Pengumuman

Blog ini sudah berpindah ke alamat baru

www.nohomar.com .

 Blog ini masih akan mendapat update dan pautan posting terkini dari Blog baru.

Terima Kasih kepada semua pengunjung Blog Hati Malaya.

Sunday, September 7, 2008

WALKIE-TALKIE DIHARAMKAN...!!!

Batalkan lesen syarikat bas dan haramkan pengunaan alat perhubungan walkie- talkie - demikian tegas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar dalam usaha membanteras kegiatan ulat tiket menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau kita dapati syarikat bas bersubahat dengan ulat-ulat, maka saya sudah berjanji dengan mereka (syarikat-syarikat bas) bahawa saya akan membatalkan semua lesen mereka,” katanya kepada pemberita semasa meninjau aktiviti penjualan tiket bas di Hentian Puduraya di sini hari ini.Orang ramai kini berpusu-pusu untuk mendapatkan tiket bas terutama bagi membolehkan mereka pulang ke kampung masing-masing untuk menyambut hari raya.

Kesempatan ini diambil oleh penjual tiket atau ulat tiket yang sentiasa bergerak di kawasan stesen bas tersebut untuk menawarkan tiket kepada orang ramai tetapi dengan harga yang lebih tinggi.
Ulat-ulat ini bekerja sama dengan penjual tiket di kaunter untuk kebanyakan syarikat bas dan sentiasa menggunakan walkie-talkie untuk berhubung antara mereka.

Noh berkata, penggunaan walkie-talkie perlu diharamkan kerana ia dipercayai menyumbang kepada kegiatan berleluasa ulat tiket. Beliau juga mahu pengguna melaporkan kegiatan ulat tiket kepada kementeriannya dan Lembaga Perlesenan Kementerian Perdagangan. Mengenai cadangan pembelian tiket dibuat secara dalam talian, Noh berkata, ia bukan jalan penyelesaian muktamad kepada kegiatan ulat tiket.

“Kalau ada (on-line) pun tidak semestinya tidak ada ulat kerana ulat ini lebih pandai, dia boleh duduk di rumah dan satu bas dia boleh tempah,” kata beliau. Berhubung terminal bas ekspres dan bas tambahan sempena raya, Noh berkata Hentian Putra dan Hentian Pekeliling adalah untuk perjalanan ke pantai timur, Hentian Puduraya dan Hentian Duta bagi perjalanan ke utara dan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil bagi perjalanan ke selatan.

Beliau berkata, kementerian juga membuka laluan bebas bagi semua syarikat bas. “Menerusi laluan bebas, bas tidak semestinya mengikut laluan sedia ada sebaliknya mengikut permintaan dan kehendak pasaran,” katanya.

Noh berkata, syarikat Konsortium Transnasional Bhd. (KTB) yang sebelum ini mengumumkan kesemua tiket bas mereka habis dijual, telah bersetuju untuk menambah jumlah bas ekspres. Katanya, Pengerusi dan Pengarah Urusan KTB, Datuk Nadzmi Salleh memberi jaminan bahawa KTB akan menambah bilangan bas ekspresnya. Noh berkata, pemeriksaan mengejut akan kerap diadakan pada musim perayaan ini bagi memastikan aspek keselamatan penumpang sentiasa dititikberatkan.

Petikan – Bernama

14 comments:

Anonymous said...

Yb Dato`

Sebagai seorang yg pernah berjaya membasmi kegiataan ulat dibalai ketibaan Klia Ekspress KL Sentral, saya terpanggil utk memberikan sedikit pandangan bagaimana untuk mengatasi masalah ulat tiket:

1)Pembelian tiket mestilah dgn menggunakan nama & no k/p (dapat mghindarkan ulat2 menjual tiket2 kpd pendatang tanpa izin.

2)Petugas2 diwajibkan memakai uniform syarikat yg diwakili berserta dgn ID

3) Tutup kaunter2 yg berada di luar kawasan Puduraya

4)Pastikan penumpang yg menaiki bas adalah penumpang yg membeli tiket di kaunter yg sah

5)Kerajaan membenarkan code sharing antara sykt. bas spt yg diamalkan oleh sykt. penerbangan apabila kekurangan penumpang utk laluan yg sama

6)Memastikan penjualan tiket tidak melebihi tawaran perkhidmatan

7)Sykt. bas turut membantu dlm operasi penguatkuasaan

8)Laporan mingguan ttg jumlah penumpang & trip kpd LPKP

Sekian, t.kasih

rahmatmahmud1@yahoo.com

Anonymous said...

