Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, October 13, 2008

Menteri Selar MARA

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, menyelar sikap Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang disifatkannya terlalu lambat dan mengamalkan budaya kerja 20 tahun lalu kerana mengambil masa berbulan-bulan untuk meluluskan pinjaman.Katanya, budaya kerja perlahan bukan saja menjejaskan perniagaan pengusaha Bumiputera, tetapi turut memberi imej buruk kepada kerajaan apabila rakyat marah dan menganggap kerajaan gagal mengotakan apa yang dikata, sedangkan ia diuruskan agensi di bawah satu-satu kementerian.“Saya masih menerima aduan dan rungutan mengenai sistem pembiayaan, terutama pinjaman yang perlu diluluskan ibu pejabat Mara.“Di peringkat daerah tiada masalah kerana pegawai Mara diberi kuasa membuat keputusan serta merta sama ada melulus atau menolak pinjaman berjumlah kurang RM20,000.

“Yang menjadi masalah ialah pengurusan di ibu pejabat Mara. Saya tidak faham mengapa mereka mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan.

“Kalau tidak cukup duit untuk beri pinjaman, maklumkan kepada kita. Kita akan kaji balik untuk mengurangkan jenis pinjaman.“Saya maklum Mara menawarkan banyak jenis pinjaman tetapi tidak berguna jika ia (pinjaman) tidak boleh diberi.“Jika janji satu bulan, mesti buat keputusan dalam tempoh itu sama ada untuk meluluskan atau sebaliknya. Kalau lulus, kena beritahu segera.“Saya sendiri mempunyai dua tiga kes permohonan yang mendapat sokongan saya serta kaki tangan kanan kementerian, tetapi selepas empat bulan masih tiada jawapan.“Jika permohonan yang disokong menteri pun tidak dapat diluluskan, apatah lagi permohonan orang lain,” katanya pada sambutan Aidilfitri Furniture Industry Technology Centre Sdn Bhd (FITEC), di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan melihat cara kerja jawatankuasa Mara yang bertanggungjawab meluluskan pinjaman, termasuk kekerapan mereka mengadakan mesyuarat dan individu yang diberi kuasa ke atas perkara berkenaan.Malah, kelewatan itu juga menjadi antara sebab ramai pengusaha Bumiputera mengambil keputusan membuat pinjaman dengan along yang disifatkan lebih mudah, sedangkan mereka layak memohon pinjaman kurang daripada RM20,000 tanpa memerlukan penjamin atau cagaran.Beliau juga menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pegawai Mara yang gagal menjalankan tugas sehingga menyebabkan mana-mana bangunan Mara terbiar dan dalam keadaan ‘hidup segan, mati tidak mahu’.“Perkara ini sudah banyak kali saya sentuh, malah dibawa ke Kabinet, tetapi masih tiada perubahan. Ini sangat mengecewakan kerana Mara adalah imej kementerian.“Jika Mara gagal, bermakna kementerian juga gagal, sedangkan kita berusaha bersungguh-sungguh membantu pengusaha,” katanya.

Meskipun dalam serba kepayahan, Malaysia mampu menjadi pengeksport perabot kesembilan terbesar di dunia dengan nilai melebihi RM7 bilion dan RM2 bilion bagi pasaran tempatan pada 2007. Kementerian mensasarkan untuk mencapai nilai eksport kepada RM10 bilion pada 2010.Untuk mencapai sasaran berkenaan, pengusaha perabot tempatan perlu berusaha bersungguh-sungguh, apatah lagi dengan kemasukan perabot dari China yang bukan saja cantik dan menyamai rekaan luar negara yang terkenal, tetapi jauh lebih murah.

Petikan - Harian Metro

28 comments:

Anonymous said...

MARA tak fofesyenal

Anonymous said...

bukan x profesional..
adakah patut kita letakkan kesalahan itu 100% kpd pihak MARA?
cube fikirkan semula beban kerja yg diberi dgn bilangan kakitangan dan kemudahan kpd jabatan terbabit.

mmg betul kerajaan nak wujudkan ramai usahawan..
tapi syarat pemohon yg layak memohon terlalu longgar. membuatkan sesiapa shj 'terlayak' membuat permohonan.

kenapa perlu mengejar KUANTITI usahawan? tetapi tidak KUALITI usahawan?

kerana jaminan menteri rakyat menyalahkan MARA.. kerana aduan rakyat menteri menyalahkan MARA..
menjadikan jbtn tersebut terasa tertekan. kalaupun pinjaman dilakukan dgn cpt, tetapi di dlm keadaan tertekan menyebabkan kualiti pemprosesan menurun.

masing2 jgn hanya tahu menuding jari bila timbul mslh..

tmbhn, terdapat beberapa lg jbtn di bwh mecd.. kenapa MARA ditekan? di mana kegunaan TEKUN dan yg lain2?

