Salam sejahtera kepada para blogger..setelah pelbagai aduan yang saya terima berkaitan dengan pembiayaan TEKUN di blog ini..maka saya telah meminta CEO TEKUN,Dato'Rahim untuk memberi laporan kepada saya berkenaan dengan situasi sebenar yang berlaku.Berikut adalah maklum balas yang diberikan :
Salam Hormat YB Dato' Noh dan semua pengunjung blog ini,
Dengan hormat dan takzimnya, pihak TEKUN Nasional ingin memberikan jawapan kepada aduan yang dikemukakan di laman blog ini.
Terlebih dahulu, selaku Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, saya ingin memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh semua pengadu.
Untuk makluman, semua permohonan untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman dari pihak TEKUN Nasional masakini terdapat kelewatan dalam urusan memproses permohonan tersebut disebabkan oleh jumlah permohonan pinjaman yang diterima oleh TEKUN Nasional mulai awal tahun ini adalah diluar jangkaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama sahaja tahun 2009 ini, pihak TEKUN Nasional telah meluluskan dan mengeluarkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM 162 juta kepada 14,391 orang usahawan. Dalam masa yang sama juga, sehingga 15 April 2009, TEKUN Nasional sedang memproses permohonan pembiayaan pinjaman dari 8,904 orang pemohon dengan nilai permohonan sebanyak RM 221 juta. Untuk makluman semua pihak, pembiayaan pinjaman yang telah dikeluarkan oleh TEKUN Nasional pada tahun 2008 adalah berjumlah RM 358 juta berbanding dengan pembiayaan yang dikeluarkan pada tahun 2007 adalah hanya RM 127 juta.
Pada tahun ini jumlah permohonan pembiayaan dijangka akan terus meningkat disebabkan oleh kegawatan ekonomi yang mendorong ramai rakyat negara ini menceburi bidang usaha niaga bagi menjana pendapatan mereka lebih-lebih lagi dikalangan mereka yang diberhentikan kerja. Oleh yang demikian TEKUN Nasional telah menjadi institusi tumpuan bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman perniagaan.
Disamping itu, dalam kesempatan ini juga, saya ingin merayu kepada para peminjam dan usahawan TEKUN yang sediada, supaya dapat membuat bayaran balik pinjaman mereka sepertimana yang dijanjikan, oleh kerana wang bayaran balik tersebut yang diterima oleh TEKUN Nasional akan disalurkan pula kepada pemohon-pemohon yang baru. Sekiranya bayaran balik ini lambat diterima oleh TEKUN Nasional, maka ianya juga akan menyebabkan kelewatan menyalurkan pembiayaan pinjaman kepada pemohon-pemohon yang baru yang memerlukan.
Adalah juga dimaklumkan, sekiranya para usahawan TEKUN menghadapi masalah dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka disebabkan oleh kegawatan ekonomi, maka mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai TEKUN di Pejabat-pejabat TEKUN yang mereka berurusan diseluruh negara untuk menjadualkan semula pembayaran balik pinjaman mereka.
Sehubungan dengan ini juga, TEKUN Nasional ingin memaklumkan bahawa semua permohonan yang diterima oleh Pejabat TEKUN diseluruh negara akan diproses dan diberi pertimbangan yang sewajarnya secepat yang mungkin.
Sekiranya saudara dan saudari mempunyai sebarang masalah dan kesulitan berhubung dengan permohonan pembiayaan dengan TEKUN Nasional harap dapat hubungi Unit Pengaduan Awam di bawah Jabatan Pemantauan dan Tugas-Tugas Khas TEKUN Nasional ditalian 03-90588550 atau e-mail terus kepada Encik Mohd Yusri Mohd Yusob, Ketua Jabatan berkenaan menerusi : yusri@tekun.gov.my
Bagi pihak TEKUN Nasional, saya juga ingin memohon maaf kepada semua pemohon yang terlewat mendapatkan pembiayaan pinjaman mereka. Insya Allah, saya dan warga kerja TEKUN Nasional diseluruh negara akan mempertingkatkan lagi kecekapan kami dari masa ke semasa bagi memantapkan lagi Sistem Penyampaian TEKUN Nasional selaras dengan amalan penambahbaikan berterusan TEKUN Nasional. Kami juga komited untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Insya Allah.
Sekian, Untuk makluman. Terima Kasih.
DATUK ABDUL RAHIM BIN HASSAN
Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif
TEKUN Nasional.
