Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, October 29, 2008

Pemilikan Ekuiti Melayu Hanya 19 Peratus

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Pencapaian bumiputera dalam pemilikan ekuiti syarikat senaraian awam setakat ini baru mencapai 19 peratus, jauh daripada 30 peratus yang disasarkan sewaktu Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan kerajaan pada 1970.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, sehubungan itu cadangan agar syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam dimansuhkan tidak boleh diterima sama sekali.

‘‘Sebelum mengutarakan cadangan begitu, pihak-pihak berkenaan harus mengkaji kedudukan ekonomi kaum Melayu dan bumiputera terlebih dahulu,’’ katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Meraikan Kejayaan GiatMara di sini hari ini.

Beliau menambah, syarikat bukan bumiputera yang sebenarnya tidak bekerjasama dengan usahawan bumiputera demi kepentingan perniagaan mereka.

‘‘Sebagai contoh, beberapa bulan lalu kementerian saya telah berusaha mempertemukan 260 syarikat bukan bumiputera yang belum mempunyai 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera dengan para usahawan bumiputera,” jelasnya.

Namun, katanya, daripada 260 syarikat bukan bumiputera yang dijemput, hanya enam syarikat yang menghadirinya dan program mempertemukan ahli-ahli perniagaan itu disifatkan sebagai gagal.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai semalam, yang meminta kerajaan menarik balik syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam.

Tiong Lai berkata, merit atau daya saing sesuatu syarikat itu yang perlu diberikan keutamaan dan bukannya persoalan berkaitan ekuiti bumiputera.

Noh yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang sengaja mahu menyentuh hak Melayu dan bumiputera demi kepentingan politik mereka.

‘‘Justeru, isu sensitif sebegitu tidak perlu dikemukakan sekarang kerana masalah krisis ekonomi global bukan hanya melanda negara baru-baru ini,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar penekanan diberikan terhadap aspek mewujudkan kerjasama yang jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Tegasnya, dalam memastikan hak Melayu dan bumiputera terjamin seperti dalam Perlembagaan Persekutuan, kerajaan BN tidak pernah menafikan hak kaum bukan bumiputera.

Malahan sebagai contoh, katanya, GiatMara telah menerima ribuan pelajar kaum India sungguhpun penubuhan Mara dikhususkan untuk membantu Melayu dan bumiputera.

Petikan : Utusan Malaysia

12 comments:

Anonymous said...

Salam YB Dato'Noh,

Bole YB terangkan kepada saya apakah fungsi bahagian francais dan pendaftar kementerian pembangunan usahawan? pendaftar & bahagian francais MECD tidak punyai kuasa ke untuk mengambil sebarang tindakan terhadap francaisor yang melanggar akta francais 1998?

TULIS ONLINE said...

Salam Blogger,

Semoga terus mengekalkan penulisan HEBAT Tuan ini dalam dunia politik yang serba mungkin ini.

Saya sentiasa akan melawat blog Tuan dari semasa ke semasa.

Semoga hubungan blogger ini akan berkekalan dalam mencambahkan lagi pengetahuan, sokongan dan pengajaran.

Salam ziarah blog anda yang HEBAT ini.


Ikhlas,

Sarfarizmal Saad
http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Datuk,

Maaf,saya guna ruangan ini untuk komen sedikit mengenai NBECE 08 yang Datuk rasmikan semalam di PWTC.

Pertama, saya puji ucapan Datuk dan kesediaan Datuk membuka peluang dialog. Tahniah !

Walaubagaimanapun, saya amat kecewa dengan penganjuran NBECE tersebut. Apatah lagi datuk memaklumkan kementerian datuk menyumbang RM500 ribu bagi program berkenaan. Bagi saya, program tersebut tidak lebih dari objektif event manager bagi mengaut keuntungan. Datuk sendiri telah melawat pamerannya, amat mengecewakan 'keusahawanan bumiputera' yang cuba ditonjolkan. Sekadar tangkap muat dan harap hasil sewaan.Lagi pelik, ada pameran Limkokwing University ?