Yb Dato`

Sebagai seorang yg pernah berjaya membasmi kegiataan ulat dibalai ketibaan Klia Ekspress KL Sentral, saya terpanggil utk memberikan sedikit pandangan bagaimana untuk mengatasi masalah ulat tiket:

1)Pembelian tiket mestilah dgn menggunakan nama & no k/p (dapat mghindarkan ulat2 menjual tiket2 kpd pendatang tanpa izin.

2)Petugas2 diwajibkan memakai uniform syarikat yg diwakili berserta dgn ID

3) Tutup kaunter2 yg berada di luar kawasan Puduraya

4)Pastikan penumpang yg menaiki bas adalah penumpang yg membeli tiket di kaunter yg sah

5)Kerajaan membenarkan code sharing antara sykt. bas spt yg diamalkan oleh sykt. penerbangan apabila kekurangan penumpang utk laluan yg sama

6)Memastikan penjualan tiket tidak melebihi tawaran perkhidmatan

7)Sykt. bas turut membantu dlm operasi penguatkuasaan

8)Laporan mingguan ttg jumlah penumpang & trip kpd LPKP

Sekian, t.kasih

rahmatmahmud1@yahoo.com

orang susah said...

salam dato'
kenapa rakyat yang menjadi mangsa keadaan?tuntutan oleh syarikat bas ekspress terhadap kerajaan tetapi rakyat yang menanggung beban.macam ni ni ke slogan membela rakyat?saya menjemput dato untuk merasai nikmat untuk mendapatkan tiket bas musim perayaan.letak setinggi mana pn harga tiket,rakyat akan terus membeli seumpama harga minyak.nak ke tak nak rakyat wajib beli,... SYABAS KERAJAAN DAN DATO'

toms said...

Assalamualaikum & Salam hormat Dato’ ,

Saya adalah merupakan bekas pelajar kolej Linton yang kini berada dibawah Lagenda Group Of Education ingin membuat aduan mengenai kolej tersebut. Saya rasa amat tertipu! Saya telah memilih untuk menyambung pengajian saya di peringkat ijazah selepas SPM selama 4 tahun. Semasa mendaftar, saya difahamkan akan mendapat pinjaman dari MARA selama 3 tahun manakala setahun foundation pula tidak mendapat pinjaman MARA. Saya dan penjaga di temuduga oleh pihak kolej, untuk menerangkan cara pembayaran yang masih berbaki. Mereka menyatakan hanya perlu membuat pinjaman bank sebanyak RM20K sahaja dan semua yuran akan selesai. Namun, selepas sebulan, tiba-tiba credit facilitator(CF) menghubungi saya menyatakan saya harus membayar RM400 sebulan sebanyak 12kali kerana loan bank tidak mencukupi. Saya hairan kerana pegawai kolej tersebut tidak menyatakan tentang pembayaran bulanan tersebut kepada saya dan penjaga sebelum ini. Disebabkan ingin meneruskan pengajian saya disitu,saya tetap membayarnya dan hanya sempat membayar hutang tersebut selama 2 bulan.

Kemudian, Education Facilitator (EF) telah menghubungi saya dan menyatakan bahawa MARA telah memberi pinjaman untuk pengajian foundation sebanyak RM12K. Saya rasa gembira kerana ia boleh mengurangkan nilai pinjaman bank dan tak perlulah saya membuat pembayaran setiap bulan. Tapi hampa, kerana kolej teleh memanipulasikan wang RM12K itu! Pegawai kewangan kolej tersebut menyatakan bahawa kolej tidak akan meluluskan pinjaman MARA (foundation) andai saya tidak memilih ‘SINGLE ROOM’. Kolej akan mengambil wang dari pinjaman tersebut sebanyak RM7200 untuk pembayaran bilik seorang. Kononnya pakej kolej! Bermakna,duit MARA tersebut sepatutnya boleh melangsaikan yuran saya sepenuhnya telah diambil oleh kolej untuk membayar bilik seorang dan saya masih perlu membayar yuran berbaki secara bulanan. Jika saya tidak mahu menerima pakej tersebut, pihak kolej tidak akan menguruskan pinjaman saya untuk foundation. Cuba Dato’ bayangkan, betapa kolej ini mengaut keuntungan daripada pelajarnya sendiri melalui pinjaman MARA untuk kos sewa bilik!!

Saya berasa tertipu,lalu saya mengambil keputusan untuk menamatkan pelajaran di kolej itu.Malang bagi saya kerana saya perlu menjelaskan hutang sebanyak RM20K(yurang untuk setahun) kepada kolej tersebut!!!! Sekali lagi alasan yang sama digunakan, bayaran itu mengikut pakej kolej yang telah ditetapkan. Kenapa saya perlu membayar sebanyak itu sedangkan saya hanya berada disitu selama dua setengah bulan sahaja?

