnya usahawan melayu.Memang tepat,para usahawan kita tidak boleh selesa dengan pencapaian yang ada malah hendaklah terus berusaha bagi mengembang dan memajukan perniagaan mereka.Untuk itu,adalah menjadi agenda saya untuk membangunkan generasi kedua usahawan Melayu di negara ini melalui program-program pembudayaan dan pembangunan ushawan di bawah kementerian dan agensi MECD.

iq2020 said...

Salam,

Diharap dato dan sekeluarga sihat walafiat hendaknya.. mungkin tajuk yang saya nak ketengahkan ini lari dari apa yang dato paparkan. Cuma saya ingin berkongsi pandangan saya tentang apa yang berlaku sekarang ini.

Pada pandangan saya apa yang berlaku di malaysia hari ini adalah permainan politik.Tetapi bila dikaitkan dengan politik peribadi ini yang akan mengheret rakyat terjerumus dalam tsunami politik ini. Itu yang susah tu ... Tapi bagi saya apa yang berlaku pada hari ini kerajaan tidak lupa untuk membela nasib peniaga melayu. Rata2 sekarang ini ramai peniaga mengeluh akan perniagaan mereka merosot dan kekurangan kontrak kontrak dari pihak kerajaan. Apakah yang berlaku pada hari ini amat berbeza sekali sebelum tahun 2004.

Apakah yang sebenarnya berlaku masih menjadi perbincangan hangat antara peniaga/kontraktor bumiputra ini. Macam2 tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan terhadap kerajaan kerana si polan2 memonopili kontrak kerajaan, kebanyakan open tender dah ada senarai kontraktor masing2 (favorute Contractor),Dah dapat tender minta lagi kurangkan sebut harga, pembayaran lewat ada yang sehingga 6 bulan tak dapat payment, Kebanyakan tender kerajaan di jaga oleh JKR dan habuannya hanya dapat kat bekas kakitangan JKR, Isu tarik tali antara maincon dan subcon. Perkara ini sudah lama terjadi dizaman TDM dulu dan sekrang dizaman DSAB pum masih berlaku lagi. Dimanakah integriti kerajaan ini... Atau adakah duit sudah menjadi raja dihati pihak kerajaan. Saya rasa dato sendiri tak boleh menolak apa yang saya ingin ketengahkan ini.. Dari banyak menteri MECD ni tak ada satu pun yang berjaya menyelesaikan masalah ini.... Saya harap dizaman dato menjadi menteri MECD ini dapat satu formula ajaib untuk mengatasi masalah ini sebagaimana TDM dulu ada formula ajaib untuk mengatasi masalah ekonimi negara.

Bagi saya perkara ini yang saya minta dato selesaikan dahulu dari dato pergi ke seminar ini , pelancaran itu, bengkel ini, tapi keputusannya habuk pun tarak. Saya juga banyak pergi ke seminar MECD ni rata2 ramai perserta mempersoalkan perkara ini dan pihak terbabit tidak menjawab soalan ini dengan baik.. ramai yang tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan.Ramai peserta mengeluh, merungut, ketidakpuas hatian mereka setiap kali seminar yang diadakan oleh MECD. Setiap kali ada seminar MECD mesti ada satu slot perkenalan satu produk dibawah tajaan MECD walhal kebanyakan seminar atau bengkel semuanya tajuk berkaitan dengan MECD. Kalau betul MECD nak buat seminar/bengkel sila pastikan objektif dan tujuan seminar/bengkel tercapai bukan sekadar buat syarat sahaja.

Banyak perkara yang dijanjikan dan diadakan dalam setiap seminar atau bengkel.. bila pegi bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab bagaimana, siapakah, mengapakah, kalaukah, saya rasa dato pun faham..apa jawapannya. Adakah kerajaan hanya pandai menabur janji dan mengada-ngadakan benda yang tiada hanya untuk mengaburi mata peniaga/kontraktor ini atau sekadar buat syarat sahaja. Inilah yang berlaku dato.. sedar atau tidak sedar ini yang merungsingkan para peniaga/kontraktor bumiputera ini... kalau graduan lagilah bersepah sijil yang mereka dapat diseminar/bengkel tapi ... dato faham agaknya.

Saya harap dato ... sekali lagi saya merayu kepada dato untuk memahami masalah2 yang saya utarakan ini. Dato buatlah kajian terperinci jangan hanya dengar laporan dari orang bawah dato sahaja.. Daro turunlah padang bertanyakan masalah mereka ini. Dah banyak dah perkara yang tidak enak yang saya dengar di bawah agensi2 MECD ini..... Saya harap dato bukanlah jenis orang harapkan pagar pagar makan padi... ramai mengatakan ikan jaw yang paling beso dalam MECD ialah orang yang memegang jawatan menteri MECD? betulka dato... atau ini hanya cakap2 angin sahaja... Maaflah dato kalau saya ini terlanjur kata cuma ingin berkongsi apa yang ada di dalam benak fikiran saya ini.. dah lama dah tersimpan..

