Orang Melayu hendaklah berpegang kepada ‘Adat Melayu pantang derhaka kepada Sultan’. Berlaku biadap sehingga boleh membawa kemurkaan kepada Baginda Sultan adalah perbuatan derhaka yang menjadi pantang larang kepada kalangan masyarakat melayu kerana ia merupakan sebesar-besar jenayah dalam Negeri Melayu. Oleh itu kebiadapan dan penderhakaan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu perlu dihentikan dan semua rakyat di negara ini harus tunduk dan taat kepada Sultan dan Raja dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.
Sebagai rakyat di bawah naungan payung pemerintahan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan, saya amat terharu dengan keprihatinan Baginda terhadap perpecahan yang berlaku di kalangan rakyat khususnya kalangan masyarakat Melayu. Kemurkaan Baginda jelas kerana terkilan dengan golongan Melayu yang mengenepikan sejarah perjuangan bangsa dan terhakis nilai dan jati diri sehingga sanggup berada di bawah telunjuk orang lain demi mencapai cita-cita politik mereka.
Perjuangan bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang unggul setaraf dengan bangsa-bangsa lain masih belum kesampaian. Orang Melayu perlu bersatu bagi menjayakan perjuangan ini. Sebarang pertikaian dan masalah yang timbul boleh diselesaikan secara sopan melalui permuafakatan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat". Jangan diulangi sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang hanya mampu bertahan kira-kira 100 tahun. Bangsa Melayu hilang maruah dan terhina lebih 460 tahun lamanya sebelum kita bebas membina semula maruah bangsa dan negara yang merdeka yang pada tahun ini mencecah 52 tahun.
Maka dengan itu, saya ingin menasihatkan orang melayu supaya jangan jadi seperti "Nasib Pak Kaduk...menang sorak, kampung tergadai" dan jangan sekali-kali mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Berpeganglah apa yang ada jangan kelak sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!
Dato’ Noh Omar
7 Mac 2009
Sebagai rakyat di bawah naungan payung pemerintahan Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor Darul Ehsan, saya amat terharu dengan keprihatinan Baginda terhadap perpecahan yang berlaku di kalangan rakyat khususnya kalangan masyarakat Melayu. Kemurkaan Baginda jelas kerana terkilan dengan golongan Melayu yang mengenepikan sejarah perjuangan bangsa dan terhakis nilai dan jati diri sehingga sanggup berada di bawah telunjuk orang lain demi mencapai cita-cita politik mereka.
Perjuangan bangsa Melayu untuk menjadi bangsa yang unggul setaraf dengan bangsa-bangsa lain masih belum kesampaian. Orang Melayu perlu bersatu bagi menjayakan perjuangan ini. Sebarang pertikaian dan masalah yang timbul boleh diselesaikan secara sopan melalui permuafakatan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat". Jangan diulangi sejarah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang hanya mampu bertahan kira-kira 100 tahun. Bangsa Melayu hilang maruah dan terhina lebih 460 tahun lamanya sebelum kita bebas membina semula maruah bangsa dan negara yang merdeka yang pada tahun ini mencecah 52 tahun.
Maka dengan itu, saya ingin menasihatkan orang melayu supaya jangan jadi seperti "Nasib Pak Kaduk...menang sorak, kampung tergadai" dan jangan sekali-kali mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan. Berpeganglah apa yang ada jangan kelak sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran!
