Sebenarnya saya tidak bermaksud untuk membuka pekung di dada atau meludah ke langit mahupun menjadi juara dengan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam konteks delivery system kementerian dan agensi-agensi MECD.
Isu berkaitan MARA ini berbangkit sewaktu saya membuka sesi dailog dengan hadirin yang hadir di Majlis Rumah Terbuka FITEC di Batu Caves pada 11 Oktober yang lalu. Kebanyakkan yang hadir terdiri daripada usahawan-usahawan yang dididik oleh MARA khususnya para usahawan perabot di bawah naungan FITEC.
Pelbagai isu dan permasalahan yang diutarakan oleh mereka menarik perhatian saya termasuklah dalam soal betapa sukarnya untuk mendapat pinjaman MARA bagi membiayai projek mereka sedangkan mereka adalah usahawan yang diasuh oleh MARA.
Bagi saya, jika usahawan yang berlindung di bawah payung MARA sendiri pun sukar untuk mendapat pinjaman maka bagaimana pula dengan usahawan lain...??? Isunya sama pada setiap sesi dialog bersama orang ramai khususnya sewaktu program-program Gerak Usahawan. Sukar mendapat pinjaman, kelulusan lewat, pinjaman lulus tapi duit lambat dapat sehingga ada dikalangan usahawan hampir bankrap membiayai projek kerana masalah-masalah yang disebutkan tadi. Oleh kerana pada sesi dialog itu, wartawan juga hadir maka isu ini menjadi bahan berita untuk mereka siarkan.
Walaupun pahit berita itu, terpaksalah saya telan jua dan mengharapkan agar semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka terhadap kenyataan saya itu. Yang pentingnya, kita memikul amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat usahawan bumiputera. Jadi janganlah kita abai dan ambil sikap sambil lewa dalam menjayakan amanah dan tanggungjawab ini.
Dalam menjayakan pembangunan usahawan ini, adalah menjadi matlamat MECD untuk memperbanyakkan jumlah usahawan bumiputera. Ini sejajar dengan hadis nabi, yang juga telah menjadi tag line kementerian, "9/10 rezeki adalah dari perniagaan."
Maka dengan itu, pelbagai skim kita wujudkan untuk usahawan Bumiputera. Namun yang pentingnya MECD dan agensi-agensi perlu memastikan sistem penyampaian yang cekap dan berkesan agar matlamat pengujudan skim dan pinjaman usahawan ini dapat dicapai dengan jayanya dalam memberi manfaat sepenuhnya kepada golongan usahawan.
MECD bukan sahaja memberi penekanan kepada berapa banyak jumlah usahawan yang boleh kita wujudkan malah MECD turut memberi penekanan kepada pembentukkan masyarakat usahawan yang berdaya saing, maju dan berupaya meningkatkan mertabat Bangsa Melayu dalam dunia keusahawanan.
Bersama-sama kita membuat perubahan pada hari ini untuk hari esok yang lebih baik. Semoga berjaya!
9 comments:
Salam Sejahtera YB,
Terima kasih diatas catatan blog Dato' kali ini. Kesungguhan, keikhlasan dan harapan YB untuk mengubah keadaan hari ini ditegaskan lagi dalam blog ini.
Harap dibaca, difahami dan direalisasikan bersama (bukan baca suka-suka saja)oleh kakitangan-kakiangan MECD, MARA dan PNS yang berkaitan.
Masih banyak yang perlu YB usahakan untuk mengubah mentaliti dan budaya kerja di MECD, MARA dan PNS tapi masa tidak banyak. Moga-moga Dato' kekal menerajui kementerian ini walaupun selepas Mac 09'.
Kepada tuan puan pembaca blog dan usahawan yang saya hormati, saya ingin mengajak tuan puan bersama-sama menyokong usaha menteri kita ni melalui sumbangan idea dan saranan (positif) ke dalam blog ini. War-warkan kepada rakan-rakan usahawan lain tentang blog ini.
YB pasti lebih bersemangat untuk menulis dan menjawab persoalan tuan puan lagi kiranya jika ramai yang membaca blog ini.
Jika tuan puan bertemu pegawai kerajaan (di MECD, MARA atau PNS) yang sombong, degil, besar kepala atau ingin tunjuk kuasa, war-warkan bahawa anda merupakan pembaca dan penyumbang (tulisan) kepada blog YB Dato' Noh Omar. Harap dapat mengubah attitude mereka.
By the way, big shots dan pengarah-pengarah MARA hari ini sehingga Ahad berada di Langkawi. Meeting...kat mana nak habiskan budget kot. Ada juga para usahawan-usahawan yang dipilih untuk menyertai meeting ini untuk menyumbang pandangan bernas berkaitan keusahawanan dibawah MARA.
