Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Thursday, October 23, 2008

JANGAN TUDUH MELULU !!!

Terima kasih kepada LittleMalays75 yang telah menghantar komen dan lampiran ini kepada saya..

Assalamualaikum Dato',
disini saya lampirkan satu artikel yang saya dapat dari laman web harakahdaily.com. Ini mungking berkaitan dengan dato'.
LittleMalays75

Pembohongan tambang bas, pembohongan pemimpin
LanH
Fri Oct 17, 08 3:07:31 pm MYT
Tambang bas ekspres dinaikan sebanyak 30 peratus dalam bentuk surcaj sempena musim perayaan (Aidilfitri). Tempohnya sebulan saja (15 September-15 Oktober), kata menteri. "Selepas itu, kita akan kaji balik!"

Kini 15 Oktober sudah berlalu tetapi tambang masih macam musim perayaan. Tidak turun-turun sekalipun harga minyak sudah dikurangkan. Apa macam menteri, cakap bohong, betul-betul macam sindiran orang lama ? siakap senohong, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri, oppps, menteri.

RESPON SAYA:

Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada HarakahDaily.Net kerana menyiarkan rencana yang bertajuk Pembohongan Tambang Bas, Pembohongan Pemimpin. Apa yang dipaparkan dalam berita itu sebenarnya memperlihatkan KEDANGAKALAN penulisnya sendiri. Perenggan pertama sahaja sudah jelas memperlihatkan betapa penulis tidak memahami isu sebenar disebalik keputusan kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcharge ataupun tambang tambahan sebanyak 30 peratus sempena musim perayaan Aidilfitri bermula 15 September 2008 hingga ke 15 Oktober 2008.

Telah berkali-kali saya perjelaskan kepada media dan telah pun tersiar di akhbar-akhbar perdana bahawa surcharge bukanlah suatu perkara baru. Setiap tahun kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcharge untuk memastikan pengangkutan bas berjalan lancar dan memenuhi permintaan pengguna yang bertambah menjelang musim perayaan.

Kebenaran mengenakan surcharge 30 peratus ini diharap akan memberikan sedikit kelegaan kepada para pengusaha bas yang semakin terhimpit ekoran kenaikan kos operasi dan seterusnya menyediakan khidmat terbaik kepada orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk berhari raya. Maka kerana itu surcharge meliputi semua bas ekspress, bas tambahan dan bas henti-henti.

Ingin saya terangkan disini bahawa kebenaran pengenaan surcharge itu adalah langkah awal dan terbaik yang dilihat mampu menenangkan suasana tuntutan kenaikan tambang perkhidmatan pengangkutan awam. Mereka telah menuntut kenaikan 100 peratus kenaikan tambang semenjak tahun 2005 iaitu sewaktu harga diesel RM1.08 sen lagi. Dalam tempoh tiga tahun ini, harga barangan ganti dan kos operasi bas meningkat begitu ketara sekali. Cuba saudara bandingkan harga tayar kereta tahun 2005 dan tahun 2008, belum lagi minyak pelincir dan alat-alat ganti kenderaan yang lainnya.

Memang benar mereka diberikan subsidi diesel RM1.48 sen, tapi masih kekurangan 40 sen berbanding herga diesel tahun 2005. Harga kertas surat khabar pun dah naik berkali-kali ganda.

Dalam menangani tuntutan kenaikan harga tambang bas ini, Kerajaan berusaha untuk mewujudkan situasi sama-sama menang antara pengusaha dan pengguna. Oleh kerana khidmat bas ekspres sempena musim perayaan Aidilfitri tahun ini memenuhi syarat-syarat pemberian surcharge maka kita teruskan pemberian surcharge sehingga satu keputusan baru dapat dibuat terhadap tuntutan kenaikan tambang oleh para pengusaha pengangkutan awam. Perlu diingat, mereka tuntut 100 peratus, kadar surcharge 30 peratus kita teruskan selepas 15 Oktober sehingga keputusan baru dapat dibuat dalam memenuhi tuntutan para pengusaha bas ekspres itu. Jadi betullah saya kata, "Selepas itu (15 Oktober) kita akan kaji balik!".

Jangan tuduh melulu, periksa dulu fakta, baru buat laporan yang balance, tidak berat sebelah, bukan seperti HarakahDaily yang tak tahu etika kewartawanan. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengalu-alukan kritikan membina daripada orang ramai tetapi bukannya tuduhan-tuduhan jahat yang tidak berasas.

10 comments:

farah said...