Saya berharap Dato’ dapat menimbangkan aduan saya kerana bagi saya kolej ini telah menipu duit MARA dan pelajar Melayu yang menjadi majoriti di sana. Saya juga mempunyai beberapa kawan yang menerima nasib yang sama. Jadi, kami berharap agar Dato’ mengkaji semula tentang pinjaman MARA yang telah diluluskan kepada kolej tersebut kerana bagi kami kolej itu mampu ‘hidup’ hingga sekarang kerana pinjaman MARA! Sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Assalamualaikum Y.B.

Saya amat tertarik dengan tindakan kerajaan dengan mengharamkan penggunaan walkie-talkie sebagai salah satu langkah untuk mencegah kegiatan tidak bermoral daripada ulat-ulat di hentian-hentian bas di Malaysia.

Namun, yang menjadi persoalannya, adakah pihak kerajaan akan bertindak tegas dalam menjalankan undang-undang yang telah dikuatkuasakan? Ini kerana, saya amat meragui dengan kesungguhan pihak berkuasa dalam menjalankan penguatkuasaan ini terutamanya pihak yang terlibat seperti JPJ.

Untuk pengetahuan Dato', saya merupakan salah seorang pengguna setia pengangkutan awam dan sudah lali dengan senario yang berlaku di hentian-hentian bas di Malaysia seperti di Hentian Bas puduraya dan Larkin..dan kegiatan ini sudah wujud lamanya sejak saya di sekolah menengah sehingglah saya masuk ke alam pekerjaan..dan ini bererti, sudah hampir 13 tahun saya melihat senario ini, dan saya percaya ia berlaku lebih daripada tahun yang saya nyatakan.

Lebih malang lagi, saya sendiri melihat pegawai-pegawai JPJ di hentian larkin hanya duduk-duduk di khemah yang disediakan dan berborak di antara satu sama lain. Tiada rondaan yang dilakukan..dan sesungguh ini amat mengecewakan. Di mana kredibiliti mereka sebagai seorang penjawat awam? Akibatnya, ulat-ulat menjadi berani dalam memakan mangsa-mangsa mereka di hentian-hentian bas.

Perlu diingat, senario ini bukan sahaja membawa kesusahan kepada pengguna-pengguna pengankutan awam, malah ia dapat memberi satu imej yang buruk kepada pelancong-pelancong yang bertandang ke negara ini.Kita berbangga dengan status negara membangun yang kita kecapi pada hari ini..namun bila disingkap akan kelemahan pihak berkuasa dalam membendung permasalahan ini, saya berharap adanya satu paradigma yang baru terutamanya dengan kesungguhan Y.B Dato' dalam membersihkan gejala yang tidak sihat ini demi kepentingan rakyat dan negara.

Dengan cadangan-cadangan yang komentar-komentar lain cadangkan, saya pasti ia dapat dilaksanakan dengan ada kesungguhan dan keikhlasan pihak berkuasa dalam membendung masalah ini secara konsisten demi meningkatkan kemudahan pengangkutan awam di negara kita.

Secara kesimpulannya, janganlah usaha dan perancangan yang kita rancangkan hanya seperti menuang air di daun keladi. Oleh itu, saya berharap Dato' dapat memastikan usaha ini berjaya. Walaupun ia nampak satu usaha yang kecil, namun saya percaya impaknya besar.

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga Ramadan kali ini membawa 1001 erti untuk Y.B. Dato' dan keluarga.

anakbapak08

azlishukri said...

Majalah Dewan Ekonomi ingin mewawancara Dato' saya akan fakskan surat rasminya.

Anonymous said...

YB Dato'
Saya lihat hanya dato' seorang sahaja yang menyepikan diri dalam kekalutan yang berlaku di dalam UMNO sekarang. Adakah dato' seorang yang 'playsave'.?

Disini saya hadiahkan dato' dengan sebuah pantun yang amat sesuai untuk perjuangan UMNO..

PANTUN PELAN PERALIHAN KUASA 2010
KOTA SARAT DISIMPAN TEMPAYAN
ZAHIR BERLIAN DISUNYI HARI
HARTA RAYAT DIJADIKAN TARUHAN
AKHIR KEBENCIAN MENJADI API

GULA SANTAN DIULI ROTI
KELAPA DIPARUT DIMAKAN SAMA
BILA KEBENCIAN MENJADI API
APA DISAHUT DITELAN SEMUA

ANAK SINGA DI PULAU TEBERAU
ANA TEBUAN SEEKOR LARI
JIKA NEGARA SUDAH KACAU
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI

PERGILAH MANDI DI TITI TINGGI
JALAN TERSEPAK TALI PENCUCI
CARILAH GANTI BERBUDI TINGGI
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI

Anonymous said...

haramkan walkie talkie?

pernah dengar PTT? ya, ianya ada kat telefon bimbit.

apa kata kita jammed kan signal kat puduraya?