Dato’ Noh Omar
7 Mac 2009
18 comments:
assalamualaikum dato,minta maaf lah terkeluar daripada tajuk sket,sya seorang bekas plajar politeknik,telah memulakan penternakan kambing sewaktu saya semester empat lagi.tetapi sewaktu itu diuruskan oleh ibu-bapa...setelah tamat belajar saya tak mencari kerja dengan harapan ingin menjadi usahawan ternak yang berjaya..tetapi terus terang saya mengatakan bahawa kami tiada modal untuk mengembangkan perniagaan..alhamdulillah dengan apa yang ada sekarang ni sudah mencukupi untuk kehidupan seharian..tetapi sebagai seorang pemuda,cukup2 makan bkan lah target saya,kalo diizinkan allah bialah betol2 berjaya.alang2 menyeluk perkasam bia sampai ke pangkal lengan..saya ada mendengar bahawa pinjaman MARA untuk penternakan bakal dihentikan..betulkah...?jikalau betul ini adalah berita yang menyedihkan bagi saya dan sahabat2 penternak yang lain.kerana pinjaman dengan bank memerlukan cagaran.dan malang bagi saya dan sahabat penternak yang tiada tanah..saya harap bahawa khabar yang saya dengar ini tidak benar.apa yang membimbangkan saya jga,sya baru sahaja menghantar borang pemohanan pnjaman mara pada bulan 12 yang lalu dan masih menunggu jawapan.semoga allah mengirimkan berita gembira kepada saya. kami adalah pemuda yang menceburi bidang keusahawanan bagi mencari keredhaan allah dan menyahut seruan kerajann agar dapat memantapkan ekonomi agama dan bangsa.harap dato sudi melawat ke blog saya, kambingpearl.blogspot.com .semoga allah rahmati dato sekeluarga.amin..terima kasih
Dato'
Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah!
Hang Jebat penderhaka, Bendahara Melaka juga penderhaka,Laksamana Bentan penderhaka, Nizar penderhaka.
Penderhakaan ini wajib untuk menegakkan keadilan. Derhaka cuma istilah untuk melemahkan sokongan terhadap si penderhaka. Sebenarnya dikacamata yang lain sipenderhaka itulah sebenarnya seorang pejuang.
Zaman taat setia tanpa berbelah bagi sudah berlalu.
salam dato
saya harap apa yang saya katakan ini bukan hanya komen yang terlintas disini sahaja, tanpa apa2 reaksi. bukan omong kosong ya...
saya tak tahu nak lontarkan dimana. apa yang saya nak katakan disini tiada kaitan dengan tajuk disini.
saya amat berdukacita dengan tindakan mara yang membekukan pinjaman pertanian. terlalu mendadak dan mengejutkan semua bumiputra yang baru berjinak2 dengan pertanian.
banyak istitusi kewangan yang boleh memberi pinjaman. tapi amat terhad kepada golongan tertentu dan terlalu banyak juga karenahnya. sehingga tak perlu dipersoalkan lagi.
pinjaman pertanian mara dibekukan. dalam hari ini bajet mini diperkenalkan. media cetak media masa, banyak ulasan bajet yang membantu rakyat. tapi malangnya dalam masa yang sama golongan pertanian dalam diam ditindas atau tertindas. apa untungnya subsidi diberi percuma dan pinjaman adalah berbayar.
saya bukan pembangkang hanya komen dan komen. tapi apa yang saya harapkan Majlis Amanah Rakyat biarlah terus membantu. andaikata kerana membantu pertanian bumiputra itu satu kerugian. bukanlah tindakan membekukan pinjaman pertanian itu satu tindakan yang wajar.
saranan saya. mara perlu mempertimbangkan satu2 usaha pertanian yang berpotensi maju. turun dan selidik. sebab apa yang berlaku kemudian ini banyak pertanian mendapat pinjaman tapi tidak berdaya maju. rentetan dari itulah banyak dari sektor pertanian yang gagal membayar kembali pinjaman.
saranan saya yg kedua. potongan melalui bank setiap bulan. atau koperasi dalam simpanan yang diwajibkan dari peminjam.
apapun terserah atas budibicara bijaksana dato bagi mempertahankan skim pinjaman ini.
yang benar
bumiputera
salam dato,
saya bersetuju 100% dengan apa yg dato perkatakan...adat melayu..pantang derhaka kepada raja..jgn kerana seekor nyamuk,habis kelambu dibakar..teman2 sekalian, renung2kan apa yg diperkatakan..andai kita menjadi pak kaduk, apa yg akan kita perkatakan kepada anak cucu kita dikemudian hari..apa yg kita boleh banggakan..apakah kita berbangga menjadi Pak Kaduk..?? renung-renungkanlah..