YB,

Kos menggunakan pengangkutan awam terus naik, tapi kualiti kenderaan, kecekapan serta keselesaan perkhidmatan masih tidak memuaskan. rakyat terus tertekan setiap kali ingin menggunakan pengangkutan awam.

Kami tidak membantah jika sememangnya kos perlu dinaikan tapi biarlah kenaikan itu sejajar dengan peningkatan kualiti perkhidmatan. Mungkin menteri-menteri bertanggungjawab perlu naik bas (pengangkutan awam lain) untuk tempoh seminggu secara berkala (bukan 1 hari, time nak pilihanraya saja atau bila 'ada udang sebalik mi'). Buat sendiri ‘research’ berterusan untuk memahami masalah rakyat. Barulah rakyat nampak komitmen menteri benar-benar ingin berkhidmat untuk rakyat disamping berkhidmat untuk diri sendiri. Bila komitmen dijelaskan melalui perlaksanaan (bukan cakap saja), saling memahami, kuranglah sikit rakyat nak komplen walaupun ada masalah.

Yang pasti masalah-masalah pengangkutan awam yang berkisar sekitar pemandu-pemandu bas pembunuh 'killer drivers' - ekspres, town bus (dan teksi)yang memandu tanpa disiplin dan membahayakan pengguna jalanraya, bas tak cukup, bas tidak ikut jadual dan macam-macam lagi masih tidak selesai sejak zaman bas mini KL dan tambang terus naik. Sampai bila daa..

Seperti biasa bila da isu berbangkit, setiap kementerian dan jabatan akan menuding jari mengatakan buka bidang kuasa mereka. Yang jelas , bila nak selesaikan masalah lambat dan banyak alasan (ulasan), tapi bila nak naikkan harga atau kos cepat saja.

Kalau diamati, lagi satu lagi masalah ialah kebanyakan pemandu bas dan teksi sekarang kebanyakannya terdiri dari warga asing , indon dan bangla walhal kementerian dah keluarkan banyak permit-permit teksi untuk warga tempatan.

Tiadakah sistem pemantauan ke dalam perkara ini? Apakah tiada tindakan untuk mereka yang didapati mempunyai permit teksi tapi di'sub' pada warga asing. Bukankah lebih baik diberi kepada individu-individu yang benar-benar memerlukan permit tersebut. Rasanya ramai lagi individu-individu bersara, kena retench, OKU (yang sesuai) boleh diberikan permit tanpa banyak ‘hassle’. Tapi pada masa yang sama mereka ini juga perlu dibantu oleh kementerian dalam urusan sewa beli teksi dan latihan bagi tujuan perniagaan mereka.

Car pool? Forget it. Bukan culture kita untuk berkongsi kereta sebab setiap orang ada jadual sendiri. By the way, YB ada praktik car pool ka?

teloq said...

Nak tanya, kalaulah kerajaan bukan pembohong...
Kenapa www.warkahuntukpm.com.my sekadar menjadi alat untuk kempen pilihanraya. pelaksanaannya???
berjanji untuk selidik apa yg di ajukan. hampir masuk tahun ke-2 tiada apa pun tindakan.

Cuba la dato' cek tengok... apa jadi kat pinjaman RMK yg lepas tu... berapa ramai tak dapat. anggun bistari? apa namanya ntah... mmg bistari dalam kenakan org dan pusing duit.

cuba la dato' periksa tengok.

Anonymous said...

Datuk Noh,

Macam DANGKAL saja respon you kali ni. Lepas 15 Oktober akan kaji balik, tapi sekarang dah 25 Oktober, dok macam tu jugak.

Kira tipu ni. Kenapa tak ngaku jer? Rakyat bukan nak dengar AKAN KAJI, tapi rakyat nak dengar keputusan selepas dikaji.

Tahun depan pun lepas 15 Oktober 2008 juga, jadi, sampai bila?

Anonymous said...