Wednesday, April 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Salam Dato',
Partner saya adalah antara penerima pinjaman TEKUN Bahagian Rembau. Tiada masalah. Lewat sedikit tetapi ia perkara biasa dalam suasana ekonomi yang semacam ini.
Terima kasih pada sistem yang ada. Namun, tidak salah jika difikirkan kaedah untuk menambahbaik.
Wallahualam.
Datuk,
Penjelasan adalah melegakan kerena terdapat banyak cakap-cakap angin yang mengatakan kelewatan disebabkan pembubaran MECD dan Dana sudah habis walaupun sehingga kini saya belum mendapat apa-apa respon daripada TEKUN berkenaan pinjaman saya pada 27/2/2009 (Ruj file: 04040220096279).
Ternyata daripada penjelasan ini TEKUN masih membantu usahawan-usahawan dengan dana-dana yang sedia ada. Usahawan-usahawan muda seperti saya amat berharapkan bantuan seperti ini untuk terus bersaing dan memotivasikan diri demi menyahut cabaran kerajaan agar siswazah tidak makan gaji sahaja.
Terima kasih juga kepada MOHD FUAD YAHAYA yang rupanya seorang Eksekutif TEKUN yang mana saya mendapat tahu tentang beliau daripada Blog Datuk Noh ini. Pegawai yang sedia mendengar permasalahan seperti ini sebenarnya adalah amat melegakan.
Kebanyakkan usahawan-usahawan yang komplen di akhbar-akhbar berkenaan TEKUN saya rasa selain daripada faktor pinjaman lambat adalah kerana pegawai TEKUN tidak membantu dalam meredakan ke kadar 'stress' mereka.
Saya masih berharap agar pinjaman TUNAS saya di percepatkan.Malah peminjam2 siswazah yang memohon TEKUN tunas yang lain. Ini kerana dalam usia muda melaburkan duit yang ada baru tau sebenarnya sepak terajang dunia perniagaan. Lebihan tunai adalah perlu untuk backup dan Emergency.
Terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada Datuk dan juga Datuk Noh kerana menyediakan platform di blog ini untuk Bersuara.
Hafiz.
sama-sama.
Salam,terima kasih dengan penjelasan panjang lebar ni.saya belum layari web tekun lg,tapi diharapkan agar penjelasan ni dipanjangkan ke web tekun agar semua dpt memahami.saya pun senada dengan hafiz...yg dibising2kan selama ni bukan apa,hanya kerana tiada penjelasan yg memuaskan bilamana ditanya permasalahan daripada pegawai2 TEKUN terutamanya di HQ.tiga empat bulan main jawab x tau je....mana le org x bising.
TERIMA KASIH sekali lagi atas penjelasan yg diberikan dan kesudian DATO' menteri melayan post2 kat blog ni...kena puji..selamba..kena komplen pun..selamba.baru le ada class,x sesia jadi menteri.
wassalam.
Salam Dato' dan tahniah Datuk Rahim.
Alhamdulillah..penjelasan sebegini yang amat-amat di tunggu.
Terima kasih pada Datuk Rahim Hassan kerana mengeluarkan penjelasan di akhbar harian dan di blog ini.
Sekurang-kurangnya pemohon yang banyak merungut dan mengugut akan faham dan mengerti apa permasaalahan yang TEKUN sedang hadapi.
Kepada pemohon baru, fahamilah isi kandungan penjelasan dari Datuk Rahim Hassan dan terima lah kenyataan yang pinjaman anda semua masih dalam perhatian dan bukan di bakul sampah kan.
Kepada peminjam yang masih belum menjelaskan pinjaman,tolong lah...beri lah peluang kepada pemohon-pemohon baru ini peluang sama rata sebagaimana anda merasa pinjaman TEKUN ini.Janganlah gunakan saluran politik yang jumud untuk menidakkan pembayaran. Ini, baru di bagi warning oleh pihak TEKUN, mengadu dengan Ketua Bahagian... yang kena..TEKUN jugak.
Orang lain pun nak meniaga jugak dan memerlukan dana..sekurang-kurangnya dapat membantu dalam ekonomi yang slow macam ni.
Sama-sama lah kita insafi diri dan mengerti yang hutang itu adalah hutang dan perlu di bayar dengan apa cara sekali pun.
Sekali lagi, tahniah Datuk Rahim. Semoga TEKUN akan tetap menjadi badan yang sentiasa membantu membangunkan usahawan MELAYU.