Semoga perjuangan dato dirahmati dan saya percaya rakyat mengharapkan akan ada idea2 yg bernas di masa2 akan datang yg boleh membantu meningkatkan lagi taraf hidup kami..
Salam Melayu untuk Melayu
Salam Malaysia untuk Malaysia
Salam Dato',
Mungkin sesuai dengan tajuk yang dato berikan ini. Disini saya ingin menyampaikan sedikit maklumat didalam perjalanan saya mencari apakah feed-back para perwakilan UMNO nanti. Dimana saya bergerak tanpa ada yang mengetahui bahawa saya ini cuba untuk membantu dato' secara sendiri. Dari maklumbalas yang saya dapat terdapat gerakan untuk menjatuhkan dato' diwaktu pemilihan UMNO nanti. Ini bukanlah disebabkan sikap dato'. Kebanyakkan mereka menyatakan bahawa dato' dan setpol dato' memang baik dan membantu namum kekecewaan mereka ialah sikap para pegawai dato' yang lain. Terdapat para pegawai dato' yang terlalu menyombong dan tidak melayan permintaan pertolongan yang dikira kecil bagi mereka. Mereka hanya melayan dikalangan rakan-rakan mereka sahaja. Disini saya ingin menyarankan bahawa dato' perlu untuk memperbaiki keadaan ini secepat yang mungkin. Janganlah oleh kerana sikap sombong para pegawai dato', dan dato' sendiri yang menjadi mangsa. Pantaulah sikap para pegawai dato yang lain. Saya sendiri mempunyai pengalaman dengan pegawai dato'. Bagi saya mujurlah setpol dato' yang banyak mengurangkan kemarahan dan kekecewaan yang mereka hadapi.Oleh itu dato' perlu menilai semula kesemua para pegawai dato' yang lain yang hanya terlihat mementingkan diri mereka sendiri. Saya disini hanyalah memberikan sedikit maklumat buat dato'. Terpulanglah dengan tindakan dato'. Anggaplah ini sebagai maklumat buat dato' sendiri dan tidak perlulah disiarkan didalam blog ini.Dan ini adalah maklumat dari orang bawahan yang inginkan supaya dato' terus menjadi pemimpin kami. Tiada sebarang upah yang dperlukan untuk membantu dato'.
Salam YB Dato'
Maaf sekiranya saya tidak memberi komen terhadap isu yg YB Dato' tulis. Sebenarnya sy mencadangan agar YB Dato' mewujudkan kolum utk bloggers/public memberikan sebarang komen,pandangan,cadangan mahupun aduan khususnya berkaitan kementerian YB Dato'.Jadi sementara ini sy terpaksa menggunakan ruangan ini utk membuat aduan ini. Sebenarnya sy tidak berkesempatan utk mengajukan perkara yg sama kpd YB Dato' semasa di Majlis 1F1C di PWTC semalam (15 Mac 2009) krn masa yg terhad. Begini YB Dato':
syarikat saya Net Solutions Enterprise telah dilantik oleh HFI Sdn. Bhd. sebagai pengedar sah bagi alat penjimatan minyak berasaskan air, iaitu Hydrofuel sejak 7 Ogos 2008 (salinan surat lantikan dilampirkan). Seperti Y.B sedia maklum, produk ini telah dilancarkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada bulan Julai 2008 di Putrajaya, yang turut dihadiri oleh Y.B Dato’. Ia dikatakan mampu menjimatkan penggunaan petrol sehingga 60% dan pelancarannya bertepatan dengan krisis harga minyak yang tidak menentu pada ketika itu, iaitu penyelesaian kepada beban yang ditanggung oleh rakyat Malaysia, dengan kenaikan harga bahan bakar dunia.
