Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Wednesday, October 15, 2008

MECD Tidak Membelakangkan Wanita...

2 comments:

farah said...

Nak ucap ribuan terimakasih pada YB kerana dasar keterbukaan dan ketelusan dalam membenarkan penyiaran cadangan oleh rakyat melalui bolg ini.

Tahniah juga sebab YB berani menyentuh dan menegur berkaitan isu-isu sensitif berkaitan kementerian YB yang mana sebelum ini jarang sekali berani disentuh oleh pemimpin terdahulu. (Nak mengampu menteri lah nie...)

Tahniah juga kepada rakyat dan usahawan yang sering terkeciwa apabila berurusan dengan MARA. Kita serupa. Walaubagaimanapun saya nak minta pandangan dari tuan-tuan dan puan-puan kiranya dapat menulis dengan bahasa yang lebih lembut (tapi tegas) dalam menyuarakan pandangan.

Bukannya apa sebab memandangkan ini blog menteri rasanya kita perlu ikut protokal (macam nak jumpa menteri) supaya blog ini dapat dibaca dan di fahami oleh rakyat lain.

Seperkara lagi takut nanti blog ini jadi macam tempat pembuangan 'sampah' seperti kebanyakan blog atau forum yang di luar tu. Lama-lama rakyat tak minat nak visit blog sebab blog penuh dengan caci maki dan maki hamun serta tiada info yang bermanfaat.

Bak kata nenek saya, orang berbudi kita berbahasa. Pegawai nak tunjuk kuasa, kita 'belasah' saja secara terhormat dalam blog ini.

Bersama-sama kita dedahkan kepincangan,keegoan serta kezaliman pegawai dan kakitangan MECD, MARA dan PNS terhadap rakyat. Tetapi kepada yang baik dan yang terus berusaha, bekerja dengan ikhas serta penuh komitmen kita sampaikan juga penghargaan melalui blog ini. (Siapa ye? Err...nak list down nama 5 orang pun payah...ish...)

Kalau nak tegur kakitangan MECD, MARA atau PNS kenalah tegur secara berhemah dan bersopan sebab mereka disebabkan telah mencapai tahap keegoan melampau , kebanyakannya ni susah nak pick up sikit dengan teguran rakyat. Tapi kalau menteri bersuara laju je buat kerja tak pandang kiri kanan. Tak beranilah pula nak bersuara atau nak tunjuk pandai.

p/s; Tuan Syed, MD PNS ada baca ka?. (Nak jaga periuk nasi maa....)

(Nak cerita politik sikit)
Hari ini kalau ada tuan puan yang mendengar ucapan Ong Ka Ting pada perasmian Perhimpunan MCA ke 55 di Wisma Central, sebagai orang melayu pasti rasa tercabar dan terfikir, kenapa MCA, MIC serta parti komponen lain dah mula menuntut berbagai-bagai perkara.

Kenapa mereka sudah berani menyindir pemimpin melayu, UMNO serta mempersoalkan hak keistimewaan orang melayu.

Kita tidak boleh mengambil senario ini sebagai perkara yang negatif, apa yang penting kita perlu kaji diri kita sendiri, melihat pada kelemahan dan seterusnya merancang untuk memperbaiki minda serta attitude kita ke arah memperkasakan ekonomi orang melayu. Hanya dengan cara ini melayu kan lebih dihormati. Disinilah MECD, MARA dan PNS serta agensi kerajaan memainkan peranan.

Malangnya.....dengan sikap kebanyakan pegawai, timbalan pengarah, pengarah dan pengarah urusan melayu di agensi-agensi kerajaan yang masih tidak berubah dengan mentaliti - kalau dengan bangsa lain ikut saja (kenapa agaknya ye?), tapi kalau dengan bangsa sendiri nak dikerjakan lagi, tunjuk kuasa, buli, buat tak peduli.

Mereka ini masih menebal dengan mentaliti - 'aku bos', 'aku lagi pandai', 'I don't now you', 'aku punya kuasa', 'aku peduli apa', 'idea orang, idea aku', 'what in for me if I aprrove this', 'aku makan gaji je, buat apa susah-susah', 'Aku buat ni blh dpt puji bos, nanti naik 1 tangga lagi' maka...sukarlah untuk kita bersama-sama mengukuh dan menjamin kedudukan dan hak kesitimewaan orang melayu pada masa depan.

p/s: En. Othman Pengarah MARA, BPU ada baca ka?

Harap Allah beri kesedaran pada mereka ini bila tiba masa Allah menjemput mereka kembali, maka ketika itulah bangsa dan agama mereka yang akan mengurus, mengafan dan mendoa untuk jasad melayu yang kaku ini.

Jika tidak berubah, akhirnya jadilah Melayu Malaysia macam melayu singapore hari ini, melayu p.pinang, melayu dalam cerita Singapura dilanggar todak dan nasib melayu Melaka dijajah Portugis. Sebab certain individu melayu (yang berkuasa dan berpengaruh) lebih pentingkan diri dari negara, bangsa dan agama.

Orang melayu juga sudah tiada masa dan ruang untuk berkonflik sesama sendiri lagi. Orang melayu perlu bersatu untuk menghadapi cabaran ekonomi, sosial dan politik baru yang lahir dari perubahan semasa serta genarasi hari ini. Tapi yang lebih penting pemimpin (mereka yang diberi jawatan) yang diberi kepercayaan oleh rakyat melaksana amanah perlu berubah terlebih dahulu.

P/s: Ada sesiapa nak ikut stail Anwar Ibrahim. Jual negara, bangsa dan agama, dapat 'red carpet' dari Amerika.

Akhir kata harap YB dapatlah kerap memberi komen pada persoalan yang disiarkan untuk panduan semua pembaca.

HIDUP DATO' NOH OMAR!, HIDUP MECD!, Hidup MARA (?), HIDUP PNS.

(Mengampu lagi melayu ni. Abih hidup aku macam mana?...)

Cadangan untuk YB: Bolehkah diadakan kotak (sebab masih orang kampung tak reti akses internet) bagi mengumpul cadangan dan aduan di setiap agensi untuk rakyat mengemukakan pandangan. Tapi kunci kotak cadangan ni hanya boleh diakses oleh special task dari pejabat YB, bukan orang dalam agensi berkaitan. Mgkn pendekatan Jaya Jusco / Tesco / Carefour dalam memberi khidmat kepada pelanggan boleh dicontohi. Apa kata kita ‘swasta’ kementerian YB?

Seperkara lagi, memandangkan kebanyakan pegawai YB dah jadi PKU (Pegawai Kurang Upaya) bolehkah diwujudkan satu jawatankuasa / suruhanjaya pembangunan bisnes kecil melayu ala Small Business Administration (SBA) (yang baik dijadikan panduan) diperingkat kementerian YB yang juga dianggotai oleh usahawan-usahwan kecil untuk mengenengahkan secara direct hasil kajian, permasalahan, cadangan serta harapan bisnes kecil orang melayu kepada YB.

ozzali said...

salam.YB.saya nak ucapkan bebanyak t.kaseh pada YB sebab mebambil berat terhadap rakyat.mudah2an allah panjangkan usia YB dan dipelihara oleh allah s.w.t.