Terima kasih Dato' Noh kerana masih mengambil berat dan memikul tanggung jawab terhadap TEKUN walaupun mulanya TEKUN sudah di ambil oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar tetapi atas keihklasan Dato' untuk membantu usahawan, akhirnya TEKUN menjadi agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Insyaallah, kami sentiasa menyokong dan berada di belakang Dato' dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan.
BaLs
Cheras
assalamualaikum datuk..maaf kerana membuat pertanyaan di sini..saya merupakan peserta kursus kemahiran pemprosesan makanan pusat bimbingan usahawan jb.pertanian 2009..ingin bertanya mengenai elaun kursus tersebut. kami dimaklumkan utk sesi kursus thn 2009 berkemungkinan elaun tidak dapat diberikan.alasan yg diberikan ialah terdapat masalah dengan bahagian kewangan.
Utk makluman datuk,peserta kursus sama thn 2008 juga mengalami masalah yg sama.harap datuk boleh memberi perhatian terhadap masalah tersebut...
akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa....
Assalamualaikum YB Datuk,
Penjelasan mengenai pembiayaan TEKUN tersebut memanglah sangat2 ditunggu oleh semua usahawan terutamanya usahawn kecil seperti saya.
Terdahulu diucapkan tahniah kepada YB Datuk kerana dilantik menjadi Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Insya Allah dengan komitmen tinggi yang ada pada YB Datuk untuk setiap tugasan yang diberikan, saya yakin ianya mampu mengangkat bidang pertanian dinegara ini mencapai tahap industri.
Di sini saya ingin mengutarakan persoalan kepada YB Datuk khususnya dan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani amnya mengenai industri baja organik yang berkembang pesat di negara ini khususnya dikalangan usahawan bumiputera seperti saya. Adakah pihak kementerian YB Datuk menyediakan satu platform khusus untuk menjana industri baja oranik ini agar ianya terus berkembang maju di negara ini dan berdaya saing.
Untuk makluman pihak YB Datuk, ramai dikalangan usahawan baja organik di negara ini khususnya golongan usahawan bumiputera kini menghadapi masalah yang serius ekoran keadaan kegawatan ekonomi yang melanda kini.
Harapan kami agar YB Datuk dapat memberikan sedikit perhatian kepada kami ushawan baja organik agar dapat meneruskan perjuangan di dalam arena keusahawanan seterusnya dapat menjana ekonomi usahawan bumiputera.
Sekian terima kasih.
Md Anuar Yahya
www.balqisagrotech.com
012 720 5031
Assalamualaiukum dato'..
saya mohd zulkifli dr ipoh..
berniaga di dalm pembekalan barangan dan sevis komputer...
kini, saya telah menyiapkan RP utk memohon pembiayaan drpd pihak TEKUN sbyk RM50,000.00 untuk memperbesarkan lg perniagaan saya..
di dlm beberapa minggu yg lepas, saya telah pergi ke pejbt TEKUN Ipoh utk mendapatkan maklumat berkenaan dgn pembiayaan ini. tetapi saya terkejut apabila pihak Tekun mengatakan bahawa kini TEKUN kekurangan dana. oleh itu, TEKUN hya memproses bagi pembiayaan RM30,000 ke bawah sahaja. jadi, adakah benar perkara ini? harap dapat penerangan daripada Dato'.. tq.
Salam Dato',
Pertama sekali, tahniah kepada Dato' kerana mempunyai blog sendiri dimana ini secara tidak langsung memudahkan rakyat utk berinteraksi dgn dato' (sekiranya mmg blog ini dato' sndiri arr yg balas semua pertanyaan, bukan ada org lain yg di bayar utk menulis di blog ini).