Anonymous said...

Assalmualaikum Dato..

Teelebih dahulu saya ucapkan selamat hari raya. Terima kasih di atas keprihatinan Dato' di atas teguran yang dibuat kepada MARA.
apa yang boleh saya katakan di sini, masalah ini terjadi kerana mereka yang berada/bertugas di MARA bukan lah dari mereka yang menjalankan perniagaan. Maaf jika saya katakan mereka lebih kepada konsep makan gaji. Saya rasa mereka kurang memahami kenapa kami memerlukan pinjaman dengan segera. Perasaan empati mugkin tidak dirasai oleh mereka ini terhadap kami.

Sebagai peniaga/ usahawan apabila membuat pinjaman untuk suntikan modal dsbnya, kami memerlukan nya dengan segara kerana setiap masa dan detik adalah kritikal bagi kami. Sebagai contoh, sekiranya kami baru memulakan perniagaan, keperluan untuk membayar deposit sewa selama 3 bulan adalah diperlukan. Kami berharap sekiranya permohonan pinjaman dapat diluluskan dalam tempoh 1 bulan makan dapat lah kami membuat komitmen dgn tuan punya premis untuk membayar melalui pinjaman yang dipohon. Namaun apabila terjadi masalah kelewatan pembayaran dari pihak MARA, maka kami peniaga juga akan secara tidak langsung akan meghadapi masalah untuk menjalan kan operasi kami.

2. Syarat2 yang dikenakan perlu lebih fleksibel. Sebagai contoh, saya pernah membuat pertanyaan untuk memohon pinjaman bagi projek yang saya usahakan. Namun jawapan yang diterima oleh saya adalah para peminjam perlulah menjalankan perniagaan sekurang2nya 6 bulan untuk layak memohon. Sebagai sebuah syarikat Bumiputra, mdal yang kami ada untuk memulakan perniagaan amatlah terhad. Bagaimana kami hendak menjalankan aktiviti perniagaan kami dlam masa 6 bulan pertama jika sekiranya tiada suntikan modal di peringkat awal?

3. Syarat kepada cagaran. Saya rasa syarat ini juga patut dikeji semula. Syarat sediada memerlukan penjamin atau cagaran bagi pinjaman memelebihi RM50k. Pada pandangan saya, pada ketika ini untuk mendapatkan penjamin bukanlah sesuatu yang mudah. Kalangan adik beradik sendiri pun sukar untuk menawarkan diri untuk menjadi penjamin apatah lagi orang luar. Manakala bagi cagaran harta atau tanah ianya hendaklah bebas dari sebarang gadaian (encumbrances) dari mana2 pihak. Bagi kami yang sedang berusaha untuk menjana keselesaan melalui perniagaan perkara2 yang diminta adalah jauh dari jangkauan. Kalau ada pun harta atau tanah semuanya milik ibubapa yang akan menlibatkan proses yang panjang untuk didokumentasikan. Kami tersepit di antara kmudahan yang ditawarkan oleh pihak MARA serta syarat yang dikenakan. Dalam masa yang sama kami perlu meneruskan projek /perniagaan yang baru dijalankan. Kami usahawan Bumiputra sentiasa di dalam delima samada untuk meneruskan pinjaman dengan MARA atau beralih kepada alternatif lain yang lebih mudah nan amat berisiko untuk mendapatkan pinjaman.

Saya percaya pihak kementerian dapat menwujudkan mekanisme yang sesuai dgn kehendak pasaran masa kini didalam memberikan pinjanman bagi menolong golongan usahawan Bumiputra untuk terus berjaya di dalam perniagaan kerana 9/10 punca rezeki adalah dari aktiviti perniagaan.

Sekian. Terima Kasih
Khalidah khalid
KUALA LUMPUR

farah said...

Terima kasih atas perhatian dan teguran YB. MARA ini memang sejak dari dulu mara ke belakang. Terutama sekali bahagian pembangunan usahawan tingkat 22 dan 23. Bahagian/kluster perniagaan yang nak dibangunkan banyak tapi...

Bila sebut pasal pinjaman, usahawan dilayan macam peminta sedekah. Turun naik bangunan MARA mengadap pegawai. Akhirnya pegawai beri alasan tak boleh lulus sebab-'MARA tak ada peruntukan, tak ada duit' terutama sekali dalam projek mentor-mentee Program Peruncitan Bumiputera. Program hidup segan mati tak mahu. Program untuk orang me...layu.