Cuma saya ucapkan syabas kepada dato kerana membuat laman blog sendiri. Dato akan tahu sebenarnya kuasa sebenarnya yang ada pada blog ini. Dato akan tahu bagaimana BR boleh membuat kejutan besar dengan hanya menggunakan blog. Blog ini dapat merapatkan jurang rakyat dengan dato selain dari telepon atau email yang mungkin ditapis oleh orang dato dari sampai kepada dato. Saya harap dato menggunakan sepenuhnya kuasa blog ini untuk kepentingan rakyat khususnya Malaysia yang tecinta ini...

Salam Bahagia dari saya sekeluarga

Anonymous said...

Assalamualaikum dato',

Saya ingin mencadangkan untuk YB Dato' melahirkan sebuah pelan induk yang konsepnya seakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) tetapi menjurus kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Malaysia.

Mungkin dengan cara ini dapat mewujudkan sebuah pedoman/panduan dikenali sebagai Pelan Induk Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang boleh diguna pakai dalam usaha memacu perjalanan dan kemajuan hartanah, koperasi dan keusahawanan di Malaysia.

Salam daripada Wahi Irwan, UDA Holdings Berhad...

iq2020 said...

Salam bahagia dato,

Nampaknya saya agak terkilan dengan dato` comment saya dato siarkan untuk tatapan umum.. baru saya nak berblog disini dan berkongsi pendapat.. Tapi nampaknya dato sama saja dengan menteri2 yang lain tidak mahu mendengar pendapat apa yang hendak rakyat sampaikan ... Terima Kasih dato atas layanan seperti ini.. That is true Face of UMNO will be the new face for UMNO.

Tidak apa yang saya hendak perkatakan lagi disini... pandangan sempit dato` akan menyebabkan rakyat akan hilang kepercayaan terhadap dato dan UMNO.
Maaf menganggu dato` setakat ini sahaja saya akan berblog disini sebab tiada erti lagi ... sama sahaja dengan dato` UMNO yang lain.


Semoga Allah merahmati keatas dato`

Anonymous said...

Salam untuk YB Dato' dan pemilik ID 'iq2020'...

Saya tertarik untuk menyatakan pandangan selepas membaca betapa 'terkilannya' iq2020. Agak pelik, pernah kah YB Dato' tidak mahu mendengar pendapat rakyat sebagaimana ayat iq2020 "..Tapi nampaknya dato sama saja dengan menteri2 yang lain tidak mahu mendengar pendapat apa yang hendak rakyat sampaikan.." ?

iq2020 mengeluarkan kenyataan tersebut semata-mata selepas YB Dato' menyiarkan pandangan iq2020 di blog YB Dato'. Tak ada kena mengena langsung. Bukankah apabila YB Dato' menyiarkan pandangan tersebut secara tidak langsung menunjukkan betapa telusnya YB Dato' dalam perkongsian maklumat dan idea? Blog ini merupakan wadah dan wahana untuk kita bersama-sama dengan YB Dato' berganding bahu untuk memperkasakan usahawan Bumiputera sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hasrat beliau (itupun kalau iq2020 sedar).

Jika iq2020 tidak mahu YB Dato' menyiarkan pandangan 'ikhlas' anda, sewajarnya buat catatan pada komen anda itu 'private comment'.

Keprihatinan YB Dato' dengan membaca setiap komen yang diutarakan dalam blog ini sudah cukup menunjukkan betapa beliau sendiri memperuntukkan masa beliau yang terlalu terhad itu untuk mendengar luahan hati rakyat. Itulah Hati Malaya...

Harap sesiapa sahaja fahamilah hasrat dan hala tuju YB Dato' sebelum menuduh itu dan ini. Jika YB Dato' cuba sedaya upaya untuk memahami kehendak rakyat, fahamilah juga hatinya yang satu itu...

iq2020 said...

Terima kasih atas approve comment saya.. saya tidak pasti adakah blog ini ditulis sendri oleh dato atau orang lain yang menguruskannya.. musykil saya dibuatnya.. Apapun dato` teruskan memblog dan menceritakan apakah xtvt dato` seterusnya... kita kongsi pandangan bersama2...

Salam hormat

Unknown said...

Iq2020 apalah tak ada keje lain ke asyik nak komen pemimpin negara, macamle dia bagus sangat. apa pemimpin macam dato noh tu, tak it savy ke, setakat nak tengok blog dan manage blog bukannya susah sangat, kat mana-mana kita boleh akses, kat angkasa pun boleh. Aku yakin Tok Noh tu, boleh dikatakan antara pemimpin yang tau jugaklah melayari internet dan bukan buta it. Dia pemimpin zaman alaf baru yang nampak gaya dan stailnya yang agresif dan mau mendengar pandangan rakyat bawahan. Aku pernah menghadiri program beliau di Shah Alam baru-baru ini, beliau tak keberatan mendengar pandangan dan menerima setiap soalan dengan tenang, walaupun kadang kala yang menyoal soalan ambil masa yang agak panjang. Tak pernah saya lihat pemimpin macam beliau, kalau dailog nak soalan pendek, kalau orang bercakap panjang mulalah nak bengang, tapi dato noh tidak.