Saudara saya menjalankan perniagaan sendiri yang memang telah dimulakan tanpa bantuan dari mana-mana pihak kerajaan semaasa beliau memulakan modal perniagaan ini. Sebagai menyahut seruan kerajaan, untunk meningkatkan dan memperbesarkan saiz perniagaan serta memandangkan keadaan ekonomi sekarang, beliau memang amat memerlukan suntikan tambahan untuk kos penyelenggaraan dan menambah barang-barang di premis perniagaanya, maka beliau ingin memohon pinjaman MARA. Apa yang mendukacitakan, apabila beliau pergi ke pajabat MARA daerah Kuala Langat, beliau telah dimaklumkan, permohonan pinjaman telah dibekukan untuk sementara dgn alasan kehabisan dana. Untuk sementara itu tidak dapat dipastikan sehingga bila menurut pegawai MARA terbabit.Apakah relevannya membekukan permohonan pinjaman di saat-saat kegawatan dan sememangnya rakyat terutama bumiputera sedang bertarung dengan kemelut ekonomi? Mana pakej rangsangan yg diumumkan utk membantu rakyat?Ketidakpastian pula sehingga bila penangguhan ini, amat mendukacitakan dan membuat saudara saya merasa terkilan dengan agensi berkenaan. Itu baru soal penangguhan pinjaman. Kita semua tahu, kadang kala karenah birokrasi yang menghalang kecekapan mutu perkhidmatan. Begitu juga dengan MARA. Kawan saya pernah hendak membuat pinjaman pada tahun lepas, tetapi beliau memadamkan hasratnya setelah melalui pelbagai peristiwa yang menyakitkan hati bila berurusan dengan MARA daerah. Bila menghantar borang, tidak lengakp dijadikan alasan untuk tidak menerima borang. Ada saja yang dikatakan tidak memenuhi syarat sedangkan kawan saya itu terang-terang memang menjalankan industri kecil serta mempunyai premis perniagaan sendiri yang telah berusia beerapa tahun, sebagai bukti gambar-gambar premis telah dilampirkan. Apa lagi yang MARA perlukan? Rakan saya bukan memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan, tetapi untuk menambah modal perniagaan.Cukuplah dengan kerenah-kerenah pegawai MARA di daerah yang sesuka hati membuat alasan untuk tidak menerima permohonan pinjaman. Dasar-dasar yang dilaungkan oleh pemimpin atasan semuanya bertujuan melindungi dan membantu rakyat, tetapi tahukah mereka bahawa pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja ini yang membuatkan rakyat berasa jauh hati dengan kerajaan? Inilah sebenar-benarnya "transformasi' yang harus dilakukan oleh kepimpinan atasan yang baru. Tukarkan sahaja pegawai-pegawai yang bermasalah untuk membantu rakyat, yang hanya mencalar imej kerajaan di mata rakyat, barulah rakyat akan merasa 'transformasi' yang dilaungkan oleh Perdana Menteri kita.
Seperkara lagi, kepada pegawai-pegawai yang DIAMANAHKAN untuk menguruskan pinjaman, tak payahlah nak berlagak dengan saudara sebangsa sendiri.. Tanggungjawab pegawai2 ini yg tentu2 org melayu, utk membantu org melayu sendiri. Klu agak2 pemohon tu dah tnetu2 menjalankan perniagaan dah lebih 5 tahun, dah ada premis sendiri, walaupun sebesar pondok durian, tolonglah prihatin dan jalankan kerja dengan cekap. Nape susah sgt nak luluskan pinjaman, dgn bangsa sendiri pun nak unjuk lagak, konon2 pegawai besar, kuasa besar.. Pegawai2 mcm ni arr yg menjadi punca kepada kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Dato', walaupun Dato tidak lg menerajui MECD / MARA, diharap dato' dpt membawa perkara ini kpd pihak yg berkaitan. Maklumlah, x semua menteri memang menjadi "wakil rakyat"... Nak berhubung pun, punyalah susah.. Tapi time pilihanraya/pemilihan umno, tetiba plak kita ni yg jadi org penting, berdedai2 wakil rakyat nk jumpa kita,kononnya.. terima kasi dato'.
Salam datuk,
Mungkin komen saya tidak berkaitan dgn tajuk posting ini, walau gabaimanapun ia tetap isu dibawah kementerian Datuk..
Isu penternak ayam degil untuk menurunkan harga ayam daging menjadi topik hangat buat rakyat malaysia memandangkan ianya merupakan makanan pilihan majoriti rakyat.
Sebagai organisasi yg memang terlibat dlm industri pertanian, saya melihat bahawa terdapat penyelesaian alternatif yg boleh diambil oleh kementerian iaitu melalui mempromosikan memakan ayam kampung hibrid yg rata2 penternaknya adalah org kita. Isu harga ayam kampung hibrid ini dijual terlalu tinggi rasanya dapat diselesaikan sekiranya pihak kementerian dan agensi berunding dgn penternak ayam kampung hibrid ini.