Saya antara yang berasa bangga dan bertuah kerana diberi peluang dan tauliah oleh HFI Sdn.Bhd. untuk mengedar dan memasang alat ini kepada pengguna. Sejurus mendapat tauliah, saya telah melakukan pelbagai persiapan termasuk menyewa lot kedai, membeli peralatan dan lain-lain keperluan. Walau bagaimanapun mimpi ngeri saya bermula apabila sejak dilantik sebagai pengedar, sehingga surat ini ditulis, pihak HFI Sdn.Bhd. GAGAL mengeluarkan produk Hydrofuel dan arahan untuk mengedar dan memasang walaupun berjanji berbuat demikian pada bulan pertama selepas melantik syarikat saya dan beberapa pengedar yang lain. Berikut beberapa perkara yang perlu saya nyatakan:
1. Pihak HFI tidak konsisten berkaitan tarikh produk hydrofuel ini boleh dipasarkan.
2. Pihak HFI tidak menunaikan janji (untuk melatih dan mengedarkan produk ini kepada pengedar secepat mungkin) yang dibuat pada 29 Ogos 2008 ketika perjumpaan bersama pengedar.
3. Pihak HFI gagal dengan cara apa sekalipun untuk memberitahu pengedar tentang kelewatan ini, malah tidak memberi sebarang maklumbalas terhadap surat yang dihantar pada 18 November 2008.
4. Pihak HFI telah menimbulkan keresahan dikalangan pengedar serta masyarakat yang ternanti-nantikan produk ini, dimana publisiti meluas diberikan pihak media mengenai produk ini.
5. Kredibiliti HFI sebagai syarikat bumiputera dipersoal oleh banyak pihak kerana kegagalan memasarkan hydrofuel seperti yang diwar-warkan.
6. Secara tidak langsung, imej Y.A.B Perdana Menteri dan Y.B Dato’ sendiri tercalar kerana Y.A.B Perdana Menteri sendiri telah melancarkan produk ini,manakala HFI Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik Melayu Bumiputera.
Atas sebab itu beberapa masalah timbul kepada saya iaitu:
1. Kerugian apabila terpaksa membayar sewa kedai berjumlah RM850 sebulan sejak Ogos lalu, walaupun tiada sebarang aktiviti perniagaan. Untuk makluman saya telah melabur RM10,000 untuk membuka pusat pemasangan hydrofuel ini.
2. Saya telah menandatangani perjanjian penyewaan selama setahun dengan tuan punya kedai. Ini bermakna saya terpaksa membayar sewa selama setahun walaupun tidak menjalankan perniagaan.
3. Kehilangan pekerja, apabila kedua-duanya tidak datang bekerja selepas cuti hari raya tahun lalu kerana tidak yakin syarikat saya mampu bertahan. Mereka ini dihantar oleh Pusat Giat Mara untuk bekerja dengan saya.
4. Menerima malu yang amat sangat kepada rakan-rakan, prospek serta masyarakat setempat kerana telah berjanji kepada mereka untuk mula berniaga pada September tahun lalu.
5. Ramai pelanggan yang telah membatalkan tempahan kerana menunggu terlalu lama ini.
Sehubungan itu, saya memohon kepada Y.B Dato’ untuk campurtangan di dalam perkara ini kerana tindakan HFI Sdn. Bhd. ini telah menyebabkan kerugian kepada usahawan kecil seperti saya dan membantutkan usaha kerajaan untuk meramaikan usahawan Melayu. Saya tidak dapat menjalankan sebarang perniagaan lain, kerana duit saya telah habis digunakan sebagai modal untuk menjalankan perniagaan pemasangan produk hydrofuel ini. Saya ingin pihak HFI membayar gantirugi terhadap kerugian yang saya alami.
Sekali lagi, saya memohon maaf kepada Y.B Dato’ sekiranya perkara ini mendatangkan kesulitan kepada Y.B Dato’ dan segala perhatian dan keprihatinan Y.B Dato’ di dalam perkara ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
YB Dato' boleh menghubungi saya di talian 019 2660234. Terima kasih.
salam Dato'..
saya ada membaca berita yang Anggerik Mall di Shah Alam inginkan perniagaan berbentuk IT, yang dimiliki oleh Bumiputera. Jadi, bagaimana saya ingin memohon, kerana saya dan kawan saya, membuka perkongsian dalam meniagakan barang-barang IT dan telefon bimbit, cuma kami masih kekurangan modal untuk menyewa kedai yang kebanyakannya memerlukan kepada kos yang tinggi. Jadi saya amat berharap, dengan kenyataan Dato pada 16/3/09 berkaitan Anggerik Mall itu, bagaimana saya siswazah yang baru menjadi graduan, ingin memiliki premis di Anggerik Mall.. Harap Dato' dapat membantu.. Terima Kasih.