Bagi persidangan pula, saya rasa ada unsur2 tidak jujur kepada peserta. Walaupun ditawarkan secara percuma dalam iklan, ramai peserta dikenakan bayaran RM220 atas alasan kouta percuma telah penuh !

Saya harap pihak kementerian datuk dapat berhati-hati dalam menaja program2 sebegini apatah lagi program yang dianjurkan melalui event manager. Dalam acara semalam juga cuba ditonjolkan seolah-olah event manager ini 'membantu' dalam menjayakan acara ini. Bukankah mereka 'dibayar'?

Saya setuju pandangan datuk semalam agar ada KPI bagi acara-acara sebegini.

Anonymous said...

Apa yang nak sibukkan tentang 30% equity bumiputra dlm chinese listed company???? yang pasti diaorang adalah dari org yg kaya entah mana dtg duit dia, yg kalau sampai 30% equity pun harus tertindas jugak pasal diorang 70% bumi 30% dan bahasa dia kita tak tahu dan tak faham, muslihat dia boleh ke kita baca??????

Lebih baik concentrate dengan usahawan bumiputra melayu yg sungguh2 nak berjaya dalan dunia perniagaan yang nak naikkan taraf ekonomi ummah.

Macammana bumiputra melayu nak maju bila bantuan yang diberi mecd separuh jalan??? mintak loan dari tekun 50ribu, potong pulak loan lama 20ribu, tinggal 30ribu, masih tak cukup modal untuk tujuan memohon pinjaman tambahan!!!!!abih tu bila iks fail, bukan kerana melayu tak reti niaga, tapi pasal mecd dan agensi2nya membuat kerja melepaskan batuk ditangga???!!!

kalau dah identify orang melayu yang berdaya saing berdaya tahan, kalau dah tahan 10tahun tu berdaya tahan lah namanya, maka lonjakkan lah syarikat2 melayu ini!!!jgn dibunuh atau ditarik kaki dia dari bawah tangga, instead julangkan lah bagi jadi gemilang lagi terbilang!!!! macam cina2 yang public listed tu diorang dah identity company boleh berjaya, ramai2 masuk saham cukup modal untuk dipublic listed kan, yg kita nak sibuk 30% equity syarikat dia buat apa??????? kita buat lah syarikat melayu kita sendiri!

Contoh, de MARA, rata-rata pegi dari shah alam d Anggerik sampai lah ke kuala kedah, de mara hidup segan mati tak mau!!!sayang tak ambik gambar nak tunjuk kat dato, buruk rupanya, kotor pulak tu, ada tong sampah depan dimara berserak, apa? PENGARAH de mara disana tak de mata ke? tak de mulut ke nak suruh PBT sana buat kerja dan jangan buat sampah???

de mara di shah alam, bangunan je bilah malam nampak gah, siang hampeh!!! mungkin sebab puan roh asyik nak bagi kat orang kelantan dia saja berniaga, sebab tu lah kot tenant mix dia tak bagi orang teruga untuk mengunjung kat anggerik mall ni!!!! check it out dato'!!!

tak payah sibuk "syarikat bukan bumiputra yang sebenarnya tidak bekerjasama dengan usahawan bumiputra" kementerian sendiri tak beri kerjasama kat usahawan!!!

kita zoom in kat syarikat bumiputra yang sedia ada dalam senaraimecd, identify yang mana yang lebih 5tahun berniaga, yang mana yang lebih 10tahun berniaga, lonjakkan syarikat2 ini yang tentunya genuine entrepreneurs, ke a higher paradigm. jangan pulak ditarik kaki mereka ke bawah, jangan pulak di bunuh mereka, bila mintak loan 50k, di cantas loan lama, samapai modal masih tak cukup untuk pusing.takkan lah dia nak beli mercedes kot dengan duit tu???? hantar lah pasukkan PENGARAH2 MARA PENGARAH2 MECD, untuk review dan bagi modal tambahan hingga company bolih jadi besar sampai boleh dapat listing walaupun dalam KLSE second board!!!tak macam tu dato'????

bila usahawan kemukakan masaalah kepada dato' dan sepatutnya telah diminitkan kepada suhaimi, janganlah pulak bertahun2 takda feedback!!!mana flying squad dato'??? Bila usahawan tulis surat rasmi kat dato', complain pasal KSU DATO MUSA bagi malu usahawan yang berpotensi bertaraf ketaraf dunia macam DATO HABSAH pernah comment, "we want to turn your company to a world class company",pun berbulan2 tak da respond, macammana?????