Saya percaya cara dan gaya dato' noh bukan dibuat-buat kerana beliau adalah pemimpin yang lahir dari bawah anak orang kampung yang sedari kecil melalui pengalaman pahit sebagai anak luarbandar maka kerana itu jati diri dan jati melayunya cukup tinggi.

Hidup Dato Noh! Teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara.

Satu pesanan saya kpd Dato' Noh, pemimpin yang baik, beramanah dan bertanggungjawab perlu dikelilingi oleh para pegawai yang beramanah dan bertanggungjawab. Jangan bela deldadu yang melingkari pohon sehingga pohon akhirnya akan mati.

Renungan buat semua pemimpin.

Anonymous said...

Salam Dato,
Saya respect Dato' kerana lebih telus dan berani serta terbuka dengan adanya blog ni.Kami usahawan pening bila minyak naik,TNB pun naik.PM umum sape pakai letrik rm46(bukan jumlah tepat) sahaja kekal.Jadi kami peniaga takkan pakai letrik banyak tu je?

Kerajaan cakap usahawan ,peniaga dilarang naik harga barang tapi macamana nak buat semua berkait rapat dengan minyak dan letrik.Lepas tu kerajaan kena ingat bukan semua usahawan untung,kalau macam saya ni tengah rugi bukankah menambahkan bebanan saya?Cuba fikir-fikirkanlah

Tolonglah buat sesuatu dengan harga NGV,harga makin naik bukan turun.Cari opsyen untuk turunkan harga PASANG NGV daripada beri subsidi MINYAK.Bukankah lagi bagus?kerajaan pun lagi jimat kalau banyak rakyat dah pakai NGV x payah pening-pening kalau minyak naik lagi.Terima Kasih.

iq2020 said...

Salam,

Bukan begitu maksud saya. saya keluarkan comment saya tu sebab dah lama saya tunggu2 komen saya tak kuar2 tup tap komen lain yang keluar dulu. jadi saya pun kuarkan comment yang baru (terkilan) tup tap comment saya yang sebelum terkeluar sekali dengan yang baru.. maybe dato tengah membaca samada nak approve atau tidak coment saya tersebut.

Tu yang saya muskil samada blog ni betul2 ka ditulis oleh dato atai orang lain yang menjaganya.. sebab maklumlah komen saya tu agak keras sikit. Bukan senang nak putuskan nak di approve tidak...

Tapi komen saya sediada:
Nampaknya saya agak terkilan dengan dato` comment saya dato siarkan untuk tatapan umum.

Sepatutnya menjadi seperti ini:
Nampaknya saya agak terkilan dengan dato` comment saya dato TIDAK siarkan untuk tatapan umum.

Untuk yang saya muyskil tu.. was was pun ada... Tapi tak apalah maybe salah dibahagian saya.. terlupa atau U know U self.

Walaubagaimana pun nampaknya dato ikhlas dalam hendak zaman berblog ini. TQ

truthmind said...

salam dato dan bloggers sekelian...

saya ingin memberi komen walaupun agak terlambat tentang ada satu email yang bunyinya macam marah. Sebabnya adalah kerana dato mengeluarkan kenyataannya di dalam blog..

spade is a spade..saya bukanlah menyokong semua tindakan kerajaan..tetapi kemarahan blogger tersebut memang tak patut..jika ingin memberi komen personal kepada dato', sila maklumkan. Ini tidak. komennya berbentuk umum tidak dikhaskan kepada dato seorang sahaja. maka wajarlah komen tersebut dikeluarkan bagi bacaan umum. Mungkin agaknya baru berjinak di bidang blog ini.

kita paham, walaupun dato sibuk membuat lawatan ke sana ke sini, namun beliau masih sempat untuk membaca, mengomen dan menulis artikel-artikel di dalam blog ini. Kepada yang lain, jangan salah anggap, saya bukan pengampu dato'. cuma apa yang benar, saya katakan benar, apa yang salah, salah la.

Bagi saya setakat ini, kepimpinan Dato' memang berani seperti yang berlaku di Simposium Khas untuk usahawan bumiputera di Ayer Keroh d'village sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (PNB) di Melaka. Walaupun Dato' tidak mempunyai segmen bersoal jawab bersama audience, namun Dato dengan selambenya menawarkan diri untuk disoal jawab. Tindakan Dato ini patut dipuji walaupun bukan semua menteri berani berbuat sedemikian.

Namun bagi saya, untuk seseorang pemimpin itu berjaya adalah diri dan pasukannya. Dirinya kena betul niat dan pasukannya kena jujur berjuang. Contohnya, Dato' bersungguh-sungguh nak pastikan usahawan bumi berjaya, tetapi jika di peringkat pelaksanaannya kantoi, tiada guna Dato' beriye-iye..