-biologi@seoztech.com-
salam dato, di sini saya bersyukur tidak terkira mrsm ingin memulakan subjek tulisan jawi tahun depan juga satu keluarga satu usahawan. semoga terlaksana dengan berkesan. saya ingin menekankan di sini sudah tiba masannya mara memikirkan wujudkan intitusi pendidikan mara bermula dari tadika hingga ipt dengan seimbangkan teori dan praktikal tidak hanya dinilai berdasar keputusan peperiksaan semata seperti sekarang. sudah tiba masanya mara fikirkan formula berkesan dalam pendidikan dengan menggabungkan ilmu dunia dan akhirat juga penekanan bidang penciptaan/perniagaan itu sendiri secara serius mulai tadika hingga ipt. di sini saya ingin menghantar emel kepada dato mengenai kertas kajian mengapa yahudi bijak untuk manfaat bersama. harap dato emel saya segera amran81@gmail.com
mudahan unikl betul2 berjaya melahirkan 9/10 daripada warganya sebagai usahawan berjaya ituje harapan saya memilih unikl itu sendiri selaras dengan Sabda Rasulullah 9/10 pendapatan daripada perniagaan. tekankan betul2 jangan lupa kepada bidang2 lain perniagaan di samping teknousahawan. galakkan penciptaan/penyelidikan di peringkat sijil lagi. saya juga cadangkan unikl wujudkan satu lagi pusat binausahawan yg merangkumi seluruh bidang perniagaan. pusat tersebut secara aktif jalankan penyelidikan/pembangunan/bantuan/mentor usahawan itu sendiri di unikl bagi mencapai 9/10 warga unikl adalah usahawan berjaya. mudahan dato pertimbangkan ilham saya ini untuk dilaksanakan.
TAXI TOUTS MEMBURUKKAN PRESTIJ KLCC
Assalamualaikum Dato.
Maaf kerana terkeluar tajuk sedikit.
Sebagai seorang yang kerap berkunjung ke KLCC dan menggunakan perkhidmatan teksi, saya terpanggil untuk menulis kepada Dato perihal kegiatan "taxi touting" yang begitu ketara di pondok-pondok teksi KLCC di Jalan P Ramlee dan di Jalan Ampang.
Sebenarnya ini bukanlah fenomena baru kerana saya telah melihat dengan mata kepala saya sendiri gelagat "taxi touts" ini sudah beberapa tahun.
Papan tanda2 besar yang diletakkan di luar pintu2 keluar KLCC yang megesyorkan pelanggan supaya tidak melayan "taxi touts," pada hemat saya, adalah satu "mockery" kerana kegiatan yang memalukan dan menyusahkan ini nyata dilakukan secara terbuka dan tanpa segan silu.
Saya berasa sangat malu apabila melihat pelancong2 mengeleng kepala dan mengeluh angkara perbuatan segelintir pemandu2 teksi. Tentu sekali pelancong2 ini akan membawa balik berita dan pengelaman buruk mereka. Alangkah ruginya negara kita. Kisah manis melawat "world class towers" yang sepatutnya dikenang kini dicemari oleh "third class taxi service!"
Anehnya, walaupun perkara ini telahpun diwar-warkan dengan meluas di dada akhbar2 sebelum ini, kegiatan ini masih tidak disekat. Saya berasa begitu "helpless" apabila mengingatkan akan tiada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak yang berwajib sehingga kini.
Adakah masih ada harapan untuk keadaan ini berubah? Saya harap Dato tidak akan megecewakan saya.