KSU boleh kata usahawan tak pandai berniaga depan khalayak ramai hingga menjatuhkan maruah orang, tapi siapa yang kenal usahawan yang tersohor itu pasti tak percaya dengan cakap dato musa dan pasti merasakan theres something wrong with dato musa bila dia boleh cakap macam tu!!! yang pasti usahwan yg berkenaan tak reti bodek, tak reti ampu, tak reti bg under counter kat pegawai mara ke, pegawai mecd ke,dia dah 10tahun berniaga atas usaha sendiri laki bini, orang macam ni pasti banyak yang tak suka sebab dia tak main game diorang tu!!!!

sepatutnya dato should make dato musa bagi official apology kat dia bukan dok pecaya cakap orang2 dato lagi!!dato jangan pecaya sangat cakap orang2 dato' tu, kalau dato sampai guna tagline 9/10 rezeki datang dari berniaga, ikut nabi, maka wajarlah dato ikut cara nabi yang sungguh berhemah tinggi, adil, tak berat sebelah, tak dengar sebelah pihak saja and assume that they r right!!! gunalah kebijaksanaan, kuasa yang ada,iman didada, untuk berlaku adil. jangan kuasa yang ada diguna dengan riak, saperti mana sms dato pada usahwan tersebut "usahawan yang tak da adap saperti tuan, pasti saya tak akan tolong'!!! jangan emosional dato'!!!you are a menteri you must be professional, jangan melatah like what u did when u selar mara sampai keluar paper satu malaysia!!!takkan u tak tau kata ada pemberita?>??? ikut nabi cool sikit, dia tak melatah, dia adil, dia dengar semua pihak sebelum buat keputusan!!!!

muhasabah diri, when you point a finger at someone always remember that four other fingers are pointing at you. check yourself before you start assuming other people.

by the way was that the same suhaimi that ran for ketua pemuda selayang post??? no wonder he didnt do his job well when you minit things to him sampai menyekat rezeki orang, sampai menyusahkan banyak orang!! macammana dia boleh fikir dia layak jadi ketua macam dato???

Anonymous said...

Salam YB Dato'Noh,

Boleh tak MECD keluarkan senarai syarikat-syarikat Melayu yang telah diberikan status sebagai "Anchor" untuk membantu melahirkan usahawan baru?.
Buat masa ini terdapat banyak syarikat yang mengelarkan diri mereka sebagai "Anchor" dan mengelirukan bakal usahawan.
Biasanya syarikatsyarikat ini akan menawarkan perniagaan secara "contract farming" dalam bidang penanaman serai, ternakan lembu, pembuatan spare part kenderaan,penanaman orkid, memproses makanan berasaskan daging, ternakan ikan keli dan sebagainya. Syarikat ini ada juga membentangkan kertas kerja dalam Gerak Usahawan 2007. Syarikat ini membawa Logo MECD dan Mara sebagai tarikan. Syarikat-syarikat tersebut menyatakan bahawa pinjaman dan grant SMIDEC boleh diperolehi dari SME,Mara,Tekun dan lain-lain agensi dibawah MECD. Bakal usahawan yg telah menyertai mereka rupanya terperdaya.Ada wang yang dibayar oleh usahawan sebagai yuran, deposit, comittment fees dan sebagainya.

Mohon Dato' beri sedikit jawapan.
Sekian terima kasih.
Iklas

Chin Acne said...

Salam Yb ,
Sekadar ingin memberi pendapat.