Saya difahamkan ayam kampung hibrid ini juga boleh membesar sehingga saiz ayam daging malah ia mampu mencari makanan sendiri tidak seperti ayam daging
Diharap datuk dapat melihat isu dan pendapat saya ini
Terima kasih diucapkan kpd datuk kerana meyediakan ruangan ini dan semoga kejayaan sentiasa bersama datuk
http://www.nusarhuagrotek.blogspot.com
Salam YB Dato Noh,
Sekurang-kurang penjelasan perihal TEKUN sudah dijawap dan dapat memberi sedikit kelegaan kepada pihak yg berurusan dengannya.
Tetapi, bagaimana pula perihal MARA?
Diharap, satu penerangan rasmi sptmana TEKUN dilakukan. Musykil x3
Salam buat Dato' dan semua....
byk lg criter pasal pinjaman rupanya.buat anonymous,memang encik anonymous malang skit pasal ter'berurusan' dengan pegawai MARA yg mcm tu,x dinafikan,tempat lain pun ada yg jenis mcm tu.tapi ada jugak yg bagus,cuma slalunya yg bagus2 ni tenggelam dek kerana yg kerek2 sorang dua ni...mana2 pun mcm tu.harap bersabar je la.
untuk pembaca ruangan ni,kalau ada komplen,komen,cadangan ke apa mengenai perniagaan,anda semua boleh juga salurkan ke laman web PEMUDAH.kat situ lg dahsyat,dlm masa 3 hari agensi2 yg terlibat kena bg jawapan.aku n the gang dah try baru2 ni...dahsyat gak.kesian jugak Dato' nak layan semua aduan secara personal...so..sambil2 bukak internet tu,try masuk ke PEMUDAH.memang kerja diorg nak layan org meniaga mcm kita.
sekian,wassalam.
Salam Dato'...
Saya juga bersetuju tentang kerenah pegawai2 kerajaan ni. Sebenarnya, banyak peristiwa klu nak diceritakan bila bab berurusan dgn org kerajaan ni,mmg menyakitkan hati.
Saya, sememangnya penyokong kerajaan pun, belum tentu suka dgn org2 kerajaan ni. Bila cerita bab 'perkhidmatan' yang diberikan, mmg mendukacitakan, yg mendapat nama buruk, menteri2, org2 atasan, sedangkan pegawai2lah yg membuat onar semasa berurusan dgn rakyat.
Saya juga bersetuju dan menyeru sekiranya dpt Dato' sampaikan kdp menteri2 / timbalan2 menteri yg lain, agar dapat menyediakan blog spt dato' ini, agar memudahkan kami, rakyat malaysia utk berhubung dan membuat aduan secara terus tanpa melalui tapisan mana2 pihak yg takut dikenakan tindakan sekiranya laporan itu berkaitan dgn mereka.
Percayalah, sekiranya semua menteri bekerja spt dato',PRU 13 nanti, Insya Allah, dpt mengembalikan keyakinan rakyat dan kita akan dpt merampas kembali negeri2 yg telah ditakluki oleh pembangkang yg sememangnya hanya menangguk di air yang keruh, di atas kemarahan rakyat kepada kita..
Kepada pegawai MARA daerah, tolong ler prihatin dgn bangsa anda sendiri. Jangan le nak jadi jaguh dgn menunjukkan sikap bongkak dan sombong anda kpd bangsa sendiri dan saudara seislam. Anda hanyalah diamanahkan utk membantu org Melayu, diut tu pun, bukan dari keluarga anda, tetapi dari KERAJAAN yang prihatin dgn nasib rakyat, yang memang nak membela rakyat. Ingat! Sekarang bukan zaman dulu. Kesalahan, kesilapan anda, keangkuhan anda, bila2 boleh disampaikan terus kpd menteri yang berkenaan.
Untuk Dato', tahniah dan terima kasih sekali lagi.
Salam YB. Dato'
Saya ingin menyampaikan suara penduduk di Taman Tasik Biru Kundang..
Purata kami yang mendiami Taman tersebut adalah melayu dan hampir 95% adalah muslim..walaubagaimana pun kami tidak mempunyai sebarang kemudahan surau bagi kami berkumpul dan beribadat bersama-sama...