Saya harap Dato dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Sebagai contoh, mungkin pihak KLCC boleh adakan "ticketing booth" di mana pelanggan dapat membeli tiket dengan harga yang mungkin ditambah dengan surcaj yang tetap dan berpatutan. Saya fikir ramai pelanggan akan bersetuju dengan cara ini dari terpaksa tawar-menawar dengan pemandu teksi.
Sekian, terima kasih kerana mendengar rintihan saya.
Ibrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Moga Allah Taala memberi Taufik hidayah kepada kita semua.Saya sangat terkesan dengan isu yang cuba dimainkan kerajaan khususnya yg dibawakan oleh Kerajaan UMNO\BN yang menyatakan pihak 'lain' yg sebenarnya menderhaka kepada sultan. INSAN YANG MULIA DISISI ALLAH HANYALAH INSAN YANG BERTAKWA,sekiranya sultan itu bertakwa, Alhamdulillah, tapi sekiranya sultan itu sendiri tidak bertindak seperti yang Allah Taala mahukan maka dia tergolong dalam insan-insan yang dimurkai,Ulama' tidak ma'sum(terpelihara dari dosa kecil & besar) begitu juga dengan sultan. Saya sebenarnya ingin mengajak dato beriman bersungguh kepada ALLAH SWT dan RASULULLAH saw dan cuba meninggalkan syirik kecil(takut & cuba mengagung-agungkan makhluk ciptaan Allah). Dato, apa yang memuliakan kita adalah ISLAM, bukannya disebabkan kita bangsa melayu, Kaum Quraisy di Mekah adalah contoh golongan yang amat memuliakan bangsa mereka sehingga mereka menganggap bangsa selain dari bangsa Quraisy adalah hina, lantas Allah murka terhadap kaum Quraisy lalu Allah menurunkan azab yang pedih pada mereka, sama juga misalan ideologi yg dibawa yahudi laknatullah, sama sahaja, kita nak melayu jd spt bangsa2 ini? Allah pandang iman & takwa kita bukan sebab kita melayu, saya terpaksa berterus terang bahawa UMNO lah sendiri yang menhancurkan bangsanya, melayu masih lagi merempat di sana sini, masih gagal menguasai ekonomi Malaysia, paling banyak mengalami keruntuhan moral dan sosial, dipaksa tidak mengguna bahasanya sendiri dalam penguasaan ilmu-ilmu penting dalam sistem pendidikan, saya berhujah ini bukan atas dasar saya pro kepada mana2 pihak atau parti tetapi inilah yang Allah tunjukkan kepada saya untuk saya fahami. MELAYU BOLEH BERSATU JIKA BERTUNJANGKAN KEPADA AKIDAH YANG SATU, perjuangan memartabatkan bangsa sia-sia sama sekali sekiranya kamu semua mengenepikan syariat Allah, Tuhan melayu, cina, india dan lain2 adalah ALLAH, cina tidak meminta mereka dilahirkan cina, ini semua adalah takdir,qudrat & iradat, qada' & qadar Allah SWT. saya benci pihak yang menganiaya bangsa saya sendiri, mungkin Allah sudah mentakdirkan UMNO akhirnya hancur akibat dasar perjuangan yang bercanggah dengan apa yang Allah tetapkan. MOGA HATI MALAYA AKAN BERUBAH MENJADI HATI YANG SEJAHTERA(qalbun salim) dimana hamba-hambaNYA yang beriman & beramal soleh yang akan menemui Tuhannya dalam keadaan hati yang sejahtera.waalualam-hamba Allah, ummah Rasul,
Salam dato,
Saya telah menghantar borang untuk mengikuti kursus restoran dan katering untuk kali kedua.Tahun lepas saya sudah menghantar borang dengan bidang kursus yang sama namun masih tidak mendapat maklum balas.
Khabarnya pemilihan untuk bidang kursus mara adalah dibuat secara rawak dan memilih orang tertentu sahaja.
Alasan yang selalu saya terima ialah peserta tak cukup jadi tak dapat buat kursus jika begitu sampai bila individu yang ingin bergelar usahawan harus menunggu?sedangkan peruntukkan sudah hangat digembar gemburkan dalam media massa...Adakah ianya sekadar retorik semata2?Mohon dato ambil perhatian.