a`kum datok...perkhimatan tuu sangat penting datok...saya yakin kalau orang pertama yang menghabarkan berita dan cerita berkenaan dengan malaysia terutamanya pada keadaan semasa sudah tentu pemandu teksi..tapi datok,masaalah besar pemandu atau jurupandu teksi ni tak tahu berbahasa english...tak sekolah tinggi pun tak apalah...janji tahun berbahasa english..terutama jurupandu limo klia dan lcct kat kl ni...yes and no,dua perkataan yang paling popular,bukan saya tak mengutamakan bahasa malaysia...tapi kebanyakan pelancong datang ke malaysia ni rata rata tak tahu berbahasa malaysia...kalau pemandu teksi pandai berbahasa english,saya rasa pelancung bolehlah dalam perjalanan tu belaja dua atau 3 patah perkataan bahasa melayu...saya mencadangkan semua jurupandu teksi ni...sebelum dikeluarkan permit atau kenderaan hendaklah memenuhi syarat berbahasa english...tambah satu syarat yang wajid...adakan ujian oral dan diberi penilaian atas kelayakan untuk diberi keputusan lulus tak lulus...tambah syarat dalam borang borang permohonan psv-t..insyallah dimasa depan malaysia menjadi tumpuan pelancung yang bertambah ramai disebabkan jurupandu teksi tahu berbahasa english...bukan susah sangat nak belaja bahasa english tu ..cuma kebanyakan jurupandu teksi ni merasakan perkara tu tak penting..kerajaan serta kementerian datok pun tak mengalakan..buat syarat dan kempen besar besaran khusus untuk pemandu atau jurupandu teksi untuk belaja berbahasa english dan jadikan ianya syarat wajid untuk jurupandu baru...wajidkan masuk khusus pengenalan bertutur dan memahami bahasa english sebagai salah satu syarat kelulusan PSV-Teksi..sekian terimakaseh Datok...yang mengutamakan mutu perkhimatan.

Khairul Azwan (kaz) said...

Dato',
Saya faham isi hati penulis yang menulis mengenai artikel tersebut..Janganlah pula penulis dituduh melulu tidak faham..
Bukannya tidak faham dato', tetapi konsep yang diguna pakai oleh kerajaan menjadikan kami tidak faham..Tidakkah dato' masih ingat di zaman kegemilangan, keutuhan UMNO dan kerajaan dibawah pemerintahan Tun Mahathir dahulu kita juga mengalami kemelesetan ekonomi bahkan kerajaan turut merasainya.. TETAPI ADAKAH setiap bebanan kemelesetan dilemparkan kepada rakyat.. Di ketika itu, rakyat tahu Malaysia mengalami kesukaran ekonomi TETAPI kuasa membeli tetap ada..

Malangnya sekarang kuasa membeli kita bagaikan direntap, dengan bebanan minyak, harga barang, surcaj (walhal mereka telah diberikan susidi)..

Dan kami pun faham pengusaha bas mengalami kerugian dengan kad subsidi yang kuotanya tidak cukup..Saya amat merasa hairan tidak adakah mekanisme yang boleh difikirkan oleh cerdik pandai (kononnya) didalam kerajaan untuk membantu pengusaha ini.. Janganlah kerana kerugian Pengsaha Bas, Kerajaan melepas tangan mengambil jalan mudah melemparkan bebanan kepada Rakyat.. Sepatutnya kerajaan memikirkan suatu cara yang tepat didalam membantu pengusaha ini tanpa menyebabkan rakyat merana.

Dato'
30% surcaj bukanlah suatu yang amat murah..Masih ingatkah dato' kenaikan harga minyak sebanyak 30sen yang tiba-tiba dan sewenang-wenangnya dinaikkan oleh PakLah berlandaskan alasan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan? Tidak dapatkah ia digunakan didalam ketika ia amat memerlukan seperti sekarang? Dan bukankah pengangkutan awam ini hanya digunakan oleh golongan yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana..

Dato'
Tidakkah dato' sedar dengan kenaikan ini ia akan memberi bebanan kepada golongan ini miskin dan sederhana..Inikah yang dikatakan perjuangan membantu golongan ini?

Janganlah ditegakkan benang yang basah..Pembihingan adalah tetap pembohongan.. Dan saya amat hairan adakah zaman ini ahli politk semakin cetek akalnya didalam ilmu menipu ataupun rakyat semakin panjang akal menafsir segala penipuan tersebut..

Antara penipuan yang dapat dikenalpasti oleh saya :

1. Kenaikan harga minyak dinaikkan mendadak walaupun sehari sebelumnya menteri menyatakan ia akan dinaikkan hanya pada bulan ogos.

2. Surcaj minyak

3. Dato Shahrir Samad menyatakan kita akan mendapat harga RM 1.92 sekiranya harga minyak dunia turun sehingga USD70 setong.. Malangnya harga yang dicanang hanyalah penurunan sebanyak 15sen walhal minyak sudah menokok sehingga USD62. Kerugian pengusaha minya adalah alasan budak tadika sahaja..Sanggupkah kita menggadai rakyat demi MEMBERI KEPUASAN KEPADA PENGUSAHA MINYAK????

FIKIRKANLAH....HIDUP TUN MAHATHIR DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Anonymous said...