Masa launching program secara besar-besaran di PWTC dulu macam-macam MARA janji dan peruntukan untuk projek dah ada. Ke mana pergi duit? Kalau tanya pegawai mesti cakap duit dah beri pada usahawan.

Kalau betul cuba MARA keluarkan statistik perbelanjaan sebenar yang keluar untuk bantu usahawan and make it public.

Berapa ramai yang dah start berniaga, tutup kedai dan berjaya. Kenapa tak pernah ada statistik? Ke mana duit dibelanjakan. Adakah dikhaskan pada 'usahawan terpilih, 'the choosen one', kenal orang dalam dan yang ada 'cable' sahaja?

Seperkara lagi kaji kenapa kadar kegagalan usahawan MARA ni tinggi dan ramai tak mampu nak bayar semula pinjaman (Ramai usahawan TEKUN didapati tak mampu bayar balik sebab last year interest rate/kadar kupon pinjaman pada 8%).

Jika beri pinjaman lepas tu lepas tangan biar usahawan berniaga tak mencukupi. Perlu ada program pemantapan dan pemantauaan setelah syarikat beroperasi. Rasa ini ada dalam perancangan program peruncitan. Tapi atas kertas sahajalah. Buat nampak pelan MARA nampak hebat dan gah. Kononnya.

Baru-baru ini MARA (Dato' Hashim)ada beri taklimat (dan harapan untuk semua usahawan) untuk bangunkan usahawan ke arah francais. Dengarnya proses ke arah francais ini dipermudahkan dari segi pembangunan hinggalah bantuan pembiayaan. Tapi tak tahu lah....Kalau betul mudah kenapa bilangan perniagaan francais melayu sangat kurang dalam pasaran. Jika benar MARA nak bangunkan usahawan francais, apa peranan PNS pula?

Masalah kakitangan kerajaan di MECD kerja tak ikhlas, tak ada komitmen berterusan, sombong, berlagak dan nak tunjuk pandai serta guna kuasa buli rakyat serta usahawan kecil bukan perkara baru.

Isu paling utama disini, oleh sebab pegawai kerajaan bukan usahawan dan tak faham kedudukan sebenar usahawan, maka sukarlah untuk mereka ini memahami / merasai keperitan usahawan tetapi seterusnya cuba 'mengajar' usahawan bagaimana nak berniaga.

Satu lagi pegawai kerajaan rasa belanjawan yang telah ditetapkan tak perlu disalur sepenuhnya untuk bantu usahawan, so hujung tahun nampak dalam rekod perbelanjaan jabatan mereka (pada mata menteri) seolah-seolah mereka ni berbelanja secara berhemah.

Tak percaya cuba tanya 100 orang melayu (terutama sekali usahawan yang pernah berurusan dengan MARA, MECD dan PNS) tentang layanan dan attitude pegawai, pasti lebih separuh tak puas hati.

Kerajaan ikrar nak dengar dan jaga hati serta kepentingan orang melayu. Seharusnya ianya perlu bermula dari kementerian YB kerana disini bermulanya harapan orang melayu nak maju dan bersaing dalam bidang ekonomi. Jangan sampai rakyat muak dan jemu. Depan puji belakang caci kerajaan.

Unknown said...

Salam, Y.B. Dato', kebetulan dgn isu ni, baru2 ni saya ada rujuk kpd MARA dan TEKUN berkenaan pengumuman yg Y.B. Dato' umumkan dlm Berita Harian 23/7/08 (Pinjam Mudah RM50,000-Skim bantu kakitangan awam tambah pendapatan). jika dilihat secara kasarnya, pengumuman ini merupakan satu berita yg amat baik. Tambahan pula, syarat2 yg digariskan membolehkan kakitangan awam itu menjalankan perniagaan secara sambilan. Malangnya, maklumbalas yg saya terima drpd kedua-dua agensi tersebut amat mendukacitakan. Saya dikatakan TIDAK LAYAK utk memohon kerana saya tidak berniaga sepenuh masa. Bila ditanya berhubung pengumuman Y.B. Dato' itu mereka mengatakan masih belum menerima apa2 arahan bertulis atau dlm terma kerajaan dipanggil PEKELILING yg mengarahkan mereka memproses segera permohonan saya. Saya juga dinasihatkan agar tunggu sehingga GO (Perintah Am) digubal semula bg membolehkan ianya dilaksanakan. Saya bimbang kerana Y.B. Dato' telah membuat pengumuman diakhbar, satu MALAYA dah tau. Pasti ramai yg dah dtg bertanyakan ttg pinjaman tersebut. Saya juga bimbang jika rakyat mengatkan 'Kerajaan Penipu'. Sebagai anak jati Tg. Karang tak sanggup rasanya bila dengar orang mengatakan menteri begitu....tambahan Y.B. Dato' dtg dari kawasan yg sama. Saya harap Y.B. Dato' boleh mengambil tindakan sewajarnya ttg hal ini.