Setakat ini dulu komen saya dan akan bersambung di seterusnya..

mfazy121 said...

nak terkilan atau apake.....x kisahlah
sy mohon unit Datuk siasat berkaitan Monsunbiz.....gah lain mcm dan sy difahamkan semua Melayu terkena dek janji2 juta2 oleh Pn Nora yg sy tgk gaya kaki belit, biasalah melayu bila dgr pulangan juta2, terus kelabu asap dan Pn Nora hanya ambil peluang diatas kelemahan Melayu, tp sy kesal sbb melayu sanggup buat utk hancurkan melayu.
HARUS DISEKAT TERUS DR TERUS KELUAR ATAU LEBIH BAIK DIKENAKAN TINDAKAN.
*janji terbaru nak dirikan univesiti....pergh

iq2020 said...

saudara md zakhir,

Nampaknya saudara ini sudah salah menafsirkan apa yang saya hendak sampaikan.. tapi tak apalah dizaman ini semua orang boleh memberi pendapat masing2 kalau betul itu tanggapan md zakhir saya terima jua dengan hati ikhlas dan terbuka.. Saya bukan jenis pengampu dan suka membodek orang sana sini.. apa yang sampaikan bukan berbentuk kritikan melampau tapi kritikan membina untuk dato dan semua anggota kerja MECD ni... bukan apa lembap sangat tindakan orang2 MECD tu .. semua tunggu arahan dato` tanpa baru nak buat kerja... kalau dato` takde .. senang lenang di meja masing2.. awat tak nampak ka semua tu md zakhir.... Lain kali kalau baca tengok betul ikut turutan dan periksa dulu.. Sekarang dato` kat london sibuk hal2 kat sana.. sempat berblog tu jadi tanda tanya.??

Kamu kata kamu selalu berurusan dengan pegawai2 MECD ni dan kata macam2 pasal MECD hang pun sama ja 2x5... Kita dialam maya ini bukannya nak kritik sanaa komen sana tanpa sebarang asas .. awat nak bodek dato` ka bagi projek kang hang... bukannya tak kenal hangpa ni... saya ni orang jauh jaa tengok dari jauh jaa gelagat orang.. Apa yang saya nak sampaikan biarlah dato` menilainya ... walaupun perit kena lah telan jua... dan ini suara rakyat macam saya.. saya adalah rakyat malaysia... Jangan suka menuduh orang tanpa bukti periksa ... fahamkan apa yang saya nak sampaikan ... kalau tak anda ni sama ja macam orang UMNO yang suka bodek san bodek sini kipas ja lebih... masing2 nak dapat bahagian masing2...

Baru masuk alam blogger ka... saya dah banyak terbang mana2 blog dari TEAM UMNO ni.. TEAM PAS ada.. TEAM PKR ada.. TEAM DAP ada semua pemimpin mereka ni semua saya jelajah... tak lupa juga blogger yang takde kaitan dengan politik semua saya jenguk.. dari tahun 1998 semenjak zaman blogger ni meletus.... ingat komen2 saya ni nak menghentam sahaja ka.... Dari zaman Dato khalid nordin lagi saya dah perhatikan MECD ni dah terkeluar landasan dia ... apa yang saya nak sampaikan kepada dato noh omar ni cuma perbetulkan kembali landasan MECD ke arah memacu perkembangan dan peluang perniagaan bumiputra... Takmo lagi pisang berbuah banyak2 kali.... Saya bukannya jenis orang nak merapu sana merapu sini... saya nak dato lebih berani dan tegas dalam segala hal... jangan dengar sahaja laporan pegawai2 dato.. turun padang tengok sendiri betulka ... salahka... jangan jadi macam dato` khalid dulu... banyak sangat masalah antara dia dan pegawai.. Saya rasa md zakhir tahu apa maksud saya...

Dalam bidang penulisan ada kadangkala ayatnya kasar ada yang lembut makan dalam, apa jua ayat yang kita guna mestilah dari pandangan kita sendiri dan fakta yang ada dan logik ke??? Saya menulis ada agenda saya sendiri...saya pun tahu md zakhir ada agenda sendiri... mana tahu dok tengah lobi dapatkan projek tak dapat2 lagi... hem... Apa yang saya nak sampaikan sekarang ialah perbetulkan kembali landasan MECD ni dan bertindak agresif dan proaktif demi masa depan melayu ini yang kian pudar dan samar khasnya kepada usahawan bumiputra ni... La ni MECD macam tak bergerak ja... Dato` Noh Omar dah kedepan dan beberapa tapak .. tapi pegawai2 MECD ni setapak pun la ni payah nak bergerak... tunggu .. langkah reaktif inilah yang akan meyebabkan kelambatan dalam usaha memajukan dan memperkasakan usahawan bumiputra.

Harapana saya dan blogger yang nak berblog di blog ini... jangan hanya tahu nak puji2 sahaja.. bodek sana kipas sini... sapu keliling sana sini... Tengok dulu kiri kanan atas bawah .. nyer.... Saya harap dato` baca juga blog2 yang lain .. tengok apa jugak pandangan mereka yang lain ... masing2 pelbagai idea dan cadangan yang mungkin juga boleh membantu dato` dalam memperkasakan MECD ini.. Sebabnya nak berurusan dengan pegawai dato` ni payah bebeno... banyak sangat halangan tapisan dan langsung takmo dengar pegawai2 MECD ni.. Jadi blog inilah wadah terakhir usahawan melayu yang ada.. Harapan saya dato` marketkan blog dato` ini di seminar2 ka event2 yang dato` pergi supaya mereka boleh terus sampaikan apa pandangan mereka..