Harap-harap kali ini idea-idea para usahawan ini tidak dibakul sampahkan sebaliknya akan diberi perhatian serius kerana sebelum meeting ini, ramai para usahawan juga dah berbuih mulut menegur serta memberi pandangan kepada MARA sepanjang mereka bersama MARA.
Betul kata YB ada yang hampir bankrap menunggu bantuan MARA tapi bila mereka dah ke depan MARA nak tumpang nama kononnya MARA yang bantu. Lembu punye susu, pegawai sombong dapat nama (dan naik pangkat).
p/s: Harap En.Othman (Pengarah, BPU) dapatlah lihat ke dalam perkara ini. Janganlah amal stail pengurusan lama tu. Buat kakitangan dan usahawan maki hamun u kat belakang je. Tak berkat hidup walaupun dapat...
Setiap usahawan di MARA ada amanah yang perlu ditunaikan dan rezeki mereka yang perlu disampaikan oleh tangan-tangan yang diberi kuasa MARA – desk officer, timbalan pengarah, pengarah, pengarah kanan,…... Harap janganlah disukarkan dan disekat-sekat.
Terima kasih YB sekali lagi kerana mengadakan blog ini.
Salam cik Farah Said, on the contrary, pegawai-pegawai mara, tekun, pns yg pernah saya berurusan semuanya best-best belaka, tak sombong, very helpful, siap tolong perbetulkan accounts lagi. Termasuk Tuan Syed PNS,En Shaari, En Sabli dar Tekun,En Khir MECD,. Tapi sejak dua menjak ni sejak KSU Dato' Musa pernah kata saya tak pandai berniaga, sebab saya tak pandai bodek, ampu, sogok under counter, di depan orang ramai kat MIHAS pulak tu, which is very unbecoming of a KSU Kementerian PEMBANGUNAN USHAWAN!!!!
Hantar surat komplain kat menteri pun sampai hari ni tak dapat jwpn!!!!!
Tentang menteri kata nak jaga amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan masyarakat usahawan Bumiputra, tu semua nyanyi je kot, because dlm bulan puasa hari tu akak mintak surat sokongan dr menteri pun menteri tak mampu nak kasi, tolak surat kat sana sini kata not my area of concern!!!Kalau hal ehwal usahawan bukan concern menteri pembangunan usahawan tak tau lah siapa punya concern I dont know what is!!!!
Tentang nak jadikan 9/10 rezeki dari perniagaan pun I dont think menteri faham, fasal, dia tu makan gaji je!!! hari minit saat tak da makna buat dia sebab dia, cukup bulan dapat gaji confirm. Kita tak da niaga tak da rezeki!!! every minute counts, every hour feels like a lifetime, hari berlalu berganti minggu berganti bulan menteri tak habis2 open house sampai perut pun naik boncit!!! Kita yg shoru miss ni dia tak peduli talking about 9/10 rezeki dari perniagaan tagline dia n mecd konon!!!jgn percaya!!!
Dato'
baru ni saya pergi ke mara JB tapi dia nak current account yg dah 6 bulan,saya guna saving aje jadi x dpt pohon?tak bolehke mudahkan cara?sama jugak saving,
Kalau ada list kat crease x blh pinjam jd org semua kena pinjam along,cuba komen
Salam dato Seri Noh Omar,
Saya adalah seorang usahawan yang benar benar kecewa dengan institusi kewangan di negara malaysia ini.Saya berharap Mara tidak akan kecewakan saya kerana saya akan menghantar permohonan pinjaman kewangan bagi menampung wang modal pusingan untuk menghantar bekalan kepada badan badan agensi kerajaan malaysia sendiri.
Apabila saya dengar kementerian dibawah dato seri ini laju buat kerja, maka saya ingin cuba nasib jugalah...untuk menghantar permohonan saya.
Tapi sekiranya nasib yang sama menimpa saya iaitu ...lambat permohonan diproses... bolehkah saya.. membahasakan dato seri yang sebagai ranking leader bagi mara ini.??
Sekian, terima kaseh.
tuahsijebat
macamana tak lambat dapat duit, ada pejabat MARA dah habis bajet
kalau nak cepat, tambah la duit lagi
penatlah kalau asyik mahu cover menteri shj..
assalamualaikum wbkt.
YBHG.dato, saya adalah supplier air mineral (branding customer).
sedia ada sekarang ialah kontrak dengan Amanah Raya dan Menara Kuala Lumpur.(2 permintaan ini sahaja hampir2 tidak dapat dipenuhi kerana kurang modal)
masaalahnya sekarang semua material termasuk filling air bukan saya punya.dan lebih menyedihkan lagi 99% bukan bumiputra. bayangkan semua sumber air mineral dibawah kuasa bangsa lain, kalau perang atau sabotaj macammana? saya sarankan semua sumber air mineral di malaysia ini dibawah kawalan angkatan tentera diraja malaysia.