Anonymous said...

Salam, Y.B. Dato', kebetulan dgn isu ni, baru2 ni saya ada rujuk kpd MARA dan TEKUN berkenaan pengumuman yg Y.B. Dato' umumkan dlm Berita Harian 23/7/08 (Pinjam Mudah RM50,000-Skim bantu kakitangan awam tambah pendapatan). jika dilihat secara kasarnya, pengumuman ini merupakan satu berita yg amat baik. Tambahan pula, syarat2 yg digariskan membolehkan kakitangan awam itu menjalankan perniagaan secara sambilan. Malangnya, maklumbalas yg saya terima drpd kedua-dua agensi tersebut amat mendukacitakan. Saya dikatakan TIDAK LAYAK utk memohon kerana saya tidak berniaga sepenuh masa. Bila ditanya berhubung pengumuman Y.B. Dato' itu mereka mengatakan masih belum menerima apa2 arahan bertulis atau dlm terma kerajaan dipanggil PEKELILING yg mengarahkan mereka memproses segera permohonan saya. Saya juga dinasihatkan agar tunggu sehingga GO (Perintah Am) digubal semula bg membolehkan ianya dilaksanakan. Saya bimbang kerana Y.B. Dato' telah membuat pengumuman diakhbar, satu MALAYA dah tau. Pasti ramai yg dah dtg bertanyakan ttg pinjaman tersebut. Saya harap Y.B. Dato' boleh mengambil tindakan sewajarnya ttg hal ini.

Anonymous said...

Kpd YB Dato'
Saya juga adalah salah seorang drpd mangsa kelewatan pihak Mara dlm meluluskan pinjaman. Sebagai info, saya telah menyerahkan segala dokumen & keperluan untuk pinjaman tersebut pada akhir Februari 2008 namun hingga kini masih tidak berjawapan. Bila di tanya melalui telefon, jawapannya masih dalam proses. Harap Dato' boleh ambil perhatian.

Pemohon: ROSSYS Agrotech Resources
(Rosshaharani B. Yusof)
Tempat: Pejabat MARA Daerah Raub

Anonymous said...

Terima kasih YB kerana prihatin

Anonymous said...

budaya kerja 2o tahun dulu ni memang berlaku dikebanyakan jabatan dan agensi kerajaan..mereka dah jadi macam robot ikut saja arus tanpa banyak fikir, tanpa banyak kreativiti dan inovasi dalam mengeluarkan produk [services]...dah tak boleh beza krenah birokrasi, pemodenan, cakap boss... mereka dah tak kuasa, kejap berubah,kejap ikut cakap boss, kejap boss kata tak betul...yang jadi mangsa sapa lagi...rakyat macam saya jugak....

Anonymous said...

memang betul,budya kerja 20 tahun ni berlaku dikebanyakan jabatan dan agensi kerajaan..mereka ikut saja arus. dah tak boleh bezakan mana satu krenah birokrasi dan permodenan...mereka kurang kritis,kurang kreativiti dan inovasi...mereka perlu berubah dari sekarang untuk membantu rakyat...

Anonymous said...

amacam menteri pembangunan usahawan selar agensi sendiri????in public!!!menteri takut kena selar dekat parlimen ke????ibarat ludah kelangit jatuh kemuka sendiri? One thing good MARA and MECD officers dan "pengarah pengarah" for that matter jangan dok besar kepala sangat.!!
title "PENGARAH" tak sesuai kot diberi kepada Government SERVANTS atau dalam direct transalation KULI kerajaan, sebab tu semua besar kepala!!!!
title Pegawai, Pengurus, bolehlah di terima, tapi bila pegawai cabuk pun diberi title Pengarah, Penolong Pengarah, kerja dia asyik nak mengarah orang sajalah sedangkan dia tak tahu apa yang di arahnya!!!