Saya berharap dato dapat melihat perkara ini sebagai isu penting demi melahirkan lebih ramai golongan melayu yang bergelar usahawan dan bukan golongan tertentu sahaja.
Terima kasih.
assalamualaikum...
Dato, saya harap agar semua kakitangan kerajaan wajib menyanyikan lagu negaraku tanpa muzik sekurang-kurangnya 1 kali sehari supaya memberi kesedaran tentang pentingnya pelihara kemerdekaan dan keharmonian hidup di negara kita. tidak lupa juga tolong wajibkan semua stesen radio n tv rtm dan swasta pasang SERENTAK lagu negaraku setiap pagi pada jam 8 NO KOMPROMI supaya kita dapat menaikkan kembali semangat patriotik. INI SECARA X LANGSUNG DAPAT HAPUSKAN RAKYAT MALAYSIA DRP BERSIKAP PENDERHAKA....
Kepada Cilipadi..Anda buta ker?Nizar pejuang??
Ha...Ha...Ha..Macam tu ke yang dikatakan pejuang?Kepada Nizar,anda bukan pejuang bangsa..Anda tidak layak untuk menjadi ketua..Anda seperti seorang pengawas yang dilucutkan jawatan oleh pengetua sekolah kerana melanggar peraturan sekolah.
Anda dan kroni-kroni anda hanya tahu menghancurkan negara Malaysia sahaja..Institusi Diraja pun tidak suka pada anda,,macam mana anda mahu jadi ketua???Ha....Haa...Haa
Anda dan kuncu2 anda tidak layak mentadbir negara..Atas sebab jawatan anda dilucutkan, anda dan kuncu2 anda cuba melawan institusi diraja .Macam tu ke perangai seorang ketua???...Ha..Ha,,Ha Anda dan kuncu2 anda memang pandai buat lawak dan propaganda..nk-nk ketua anda yang anda sanjungkan itu,sedar x anda yang anda hanya dipergunakan olehnya untuk kepentingan beliau sendiri..
Xender69
salam... dato
saya peminjam dari johor...telahpun lulus untuk pinjaman tapi dah hampir dua bulan berlalu cek masih tak dapat lagi...macamana dato...saya peniaga kecil yang memerlukan...perjanjian dah ditandatangani bila ditanya mara negeri jawapannya duit tidak ada...macamana ni....kalau tiada dana kenapa pinjaman ini diluluskan...saya amat memerlukan pinjaman ini...terima kasih..diharap dapat perhatian dato.
xender69...kalau YB Nizar menang di Bukit Gantang...butakanlah mata anda seperti Kassim Selamat....Selamat Membuta...
Asalamualaikum Dato,
Berhubung dengan masalah tiada pengeluaran cek pinjaman perniagaan MARA walaupun perjanjian telah ditandatangani distemkan hasil lebih dari satu bulan ada yang 2 bulan dalam tahun 2009. Saya rasa masalah ini berlaku di seluruh Malaysia termasuk saya di Sabah. Perkara seumpama ini tidak berlaku sebelum ini dan pada 2008 ianya amat pantas dilaksanakan sepertimana proses flow yang ditetapkan.
Dato, buatlah satu penjelasan mengapa hal ini berlaku demi kebaikkan semua taklah perlu tiap 2 hari pergi tanya cek atau hari hari telefon pejabat MARA. Sudah 3 bulan berlalu hanya pembaiyaan kontrak sahaja yang diberikan. Jangan lah sampai perkara ini digembar gamburkan di media. Tolong lah dato' buat penjelasan samaada di media ataupun dalam blog ini kerana kakitangan MARA tidak mampu beri penjelasan. Jawapan nya tunggu kalau nak , tapi sampai bila.
Sekian
Melayu Tak Pernah Lupa Adat.
nak kata tak pandai tapi tengok ada pangkat dato' jadi menteri pulak tu.
tolong la dato' buanglah hasad tu. takkan begini kot kelas menteri malaysia. tolong ya dato' jangan malukan nama malaysia. tolong sangat2..
Post a Comment