Melalui inisaitif penduduk ..kami menyewa sebuah rumah bagi dijadikan surau...dengan kadar sewa RM600.00 sbeulan..kami bukan berkira tetapi sepatutnya pemaju menyediakan kemudahan tersebut berdasarkan senarai pembeli yang ada..dan bukannya menunggu sehingga kami bersuara....kami orang yang beradab..dan berpelajaran dan rasanya tak perlu mengadakan sebarang bantahan kerana mengikut rasional akal...tindakan lagi baik dari percakapan...
sehubungan dengan itu..kami memohon jasa baik YB. Dato bagi membantu kami memperolehi sebuah surau...bagi kemudahan penduduk fi Tasik Biru..
Terima Kasih di atas perhatian YB. Dato'....
Suara Tasik Biru
Salam dan terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan komen blog ini.
Kepada NR.Terima kasih di atas cadangan baik anda.Saya akan melihat kepada cadangan itu.
Salam sejastera,
Syabas kepada dato kerana mengarahkan CEO TEKUN utk mengeluarkan kenyataan dan syabas kepada CEO TEKUN kerana menyampaikan apa yang tersirat selama ini.
Tapi saya selaku pengunjung blog Dato dan dah banyak kali beri komen namun sehingga kini masih tidak terjawap. Kalau ada "RESPON DARI TEKUN" mana pula "RESPON DARI MARA"?.
Kalau nak katakan Pengarah MARA tak baca blog Dato pelik juga dalam web MARA masih ada lagi Blog YB Menteri atau mungkin baca tapi malas nak layan.
Itu la kalau ada pegawai yang tak ada istilah hati malaya , org kata jaga periuk sendiri. Bagi pemohon pinjaman MARA saya rasakan semua menunggu penjelasan pihak pengurusan MARA berhubung situasi pinjaman yang masih belum dikeluarkan hampir 5 bln kebelakangan ini.Kalau TEKUN ada juga 3 bulan pertama tahun ini pinjaman dikeluarkan tetapi MARA ?.
Saya rasakan peminjam MARA kat daerah tu bila ke pejabat MARA macam pergi mengemis nak tanya adaka cek ? lulus ka pinjaman saya ? minta tolong ya En dan mcm mcm lagi yang pernah saya jumpa.
Kadang kadang rasa hina diri dalam keadaan ini tetapi apakan daya mana lagi nak mengadu minta nak tolong, nak tak nak kena sabar saja. Mungkin atas dasar ini lah pegawai MARA tak kisah walau apa pun komplain , mereka tahu orang melayu macam ni memang tak boleh buat apa.Biarlah lambat mana pun last last tunggu juga.
Nak harapkan Pengerusi MARA masalah negeri Trengganu pun tak selesai.Nak harap Dato Nam dah nak bersara.Saya rasa mungkin tak ada sorang pun yang sanggup jawap persoalan isu pinjaman ini.
Kadang kadang rasa kesal juga kat diri ni kenapa la tak buat pinjaman kat TEKUN ni pergi buat kat MARA.Tapi masa tu mungkin ingat kan MARA lagi hampir dengan bangsa saya maka lagi bagus.Last last kawan cakap MARA tu marapu la.
"RESPON DARI MARA" ?????.
Dato , mohon maaf kerana mengunakan platform blog Dato untuk rintihan ini kerana inilah saja luahan yang mampu sampai ke pengetahuan umum. Saya juga sudah berpatah arang kalau ada ambil. Kalau tiada apa boleh buat uruslah perniagaan saya semampu yang boleh kalau gagal tutup kedai.Anggaplah ianya satu cubaan hidup.
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN 43 MARA.
A/kum Datuk,
Saya merasa lega TEKUN masih di bawah perhatian Datuk. MECD telah cekap membantu usahawan Bumiputera selama ini. Mungkin ini sebabnya Datuk diminta berkhidmat di MOA.
Kepada TEKUN Nasional, saya menyanjung usaha anda membantu usahawan dengan memberikan pinjaman tanpa birokrasi yang menyusahkan.
Saya harap TEKUN Nasional janganlah berputus asa membantu usahawan-usahawan Bumiputera walaupun sesetengahnya berkelakuan menyakitkan hati.
Ini kerana dalam lima orang usahawan yang dibantu pasti ada sekurang-kurangnya satu usahawan berpotensi yang berjaya menjadikan perniagaan mereka berjaya malah penting dalam segmen yang mereka ceburi.
Walaubagaimanapun, dalam situasi sekarang, iaitu ketiadaan dana pada masa ini. Saya harap dapatlah Datuk Noh membantu TEKUN Nasional untuk mendapat dana tambahan yang diperlukan dari kerajaan.