Perasan tak semua pegawai kat MARA n MECD title dia "Pengarah" belaka????

time to change certain things n jgn dok pegang pada style system 20tahun dulu???

mana tak jadi lewat layan permohonan????masa zaman khaled nordin dulu, byk melancarkan program program nak bg penuh buku nak tunjuk kat pak lah dia buat kerja konon, n everytime ada program, habis semua officer turun padang penuhkan dewan, nak tunjuk ramai sgt org yg dtg, smpai office kosong, yg tinggal cuma office boy utk jwb telefon n kdg2 office boy pun lesap entah kemana!!

kalau zaman khaled nordin, maknanya zaman zamani kak yam, sibuk dok ampu menteri sampai kerja yg patut buat pun tak di buat!!!menteri pulak sibuk dok layan adik yg bernama yati nak job itu ini, sampai tak pernah jadi event organizer pun tiba2 dpt job kat mara buat colek2!!!!khaled nordin ke jepun, dia ke jepun, khaled nordin ke cina dia ke cina. nak kata usahwan pun bukan, nak kata organizer pun bukan, pegi atas ticket sape entah????
for you info dato noh, yati tu masih dok handle job mecd, maybe u want to check her profile and experience in handling events, or mungkin byk lagi org yg layak!!!

Saya sokong dgn komen yg suruh publish statistik yg menunjukkan berapa ramai usahawan kecil melayu dimalaysia, berapa yg berjaya, berapa yg gagal, berapa yg dpt bantuan, berapa yg lmbt dpt bantuan. brp yg terlayak dpt bantuan, brp kroni pegawai2 yg dpt bantuan, brp proxy pegawai yg dpt bantuan, cuba check hapipah yg cepat sgt dpt promoti0n dr pengarah2 yg lebih senior,afif,kamarudin pun dapat promotion cepat ada apa2 ka?? Ni semua zaman kak Yam, dengak habaq kak yam sebelum berenti MARA dulu sejak dua menjak jadi org no 2 mara dulu besaq kepala jugak lupa daratan, sejak ada driver ada org tlg angkat beg!!! Ni dah p jaga perobot ni pulak, jgn ada org kena naya, n pasang proxy, crony sana sini dah lah!!!

menteri nak tolong usahawan, make sure la usahawan yg genuine, jgn yg menteri minit application tu guna nama menteri dah lah. Tapi sepanjang saya berurusan dgn Mara, tak da la problem byk sgt asalkan kita genuine. tak payah ada minit dari menteri pun lulus loan 30k tak dak byk hal pun? pegawai pengarah tolong lg ada!!yg tak dpt tu tak layak kot, n just because menteri minit application, tak semestinya ok. betul lah pegawai mara tu buat kerja. menteri menteri jugak , kerja dia, dia kena tengok betul2 jugak, tak gitu????

hamba Allah said...

Assalmualaikum YB Dato'

Adalah tidak adil untuk semua orang menyalahkan warga kerja MARA mengenai isu ini. Saya kenal beberapa warga kerja MARA dan mereka memang berdedikasi dan mahu memperjuangkan matlamat2 MARA dengan sepenuh hati. Namun mereka menghadapi banyak masalah terutamanya dengan sistem komputer dari zaman dinosaur.

MARA perlu meningkatkan sistem2 komputer mereka yang berusia 20 tahun lebih untuk menangani transaksi yang tinggi dan skim2 yang kian bertambah.

MARA sekarang beroperasi seperti sebuah bank dan SANGAT MEMERLUKAN sistem perbankan yang canggih.

Harap YB Dato' dapat menangani isu ini secepat mungkin.

Wasalam.

Anonymous said...

siapa yang berani kedepan cakap biar depan2 dengan adik Dato Khaled Nordin ni??? Berapa juta projek dalam rekod Mecd atau Mara yang Yati dah dapat dan buat????? Ni tak sayang mulut lah ni!!! nak kena saman ke?Kalau berani sila ke dapan!cakap terang2...takpayah nak buat FITNAH TAK TENTU HALA!!Dah takde kerja lain????

zam said...

SELAR MARA? oklah itu hak YAB dato... Tetapi ada satu perkara lagi yang dato harus, mesti dan wajib selar. Dato harus menyelar Pegawai Khas Dato, Shohaimi Sahadan yang telah dijulang sebagai ketua pemuda Selayang yang baru...

mamat ni, telah menggunakan segala apa yang dia ada termasuk jawatan dia untuk mencapai mimpi dia menjadi ketua pemuda bahagian.

semasa berkempen, habis segala borang tekun, permit teksi dan bas dibawa ke hulur ke hilir untuk pancing undi dari perwakilan. selain daripada menjaja pangkat dan jawatan dia sebagai pegawai khas menteri, mamat ni telah menjadikan pemilihan kali ini sebagai yang terburuk dalam sejarah umno bahagian selayang.