Little Victor said...

YB Dato',

Bilakah LPKP akan mengadakan operasi menangkap pemandu “teksi bermeter” yang tidak memakai meter?


Kejadian pemandu teksi yang tidak memakai meter kini masih berleluasa di sekitar Lembah Kelang. Saya meragui kenapakah tiada sebarang operasi yang dilakukan oleh pihak penguatkuasaan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) terhadap teksi-taksi sebegini.

Saya telah banyak kali berdepan dengan pemandu-pemandu teksi sebegini yang enggan menggunakan meter. Biasanya, mereka akan menawarkan harga yang mahal terhadap perkhidmatan mereka ini.

Oleh itu, saya sarankan pihak LPKP bolehlah mengadakan operasi terhadap pemandu teksi bermeter di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. Contohnya, pemandu sebegini ini akan menjadi “hantu” di kawasan Bukit Bintang dan Mid Valley pada waktu malam sekitar 10 malam .

Akhirnya, saya berharap pihak LPKP akan lebih giat dalam menjalankan operasi di kawasan-kawasan “hot-spot”.

Terima kasih.

md zakhir said...

salam dato,

selamat hari raya maaf zahir batin..
nampaknya dato begitu sibuk,sebulan lebih blog ni tak di update...harap dato dlm keadaan sihat hendaknya..

sekian,

Ezo said...

Assalamualaikum YB Dato'

Saya Mohd Faizal Sabhon,telah berjumpa dengan YB di parlimen mengadu berkenaan masalah kewangan yang saya hadapi untuk melanjutkan pengajian setelah mendapat di Cairo University dalam bidang Syariah.

Sehubungan dengan itu,saya telah memohon bantuan pembiayaan pinjaman dari MARA.Untuk makluman Dato'segala dokumen telah saya hantar kepada pihak MARA namun,sehingga hari ini,saya masih tidak mendapat maklum balas.

YB Dato,
Saya akan memulakan sesi pengajian pada bulan depan,namun,saya masih gagal untuk pulang ke Mesir kerana masih menghadapi masalah "kelulusan penuh" pinjaman MARA.

Mohon perhatian serius dari YB Dato' dan segala kerjasama saya dahului jutaan terima kasih...

MOHD FAIZAL SABHON
019-6344770

Anonymous said...

YB Dato',kita harap dato'tolong lah beri perhatian kpd syarikat bas ekspress. baru-baru ni mereka charge ekstra 30% [sehingga 15.10.2008] lepas tu saya dengar Dato' kata diteruskan kadar ni. Dato' bayangkan bagi pesara macam saya ni dan ada 3 orang anak belajar di IPT di 3 negeri berlainan , memang terbeban dengan belanja tambang tiket bas..Tolong lah turunkan kadar tambang tu, harga minyak pun dah turun sekarang ni....

Anonymous said...

Assalamualaikum YB.
"Selamat Hari Raya Aidil Fitri"

Dalam keluh kesah tanpa hala tuju membawa niat menggunung di hati, saya merayau ke website PERDASAMA. Tersangkut saya ke link MECD dan terjumpa pula blog YB pagi ini.

Alhamdulillah, mungkin blog YB ini jalan saya mencari penyelesaian, masalah orang kerajaan yang 'option' awal kerana nak memajukan diri sebagai peniaga dan usahawan.

Bukan tak ramai bekas kakitangan awam, orang kita yang celik mata, celik akal, bijak dan kreatif dalam perniagaan tapi, selalunya sangkut kerana tiada modal atau kekurangan modal YB. Mungkin YB dapat membantu melalui MECD dan agensi2 di bawahnya.

Atau, apakata YB, melalui agensi2 di bawah MECD ke, mewujudkan Skim Bantuan Modal bagi Peniaga, Pengusaha/ Penjaja (bekas kakitangan awam)untuk mereka meneruskan cita2 keusahawanan mereka. Kalau ada, saya ingin menjadi pemohon pertama untuk merealisasikan apa yang selama ini hanya impian sahaja.

Terima kasih YB kerana sudi melewati keluh kesah seorang bekas guru.

wzanudin@yahoo.com.sg

Noh bin Haji Omar said...

Kepada wan zainudin yaacob,

Salam dan Selamat Hari Raya kembali..Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.Semoga saudara tidak berputus asa dalam dunia keusahawanan ini.Pihak TEKUN dan Bank Rakyat ada menyediakan Skim Pinjaman Mikro Kredit untuk membantu modal perniagaan.Harap saudara dapat menghubungi pihak TEKUN dan Bank Rakyat untuk tindakan lanjut.