saya berharap dapat membuka satu kilang pengeluaran air mineral, bertempat di pekan nenas, pontian, yang telah mendapat kelulusan kkm dan agensi yang berkaitan. semua ini milik orang melayu tapi dia nak jual. (dato! jangan sampai jatuh ketangan bangsa lain. saya anggap ini adalah fardu kifayah yang dituntu dalam islam)
saya harap Dato dapat membantu saya mendapatkan pinjaman utk projek ini, sementara Dato masih ada pengaruh & kuasa. bantulah demi meningkatkan syiar agama.
yb
salman
osmosys industries technology
osmosystech@gmail.com
0137022833
salam,Dato.
terimakasih kerana dapat peluang terlibat dalam blog dato.
saya terbaca satu komen dari en. salman mengenai air mineral. saya amat menyokong penuh atas usaha beliau. saya harap dato dapat berbuat sesuatu untuk membantu beliau meneruskan usahanya. saya teringat rasanya tiada air mineral (pengeluar)bumiputra. saya selalu round satu malaysia dan sepanjang perjalanan, belum lagi saya terbaca dilabel air mineral nama sykt melayu. walaupun air putih yang kita nampak selama ini macam perkara biasa saja, betul kata en. salman kalau disabotaj, mcmana kita nak atasi. air mineral dalam pasaran skrg pun byk yg tiruan (air paip yg tapis je). saya tahu sebab saya salah seorang penganalisa sumber air. saya harap en. salman berjaya dalam misinya. dan akhir sekali harapan saya agar dato dpt perhatian yang sewajarnya perkara ini.
p.s
tutup biru/berwarna-mineral water
tutup putih-air r.o,drinking water dsb.
uniknya bangsa melayu ni kat m'sia, sebut je melayu otomatik agamanya islam. cuba tengok bangsa lain termasuk arab, belum tentu lagi.
wassalam
pendukung bara agama
Assa'kum YB Datuk,
Saya mengucapkan terima kasih kepada Yb Datuk kerana dapat melihat akan masalah kronik yang dihadapi oleh MARA.
Sesungguhnya MARA adalah satu organisasi yang mempunyai hasrat yang amat murni. Walau bagaimanapun, di atas ketidak-pekaan semua pihak, samada dari pihak pengurusan MARA sendiri atau dari pihak MECD, yang tidak mengambil endah akan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu.
Pengalaman saya sendiri pada 23hb Oktober 2008 di tingkat 8, ibu pejabat MARA pada pukul 2.15 petang menceritakan segalanya. Saya tiba di Bangunan MARA pada pukul 2 petang dan saya dapat melihat ramai kakitangan yang berpakaian baju batik dan kurung masih makan dan menghisap rokok di persekitaran bangunan MARA.
Saya telah membuat sedikit penyelidikan akan skim-skim yang ditawarkan oleh MARA. Saya sendiri telah membuat salinan dari internet.
Setiba di tingkat 8 pada pukul 2.15 petang, kaunter di tingkat tersebut masih ditutup dan tiada orang. Pukul 2.30 petang, ada seorang kakitangan yang amat junior datang dan menanyakan tujuan kedatangan saya. Segala informasi yang diberikan amat bertentangan dengan apa yang terdapat dalam internet. Oleh kerana beliau tidak dapat menjawap soalan2 saya, beliau memanggil seorang lagi kakitangan. Masalah yang sama terjadi tapi cerita beliau lain dari cerita pertama tadi.
Saya menanyakan jika ada pegawai MARA yang ada pada waktu tersebut. Kakitangan tersebut menjawap " ada yang bercuti dan hadiri kursus. ada yang belum balik lunch".
Saya menanyakan sekiranya ada pegawai yang boleh membantu. Kakitangan tersebut cuba membantu dan akhirnya dapat seorang pegawai. Pegawai itu sendiri berkata yang beliau masih baru. Akhirnya dapat seorang penolong pengarah yang datang dan membantu saya.
Cuba YB Datuk fikirkan proses yang sepatutnya dapat diselesaikan oleh seorang sahaja dan 10 minit terpaksa mengambil masa hampir sejam dan 4 orang!
Cuba bayangkan kalau orang yang datang itu bukan orang yang tahu pasal pelaburan dan kewangan. Oleh kerana saya sendiri di dalam bidang tersebut, saya dapat membaca satu persatu kesilapan akan penerangan yang diberikan dari ke empat-empat pegawai MARA tersebut.
Inilah masalah MARA. Terlalu ramai "supporting staff" dan pegawai2 yang lama bekerja di MARA. Ianya menjadi "culture" yang amat tidak sihat.
Satu "revamp" perlu dibuat di MARA, dari peringkat pengurusan hingga ke peringkat bawahan. Cuba YB Datuk lihatkan "culture" yang dibawa oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Semoga YB Datuk dapat mencorakkan imej baru MARA dan saya sendiri, sekiranya perlu, dapat membantu YB Datuk.
Terima kasih.
lain kali ajak kami, tok...
Post a Comment