mamat ini telah "melacurkan" sebahagian perwakilan dengan wang ringgit asalkan apa yang dihajatnya tercapai. pada hari pemilihan, dalam tandas dan parking kereta telah dijadikan oleh agen bapak bapak ayam dia untuk membeli undi. rm500 utk ketua cawangan, rm300 utk perwakilan.

itu belum lagi duit yang diberi pada satu perjumpaan sulit di hotel concorde pada 16 oktober. kira-kira 150 perwakilan pulang dari hotel berkenaan dengan siulan yang penuh kegembiraan bila mendapat sampul berisi wang rm100.

semenjak pemilihan peringkat cawangan pun banyak dia habiskan duit dia untuk beli percalonan sampai boleh mencecah rm2500 satu cawangan (cawangan kg org asli kuang, akhirnya dia kalah dalam pembelian kerana ada calon lain yang tawar lebih)!!!itu belum kira perjumpaan si restoran sekitar selayang, kuang dan rawang yang boleh dikatakan agak kerap dan setiap kali perjumpaan, paling kuran rm50 untuk satu perwakilan mesti diberikan.

banyaknya duit sohaimi sahadan si pegawai khas dato ni? mana dia cekau duit sebanyak tu? dijangkakan tak kurang setengah juta wang dia tabur untuk pastikan dia menang jawatan ketua pemuda...

kalau inilah pegawai khas dato, saya percaya kesan perangai buruknya akan terpalit kepada dato. cuba dato siasat mana dia ada duit yang sebanyak tu? orang umno akan cop dato juga amalkan budaya politik wang kerana apa yang diamalkan oleh pegawai khas dato ini mencerminkan sikap dato juga.

alangkah bagusnya kalau wang yang sebanyak itu pegawai khas dato ni taburkan ke badan-badan kebajikan? akhirnya nama dato juga yang naik...

inilah umno sekarang dato, kualiti kepimpinan serta perjuangan bukan lagi agenda... yang penting berapa banyak 'perjuWANGan' yang ada menjadi keutamaan. sampaikan salam tahniah saya pada pegawai khas dato dan terima kasih kerana makin merosakkan umno itu sendiri.

misi dan visi takkan ke mana dan tidak bermakna kerana apa yang tinggal hanyalah kubur umno yang awal-awal telah digali sendiri oleh orang-orang yang seperti sohaimi sahadan ini...

'Innalilahiwainahirajiun...'

Anonymous said...

kenapa lambat proses?
hmmm.. kakitangan minta naik taraf kemudahan pun berkulat..
komputer? kalau di daerah jgn ckp..
printer pun guna yg lama punya, keluar sebijik-sebijik ayat dia..
menteri tau tuding jari.. tau ka bajet dah tak dak?
kalau nk cover line pun jgn melukai kakitangan sendiri..
tindakan yg kurang bijak kerana kakitangan pun adalah RAKYAT ya..

salahkan MARA?
suka hati hangpa la..
mmg kakitangan mkn gaji, tp bkn mkn gaji BUTA!!
kalau berkata jgn melampau, nanti mkn kaki dan tgn..

org melayu tau dok mengadu saja..
mmg la nk tlg. tp jgn hari mohon loan, esok mau siap!!

org melayu tau dok mengarah saja..
hari kata mau, hari juga mau siap!!

org melayu tau dok tuding jari saja..
siapa x puas hati main tengking saja!! takda siasat2.. pakai hentam saja!!

Anonymous said...

MARA... MARA... Kesian Sungguh!
2x (baca 2 KALI!) BANGKRAP pasai bapak menteri... aleh2 kuli jugak yg kena.

112413

Unknown said...

Apa yang terjadi adalah kenyataan kerana saya sendiri ada pengalaman berurusan dgn MARA. Namun untuk menyalahkan kpd MARA saja tak tepat juga. Saya telah meneliti keupayaan MARA sendiri untuk mengendalikan segala tanggungjawab yang telah dibebankan kepada MARA memang MARA tak cukup daya upaya. Umpamanya Program Mentor-mentee yang diilhamkan oleh YB Menteri sendiri saya dapati tak dilengkapi dengan peruntukkan tersendiri, terpaksa mencuri peruntukkan dari program lain. Anggota kerja untuk melaksanakan program ini juga tak ditambah. Dok pakai staf lama juga .Cuba bayangkan di peringkat MARA Daerah ada 1 orang pegawai kumpulan a lah dibantu oleh 2 orang pegawqai kumpulan B. Berapa banyak kerja yang mereka mampu selesaikan sedangkan meeting di peringkat daerah berapa banyak yang dia orang kena attend apatah lagi dgn peringkat MARA negeri selain dari tuntutan laporan dan kertas yang perlu disempurnakan atas permintaan Ibu Pejabat.