Saya takmo jadi macam UMNO sekarang ni .. dah jadi tungang terbalik dah.. saya berada diakar umbi UMNO dan saya maklum apa yang berlaku sekrang ini.. Dato pun faham tang ting tung apa yang berlaku ...Sekarang ini Dato dah pegah amanah rakyat jaga MECD ni... Harapan saya, dato` menrealisasikan harapan usahawan bumiputra masa kini.. kalau dato` gagal dalam impian ini saya tak hairan PRU13 nanti BN tidak kalah kepada BR .. sebab apa.. Dato` faham2 lah sendiri...

Akhir kalam, Wakil Rakyat adalah Hamba kepada rakyat bukan tuan kepada rakyat

Salam Bahagia

iq2020 said...

Sambungan dari atas tak sempat nak habis:

BN dapat memenangi lagi Kerajaan Malaysia disebabkan BR dapat mememainkan isu kegagalan BN dihapadan rakyat. Mereka akan dapatkan apa jua isu yang dapat menjatuhkan BN.. Harapan saya dato mulakan dengan sekarang menangkis apa jua serangan yang tuju.. kerana ini adalah masadepan melayu, UMNO, dan karrier dato`

Akhir Kalam, Wakil rakyat adalah hamba rakyat bukan tuan kepada rakyat

Salam Hormat

Anonymous said...

Salam semua,

Tidak apa yang perlu dirisaukan, YB Dato' tidak akan berseorangan dalam usahanya memperkasakan pembangunan usahawan, koperasi dan hartanah Bumiputera... Hati Malaya tetap menerima sokongan penuh!

truthmind said...

salam...

Iq2020 mungkin ada betulnya dalam penulisan beliau. Setiap orang berhak mengutarakan pendapat masing-masing, cuma adakah Dato' sendiri akan aprrove untuk ditayangkan kepada umum atau tidak. Saya harap pihak Dato' akan terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti di dalam blog ini. Kerana kenyataan seperti akan dapat mengembangkan lagi minda masyarakat Melayu kita. Cuma yang tak munasabah seperti menggunakan bahasa-bahasa lucah atau kesat tu, tak payah la.

Walaupun Dato' baru start aktif dalam arena blog ini setelah BN kalah teruk dalam plihanraya yang lepas, namun at least Dato' sedar tentang keadaan ini. Mungkin dengan cara ini dapat memenangi hati rakyat semula. Namun pelaksaan adalah antara perkara penting supaya rakyat dapat rasa dan berfikir bahawa kerajaan perihatin dengan rakyatnya.

Kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan amatlah penting.

Salam...

md zakhir said...

salam,
saya begitu tertarik dgn penjelasan iq2020 yg panjang lebar cukup dgn tuduhan dan fitnah.sy mengutarakan pendapat dan pendirian saya bersabit komen saudara yg kedua..yg membuat saya kurang senang...

tentang betul ke dato'noh yg beblog..saudara sekarang ni kan ada blackberry!!!saya sendiri pakai blackberry ini..saya boleh sruf internet melalui telepon bimbit saya..tak yah nak gi c.c atau kat office...kat bilik mandi pun sy boleh srufing...masa sy tulis komen ni saya kat dalam kereta nak gi kerja boleh tahan jam gak hari ni..

BODEK PROJEK???? EMMMM yg mane satu ye....hahaha!!!

saudara kenal saya...emmmm bila kita boleh bekenalan..tak baiklah saudara je yg kenal saya,tapi saya tak kenal saudara cuba saudara layari blog saya..mohdzakhir.blogspot.com boleh kita berteman tapi mesra..

saudara agenda usahawan menjadi perjuangan saya tidak kira sape jadi menteri,sya tetap dgn perjuangan saya..YB DATO' MENTERI sedang bertungkus lumus memastikan dasar di laksanakan..tidak ada dlm falsafah saya bodek-membodek ni..kau anda bagus anda patut dibantu dan bukan ditindas sampai mati..lagi menyedihkan bila yg menindas org yg dipertanggunjawabkan utk membantu mereka yg ulang ini berkali2 dlm blog saya...itu pendirian saya..usahawan PASTI MATI dgn adanya org2 macam ni...

jika YB DATO' NOH BIN HJ OMAR diketahui tidak menjalankan tangungjawab ini dgn baik saya MOHAMMAD ZAKHIR BIN MUSTAFFA akn pastikan beliau digugurkan dari jawatanya...saya berani katakan ini kerana kita tau hak kita..begitu juga pegawai2 yg berkerja bersama YB DATO'...

oleh yg demikian kita usahawan pun harus kerja kuat juga jangan nak komplin je...kerja tak buat bising lebih-lebih..rebut peluang yg ada didepan mata..kerana saya tahu ada beberapa bidang yg di anjurkan oleh agensi MECD kadang2 tak ada sambutan dan tersasar dari ojektifnya...menjadi tangungjawab usahawanlah utk berjumpa,bincang dan rebut peluang yg ada...

sekian,

iq2020 said...

