Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Monday, September 1, 2008

SALAM MERDEKA..IHYA RAMADHAN !!

Kepada bloggers…saya ucapkan Selamat Hari Merdeka ..Dan Selamat Menyambut Ramdhan Al -Mubarak'. Untuk menjadi patriotik bukanlah sekadar mengibarkan bendera…Petikan di bawah untuk direnung dan difikirkan bersama …
“ PERPADUAN TERAS KEJAYAAN ”

Tun Tan Siew Sin, Presiden MCA dalam akhbar tempatan bertajuk “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” dalam ucapan pada 30 April 1969.
“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such an extent that within 12 months of independence, 90 percent of the non-Malays had become citizens whereas before independence 90 percent were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interests of other communities.’’

Terjemahan :
Dalam ucapannya bertajuk Menjawab Kritikan Mengenai Keistimewaan Orang Melayu, yang dilaporkan akhbar pada 30 April 1969, Presiden MCA, Tun Tan Siew Sin berkata Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara, berbanding keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih bukan diiktirafkan sebagai rakyat setelah hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah di negeri-negeri Melayu. Dan sebagai membalas kemurahan hati Orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa Orang Melayu dan sekali gus mempertahankan kepentingan-kepentingan sah masyarakat kaum lain.
Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 38-39.

Ucapan YB Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom di Dewan Rakyat pada 01 Jun 1965.
“Now, in 1955 we won the elections with a great majority. Then we obtained freedom in two years time. During this period, we had to discuss citizenship and various other things. Now, what did the Malays do – since we are speaking on racial lines – what did the Malay leadership do? They had 88 percent of the electorate still with them. What did they do with citizenship?
If we look around in Asia and East Asia, particularly, you will find that my race the Indian race, is not welcomed in Ceylon, is not welcomed in Burma. Look at my brother Chinese race, it is not welcomed in Thailand, in Vietnam, in Cambodia, in all the other areas. What help do they get for citizenship in all these territories? In Burma, as we know, Indians have been send packing, in Ceylon they refused them citizenship and in Burma it is likewise. I know it, you know it. And yet in Malaya what happened? Here, we found that the Malay leadership said, “ We shall take them unto ourselves as brothers, we shall give them full opportunity to live in this country, we shall give them every opportunity to become citizens”. And so, in 1957, for the whole year, we waived language qualifications, and tens of thousands of Indians, Chinese, Ceylonese and others became citizens...
As I said, it has been my great good fortune to have been born in this country. Where else can you find a more charitable, a more polite, a more decent race than the Malay race? Where else can you get such politically decent treatment for any immigrant race? Where else in the history of the world ? I ask you. These are the fects. Who are you to safeguard us? I am 10 percent minority race here. But I am happy here.”

Terjemahan :
Pada 01 Jun 1965, Tun Sambanthan merangkap Menteri Kerja Raya, Pos dan Telekom dalam ucapanya berkata, “Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi selanjutnya mendapat kemerdekaan dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh Orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Dan lihat kepada saudara kita kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Dan apakah bantuan berhubung kewarganegaran yang mereka perolehi di semua wilayah tersebut?

Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum india telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf wargenagara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Dan dalam pada itu apa yang sedang berlaku di Malaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, “ Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka setiap peluang untuk menjadi warganegara. Dan seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India , Cina dan Ceylon menjadi warganegara”.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh jumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun, dan tertib selain dari Bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.”

Sumber : Tan Sri Haji Khalid Awang Osman, Malaysia – An Anthology, Vantage Press, New York, tanpa tarikh, halaman 60

6 comments:

Anonymous said...

A'salam YBM,

Saya pelik, kenapa buku-buku teks SEJARAH Malaysia tidak terdapat petikan-petikan seperti di atas?

Rakyat Malaysia terutamanya generasi muda harus tahu akan perkara FACT begini.

Dahulu, untuk lulus degree, WAJIB belajar sejarah Malaysia! Sekarang di mana polisi tersebut?

Saya tidak menyalahkan orang lain. Saya menyalahkan parti UMNO itu sendiri yang memiliki ahli-ahli yang terlalu sibuk dan leka untuk mengejar habuan dunia setelah mendapat pangkat dan nama.

Masih releven ka UMNO untuk mendukung survival of orang-orang Melayu di Malaysia? Apabila semua boleh dijualbeli dengan wang ringgit... bangsa mana yang kaya raya di Malaysia ni?

Mereka telah merangka strategi yang bagus terutamanya untuk memperbanyakkan para pengundi mereka. Lihat sahaja taman-taman perumahan baru yang dibina.

Paling murah pun berharga setengah juta keatas. Bangsaku banyak duit untuk membelinya? huhuhuu... sedih... amat sedih.