YB NOH,

Harap Kerajaan mengkaji balik pelaksanaan surcaj tu secepat mungkin. Agak membebankan bagi rakyat kerana perjalanan ke Pantai Timur mempunyai harga yang berbeza,contohnya KL-KB, ada sesetengah Syarikat Bas menjual dengan harga 42.90, 40,80, dan paling rendah ialah 36.90. Harap LPKP membuat pemantauan.

Haniff Rahman said...

dah 3 November da ni... 15+ ari daripada dateline dato' (15 Oktober 2008) tp td sy tgk harga tambang bas kat puduraya, pengusaha masih lagi kenakan surcharge 30%... Kalau betullah sedang mengkaji.. diharapkan pihak dato' boleh menampilkan progress kajian pihak dato' kepada rakyat.. Dalam bulan november ini ramai pelajar universiti yang ingin pulang ke halaman kampung... wang PTPTN, JPA, biasiswa² kami pun hampir habis.. Sila ambil perhatian ya dato'... terima kasih (^_^)

Anonymous said...

Salam Dato'
Saya baru menggunakan perkhidmatan bas ekspress dua hari yang lalu.
Rakyat pada amnya faham tentang peningkatan kos yang ditanggung oleh pengusaha bas tersebut, tetapi apa salahnya sekiranya keuntungan dan risiko dikongsi sama rata.

Saya pernah memandu teksi selepas berhenti kerja pada tahun lalu. Penggunaan Petrol (teksi tanpa NGV) amat membebankan. Saya terpaksa mematuhi penggunaan meter. Pendapatan saya menjangkau -ve. Tak sampai hati untuk mengenakan tambang seperti pemandu yang lain walaupun terkadang saya hanya mampu untuk makan tengahari.

Berbalik kepada tambang bas tadi, bagi saya tambang yang dikenakan masih berpatutan jika dibandingkan dengan kos dan risiko menunggang motosikal atau memandu kereta. Tetapi jika dibandingkan dengan perolehan rakyat adalah tidak berpatutan sama sekali kerana gaji yang diterima khususnya pekerja swasta tidak meningkat langsung kerana persaingan yang semakin bertambah.

Semoga pihak yang berwajib dapat mengkaji formula yang lebih sesuai untuk kebaikan semua pihak.

Wassalam.

Paizol@live.com

Mohd Nazrin bin Mohd Yassin , Siti Hajar Abdullah said...

Assalamualaikum Datuk?

Puas saya mencari di mana tempat saya boleh buat aduan rasmi mengenai perkidmatan bus ekspress.Akhirnya saya jumpa blog datuk.

Berikut aduan saya:

Aduan ini mengenai syarikat bus ekspress (bus transnatonal, a member of KTB group)Saya telah membeli tiket KL-Johor untuk jam 11am pada Isnin 3 Nov 2008. Tiket telah dibeli pada hari Khamis terdahulu 30 Oct 2008. Pada hari bertolak di puduraya, syarikat transnational didapati satukan penumpang jam 11 ke pada jam 12 tgh hari. Mungkin kerana hendak cost saving, mereka berbuat demikian. Terdapat 10 penumpang tiket asalnya jam 11 di kedendaki naik jam 12. No pendaftaran bus WPP2906. Saya amat kesal kerana terpaksa menunda jadual perjalanan dan memunggu membuang masa di puduraya semata2 syarikat bus transnational gagal menyediakan bus mengikut jadual. saya dapati ada diantara pemumpang jam 11 terpaksa bertikam lidah kerana nombor kerusinya telah diambil oleh penumpang tiket jam 12, berlaku pertindihan no kerusi, walaupun kesemua penumpang dapat naik bus. Apakah yang penumpang dan saya harapkan dari surchange 30% itu? jika servis macam ni? Datuk Noh Omar berkata surchange ini diteruskan kerana tiada bayak aduan di laporkan pada musim perayaan aidilfitri lalu. betul ke Datuk?

ps: Boleh datuk tolong berikan di mana aduan rasmi boleh di lakukan. saya pun telah send aduan ini pada LPKP dan web MICB. No rujukan LPKP 200800034365. Terima kasih

Anonymous said...

datuk,

assalammualaikum,

mengenai surcharge 30% tambang bas,saya ingin tahu adakah surcharge akan selamanya begini atau hanya pada musim perayaan?
kerana saya terkejut baru ini saya ada membeli tiket utk pulang ke kampung dan saya dpt lihat ada surcharge 30%,padahal pada hari ini dan tarikh ini 2/4/2009 bukan lah musim perayaan.
saya harap pihak datuk dpt memberi penjelasan kenapa ini terjadi.
terima kasih.