Salam hormat,

Saya masih menunggu jawapan2 dari dato` untuk dato` memberi penjelasan apa yang berlaku di dalam blog dato` ini.
Kepada Md Zakhir, bukanlah niat saya menabur fitnah atau memberi kenyataan buruk kepada saudara sebab saudara ni
tak beberapa faham apa yang nak saya sampaikan, cuma nak menyedarkan saudara sahaja. Bagi saya, saya boleh menganggap
macam2 pasal saudara sebab ini adalah blog kita boleh taip apa yang kita rasa betul.. tak semestinya apa yang
saya taip ini betul dan tak semestinya apa yang saya taip adalah salah. Ini adalah pandangan peribadi saya. So wake
up the call...

Mungkin saudara memperjuangkan agenda di jalan lain.. saya ikut jalan saya.. dan ramai lagi blogger ikut jalan yang
mereka rasa ia betul... so tak mestianya ada yang betul dan salah.. so Dato yang akan menentukan samada nak ikut
jalan yang mana. Kita tak boleh menyuruh apa yang kita suruh dalaM BLOG ini kita hanya memberi pandangan sahaja.
Yang lainnya dato lah yang pikirkan apa nak buat seterusnya.. sebab dalam dato punya perancangan ada macam2 dia nak buat
so setiap rancangan dia nak buat kita sebagai rakyat ni lah yang akan beri pandangan ada baik ka ada burukka ada yang
tertinggalka...

Semua orang tahu bagaimana dato` bekerja hatta di kawasan parlimen yang dia jaga pun ramai orang kampung tahu. Tapi biasalah
tak semua kemahuan rakyat dato boleh tunaikan.. so ada yang puas hati ada yang tak puas hati. Mana2 kawasan pun sebegitu
Kalau dah nama ahli politik ... semua dah faham... Kita disini kalau boleh memberi pandangan kepada dato dengan
jelas apa yang berlaku pada rakyat dan akar umbi UMNO.. Banyak keluhan dan rungutan tak sampai kat dato` tu yang
menjadi masalah... semua takut nak beri pandangan sebegini baik pegawai kerajaan maupun ketua bahagian UMNO masing2
nak jaga periuk nasi dan takmo jawatan yang dipegang terlepas...

Saya pun ada blog saya sendiri tapi semuanya bermasalah sebab ditakeover oleh rakan2 saya jugak, banyak jugalah pandangan
saya mengenai kerajaan, UMNO,DAP,PKR,PAS semuanya saya tibai maklumlah diwaktu itu tengah panas dan masih mentah
dalam blog ni. So harapkan kawan kawan makan kawan so banyak rakan seperjuangan ada yang tak senang, tak suka dan tak
juga dengki dan irihati.. so dah 2 kali saya buat semua habis.. so terpaksa lah saya buat semula blog baru untuk tahun 2008
ni nanti dah ok blog baru saya ni saya hebahkan kepada kawan2 disini untuk beri pulak komen apa pandangan saya.

So apa pun kita tunggu apa pandangan dato` tentang apa yang dia nak komen dan alasan2 beliau mengenai komen2 yang
diberikan oleh rakan blogger kita. So disitu baru kita tahu apakah matlamat dato didalam MECD ini. So kita nantikan
apakah perjalanan beliau di dalam MECD ini. Harapan saya supaya dato mengambil sedikit mengenai blog dato ini supaya
rakyat malaysia nampak dato ingin berkongsi maklumat mengenai perjalanan dato` dan MECD ini. Semua faham dato banyak
urusan tapi sekurang2nya sehari 2-3jam mengadap blog ni tak apa dato. Makin ramai rakyat menjelajah blog ni lagi bagus.
Macam pandangan yang dato akan dapat. Lagi banyak pandangan lagi luas pemikiran kita.

Bagi rakan2 blogger inilah masa kita memberi pandangan rakyat kepada dato`. teruskan memberi pandangan jangan banyak
memuji dan membodek. nanti dato lalai disebabkan terlampau banyak pujian itu adalah racun kepada dato` hatta kepada
UMNO sekalipun.. Tengoklah apa jadi pada UMNO kita puji dia kita sanjung dia kita naikkan dia sampai pemimpin UMNO ni
dah jadi sombong dan bongkak sebab dia dah rasa dia ini dah tinggi, berkuasa ramai orang sokong... bila dah jadi macam ni
akan jadi lupa daratan dan lupa asala usul dimana dia berada... So dato teruskan usaha anda.. Jangan nampakkan kelemahan anda
di mata rakyat.. Tunjukkan dato adalah sebenarnya akan membantu dan menyokong perjuangan MECD dan UMNO. Kalau boleh kenyataan
disini mestilah ikhlas dan jujur supaya rakyat tahu apa yang dato sedang usahakan dan perjuangkan.

Akhir Kalam, Wakil rakyat adalah hamba rakyat bukan tuan kepada rakyat

Salam Bahagia

ASIA FUTSAL said...