Balik di kedai kopi... masih lagi kedengaran Pemuda-pemuda UMNO yang tidak habis-habis berkata soal projek itu dan ini...

Maka... tidak lama lagi betul lah ibarat lagu ini...

Anak kecil main api...
Terbakar, hatinya yang sepi...
Air mata darah bercampur keringat...
Bumi di pijak milik orang...

Anonymous said...

Salam Dato',

Rasa terkilan dan kecewa kerana sambutan merdeka tahun ini kurang diraikan oleh rakyat Malaysia. Paling ketara kibaran jalur gemilang sangat berkurangan bukan sahaja dipremis-premis perniagaan, pejabat malah di kenderaan dijalan raya.

Apakah rakyat Malaysia sudah tidak menghargai erti kemerdekaan lagi?

Sedih..

Kalam Budiman

Unknown said...

Salam Hormat Dato',

Sepanjang pemerhatian saya pemerintahan negara ini sejak Merdeka hingga kini mempunyai beberapa dasar yang konkrit, pragmatik dan diterima rakyat.Kesemua dasar tersebut adalah berlandaskan kepada apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Apa yang mendukacitakan ialah perlaksanaan dasar tersebut tidak berterusan. ianya bergantung kepada minat menteri yang memimpin kementerian itu. Contohnya dasar untuk melahirkan Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputra yang telah diputuskan sejak DEB dilulsukan telah kehilangan arah sehinggalah apabila Dato' Noh menjadi Menterii MECD apabila Program PBB diperhebatkan oleh MARA. Maksud saya ialah jangan kita asyik gubal dan umum dasar secara adhoc tanpa disokong oleh program dan aktiviti yang berkesan dan tentukan timeframe serta sediakan bajet yang mencukupi. Fokus kepada perlaksanaan dan tak perlu mewujudkan dasar baru yang mengenepikan kpentingan dan perlaksanaan dasar yang lama.

Anonymous said...

Askm Y.B.Dato ini dah 2 kali saya hantar kepada Dato mengenai pinjamn saya dengan bank rakyat sudah masuk 6 bulan saya masih lagi tak terima kelulusan dah pun di beri dan saya telah sign semua dokumen.Dah proses pemohonan saya mengambil masa 3 bulan,untuk meluluskan mengambil masa 2 bulan dan rayuan untuk pengeluaran cek dah masuk 1 bulan bagaiman saya nak berniaga Dato,saya telah banyak terlepas peluang peluang peniagaan yang ada kerana tak dapat nak bayar duit muka sempena bulan ramadhan ini,saya dah tak nak guna duit suami saya lagi apa kaminak makan kalau asyik guna duit gaji suami tahu je gaji kerajaaan bukan nya cukup,ni nak raya lagi saya sungguh sedih lah penat minta tolong dengan pegawai bank itu tapi cakap tak serupa bikin,sekarang kedai yang saya nak sewa dah buka macam mana saya nak bayar macam mana nak saya cari peluang kalau begini peluang yang ada saya asyik telepas.saya harap dato dapat membantu saya dalam hal ini

Anonymous said...

salam Dato'

selepas sy baca posting dato, tergerak hati utk menyuarakn isi hati sy,sudah 51 tahun Malaysia menjadi negara merdeka, tetapi...sampai bila kita asyik nk ulang sejarah yg sama ataupn teks2 ucapan pemimpin lama,sy lihat bila ade apa2 isu berkaitan hubungan antara kaum,maka akan timbul beberapa teks ucapan ataupun komen oleh segelintir pihak,apa yg sebenarnya hendak di suarakan? Ingin memberitahu kepada mereka, apa yang berlaku dahulu ataupun ingin menimbulkan rasa bersalah/rendah diri dlm hati mereka...sy rs ini bukan tindakan ke arah positif tapi akan menyebabkn isu itu lebih hangat lagi...Ini era globalisasi dan informasi, pemikiran kita pun mesti kearah itu, jadikan semua teks ucapan atau sejarah itu sebagai blue print utk membina integrasi kaum yg lebih bermakna. Sejarah sepatutnya mengeratkan hubungan antara kaum bukan sebaliknya.


Anak Malaysia.


p/s : setuju dengan kata2 Pak Lah, What is Freedom without responsibility.....

Anonymous said...

salam YB Dato',

saya merasakan pengalaman pahit berurusan dengan bhg francais MECD yang buta fakta. Pegawai yang ditugaskan untuk menjaga bahagian francais buta undang-undang dan buat kerja sambil lewa saje.Saya sarankan agar bahagian francais MECD dibubarkan dan pegawai yang bertugas dibuang kerja.Jika dihari mendatang timbulnya keperluan mendengar aduan dari usahawan maka carilah pekerja yang benar benar 'competent' dan sanggup bekerja.

usahawan berjaya