Ini kerana sekiranya diharap dari operasi kutipan 100%, memang ramai pemohon akan berputih mata kerana nilai jumlah pinjaman dikeluarkan dahulu adalah kecil untuk menampung jumlah permohonan sekarang.
Satu lagi perkara yang boleh Datuk Noh dan Tekun Nasional boleh ambil kira ialah mengutamakan pemohon sedang berniaga dan mempunyai pelanggan tetap. Tetapi memerlukan modal tambahan bagi pelaksanaan rancangan menangkis gelombang ekonomi.
Tetapi disebalik ini semua, masalah kutipan pembayaran ini patut jadi pengajaran kepada TEKUN Nasional, mungkin pasukan kecil mengutip bayaran patut diadakan dan pasukan ini walaupun kecil tetapi fokus berterusan memantau pembayaran dan khas kerana berkuasa melangkaui beberapa kawasan parlimen.
Ini pendapat saya, dengan hormatnya diminta budi bicara Datuk menimbangnya untuk dibawa berbincang, mungkin dengan PM.
Saya harap Datuk tidak melupakan kami, anak-anak didik idea Datuk, iaitu usahawan-usahawan tabung usahawan siswazah. Kami menyahut saranan kerajaan sebelum ini. Sedikit bantuan kami perlukan dalam mengharung badai ekonomi yang tak disangka ini. Sekian, terima kasih.
kepada anonymous bertarikh 9hb mei, saya sgt2 bsetuju.. itulah sbnarnya realiti, atr punca rakyat menimbulkan "tsunami politik". ye betul, kita rakyat yg hina ni mmg xde kuasa,x boleh buat apa, nak tau betapa berkuasanya kita, tggu PILIHANRAYA. Dan rakyat telah membuktikan KUASA mereka... Yang menimbulkan onar, pegawai2 ug diamanahkan, yg mendapat balasannya, mereka2 yg bertanding atas tiket kerajaan masa pilihanraya nanti. Ini realiti. Sebenarnya pembangkang menang bukan krn mereka kuat, tp rakyat nak tunjuk kuasa yg ada jugak pd mereka bila mrk dpt layanan2 yang bertaraf "5 bintang" bila berurusan dgn kerajaan. Renungkanlah...
hati sedikit lega bila dapat penjelasan datuk.tima kasih tok menteri dan tok ketua tekun.dalam kepayahan menunggu loan niaga yang macam tak gugur2 ni hidup perlu diteruskan juga.waima buka warung pacak di waktu tghari,dan berkejaran dgn majlis tempatan ketika mula membentang tikar untuk berniaga kasut dipasar malam secara haram dimata MAJLIS,tetapi anak2 dirumah merengek minta itu dan ini.bengkel dibina sepi,order diterima terpaksa dilupakan sebentar,janji tok ketua tekun tetap dinanti penuh pengharapan.syarat utama peminjam perlulah mengusahakan sepenuh masa,jadi tiada lagi gaji bulanan seperti datuk dan tok ketua.maaflah datuk dan tok ketua.saya tengah sengsara menanti......
tima kasih datuk dan tuk ketua tekun, adalah sikit harapan lagi dari tekun.saban hari terpaksa berniaga warung pacak sambil menunggu loan yang macam tak gugur2 ni.sebelah malam terpaksa berkejaran pula dengan ahli majlis ketika mula membentangkan tikar untuk berniaga kasut secara haram dimata MAJLIS tempatan dipasar malam.kerja tetap telah ditinggalkan demi syarat tekun.tiada lagi gaji bulanan macam datuk dan tuk ketua tekun.hidup perlu diteruskan harapan masih diharapkan.bantulah kami datuk.06020420093940
salam, dato' sri noh
saya mokhtar yahaya drpad shah alam
terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahianh kepada dato'sri diatas menyediakan blog ini.
saya merupakan salah seorang drpd 23 penternakan ikan keli di kg.paloh,bota,perak. berkonsepkan berkelompok dengan jumlah kanvas sebanyak 138bj (setiap penternakan memilii sebanyak 6bj kanvas).pembiayaan projek drpd pihak TEKUN Nasional pd bulsn sept 2008 sebanyak 23k melalui sebuah syarikat rakan niaga TEKUN. jumlah setiap penternakan adalah sebanyak 23k seperti pakej yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut yang mana meliputi 6bj kanvs bersaiz 16x3x6 dgn sistem penapisan, netting,benih 20k ekor, makanan utk semusim dengan hasil akan dibeli kembali oleh syarikat.