Assalamualaikum Dato'. saya yakin pasti pelajar tajaan MARA di Mesir lega dengan pengumuman Dato' untuk menaikkan elaun mereka. pasti ada sebab mengapa Dato' melakukan perkara tersebut. antaranya yang pasti adalah untuk meringankan lagi beban kewangan pelajar yang sudah memang terbeban dengan krisis kenaikan harga barang dan baru-baru ini kenaikan harga petrol yang mendadak. terima kasih sekali lagi dengan keperihatinan Dato'. untuk pengetahuan Dato', saya merupakan salah seorang bekas pelajar 'tajaan' MARA yang mana bermula di MRSM (tingkatan 4) hinggalah tamat Ijazah, yang mana kos belajar di 'biayai sementara' oleh MARA. maksud 'biayai sementara' tu maknanya pinjaman lah. jadi maknanya saya perlu membayar balik jumlah tersebut kepada MARA secaran ansuran bulanan, yang mana jumlah ansuran yang saya bayar itu mengikut kemampuan saya setiap bulan. sejak kebelakangan ini lebih-lebih lagi selepas kenaikan harga petrol dan barang-barang keperluan yang lain, saya merasakan kemampuan untuk membayar balik pinjaman pelajaran MARA tersebut makin merosot. saya yakin ramai lagi bekas pelajar tajaan MARA seperti saya merasakan perkara yang sama. ia begitu membebankan kami. dengan gaji bulanan yang cukup-cukup makan, harga barang semua naik, memang perit untuk bayar balik pinjaman. apatah lagi nak simpan untuk masa depan, jangan harap la. oleh yang demikian, dengan kuasa yang ada pada Dato', saya merayu agar Dato' dapat memikirkan masalah golongan seperti saya ini, dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. mungkin Dato' dapat melupuskan segala hutang-hutang pinjaman pelajaran ini. kalau tak dapat pun bagi diskaun sikit. untuk kurangkan beban kewangan kami. baru-baru ini Tan Sri Muhd Muhd Taib umumkan melupuskan hutang pekebun kecil getah (RISDA) berjumlah RM139.64 juta yang diberi sejak tahun 1979. alangkah baiknya jika
kerajaan & Dato'dpt juga melupuskan hutang pinjaman pelajaran yang telah lama tertunggak itu bagi mengurangkan beban kewangan rakyat yang sememangnya sudah lama terbeban. moga Dato' dapat beri komen.

Salam Dato'.

Anonymous said...

salam dato,
dato dah umumkan kenaikan elaun pelajar perubatan tajaan mara di mesir.ape kate dato singgah jap kat negara sebelah mesir tu,ade gak pelajar perubatan tajaan mara.jpa sudah mengumumkan kenaikan elaun pelajar tajaan mereka bermula julai ini.mara bila lagi?ape pon,saye yakin,elaun kami pasti naik sebab para pegawai mara sudah berjanji,andai kata elaun pelajar jpa naik,elaun kami plajar tajaan mara secara automatik akan naik juga.mara terus mara!

Anonymous said...

Salam YB Dato ,
Tahniah kerana berani mempunyai blog sendiri.Saya sebagai seorang ahli UMNO yang sayangkan UMNO berharap pemimpin2 UMNO diperingkat tertinggi juga seharusnya mempunyai blog yang sendiri bagi memudahkan kami ahli2 UMNO diperingkat cawangan mahupun bahagian dapat mengenali dan meberi pendapat bagi menguatkan parti keramat UMNO ini . Saya secara peribadinya amat mengagumi ucapan politik serta perbahasan politik YB Dato . UMNO hari ini sudah ketandusan pemimpin2 yang mampu berdebat dan meperjuangkan soal perjuangan orang2 Melayu .Saya amat berharap agar YB Dato akan terus memperjuangkan nasib dan menjaga kepentingan orang2 Melayu khususnya yang membabitkan agensi MARA dll.Saya percaya dengan keikhlasan YB Dato dalam meperjuangkan agenda politik orang2 Melayu akan mendapat ganjaran yang setimpal daripada ALLAH SWT . Perjuangan pemimpin pemimpin terdahulu telah memberi kenikmatan untuk kita rasai hari ini dan kita masih berhutang dengan anak cucu kita kelak dalam memastikan kenikmatan yang kita perolehi hari ini dinikmati oleh mereka . Akhir sekali....SALAM PERJUANGAN..

Mohamad Fakarudin Bin Md Farok
UMNO Bahagian Jelutong
0194704535

NieZearm said...

A'kum dato',
Saya tertanya-tanya bila saya lalu dihadapan bangunan MeCD dan terlihat sebuah BMW 7 series berpelekat MeCD dan Gerak Usahawan. Siapakah pemilik kenderaan itu? Adakah ia kenderaan rasmi Program Gerak Usahawan? Dari manakah peruntukkan tersebut diambil? Apakah kaitan BMW dengan program kementerian itu?

Anonymous said...

Dato,sekarang nampak bagus.Masa di Kementerian Pelajaran cakap macam samseng.