Saya cadangkan supaya JPA, EPU dan Treasury kaji dan tambah restruktur balik MARA demi untuk kemajuan bangsa kita. Jawatan penting perlu diwujudkan setakat 3 timbalan KP tak cukup kena tambah 1 lagi khusus untuk pembnagunan usahawan dan juga jawatan lain.

Anonymous said...

menteri selar MARA?
hahaha!!
"pathetic" both menteri & MARA!!

Anonymous said...

Bagi dia proses 1 loan..
tak perlu duduk HQ, sng sgt.
letak dia di daerah saja (daerah yang dkt ceruk sikit!).
Then, publish kt paper.. bg title besar gabak..

"SAYA BERJAYA PROSES LOAN DENGAN CEPAT, MENGAPA PEGAWAI TIDAK BOLEH?"

respect siot!!

Anonymous said...

org yang post 1st comment tu lg kesian dato'..

tercicir sekolah..

pencinta bangsa said...

Menteri salahkan MARA,MARA salahkan komputer, komputer salahkan menteri, rakyat pun nganga..

ibnu marzuki al firdaus said...

pinjaman pendidikan mara berbln msh x dpt2. adik ipar dr mei smpi la ni!

apa crt?

x kan nak kena tkr government br...

UMNO 17 KENANGA SHAH ALAM said...

Siapa Buat Kerja dan Siapa Dikerjakan.

Itulah yang ditanggung oleh semua pegawai MARA dari Menteri, Tim Menteri, Ketua Pengarah , Pengarah dan kakitangan MARA serta PEGAWAI KHASNYA pun dikerjakan.

Saya ada memebaca kenyataan Sdr ZAM yang menyelar Sdr Sohaimi Shahadan yang sedikit sebanyak mengoyakkan beberapa hati manusia yang senantiasa berjuang untuk orang melayu dan saya merasakan bahawasanya Sdr Zam ini seperti orang-orang yang kecewa dan membawa satu fitnah yang amat besar kera sepanjang saya bersama Sdr Sohaimi beliau banyak memberikan dorongan kepada usahawan-usahawan muda dan bakal usahawan tanpa mengira penat dan bulu, selama beliau di DPMMS juga beliau telah banyak membantu dan merealisasikan harapan usahawan-usahawan yang memerlukan bantuan nasihat dan program yang dijalankan juga betul-betul menjurus kepada program usahawan. Ini lah yang dikatakan beliau seorang yang ingin memajukan bangsa tidak hanya seperti orang yang kecewa baling batu sorok tangan. Carilah butkti dan bawalah ke muka pengadilan kalau itu yang boleh meletakkan Sdr Zam sebagai orang yang sayang pada bangsa. SEdangkan usaha sdr Zam hanya mengeruhkan suasana bangsa serumpun, inilah dinamakan bangsa Melayu yang terkenal dengan PHD (Perasaan Hasat Dengki) yang tidak pernah diajar oleh orang tua kita juga guru kita yang senantiasa ada didalam jiwa dan hati kita. Cuba Sdr Zam tanyakan pada diri Sdr Zam APAKAH SUMBANGAN SDR ZAM KEPADA BANGSA UGAMA DAN NEGARA - Kalau tak ada tak perlu nak perlekeh dan fitnah orang lain, saya selalu megikuti program yang Sdr Sohaimi laksanakan dan alhamdulillah saya mendapat pengajaran dan bimbingan yang baik menjadikan saya sebagai seorang usahawan seperti beliau yang saya tahu telah pun mempunyai perniagaan sehingga ke luar negara termasuk Indonesia dan lain-lain negara lagi.

Maka Sdr Zam kalau ingin merubah langit kita bukan orangnya tapi kalau kita ingin merubah corak, corak itulah diri kita. Dan akhir seklai harap Sdr Zam joint kami di Dewan perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor untuk mengetahui lebih lanjut lagi program usahawan yang dilaksakan kelak.

Sekian, wasallam......

Anonymous said...