-Laman web Mecd tak mesra pengguna
-Pendaftaran online berserabut
-Tajuk Program usahawan kurang menarik minat bumiputera
-Kesukaran mendapat pinjaman
-Maklumat dari laman web MECD yang kurang jelas (tak mesra pengguna)
-Kurangnya promosi yang lebih berkesan
-sikap bumiputera yang tidak rajin membaca inikan pula mencari maklumat.

pendapat saya tak lebih daripada sekadar pendapat. Saya juga berpendapat kelemahan ini berpunca daripada pasukan kerja MECD sendiri.

Terima Kasih

Unknown said...

Salam Dato's

Saya ingin menghubungi Dato' berkenaan keahlian alumni kelab umno.

Saya amat menghargai respon dari Dato'.

Terima kasih.

Anonymous said...

Aslmkum Datuk, Saya sgt terharu dengan usaha berterusan Datuk untuk memajukan golongan Ushawan di negara kita. Saya mendapati pelbagai pameran dan karnival anjuran MECD di pelbagai lokasi. Pada hari Ahad lepas (2 Nov 2008) saya berkesempatan singgah di Karnival Usahawan di Bera. Malangnya ketika saya sampai sekitar jam 3.00 ptg, banyak gerai-gerai khususnya gerai-gerai agensi Kerajaan telah pun kosong sungguhpun karnival 2 hari itu sepatutnya berakhir jam 9.00 malam. Yang lebih menyedihkan ialah pada masa yang sama YB Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Belia & Sukan selaku Ahli Parlimen Bera sedang melakukan lawatan ke gerai-gerai. Pada hemat saya, agensi-agensi Kerajaan adalah antara tarikan para pengunjung ke karnival seumpama itu..harap dapat dipantau pada masa akan datang. Syabas kepada Datuk dan MECD!

Anonymous said...

YB Dato' Noh,

Dikatakan pinjaman MARA hanya mengambil masa 2 minggu tetapi permohonan saya dari bulan April tiada apa2 tindakan...bermacam-macam alasan telah diberi...

Pada Jamuan Hari Raya di Perak bersama Dato' Seri Najib saya ada berceritakan hal ini pada Dato' & telah diminta untuk memberikan Nama, IC, No fail...

Ariza Binti Tak
670508-02-5528
No.Fail : 1101-2008-214

Saya amat berharap Dato' dapat membantu...Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

Assalalamualaikum. Minta Dato' adakan ruangan aduan usahawan secara atas talian (Online) supaya semua permasalahan dapat diselesaikan secepat mungkin di kalangan usahawan sendiri secara lebih efisien dan produktif. TK.

?ultramalay said...

Assalamualaikum YB Datuk...
Saya ingin mengucapkan tahniah di atas inisiatif Datuk untuk menceburi bidang blog. Langkah Datuk ini kena pada masanya memandangkan krisis kepercayaan masyarakat terhadap media-media arus perdana dan lebih senang untuk mempercayai media-media 'hiliran'.
Saya juga berharap agar Datuk terus memperjuangkan hak melayu/bumiputera yang terus-terusan dipersoalkan.
Sudahlah kuota biasiswa melayu dikurangkan, ekuiti pemilikan melayu juga nampaknya cuba dijadikan isu.

khalifah said...

Assalamualaikum dato'

Pemilikan Ekuiti Melayu Hanya 19 Peratus.a

Bagaimana agaknya warga seperti saya dapat menyumbangkan peratus Ekuiti tersebut.

Wang ringgit saya tak punya.. Modal yang ada hanyalah ilmu, pengalaman dan kemahiran sepanjang menjadi pekerja di Syarikat Kontraktor Non-Bumiputera - Walaupun nilai projek ratusan juta, bahagian kami tulah yang cukup-cukup makan.

Teringin jugak nak menyumbang peratus.. Kalau diteruskan bekerja nak makan sendiri pun tak kecukupan, anak isteri bagaimanalah pula..

Nak mulakan kecil-kecilan, aduhai tak sampai hati nak kenakan harga tinggi. Boss kata kelas F manalah nak guna degree holder..

Sekian. Wassalam

Paizol@live.com