permasalahan saya dan penternak lain adalah, syarikat tersebut tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dinyatkan dalam pakej mereka, segala kelengkapan dan pembekalan bahan mentah telah diterima dan dipasang oleh syarikat tersebut, akan tetapi segala menjadi kegagalan disebabkan ada sebilangan penternak tidak menerima pengantian benih yang mati dan sebilangan penternak pula hasilnya tidak diambil oleh syarikat tersebut.
untuk pengetahuan dato'sri, projek ternakan ini, sekarang hampir mengalami kegagalan dan menyebabkan semua penternak tidak dapat pendapatan dan membuat pembayaran pinjaman kepada pihak TEKUN Nasional.
Oleh yang demikian saya dan beberapa penternak telah menubuhkan satu syarikat untuk mengambialih pengurusan projek ini dan satu kertas cadangan pemulihan dan penstrukturan semula telah disediakan untuk mendapatkan sebarang bentuk pembiayaan bagi memulakan kembali projek ini. harapan dan pertolongan drpd pihak dato,sri amat kami alu-alukan agar projek ini dapat di selamatkan dan seterusnya penternak dapat membayar kembali pinjaman kepada pihak TEKUN Nasional
ribuan terima kasih diatas kesudian dato'sri menerima rintahan kami ini.
wassalam
mokhtar, simpang tiga sri muda
0186642348
salam, dato' sri noh
saya mokhtar yahaya drpad shah alam
terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahianh kepada dato'sri diatas menyediakan blog ini.
saya merupakan salah seorang drpd 23 penternakan ikan keli di kg.paloh,bota,perak. berkonsepkan berkelompok dengan jumlah kanvas sebanyak 138bj (setiap penternakan memilii sebanyak 6bj kanvas).pembiayaan projek drpd pihak TEKUN Nasional pd bulsn sept 2008 sebanyak 23k melalui sebuah syarikat rakan niaga TEKUN. jumlah setiap penternakan adalah sebanyak 23k seperti pakej yang telah dinyatakan oleh syarikat tersebut yang mana meliputi 6bj kanvs bersaiz 16x3x6 dgn sistem penapisan, netting,benih 20k ekor, makanan utk semusim dengan hasil akan dibeli kembali oleh syarikat.
permasalahan saya dan penternak lain adalah, syarikat tersebut tidak menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dinyatkan dalam pakej mereka, segala kelengkapan dan pembekalan bahan mentah telah diterima dan dipasang oleh syarikat tersebut, akan tetapi segala menjadi kegagalan disebabkan ada sebilangan penternak tidak menerima pengantian benih yang mati dan sebilangan penternak pula hasilnya tidak diambil oleh syarikat tersebut.
untuk pengetahuan dato'sri, projek ternakan ini, sekarang hampir mengalami kegagalan dan menyebabkan semua penternak tidak dapat pendapatan dan membuat pembayaran pinjaman kepada pihak TEKUN Nasional.
Oleh yang demikian saya dan beberapa penternak telah menubuhkan satu syarikat untuk mengambialih pengurusan projek ini dan satu kertas cadangan pemulihan dan penstrukturan semula telah disediakan untuk mendapatkan sebarang bentuk pembiayaan bagi memulakan kembali projek ini. harapan dan pertolongan drpd pihak dato,sri amat kami alu-alukan agar projek ini dapat di selamatkan dan seterusnya penternak dapat membayar kembali pinjaman kepada pihak TEKUN Nasional
ribuan terima kasih diatas kesudian dato'sri menerima rintahan kami ini.
wassalam
mokhtar, simpang tiga sri muda
0186642348
salam dan terima kasih kepada mokhtar.saya telah mengambil maklum aduan saudara dan telah mengarahkan pegawai saya untuk menyiasat masalah penternak ikan keli sebagaimana yg saudara utarakan.sila hubungi pegawai saya,en.khir di talian 03-88701042.
Dah lebih 4 bulan menunggu, apa nak buat. Kita ni peminjam, kalau orang tak bagi pinjam nak buat macam mana.
Cara mudah dapat pinjaman, Ah Long sajer lah. Tapi interest mereka tinggi.
Saya dah cuba mengumpul modal melalui perniagaan komputer sekarang, ternyata sukar kerana masalah pusingan modal yang rendah.
Nampaknya kena cari kerja makan gaji juga lah.
Terima Kasih Tekun
Post a Comment