Terima Kasih YB Dato'
Perjuangan usahawan yang hidup danlah segan tapi tak mati-mati lagi memang memerlukan suntikan nafas baru.
Tapi ada satu perkara yang telah dibangkitkan oleh Sdr Zam bahawa seorang daripada pegawai khas YB Dato telah melakukan kesalahan yang besar itu perlulah dibincangkan disini memandangkan ianya adalah dibawah kementerian YB Dato'.
Untuk pengetahuan Sdr Zam, saya telah mengenali sdr Sohaimi lebih kurang 7 tahun yang lepas bermula daripada menjadi seorang guru hingga menjadi seorang businessman yang telah berjaya membuka syarikat dalam dan luar negara seperti Indonesia dan lain lain negara lagi.
Ini juga dapat dipastikan apabila beliau dipilih oleh kalangan usahawan didalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) sebagai exco yang terlibat didalam melatih dan membangunkan usahawan Selangor. Beliau juga seorang yang prihatin didalam permasalahan usahawan serta mempunyai daya pemikiran dan mental serta mempunyai perancangan yang jelas mengenai hala tuju kementerian.
Oleh itu untuk Sdr Zam jangan menuduh tanpa bukti kerana ini memburukkan lagi keadaan dan bunyinya sdr Zam seperti seorang yang kecewa didalam perjuangan parti untuk menjadi seorang pemimpin di Selayang barangkali.
Untuk menjadi pemimpin tidak perlu yang glamour tetapi pemimpin yg bertanggungjawab serta mempunyai sikap yang boleh berterima kasih dan bersyukur............sekian

Anonymous said...

ya memang tidak dinafikan kekadang tu mesti perlu ada 'DUIT KOPI' baru kes cepat selesai. Itu pun belum ada jaminan lagi keranabergantung kepada Jumlah 'DUIT KOPI' tersebut. Ini kenyataan. Jika tidak percaya..turun padang dan menyamar sebagai pemohon pinjaman...lihat sendiri....nasib la kalau betul haribulan. Ini juga cerita dari meja kopi. Semoga imej mara itu dimartabatkan. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sapa sapa atau menuduh tapi mungkin isu ini tidak terpandang ya..terima kasih. MARA untuk semua.

Anonymous said...

ehem..
MARA utk bumiputera

Anonymous said...

Saya cadangkan kepada MARA supaya memberikan pinjaman mudah RM10,000 kepada usahawan yang mahu memulakan perniagaan; yakni tanpa cagaran,tanpa penjamin dan tak perlu ada perniagaan selama 6 bulan. Syarat mesti sudah ada perniagaan selama 6 bulan menyebabkan ramai usahawan 'bumiputera' yang mahu memulakan perniagaan tidak dapat memulakan sebarang jenis perniagaan. Ramai yang terkontang-kanting bertahun-tahun untuk mencari modal memulakan bisnes (termasuklah saya).Ramai yang bersemangat tinggi, bermacam-macam kursus dimasuki,pelbagai ilmu yang dicari, pelbagai orang dijumpai tapi akhirnya tak dapat buat apa-apa dek kerana tak ada modal untuk memulakan bisnes walaupun cuma memerlukan modal RM10,000 (termauklah saya). HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! UNTUK ALLAH...

Anonymous said...

saya terpanggil memberi komen setelah google nama Sohaimi Shahadan ni...justeru lebih mengenali beliau melebihi tukang komen sebelum ini.

lebih dari 7 tahun, lebih dari anggota keluarganya yang mengenali beliau. mungkin arwah ibunya lebih tahu siapa anaknya, itupun mungkin...

sepanjang mengenali beliau, amat jarang saya menerima kebaikan, malah mengutip keburukan sahajalah adanya...bukan saya tidak menghalang, tetapi dilemparkan juga oleh mamat bernama Sohaimi Shahadan ni...bercakap tentang bukti, bukti pihak pertama, bukan ketiga, keempat, kelima dan seterusnya...

dari guru, peniaga iklan, peniaga itu ini, begitu begini hinggalah peniaga hartanah, beliau masih mengekalkan tradisi berniaga apa sahaja, asalkan memperoleh untung...bagus orang cam ni....cumanya, halal haram tak payah la dihiraukan...

agak terkedu juga menerima hakikat bagaimana manusia sebegini rupa wajar diterima sebagai pembantu khas seorang menteri kabinet...apa kelayakan (bukan akademik) yang membolehkan manusia sebegini rupa membantu seorang menteri?..kalau kelayakan lulus maktab teknik tu boleh dijadikan ukuran, tahap tu je le bantuan yang boleh diberikan...

kepada pemuda selayang, bagus la ada pemimpin yang cukup "layak" jadi pemimpin ni. tahniah kerana anda layak dipanggil manusia yang tak pandai, tak bijak, dan segala yang tak baik