Sekarang ni selepas BN kalah cakap tu nampak slowlah sedikit

Anonymous said...

Seronoknya baca tulisan yang memuji Noh Omar. Tentunya Noh tak berani siar komen yang 'teruk' tentang dia.

Anonymous said...

Aslmkm Dato,

Saya telah memohon untuk pinjaman Tekun, dihantar ke pejabat dua minggu lepas, tapi sampai la ni belum ada respon apa2 spt lawatan ke tapak perniagaan dsb. Saya rasa staf Dato kena bertindak cepat sikit, penat juga kita nak kumpulkan dokumen yang dia orang minta. Tolonglah Dato.

Anonymous said...

SPC MARA - Acquiring support and further action for SPC 2008 application

Assalamualaikum wbt

YB Dato' Noh Omar

My apologies for using English.

Syabas and congratulations on your recent appointment as the Minister of Entrepreneurial and Corporation Development. Dato, I've been following your progress in the politics since 1990, where my late father worked as the District MARA Officer of Kuala Selangor back in 1989.

Dato,

I'm one of MARA student who will be graduating this August with 1st class honors degree. With regard to the matter above, I hereby, would like to express my deepest interest in the Skim Pelajar Cemerlang (SPC) by MARA for the 2008 session in pursuing my taught postgraduate master’s programme, and therefore acquire Dato support and further action for the SPC application.

In April 2004, I completed my BTEC Edexcel Higher National Diploma In Computing (Business Information Technology) from one of MARA institution (Kolej Profesional MARA, Beranang, Selangor) with CGPA 3.96 out of 4. I was also the Recipient of College Outstanding Performance Award (COPA) for completing each semester with GPA 3.5 and above (6 times); Recipient of Certificate of Academic Excellence for obtaining GPA 4.00 for more than 5 semesters; and; Recipient of MARA Outstanding Performance Award (MOPA) for graduating with CGPA 3.75 and above.

However, it is really unfortunate for me just to know that by the time I completed my HND, new application for SPC MARA has been frozen. As I was searching for sponsor that moment, I was so disappointed to know that MARA does not have a place for me to go study abroad to world’s recognized universities. I was so frustrated that time. I then continue my study and Alhamdulillah, with Allah’s will, this time around, I was able to complete a BA (Hons) Business Information Technology with International Business from Coventry University, UK with 1st Class Honours (the programme was held in Kolej Poly-Tech MARA KL as 3+0 programme). To note, I was also the Recipient of Dean’s List Award (4 times) during my bachelor’s degree study.

Dato,

I would greatly appreciate if MARA could help me in obtaining the SPC MARA scholarship and to give me the chance to prove myself to succeed in my postgraduate study by accepting my application for the SPC MARA 2008.

I have tried all other sponsoring bodies and organizations and was told that for 2008 admission, I can no longer apply. Only for 2009 intake, they will consider my scholarship application. I really hope Dato and MARA can help.

NUR ZAHDI MOHD NOR ALDIN
nurzahdi@yahoo.com

Anonymous said...

assalamualaikum

saya baru nak berkecimpung dalam blog ni .. sambil membaca aktiviti dan laporan atau ape saja .. sambil post comment jugak .. comment bukan berarti harus mengutuk atau memuji . ia lebih luas maknanya .

moga moga blog ni dpt memberi manfaat pada rakyat .

kalau dato Noh buat site forum dalam blog ni .. saya rasa ia lebih bagus .. setiap thread ada perbahasan khas dan di akhirnya kita boleh dpt solution atau jawapan dari sesuatu yg ditimbulkan .

Anonymous said...

saya tidak mahu berbicara pasal politik kat sini.
mintak maaf datok.
saya cuma terpanggil untuk memberi komen sebab saya merasakan bahawasanya apa yang saya mahukan berkaitan dengan pihak MARA.MajLis Amanah RAkyat..dan saya adalah rakyat.saya anak melayu.

saya tidak kisah orang lain komen apapun terhadap komen saya ini.
saya ingin bertanyakan pihak datok d9 sini kerana saya tidak tahu emel datok ,,.
saya berada diadalam keadaan dilema.
saya anak melayu dan belajar di kolej swasta yang agak ternama dan berkualiti.
dan tambahan kos yang saya ambil adalah baru
(kos foundation in science di kolej tayLor)

dan sebenarnya ia merupakan program pra-u juga sepertimana program A-Level,ICPU,dan SAM yang jauh lebih terkenal daripada kos ini.
jadi saya berusaha apply dan berharap agar kos ini juga diberi perhatian(bantuan pinjaman sebagaimana yang kos lain dapat) supaya saya dapat menjalankan pengajian di sini dengan bantuan kerajaan sepertimana yang dilaporkan walaupun ianya adalah kolej swasta.namun ia berkualiti.
saya berharap agar saya dan kos saya tidak diabaikan.

saya berharap agar peruntukan untuk kos saya ini terbit dan dapat saya apply kerana kos ini adalah juga seperti kos ICPU mahupun SAM yang berlangsung selama setahun sahaja.

di harap pihak tuan dapat memberi tindak balas bagi pihak MARA.